Memaparkan catatan dengan label Real life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Real life. Papar semua catatan

Emas Lelong Murah Sangat? Scam ke?

Sekarang ni aku perasan dalam facebook ada beberapa kedai emas lelong . Kalau sekali imbas memang murah. Tapi bila murah ni of course kita akan terfikir yang adakah ianya benar atau scam. Jadinya adakah emas lelong atau emas pajak gadai ni adalah scam?

Sumber Gambar

Senang je nak agak2 kalau emas lelong tu scam atau tidak. Mula-mula kena ambil tahu dulu harga emas 1g dekat market berapa harganya. Contohnya kalau harga emas di pasaran bernilai RM250 untuk 1 gram. So kalau gelang atau rantai emas di kedai yang berat 4 gram mestilah dalam lingkungan RM1,000 kan..

Tapi kalau kita tengok kedai lelong di FB ni pula, rantai atau gelang emas ni boleh pulak beratnya berbelas gram tapi jual cuma dalam harga RM600 lebih macam tu je... so mcm tak logik lah kan..

Yang sedihnya post di FB tersebut ada banyak juga komen. Si scammer ni pun pandai. Dia ambil gambar satu kedai sebenar, lepas tu dia boleh pulak edit dan photoshop letak no whatsapp dan facebook dia pada gambar papan tanda kedai sebenar tersebut. 

Owner kedai sebenar tu memang tak tahu apa2 lah, tahu2 je orang ramai dah terpecaya kedai si scammer tadi tu memang wujud sebab ada gambar fizikal kedai.

Sumber gambar

Di sini lah penting nya ilmu sebelum kita nak melabur atau spend pada sesuatu benda yang mahal. Kalau kita dah tahu harga pasaran emas untuk 1 gram tu berapa, mungkin kurang risiko kita untuk ditipu. Sedih lah belanja ribu2 tapi kena tipu je akhirnya..

Lagi satu bab jual beli emas ni kena juga ambil kira cara muamalat nya. Sama ada hukum nya harus atau haram. Ada hadis yang menyatakan jual beli emas ni mestilah kena dibuat on the spot. Maksudnya bila beli tu mesti kena dapat terus emas nya, jangan ditangguh-tangguh. Kalau tak dapat terus dan delay boleh jatuh haram.

......................

So kalau macam sistem online bank-bank yang provide platform jual beli emas macam mana pula?

Sumber gambar

Bab ni korang boleh buat research sendiri. Hasil dari research aku, kalau menggunakan platform macam public gold atau pun Maybank gold(MIGA) tu di haruskan.. sebabnya bila kita beli je emas 1 gram, memang kita tahu dalam akaun kita terus ada 1 gram emas. Dan kita boleh tebus emas fizikal juga di bank tersebut..

Tapi kalau korang beli emas, tapi emas tak dapat terus, dan ada delay, korang kena hati2. Satunya mungkin ia tidak patuh syariah, dan keduanya mungkin ianya adalah scam. 

Jadinya paling selamat adalah pergi kedai fizikal kalau nak beli emas ni. Nampak depan mata, barang dapat dan puas hati. 

Jangan percaya sangat kalau ada emas jual terlalu murah kemudian kita fikir kita boleh buat duit cepat. Pelaburan emas ni mengambil jangka masa lama. Buat lah simpanan emas ni sebagai back up untuk wang ringgit kita. Simpan sikit-sikit pun tak apa. 

Jangan lah sengaja jadi kurang pandai bila dah rambang mata dengan emas lelong murah tu dan buta-buta je percaya pada si scammer. 

Sumber gambar

Kalau korang nak buat simpanan emas patuh syariah yang paling senang buka melalui maybank2u je kat sini. Beli lah satu gram ke dua gram emas sewaktu korang ada bajet. Lepas tu biarkan dia, dan tambah lagi bila ada bajet lagi. Nanti beberapa tahun nanti baru lah nampak ada hasilnya.. 

Ni kalau korang ada bajet lah ya. Kalau duit yang ada cukup2 untuk keperluan seharian je usahlah fokus pada melabur lagi. Insyallah nanti ekonomi pulih semula korang boleh start melabur..

Harap2 korang semua dikurniakan rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan urusan harian.. insyallah amin..

Salam guys:)


Baca lagi:


Bendera Putih Bukan Tanda Mengalah? Bukan Buka Aib?

Isu angkat bendera putih ni sejak semalam dah start. Ada pula yang kata angkat bendera putih ni seolah-olah macam membuka aib. Dan ada juga yang kata lebih baik angkat tangan berdoa dari angkat bendera putih sebab kita orang islam.

Sumber Gambar

Aku personally setuju dengan kempen ini. Memang lah kita orang Islam tapi ni salah satu usaha juga. Lagi2 buat masa sekarang ni yang selalu sangat kita asyik dengar berita menyedihkan mengenai mereka2 yg hilang pekerjaan, sampai ke tahap bunuh diri T_T. 

Pada aku, kempen angkat bendera putih ni bagus je. Kempen ni mengajak orang ramai yang tengah dalam kesusahan atau kelaparan untuk kibarkan bendera putih di rumah masing2 supaya ada orang sekililing yang dapat membantu ringankan beban bersama. Zaman pandemic ni memang kita tahu ramai rakyat tertekan dengan Lockdown dan PKP yang tak berkesudahan. Harapnya dengan kempen ini dapat jugak lah bantuan disampaikan tanpa perlu lalui birokrasi yang mungkin ambil masa lama. 


Berbalik kepada isu tadi, Adakah mengangkat bendera putih tanda mengalah? Atau membuka aib? 

Kalau sampai insan tu dah terdesak sangat dan boleh membawa kepada depression, lepas tu terasa nak bunuh diri pula, aku rasa dengan angkat bendera putih macam ni dah tak consider kita sengaja nak buka aib sendiri, tapi sebaliknya ini antara usaha juga iaitu usaha memberi signal minta bantuan pada orang lain supaya dapat merasakan sedikit kelapangan dalam urusan harian. 

TAPI tak bermaksud kita lupakan pencipta dan pemberi rezeki. Doa tetap juga perlu agar berkat hidup kita. Cumanya kempen ni sebenarnya diharapkan dapat meringankan beban2 mereka di luar sana supaya tak terasa menanggung seorang diri. 

Sumber gambar

Sebenarnya di Guatemala, rakyat kat sana dah pernah pun buat macam ni. Diorang pun kibarkan bendera putih bagi memberi signal yang diorang sedang kelaparan sewaktu Lockdown 2020. Boleh baca kat sini. Diorang ada beberapa warna bendera lagi.

Bendera putih tanda ingin mendapatkan bantuan makanan.
Bendera merah tanda ingin dapatkan bantuan perubatan.
Bendera Hitam, Kuning dan Biru tanda menunjukkan wanita, anak kecil atau orang tua sedang berhadapan bahaya keganasan.

Jadinya, kempen ini ada baiknya juga disambut warga Malaysia. Moga2 kita sesama kita dapat berkongsi rezeki agar hidup kita semua penuh berkat. 

Kalau korang ada terperasan bendera putih atau plastik putih dikibarkan kat mana2 rumah tu boleh lah alert dan kongsi rezeki bersama. Kalau tak ada nampak pun, boleh juga korang salurkan bantuan secara online kat website Kitafund yang dah memang dipercayai ni. Ramai yang memang perlukan bantuan. Tak dapat bantu banyak, sikit pun tak apa.

Harap2 korang semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan urusan dalam situasi yang mencabar ni. Amin insyallah..

Assalam.

Apa pembeli dapat kalau owner cancel jual rumah?

Dah sign SNP (Sales & Purchase Agreement), tiba-tiba tuan rumah tak jadi jual?
Ataupun dah sign SNP, tiba-tiba pembeli tak jadi beli?
Jadi, boleh ke owner atau pembeli sesuka hati je cancel?
Sebenarnya boleh je nak batalkan. Tapi ada syarat. 

Benda ni jadi kat aku sendiri. Aku dah sign SNP. Penjual pun dah. Tetapi atas faktor sedikit masalah untuk dapatkan consent, penjual decide untuk cancel.

So takkan cancel gitu je kan? Mesti lah ada ganti rugi nya. 

Kat sini lah penting nya baca agreement SNP tu. Agreement punya ayat tu memang nak bagi korang pening, tapi still kita kena baca.

Dalam perjanjian, kalau salah satu pihak batalkan perjanjian ni akan jadi: 
1) Penjual yang batalkan.- Perlu pulang deposit pembeli yang sudah dibayar + amaun ganti rugi sejumlah deposit yang telah dibayar. 
2) Pembeli yang batalkan- Deposit akan hangus + perlu bayar amaun ganti rugi sejumlah deposit yang telah dibayar. 

Dalam kes aku, penjual yang batalkan.

Jadi, sebagai contoh cuba bayangkan aku beli rumah harga RM 200k.
Deposit 3% + 7%. Aku dah bayar deposit 3% masa sign SNP tapi baki lagi 7% tak bayar lagi sebab kena tunggu dapat consent dulu.

Rumah ni rumah leasehold. Maksudnya pajakan 99 tahun. So rumah leasehold perlu minta consent dulu sebelum boleh pindah milik.

Jadinya aku dah bayar dalam RM 6k (3%). Tiba-tiba owner cakap nak cancel. Jadinya secara mudah, kalau owner nak cancel aku akan dapat balik:

RM 6k + RM 6k = RM 12k

Tanpa beli rumah aku dah boleh buat untung RM6k. Betul? Nampak macam untung dan syok je kan? 

Tapi benda kat dunia ni kita suka tunjuk benda happy dulu. Yang sedih-sedih, yang rugi-rugi kita simpan tak nak kasi tau orang. Haha...

Ok cerita di sebalik RM 12k tadi. Memang aku dapat double dari apa yang aku dah bayar. Tapi berbaloi ke? Masa pun banyak dah pakai nak uruskan benda ni.

Jawapannya TIDAK.
Rupa-rupanya batalkan perjanjian ni merugikan aku dan juga owner tu sendiri.
Kenapa pulak? Jadi, siapa yang untung?

Yang untung lawyer. Sebab perjanjian valid ke tak valid, diorang dah buat kerja. Diorang dah boleh caj kita. Jadinya sebelum sign apa-apa agreement dari lawyer, make sure korang dah agree dulu dengan kos fee lawyer tu. Kalau tak tengok betul-betul part ni. Korang akan rugi.

Tak percaya. Ni cerita aku.
Kos nak beli rumah: 
1) Deposit 3% (RM6k) + 7% (RM14k)
2) Kos lawyer S&P
3) Kos lawyer loan (ni biasanya dari bank yang kita apply)
4) Valuation fee (untuk nilai value rumah) 
Anggaran kos aku kena bayar (sekalipun dah cancel jualbeli) : 
1) RM 6 k
2) RM 3.5k
3) RM 5k
4) RM 0.75k 
Jumlah keseluruhan = RM 15.25k
Ganti rugi yang diterima = RM 12 k

Jadinya ada kerugian dalam RM 3k kat sini. Nampak tak kos lawyer tu sebenarnya mahal juga? Kalau korang nak beli rumah kena make sure dapatkan kos lawyer yang sesuai. Jangan sampai mahal sangat. 

Pada aku, kos lawyer loan aku tu yang mahal. Lawyer loan ni pulak bukan aku appoint. Aku apply pinjaman rumah kat bank. Bank yang akan appoint sendiri lawyer dia untuk sediakan dokumen perjanjian pinjaman perumahan.

So dari cerita aku ni. Aku cuma boleh cakap tak payah rushing-rushing sangat beli rumah ni.
Beli rumah ni komitmen jangka panjang. Kalau bayaran bulanan korang tak mampu nak tanggung, better menyewa je dulu.

Lagi satu pastikan sebelum sign apa-apa, baca dulu semua agreement. Bagi faham. Kalau tak faham minta tolong kawan atau sesiapa je untuk kurangkan risiko kita buat keputusan bodoh.

Secara kasarnya:
Pinjaman RM100k, bayar bulan-bulan dalam RM 450 - RM550 ++
Pinjaman RM 200k, bayar bulan-bulan dalam RM 950 - RM 1,050 ++
Pinjaman RM 300k, bayar bulan-bulan dalam RM 1,450 - RM 1,550++
Pinjaman RM 400k, bayar bulan-bulan dalam RM 1,950 - RM 2,050++

Kalau korang rasa mampu nak bayar bulan-bulan tu, boleh lah proceed beli rumah. Kalau korang kira-kira balik dan rasa-rasa hidup akan dibebani hutang rumah, baik jangan teruskan dulu. 
Tunggu korang betul-betul mampu dulu baru beli.

Beli rumah ni kena belajar ilmu dia betul-betul. Buat research. Tanya pendapat orang sekeliling. Tanya pakar. Kalau dah confident baru beli.

Jangan orang beli rumah, korang pun nak beli. Tapi hidup serba kemiskinan.
Korang ada pengalaman buruk dalam urusan jual beli rumah juga tak?

Salam.

Overdose Membaca

Bagus kalau kita banyak membaca ni. Ilmu pun banyak. Senang kita nak berkongsi ilmu dengan orang lain.




Antara salah satu dari 3 perkara yang pahalanya mengalir sekalipun kita dah meninggal adalah ilmu yang bermanfaat.

Tapi bila kita dah belajar banyak ilmu, bila kita dah tahu banyak perkara, bukanlah lesen untuk kita berbangga-bangga. Bukanlah lesen untuk kita pandang rendah pada orang lain.

Kena ada adab dengan ilmu ni. Kalau kita pandai dan tahu banyak perkara sekalipun, tetapi kurang adab, orang lain tetap akan rasa menyampah dengan kita.

Ya tahu kita rasa teruja nak berkongsi ilmu baru yang kita dapat. Tapi cara penyampaian kena betul juga.

Orang lain boleh nampak cara kita sampaikan sesuatu. Sama ada kita betul-betul nak berkongsi ilmu tu atau kita cuma nak tunjuk kita lebih pandai dari dia. Takde orang suka bila dipandang rendah.

Once diorang rasa dipandang rendah, kau kongsi la ilmu bagus macam mana sekalipun, memang susah orang lain nak terima. Sebab dah timbul rasa menyampah terhadap orang yang acah ‘good-good’ ni.

Jadi, terlalu banyak membaca tak salah. Yang salahnya bila lupa nak belajar bab ‘adab dengan ilmu’ sekali...

Salam.

Grab bukan untuk pindah rumah?

Salam guys,
Tak habis lagi rupanya kes driver grab dengan passenger ni.


Kes paling baru ni yang kes grab driver dengan passenger perempuan bawak barang banyak macam nak pindah rumah. Dalam kes ni, pada aku dua-dua tak cukup hormat antara satu sama lain.

Patutnya akak yang bawak barang banyak macam nak pindah rumah tu tanya awal-awal kat driver grab tu boleh tak kalau barang banyak? Tulis note dalam app awal-awal atau pun call je terus. At least nampak la ada mutual consent sebelum naik tu.

Driver tu pulak ada je pilihan kalau rasa tak nak kereta kotor atau berat, boleh je cancel booking tu bila nampak barang banyak. Kereta dia.

Tapi ni bila passenger tu dah bawa masuk barang, dah naik kereta, baru nak cakap dan perli-perli.

Driver tu kalau cakap elok takpe, ada ke patut cakap macam ni “apesal lu punya lelaki takde tolong lu? Lu sudah cerai sama dia ke?”. Ini dah lebih-lebih.

Ini dah masuk hal privasi orang. Memang la akak tu bengang.




Aku tak backup mana-mana. Sebab cerita pun one side story je. Cuma aku rasa kalau dua-dua ada rasa hormat sikit, sopan sikit, common sense sikit, benda ni tak jadi isu.

Btw, kalau tengok gambar akak tu punya barang tak banyak mana pun. Ok jugak kalau naik grab. Cuma aku semak jugak tengok beg kertas tu banyak2. Cari la kotak masukkan semua dalam satu kotak. Kan senang nak bawak.. haiih...


Baca lagi:


Kenapa ada orang jenis yang attention seeker?

Kenapa ada orang jenis yang attention seeker?
Biasanya benda ni dari kecik atau dari persekitaran kehidupan dia sendiri. Kalaulah dengan menjadi seorang attention seeker dia dapat apa yang nak dia nak sejak kecil lagi, maka tak peliklah kalau sekarang pun masih jenis yang attention seeker jugak.



Actually aku tak ada banyak nak cerita pasal ni. Tapi aku just nak share video Aiman Azlan pasal attention seeker ni. Best jugak video2 dia. Aku biasa tengok video dia kat fb je sebab senang lalu newsfeed. Yang menarik dalam video ni pada aku pasal tantrum seorang budak.

Kenapa bila budak tantrum(mood frust, maybe menangis) baru parents nak bagi apa yang bayi tu nak? Bila buat macam ni selalu, budak tu mungkin dah letak dalam mindset yang  itulah cara dia nak dapatkan sesuatu.


REVERSE THE SITUATION

So...
Kenapa tak reverse the situation?
Contohnya tak begitu melayan dan bagi apa yang budak tu nak semasa dia tantrum. Tapi bagi dia apa dia nak bila dia berkelakuan baik kat rumah orang dan sebagainya. Mungkin bila buat macam ni, cara sesorang itu seek attention akan jadi lebih positif, bukan dengan cara yang 'annoying'.
Which is make sense jugak pada aku apa yang Aiman Azlan sampaikan ni...

Ok la disebabkan aku tengah takde content sendiri sekarang ni, so aku share video orang lain je la ya. Haha....

Ok, korang layan je la video ni:




Selamat Hari Raya guys!
Salam.



Baca lagi:

Kenapa perempuan sibuk nak ada income sendiri? Perlu ke?

Korang rasa perempuan sekarang perlu ke ada income sendiri?
Kalau aku cakap statement "Perempuan sekarang kena ada income sendiri, untuk menjamin hidup kalau dapat lelaki tak berguna" ni statement yang salah, mesti korang yang perempuan tak puas hati kan?




Pada aku idea untuk perempuan ada income sendiri tu tak salah. 
Tapi aku tak setuju dengan ayat seterusnya.
Kenapa dah letak dalam mindset sesuatu perkara buruk yang belum tentu jadi lagi?
Kenapa nak kena ada pemikiran negatif juga dalam ayat tersebut?




KENAPA PERLU ADA MINDSET NEGATIF?

Takde masalah pun kalau perempuan nak bekerja untuk cari income sendiri.
Tapi bila dalam kepala dah ada mindset yang "Aku bekerja ni sebagai backup, takut-takut aku kena tinggal nanti..", membuatkan kepercayaan korang terhadap pasangan tu makin rendah.
Menunjukkan juga korang tak percaya sepenuhnya pada rezeki.

Eh, kenapa tak percaya pada rezeki pulak kan?
Ye la.. ayat tersebut menampakkan seolah-olah korang terlalu percaya dengan asbab korang bekerjalah korang boleh survive di kemudian hari nanti. Padahal rezeki Allah yang beri. 

Rezeki kesihatan Allah bagi. 
Rezeki kebahagiaan Allah bagi.
Rezeki cukup makan dan pakaian Allah bagi.
Rezeki pekerjaan Allah bagi.

Percayalah... rezeki korang, pasangan, anak2, dan keluarga korang semua Allah dah tentukan. Tinggal kita usaha dan doa yang baik2 sahaja.

Pada aku tak adil untuk ada fikiran negatif terhadap pasangan yang dia akan tinggalkan korang suatu hari nanti padahal dia tak pernah lagi buat masalah sepanjang korang kenal dia.


YANG PENTING NIAT...

Tak salah untuk perempuan bekerja atau ada income sendiri. Tapi niatkan lah cari income tu atas perkara2 macam ni:

1. Niat nak bantu keluarga
2. Niat nak berkhidmat kepada orang lain
3. Niat nak kongsi pengetahuan dan kemahiran
4. Niat mengelakkan masa lapang terbuang dengan sia2 kalau tak bekerja.
5. Niat mencari ilmu dan pengalaman
6. Niat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari

*kalau korang isteri still kena minta izin suami dulu kalau nak bekerja. Kalau suami tak izinkan, tapi korang nak jana pendapatan sendiri jugak, silalah buat bisnes online.

Apa-apapun, macam mana sibuknya korang menjana pendapatan dan mengumpul harta sekalipun, janganlah  sampai jadi terlalu berdikari bila dah bersuami macam ayat kat bawah ni:




KENAPA PEREMPUAN TAK BOLEH INDEPENDENT SANGAT BILA DAH BERKAHWIN?

Bila korang rasa korang boleh buat semua benda, korang akan mula rasa tak perlukan siapa2. Korang akan mula pandang rendah pada pasangan. Korang akan mula lupa Tuhan yang selama ni bagi rezeki kat korang. Korang rasa apa yang korang ada ni adalah usaha korang semata-mata. Kena ingat apa yang korang ada sekarang ni Allah boleh tarik bila2 masa je dia nak.

Kalau korang dah ada rumah sendiri, Allah boleh tarik je dengan berlakunya kebakaran rumah.
Kalau korang sedang ada income yang masyuk, Allah boleh tarik je dengan ujian kesakitan sehingga tak mampu bekerja. So elakkan dari jadi terlalu independent sampai ke tahap ini.

Akhir sekali, cuba banyakkan berfikir positif terhadap sesuatu berbanding terpengaruh dengan fikiran negatif ramai orang zaman sekarang ni. Bila kita berfikir positif, kita akan menarik benda2 positif je dalam hidup kita. Hidup pun akan lebih tenang. Serius.

Ok ada perempuan yang triggered ke dengan post aku ni?  @_@
Salam Ramadhan guys!

Kenapa seorang Peaceful Phlegmatic susah nak ngam dengan seorang Powerful Choleric?

Semenjak aku terpaksa move on tempoh hari, aku buat something yang dah lama sangat aku tak buat.
Nak tahu apa? Pergi library. Serius lama dah kot aku tak pergi library dan baca buku sebelum ni.
Aku pergi library yang dekat dengan rumah aku je. Memang hambar teruk. Aku masuk library tengok siapa yang ada. Yang ada cuma family bawak anak2 diorang baca buku. Yang sebaya aku macam takde je. Kalau ada pun sorang je kot, aku tak ingat.... Segan kot awal2 nak masuk. Rasa macam masuk library budak2 pulak. Tapi nak ilmu punya pasal kan. Aku redahkan aje. Huhu.. bajet betul..

Then aku pergi la mencari buku apa nak dibaca. Aku belek2 semua rak, rasa macam semua buku tak menarik. Haha.. Sampai la aku ternampak satu buku tajuk 'Personality Plus'. Aku tertarik sebab dia punya tagline "How to understand others by understand yourself" Memang kena sangat la dengan feeling aku time tu..

Aku belek2 cari ayat2 menarik dalam buku tu dulu. Bila aku ternampak perkataan 'introvert', dan 'extrovert' terus aku triggered untuk baca buku tu. Haha.. Sebab memang aku suka baca benda2 pasal personaliti orang kot.. Maklumlah kadang2 aku nak explain kat orang aku jenis yang macam mana pun payah. So buku2 macam ni banyak membantu aku kenal diri aku lagi..


So ada 4 jenis perangai yang diceritakan dalam buku ni. Semuanya menarik. Tapi of course la yang paling menarik sekali perangai yang ada relate dengan diri aku. Haha.. Saat itu baru aku tahu tentang 4 jenis perangai seseoarang iaitu :

1) Popular Sanguine
[peramah, friendly, happy go lucky, extrovert, bercakap dulu tanpa berfikir masak2, spontan dan pandai meriahkan suasana]

2) Powerful Choleric
[leader semulajadi, kurang sabar, nak cepat, bijak buat keputusan, sentiasa rasa diri betul, extrovert]

3) Perfect Melancholic
[suka analisis, perlu byk input sebelum buat keputusan, introvert, perfectionist]

4) Peaceful Phlegmatic
[tenang, sabar, senang terima pendapat orang lain, bersikap 'boleh la..' pada banyak benda, kurang inisiatif, selalu selesa di comfort zone, sentiasa elak konflik, introvert]


Kat internet pun ada orang sediakan test nak tahu kita jenis yang mana. Contohnya macam kat website openphyschometrics.org ni. Dalam buku Personality Plus yang aku baca tu pun ada jugak test dia. Tapi kena conteng buku tu la.. Kalau library punya buku tak dapat la nak buat.


TAK PERLU BUAT TEST PUN UNTUK AKU..

So aku tanpa buat test pun aku dah tahu aku yang mana bila aku baca buku ni. Akan ada part2 yang akan menarik minat korang untuk terus baca sebab ia menceritakan tentang diri korang siapa sebenarnya. Walaupun ada 4 jenis perangai ni, dia boleh jadi mix based on percentage. Kalau aku ni orangnya jenis yang dominan Peaceful Phlegmatic dan ada sikit Perfect Melancholic.

Yang aku tahu kalau orang yang dominan Peaceful Phlegmatic ni memang susah nak ngam dengan orang Powerful Choleric. 

Jadi siapa dia Peaceful Phlegmatic? Dan siapa dia Powerful Choleric? 
Kenapa diorang susah nak ngam ?


Peaceful Phlegmatic
- Introvert
- Mungkin seorang yang pemalu
- Kadang dianggap 'submissive' atau selalu menurut perintah
- Sering mengelak daripada berlaku sebarang konflik
- Suka kalau orang lain happy sentiasa
- Sukakan kedamaian dan seorang yang tenang/penyabar
- Tak perlukan populariti asalkan ada balance life dan peaceful life.
- Tak suka melanggar perintah/break the rules
- Selalu ambil pandangan orang lain sebelum buat keputusan. 
- Selalu dianggap sebagai seorang follower.
- Lambat buat keputusan kerana sentiasa ambil kira semua benda
- Selalu rasa selesa dengan keadaan sedia ada (always in a comfort zone)
- Dianggap pemalas kerana kurang effort untuk majukan diri
- Susah nak initiate untuk volunteer lakukan sesuatu
- Kurang keinginan untuk 'menang' tapi lebih pentingkan keamanan

Powerful Choleric
- Extrovert
- Kurang sabar dan cepat marah
- Inginkan sesuatu disempurnakan dengan cepat
- Sangat berdikari
- Tinggi keyakinan diri
- Bijak dan pantas buat keputusan
- Banyak idea dan bijak merancang
- Goal- oriented
- Seorang leader semulajadi dan sering mahu in charge berbanding menjadi subordinate.
- Tak mudah putus asa
- Jarang panik dalam keadaan kecemasan
- Kadang terlepas pandang small details kerana terlalu pantas buat keputusan
- Sentiasa rasa diri betul


Aku memang jarang nak argue atau bergaduh dengan orang. Apa2 pandangan orang lain memang selalu aku ambil kira. Aku tak kisah kalau aku tak menang dalam argument asalkan kedua2 pihak dapat cari kebenaran dan ketenangan di akhir perbalahan tersebut. Tapi disebabkan terlalu tenang jugak lah membuatkan aku sentiasa dalam keadaan rileks dan tak mencari cabaran. So korang boleh relate kan perangai aku ni dengan peaceful phlegmatic tu....

Kalau aku balik kampung ramai2, aku jarang volunteer untuk drive sebab aku tahu dah ada adik beradik aku lain yang boleh drive. Kalau terpaksa baru aku drive. So bila perangai aku macam ni, akan nampak seolah-olah aku ni memang jenis follower, bukan leader yang mana ada kurang bagus kat sini sebab aku lelaki.

quizony


PEACEFUL PHLEGMATIC VS POWERFUL CHOLERIC

Cuba kau bayangkan aku yang berperangai rileks2 dan tenang ni terpaksa berpasangan dengan seorang dominan Powerful Choleric yang tak sabar dan nak cepat. Pantang tengok orang bermalas-malasan (rileks2..) Memang powerful choleric akan jadi cepat marah la kat seorang Peaceful Phlegmatic macam aku ni. Lagi2 kalau dia tak pernah tahu pun pasal personality plus ni. Memang dia akan rasa aku ni seorang yg malas dan tak produktif la...

Tapi kadang2 Powerful Choleric ni penting jugak wujud di samping seorang Peaceful Phlegmatic. Sebab dia lah yg akan motivate dan push orang Peaceful Phlegmatic untuk keluar dari comfort zone. Sebab dia jenis yang goal oriented. Tapi tu kalau dia dah tahu pasal personality plus ni la.... kalau dia tak tahu...., makin down seorang Peaceful Phlegmatic jadinya bila asik kena kritik je dengan Powerful Choleric nanti....


BILA FAHAM PERSONALITI MASING-MASING SEMUANYA LEBIH MUDAH..

So pokok pangkalnya, kalau kita tak faham personatiti dominan masing2, memang susah kita nak adapt dengan cara orang lain berfikir. Kita takkan boleh buat semua orang lain berfikir sama macam kita fikir. Di tempat kerja ke, dalam keluarga ke, suami isteri ke... kalau faham pasal personaliti masing2, mesti akan jadi lebih mudah untuk communicate dan boleh kurangkan konflik. Memahami personaltiti orang lain juga adalah salah satu cara untuk mengetahui keserasian kita dengan seseorang.

Jadi kesimpulannya kalau korang nak kenal dengan seseorang tu, boleh la tanya dulu personaliti dia jenis yang mana. Kalau korang rasa tak boleh ngam dengan personaliti tu boleh la stop kenal awal2 untuk elakkan dari membuang masa.

So korang rasa personaliti korang yang mana?

pinterest


Baca lagi:




Korang nampak warna pink atau kelabu hijau/mint?

Benda tengah kecoh2 ni aku saje buka cerita. Korang dah tahu ke pasal kasut vans misteri ni? Adik beradik aku semua tak puas hati aku boleh nampak color pink /putih. Diorang tak boleh brain sebab diorang cuma boleh nampak kasut vans tu color kelabu /mint. Aku sekali pandang je terus nampak color pink. Aku pun tak boleh brain pada awalnya macam mana diorang boleh nampak color kelabu..



Tapi pagi tadi lepas aku bangun, aku tengok balik gambar ni. Eh... boleh pulak aku imagine dia warna grey /mint. So aku boleh imagine dua2 color. Kalau aku ubah angle pandangan aku dari tepi aku nampak pink /white. Kalau aku tengok direct dari tengah dan secara dekat aku boleh imagine kasut tu color grey /mint pulak...


KALAU NAMPAK DUA-DUA COLOR MACAM MANA?

Benda ni buat aku tertarik nak tahu sebab ada satu story tu dia explain kalau nampak color pink maksud dia korang dominan menggunakan otak kanan. Kalau nampak color kelabu tu maksudnya korang dominan menggunakan otak kiri. Kira malam tadi aku guna otak kanan la sebab nampak pink. Hari ni aku guna otak tengah2 pulak sebab nampak dua2 color. Haha....


Pada aku explanation ni macam tak tepat je... Biasa orang2 art, kidal dan jenis  kreatif je  yang guna otak kanan. Kalau macam aku yang tak berapa nak kreatif ni takkan la aku jenis otak kanan pulak hanya disebabkan aku nampak kasut ni pink. Sepatutnya aku dominan otak kiri.  Otak kiri lebih kepada skill analysis, bagus kat nombor dan logic. So, explanation pasal otak kanan otak kiri berkenaan kasut ni macam tak valid..


KENAPA ORANG LAIN NAMPAK COLOR LAIN?

Aku ada baca kat website2 lain. Yang aku percaya la kenapa lain orang lain warna yang dia nampak kat kasut vans ni.


1) Pengalaman
Seseorang yang dah pernah nampak kasut vans pink /putih akan mudah untuk nampak gambar kasut vans ni warna pink. Macam aku memang dah pernah nampak vans warna pink sebelum ni. Dan aku ada pengalaman buat dropship jual kasut sebelum ni. So kasut vans color pink ni dah biasa sangat aku tengok. So senang aku nak recall. Orang yang tak pernah atau sangat jarang nampak kasut vans pink ni yang mungkin akan nampak kasut ni warna kelabu.

2) Warna yang sama tapi pandangan seseorang berbeza
Color biru aku mungkin tak sama dengan color biru korang yang korang dah simpan dalam otak korang. So, kalau korang rasa color mint macam dalam gambar ni adalah mint, maka korang akan nampak kelabu. Dan kalau aku pulak aku rasa color mint korang tu adalah color putih maka aku akan nampak kasut pink /putih.

3) Tahap keinginan untuk  megembalikan seseuatu kepada asalnya
Ni berkait dengan point no 1. Kalau korang pernah tengok kasut vans color  pink sebelum ni, mungkin korang akan rasa gambar ni adalah kasut pink yang diambil dalam keadaan gelap dan kasut ni mungkin dah buruk sikit sebab color pink dia sedikit pudar. So korang punya level untuk imagine kasut ni dalam keadaan warna yang asal adalah tinggi(warna asal:pink). Tapi kalau korang tak pernah nampak kasut vans pink sebelum ni, korang mungkin terus rasa kelabu memang warna sebenar kasut ni dan kurang mengambil kira faktor cahaya tadi...


So ni la tiga penjelasan yang aku rasa ada logik akal sikit berbanding explanation pasal otak kanan otak kiri tu. So far aku masih tak jumpa sumber yang betul2 sahih tentang penjelasan pasal warna kasut ni. So kira ni latihan minda untuk korang je la. Jangan amik bulat2 apa yang aku explain dah la sebab takde kajian saintifik lagi yang dah dibuat pasal warna kasut ni..

So sebelum masuk ramadhan ni, aku saje la up satu post ni dulu. Mana la tahu kan ramadhan tahun ni  aku jadi rajin sangat beribadah ke sampai  blog ni pun aku lupa nanti camne nak guna. So korang baca je la entri2 kat blog ni ulang2. Hahaha...

Moga2 kita semua dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaiknya dan semoga Allah beri kita peluang beribadah di malam lailatul qadr nanti. Jangan lupa niat puasa esok pada malam ni guys. Seeloknya niat puasa sebulan terus pada malam ni supaya kalau terlupa niat di malam lain puasa kita masih sah insyallah. Amin..

Salam Ramadhan guys!

*so korang nampak kasut ni color pink/white atau grey/mint?



Baca lagi:



Bos tak faham perkerja, pekerja tak faham bos

Salam,

Aku bosan2 aku baca confession ditulis oleh seorang bos terhadap pekerja. Luahan hati dia aku rasa  make sense je. Dia luahkan rasa serba salah bila dah ter'hire' member2 atau keluarga tapi diorang tak perform dan tak berdisiplin. So susah nak tegur. Jadilah kurang produktif the whole organization. Tapi komen2 semua dari pekerja pulak kecam balik bos ni katanya bos tak faham pekerja yang level bawah2 ni.

Executive Education

So, basically kalau kita tak try bayangkan diri kita berada kat tempat seseorang, memang susah la kita nak faham keadaan orang tersebut.
Kalau kita tak boleh cari sesuatu yang positif dari statement seseorang, memang kita akan sentiasa rasa diri betul dan kerap menyalahkan orang lain.

Antara luahan bos ni:
- Jangan melawan bos (bila kena tegur pasal kerja)
- Jangan bebas sangat bersuara (buat macam member2 dan tak respect bos)
- Jangan dengki dengan staff lain
- Jangan bodek bos (bos tak tak nak dengar macam mana kau buat kerja, yang penting siap)
- Bersyukur dengan apa yang ada
- Jangan bagi bos buat kerja staff
- Think like a boss (bukan fikir pasal sales semata, tapi kos untuk run company kena fikir jugak)

Bagi aku point2 dia utarakan ni valid.


CUBA UNTUK TERIMA TEGURAN...

- Kalau ditegur oleh bos disebabkan kesilapan kita buat kerja, tak perlulah melawan balik unless kita memang yakin bukan salah kita kerja tu tak settle. Sepatutnya reflect balik diri sendiri dan try improve hasil kerja tu.

- Kalau bos tu member korang, dekat office kena la maintain the professionalism. Jangan buat macam member2 kat kedai makan je. Kena hormat bos sendiri walaupun dia kawan kita dan sebaya dengan kita. Lagi2 kalau dia seorang bos yang berkaliber. Lagi la patut dihormati. Kalau bos tu concern dan selalu nak update progress kerja dari korang, kira dia ada dah ciri2 seorang bos. Aku pernah ada pengalaman ada bos yang jarang2 nak amik tahu dan concern pasal kerja staff. Ni kalau kau dapat bos macam ni lagi jammed. Kau datang kerja macam takde tujuan je... sebab takde orang kisah pun pasal kau dan kerja kau. So goal kau siapkan kerja untuk apa pun kau tak tahu..jangan tanya aku macam mana benda ni boleh jadi sebab ni special case.

- Salah untuk dengki dengan staff lain dengan cara menjatuhkan dia, tapi boleh untuk rasa iri hati dan berniat nak perform macam staff lain tersebut. Orang yang suka dengki ni paling bahaya kalau dia buat gaji atau kerja bahagian HR. Habis masa buat gaji tu semua dia tak puas hati bila ada orang gaji lebih tinggi dari dia..

Smallbiztrends


BUAT APA BODEK-BODEK BOS NI..

- Tak perlulah bodek bos. Buat kerja betul2 je insyallah ada la nanti bos tu nampak kecekapan korang. Aku tahu memang penat bila kita buat kerja bos tak nampak, tapi bila terbuat silap sikit terus nampak. Just think positive dan teruskan buat kerja betul2. Niat la buat kerja untuk permudahkan urusan orang lain. Btw, pasal bos jenis tak nak tahu macam mana kau buat kerja yang penting kerja siap ni aku tak berapa setuju untuk respect bos macam ni. Bos yang hebat adalah bos yang mampu tunjuk ajar kita buat kerja dengan betul. Bukan tahu keje nak siap je...sebab tu bos yang hebat biasanya dia start dari bawah dan dia faham kerja2 orang bawah ni macam mana...

- Kalau bos dah banyak bagi kelonggaran dari segi waktu bekerja tu patutlah bersyukur. Selagi dapat gaji selagi tu la kita perlu bersyukur. Ada orang nak cari kerja bertahun2 tak dapat.. Tapi kalau dah start gaji tak dapat bolehlah angkat kaki ke tempat lain. Cuma kalau korang setia dan korang nampak bos tu ada vision untuk turnaround syarikat tu sehingga untung semula, boleh la kalau nak stay walaupun pending gaji sebulan dua...

- Jangan sampai bos terpaksa buat kerja kita. Kiranya apa tujuan dia hire kita kalau bos tu sendiri terpaksa siapkan kerja kita. Boleh mintak tunjuk ajar tapi usaha untuk siapkan kerja yang dah diamanahkan. Tapi kalau kerja tu lari dari scope kerja kita sebenar then boleh la bagi excuse kita takde kepakaran buat kerja tu..


BUKAN SENANG NAK 'THINK LIKE A BOSS'...

- Untuk think like a boss memang payah kalau kita tak pernah nampak the bigger picture to run the company. Yela kita level2 kuli je yang kita kisahkan adalah gaji kita tiap2 bulan je dan kerja yang diamanahkan dapat disiapkan. Tapi untuk jadi seorang bos, ceo, atau leader sekurang2nya kena tahu the surface of everything. Kena tahu sikit pasal bisnes, ekonomi, financial, HR, law, tax dan sebagainya barulah boleh make sure company tu run smooth je... Barulah boleh tahu kat mana nak monitor dan tackle issue bila bisnes ada problem. Barulah boleh motivate semua staff dan direct semua orang ke arah visi yang sama...

So pada aku point2 yang diutarakan oleh seorang bos ni patut kita ambil dari sudut yang positif. Kalau masing2 nak menuding jari dan salah menyalahkan antara satu sama lain, sampai bila2 pun organisasi atau syarikat tu takkan berkembang sebab ada je alasan nak diberi...

Akhir kata buatlah kerja dengan ikhlas untuk menunaikan amanah yang telah diberi. Ada masa perlu bersuara, utarakanlah sewajarnya...

Salam jumaat.




Baca lagi:


Ada apa dengan 3 perkara ini?

Salam.

Kenapa ada sebahagian orang sangat tinggi common sense dan sebahagian lagi macam takde langsung common sense? Kenapa ada orang berperangai sangat kejam dan ada pulak yang sangat baik hati? Kenapa ada orang yang selalu sangat buat maksiat dan ada orang yang selalu beribadat?

maravipost.com

Sebabnya kesemua perangai manusia kat atas ni bergantung kepada macam mana kita jaga tiga (3) perkara ni:

1. Hati
2. Akal Fikiran
3. Nafsu

Hati
Hati ni umpama bateri dalam badan seseorang. Kalau hati dijaga elok, maka seluruh kelakuan kita juga akan elok. Bayangkan kereta control yang bateri rosak, dia akan hilang fungsi sebenar dia. Macam tu jugak hati, kalau dah rosak, habis rosak jugaklah individu tersebut. Sebab tu kita kena jaga hati kita sebaik mungkin. Elakkan dari terlalu mengikut kata hati yang negatif seperti dengki, sombong, berasa diri sentiasa betul dan sebagainya..

Akal fikiran
Akal fikiran ni pun kita kena jaga dengan baik. Gunakan akal fikiran kita untuk mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Elakkan dari memikirkan perkara yang sia2 dan perkara yang bukan2. Kalau dah selalu sangat kita memikirkan perkara2 maksiat contohnya maka kelakuan kita juga akan cenderung untuk melakukan maksiat.

Nafsu
Tak salah ada nafsu. Memang sifat manusia bernafsu untuk makan, minum, tidur, bermain, berkahwin dan sebagainya. Tapi nafsu ni perlu dikawal. Ada nafsu makan itu bagus tetapi kalau terlalu mengikut nafsu sampai makan berlebihan akan jadi tak bagus dan boleh merosakkan kesihatan. Tak salah ada perasaan marah. Tetapi marah itu perlu dikawal dan dilepaskan pada tempat dan keadaan yang sepatutnya. Bukanlah kita sesuka hati marah orang lain yang takde kena mengena atau marah pada keadaan yang tak sepatutnya...


HIDUP INI KENA PANDAI MENGAWAL..

Kesimpulannya, manusia kena kawal ketiga2 perkara kat atas ni. Kena jaga hati supaya bersih dari sifat mazmumah, jaga akal dari memikirkan perkara yang tidak bermanfaat dan kawal nafsu dari melakukan sesuatu yang dilarang.

Kalau ketiga2 ni semua di antara kita mampu jaga, insyallah Malaysia akan jadi negara yang sangat bertamadun. Takde dah sampah orang buang merata-rata atau buang di tepi tingkap. Takde dah orang parking kat petak OKU. Orang pergi beratur beli tiket bola lepas ni pun dah takde dah merusuh2. Semua beratur elok je.. dan semua redha je tak dapat tiket walaupun tahu kena bohong sebenarnya...hmm... ^_^




Baca lagi:


Pentingnya kita diuji

Salam guys,

Ada diantara korang yang baru ditimpa ujian yang berat? Sehingga rasa macam tak mampu? Setiap orang pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Ujian semasa kat dunia ni la yang akan menentukan sama ada kita benar-benar beriman atau tidak.

applewoodacademy

Seperti yang dinyatakan dalam ayat quran:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)
Jadi jika kita diuji, cubalah sebaik mungkin kawal diri dan uruskan segala masalah tersebut dengan baik tanpa memudaratkan orang lain, diri sendiri dan sekeliling kita.

Kalau kita diuji, itu adalah peluang untuk kita mantapkan lagi iman kita. Supaya semakin banyak kita diuji semakin kuat iman kita. Dan semakin dekat kita dengan Allah swt.

Kekayaan juga satu ujian
Kemiskinan juga satu ujian.

Kalau kekayaan membuatkan kita semakin sombong, jauh dari Allah, terlalu mengejarkan harta.. kita dah kalah dalam ujian tersebut.

Kalau kemiskinan membuatkan kita tak mampu redha dengan ketentuan Allah, terdesak sehingga mencuri.. maka kita juga dah kalah dalam ujian tersebut.
Tapi...

Kalau dengan kekayaan kita semakin bermurah hati, lebih banyak menolong orang.. kita dah hampir2 berjaya hadapi ujian kekayaan...

Dan kalau dengan kemiskinan kita semakin banyak berdoa, mampu redha dengan ketentuan, sentiasa sabar.. maka kita juga hampir berjaya menghadapi ujian kemiskinan tersebut..

laboursolutions
Apa2 pun cuba kawal diri dan hadapi ujian dengan tenang dan perbanyakkan doa. Semoga ujian2 yang kita hadapi membentuk kita menjadi seorang muslim/muslimah yang matang dan sangat teguh imannya.

Aku doakan korang semua dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan yang dihadapi insyallah. Amin...

Salam jumaat! :)


Baca lagi:



Mengaku introvert dah jadi trend?

Aku rasa term introvert ni dah familiar didengari sekarang ni. Dah ramai dah orang share mengenai introvert kat facebook, twitter, dan media2 sosial yang lain. Bagus la ramai dah makin alert dengan personaliti2 manusia ni..
Tapi yang aku pelik, ada pulak orang yang sengaja mengaku diri introvert walaupun dia bukan introvert. Serius la.. untuk apa? Haha..

Orang introvert ni kalau boleh nak improve sebenarnya cara2 diorang bergaul tu. Memang seorang introvert payah nak bergaul, tapi untuk kita capai sesuatu matlamat tu kadang2 memerlukan kita bergaul jugak dengan orang. So nak tak nak ada sebahagian perkara yang orang introvert kena adapt jugak...

Tapi ada pulak orang extrovert yang mengaku dia introvert. Padahal kalau dah personaliti korang extrovert tu pada aku dah bagus dah kot. Ramai orang senang nak ngam.. No point kot mengaku karakter yang bukan diri korang sebenar pun... 

Aku baca posting kat fb orang share pasal introvert, then ramai pulak yang mengaku diri dia introvert kat komen2. Kalau betul takpe la mengaku... Tapi kalau mengaku semata-mata nak tarik perhatian orang lain buat apa?? Takkan sebab orang share ciri2 introvert ni salah satunya 'setia' semua terus nak mengaku introvert? Duh....

Ada yang memang kaki lepak, kaki outing, kaki makan ramai2 mengaku diri tu macam introvert. Kat mana perangai introvert nya tu? Haha adoii... Ada pulak yang dulu extrovert tapi sekarang dah introvert sebab kecewa dengan kawan2 dia sebelum ni. Haii.. senang je eh nak jadi introvert. Pada aku kalau kau suka keluar dan berjumpa orang ramai, tak boleh nak terperap kat rumah lama-lama, susah nak rasa penat kat event2 yang ramai orang dan suka cari perhatian, korang bukanlah introvert pun.






Kalau dah makin dewasa ni korang lebih suka makan sendiri, tengok wayang sendiri... tu lebih kepada perubahan kematangan korang bila makin dewasa. Korang start sedar yang kadang2 buat apa-apa sendiri tu lebih mudah dan lebih efisyen. Tak perlu nak bergantung kat orang lain dan korang dah start sedar nak tak nak hidup dah dewasa ni kena pandai berdikari. Bukanlah tiba2 korang jadi seorang introvert pulak bila berperangai macam ni. Just korang dah jadi dewasa dan matang sahaja...

Macam ramai cakap la seorang introvert jarang mengaku dia introvert. Kalau la dia nak luahkan perasaan dan nak mengaku sebagai introvert pun biasanya diorang akan berselindung sikit. Bukan cari perhatian kat komen2 fb. Haha.. Contoh macam seorang introvert luahkan perasaan dia kat iium confession dan seorang penulis blog mengaku introvert disebalik nama samaran. Tak direct pun dia bagitahu kat orang.



Introvert biasa mesti ada ciri-ciri ni:
  1. Lebih suka duduk kat rumah
  2. Lebih suka sembang dengan member rapat atau family yang rapat sahaja
  3. Cepat penat kalau pergi kenduri, konsert, atau apa2 event
  4. Kurang rasa nak menonjol dan mencari perhatian
  5. Sangat suka kalau ada banyak 'me time'
  6. Lebih suka buat kerja sendiri, tak kisah sangat orang alert tak dengan hasil kerja dia
  7. Automatik lebih banyak diam dari bercakap bila duduk dalam group. Sebab introvert biasanya perlukan masa untuk proses apa yang dia dengar. Lepas tu baru dia berani nak respon.
quotewarehouse
Kalau korang takde perangai2 macam kat atas ni tetapi cuma korang selalu tengok wayang dan makan sorang2 tu aku tak rasa korang introvert pun. Aku ada kawan rapat yang dulu memang jenis peramah, suka jumpa orang, memang extrovert la kiranya. Tapi sejak dia dah bekerjaya ni dia lagi suka makan sorang2 sebab dia kata lebih senang tak kacau orang. So ni bukanlah maksudnya kawan aku jadi intorvert dah. Cuma dia dah matang dan tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu. So tak payah la ye nak mengaku karakter yang bukan diri kita sendiri.

Introvert ni pun ada banyak jenis. Tapi yang aku percaya ada dua jenis je lepas aku baca satu buku sorang2 kat library hari tu. Nanti la aku cite..

Korang ada kawan2 yang tiba2 mengaku introvert jugak ke? Apa pandangan korang? Rasa nak pukul ke camne? Haha..


Baca lagi:



Mungkin kurang orang berdendam jika tahu perkara ini

Salam guys...
Kadang2 ada yang sampai berdendam kawan tak jemput pergi majlis kahwin. So dia pun balas balik dengan tak jemput kawan tersebut ke majlis dia pulak. Jadi la gaduh dua orang member. Apa manfaat buat camni? Tiada...

RevengeOfTheFans

Kalau kita faham 6 hak muslim ke atas muslim lain ni, mungkin kurang rasa kita nak berdendam dengan orang lepas ni. Sebab islam ajar untuk eratkan silaturrahim. Bukan putuskan silaturrahim.

So, apa dia 6 hak ke atas muslim yang lain tu?

  1. Bila bertemu dengannya, ucapkanlah salam
  2. Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya
  3. Bila dia minta nasihat, berilah nasihat
  4. Bila dia bersin dan mengucapkan tahmid, doakanlah dia beroleh rahmat
  5. Bila dia sakit, ziarahilah dia
  6. Bila dia meninggal, ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur

utm

Beri salam tu maksudnya kita nak bagitahu orang tu kita tak beri mudarat kepada dia dan segalanya insyallah aman dan sejahtera dengan kita.

Next. Memenuhi undangan. Cuba kalau semua orang rasa bertanggungjawab untuk penuhi hak muslim yang ini. Takde la lagi nak gaduh2 kerana tak dijemput. Kalau tak dijemput fikirlah positif pasti ada sebab musababnya. Kalau dijemput pula, cubalah penuhi undangannya walaupun dia tak pergi pun majlis yang kita jemput sebelum ni.

Nasihat menasihati. Manusia ni special sebab dia ada tugas amar makruf nahi munkar kat dunia ni. Beri nasihat tergolong dalam perkara ni.

Bersin. Bila member kita bersin dan dia sebut alhamdulillah. Doakanlah rahmat untuk dia. Yang ni rasanya ramai yng dah sedar dan dah buat.

Ziarah orang sakit. Jika ada kenalan kita sakit, ziarah la dia. Boleh reflect diri kita semula untuk ingat Allah, ingat mati, dan bersimpati atas ujian. Kalau semua orang letak islam paling atas dalam hidup, sekalipun pernah bergaduh sebelum ni pasti dia akan tunaikan jugak hak menziarahi yang sakit ni.

Menghantar jenazah ke kubur. Jika ada kelapangan solatkanlah jenazah dan ikutlah hantar jenazahnya ke kubur. Ini dapat mengingatkan kita dengan kematian jugak.

Kesemua hak muslim ni kalau kita buat, insyallah kita akan kurang nak berdendam dengan orang lain. Kita akan lebih banyak reflect diri sendiri dan kita akan lebih pentingkan kehidupan di alam lain nanti selepas kematian kita di dunia ini. Bukan buat sesuatu mengikut emosi semata-mata.

Sekian. Salam jumaat.


Baca lagi:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...