Mengaku introvert dah jadi trend?

Aku rasa term introvert ni dah familiar didengari sekarang ni. Dah ramai dah orang share mengenai introvert kat facebook, twitter, dan media2 sosial yang lain. Bagus la ramai dah makin alert dengan personaliti2 manusia ni..
Tapi yang aku pelik, ada pulak orang yang sengaja mengaku diri introvert walaupun dia bukan introvert. Serius la.. untuk apa? Haha..

Orang introvert ni kalau boleh nak improve sebenarnya cara2 diorang bergaul tu. Memang seorang introvert payah nak bergaul, tapi untuk kita capai sesuatu matlamat tu kadang2 memerlukan kita bergaul jugak dengan orang. So nak tak nak ada sebahagian perkara yang orang introvert kena adapt jugak...

Tapi ada pulak orang extrovert yang mengaku dia introvert. Padahal kalau dah personaliti korang extrovert tu pada aku dah bagus dah kot. Ramai orang senang nak ngam.. No point kot mengaku karakter yang bukan diri korang sebenar pun... 

Aku baca posting kat fb orang share pasal introvert, then ramai pulak yang mengaku diri dia introvert kat komen2. Kalau betul takpe la mengaku... Tapi kalau mengaku semata-mata nak tarik perhatian orang lain buat apa?? Takkan sebab orang share ciri2 introvert ni salah satunya 'setia' semua terus nak mengaku introvert? Duh....

Ada yang memang kaki lepak, kaki outing, kaki makan ramai2 mengaku diri tu macam introvert. Kat mana perangai introvert nya tu? Haha adoii... Ada pulak yang dulu extrovert tapi sekarang dah introvert sebab kecewa dengan kawan2 dia sebelum ni. Haii.. senang je eh nak jadi introvert. Pada aku kalau kau suka keluar dan berjumpa orang ramai, tak boleh nak terperap kat rumah lama-lama, susah nak rasa penat kat event2 yang ramai orang dan suka cari perhatian, korang bukanlah introvert pun.






Kalau dah makin dewasa ni korang lebih suka makan sendiri, tengok wayang sendiri... tu lebih kepada perubahan kematangan korang bila makin dewasa. Korang start sedar yang kadang2 buat apa-apa sendiri tu lebih mudah dan lebih efisyen. Tak perlu nak bergantung kat orang lain dan korang dah start sedar nak tak nak hidup dah dewasa ni kena pandai berdikari. Bukanlah tiba2 korang jadi seorang introvert pulak bila berperangai macam ni. Just korang dah jadi dewasa dan matang sahaja...

Macam ramai cakap la seorang introvert jarang mengaku dia introvert. Kalau la dia nak luahkan perasaan dan nak mengaku sebagai introvert pun biasanya diorang akan berselindung sikit. Bukan cari perhatian kat komen2 fb. Haha.. Contoh macam seorang introvert luahkan perasaan dia kat iium confession dan seorang penulis blog mengaku introvert disebalik nama samaran. Tak direct pun dia bagitahu kat orang.



Introvert biasa mesti ada ciri-ciri ni:
  1. Lebih suka duduk kat rumah
  2. Lebih suka sembang dengan member rapat atau family yang rapat sahaja
  3. Cepat penat kalau pergi kenduri, konsert, atau apa2 event
  4. Kurang rasa nak menonjol dan mencari perhatian
  5. Sangat suka kalau ada banyak 'me time'
  6. Lebih suka buat kerja sendiri, tak kisah sangat orang alert tak dengan hasil kerja dia
  7. Automatik lebih banyak diam dari bercakap bila duduk dalam group. Sebab introvert biasanya perlukan masa untuk proses apa yang dia dengar. Lepas tu baru dia berani nak respon.
quotewarehouse
Kalau korang takde perangai2 macam kat atas ni tetapi cuma korang selalu tengok wayang dan makan sorang2 tu aku tak rasa korang introvert pun. Aku ada kawan rapat yang dulu memang jenis peramah, suka jumpa orang, memang extrovert la kiranya. Tapi sejak dia dah bekerjaya ni dia lagi suka makan sorang2 sebab dia kata lebih senang tak kacau orang. So ni bukanlah maksudnya kawan aku jadi intorvert dah. Cuma dia dah matang dan tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu. So tak payah la ye nak mengaku karakter yang bukan diri kita sendiri.

Introvert ni pun ada banyak jenis. Tapi yang aku percaya ada dua jenis je lepas aku baca satu buku sorang2 kat library hari tu. Nanti la aku cite..

Korang ada kawan2 yang tiba2 mengaku introvert jugak ke? Apa pandangan korang? Rasa nak pukul ke camne? Haha..


Baca lagi:



14 ulasan:

  1. semua ciri-ciri 1-7 tu memang aku ada sejak zaman sekolah lagi. and memang orang akan kata aku ni introvert (nerd jugak sometimes). memang suka memerap kat rumah (tdo, baca buku, ngadap laptop). lebih suka bergerak solo. tapi since masuk universiti dan bekerja, makin berkurang dah. ni dah kahwin, dah ada anak bini, tak kan nak memerap dalam rumah lak time cuti kan. kesian depa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok kau ni kira betul2 introvert. Aku masa kecik pun lebih kurang jugak ada perangai2 camtu. Tapi dah dewasa ni nak tak nak kena adapt gak dgn keadaan sekeliling mana yg mampu. Yes memang paling byk perubahan start zaman u n kerja la...

      Tapi berubah camne pun kau, kau still akan rasa sgt best gak kan bila dpt duduk sorg2? Kira kau pure introvert yg dah reti adapt.

      Just nak tanya la, kalau kau introvert, bini kau introvert gak tak? Haha.. teringin nak tahu adakah introvert dan introvert lebih serasi atau introvert dan extrovert lebih serasi.. :)

      Padam
  2. zaman sekarang memang ada macam-macam orang mengaku dia bla bla bla~ asalkan jadi trend je mesti nak mengaku dia pun cenggitu. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. kalau tak mengaku camtu nanti camne nak nampak acah2 special kat mata org lain haha

      Padam
  3. knape nak mengaku introvert? aku sbg introvert teringin nak jadi extrovert tapi x nak over snagat.. hahaha cmane tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha normal la tu. kadanag jadi introvert ni jeles jugak dgn extrovert yg ada confident level tinggi tu. Aku rasa perasaan kau rasa ni normal je..

      Padam
  4. aduhaii...isu ni pun nak debat gak ke? manusia semua ada speciality memasinglah...rambut sama hitam, hati lain2...bagi aku, aku lebih suka letak diri dalam golongan ambivert. sebab aku boleh pergi ke dua2 karakter. tp semua depends pada keselesaan. masing2 ada baik dan benda yg perlu diperbaik. just be proud for our self la..just don't be people pleaser...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. semua orang ada karakter masing2 termasuk la jenis yg suka berpura-pura ni haha. Pada aku kita sendiri tahu diri kita macam mana. Jujur pada diri sendiri je. Semua orang akan ada satu sifat dominan macam mana pun. Kalau seorang introvert try nak jadi extrovert sgt pun lama2 dia akan penat. Just kadang2 kena adapt & consider dgn perangai org lain je la..

      Aku setuju ayat kau 'just don't be people pleaser...'. Penat weh nak puaskan hati semua orang ni.

      Padam
  5. Ak pula ada selective mutism. pure introvert. dan spektrum ak mmg thp yg agak severe. tak boleh baca sosial cue. nk berkomunikasi mcm org normal lain tu tak reti terutamanya dgn org yg ak tak bese. dan org yg ak boleh berckp normal ni boleh kira dgn jari je. family ak ni ramai lelaki, dan semua mcm macho, bajet cool, so nk mengaku benda kekurangan ni mcm tiada dlm kamus family ini. ak pn terjangkit sifat macho tu. Tp, baru2 ni ak mmg buat pengakuan eksklusif juga, letak dkt status whatssap, just simply letak selective mutism. sebab dah letih sgt la.sesetengah org dia jd sakit hati lain mcm tgk org syp. dia igt kita saje2 diam,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik tentang selective mutism ni. Orang lain memang macam tu. Bila dia tak duduk dalam situasi kita, dia takkan faham apa kita rasa dan kenap kita buat sesuatu.

      Takpe, kalau tahap teruk sangat elok rasanya jumpa pakar psikiatris. Sebab aku pun tak boleh nak bagi nasihat sesuka hati dalam bab ni. Cuba terima diri sendiri dan sayang diri sendiri dulu.

      Semua orang ada masalah masing2. Insyallah semua orang ada kelebihan dan ada kekurangan. Cuba cari kelebihan dan sesuatu yang dapat menggemberikan kita supaya dapat lupa masalah yg ada...

      Padam
  6. Saya pun ada ciri ciri introvert.. Dulu sekolah rendah dn sekolah menengah lingkungan kawan saya cuma seorang dan dua orang sahaja...masuk ke universiti sekarang langsung tiada kawan rapat. Yang hanya cuma kawan biasa saja. Saya pula jenis yg banyak habiskan masa saya di dorm atau library jer. Orang akan pandang saya seorang yg pemalu padahal saya lebih selesa bergerak solo. Kalau ramai sangat org boleh membuatkan saya cepat lesu dn penat. Kadang ii saya rasa down juga lah sbb bukan kita yg nk jadi introvert..jeles juga tengok rakan yg lain ada member ii rapat sehati sejiwa ni. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada rasa jealous dengan orang yang ada kawan tu, maksudnya awak pun masih ada keinginan berkawan walaupun intorvert. Ini normal. Cuma awak lebih suka banyak masa sendirian.

      Cuba beranikan diri untuk start approach orang dulu. Kat library tu tengok orang baca buku yang awak minat try lah tegur. Kalau terus dapat deep conversation dengan orang tu mungkin boleh jadi kawan.

      Kalau awak boleh menulis secara online pun bagus. Mungkin boleh jumpa kawan rapat melalui online. Orang2 introvert ni lebih reti menulis dari berkata- kata. ^_^

      Padam
  7. Aku introvert. Masa kecik aku rasa sedih sebab takde kawan. Cuba bayangkan bila masuk darjah satu makan sorang2. Semua budak ada kawan masa tu. Sampai sekarang dah masuk umur 30 tetap tak ramai kawan. Tapi adalah kawan sorang dua sebab ngam dengan perangai. Tapi sedikit sebanyak aku terima jugak keadaan aku yang introvert ni sebab aku dapat kenal manusia tu tahap hipokrit macam mana melalui pemerhatian semasa duduk sorang2. Dah macam pakar penyiasatan pun ada sebab dalam seminggu berkawan aku boleh tau setiap kelebihan dan kelemahan kawan tu macam mana. Aku boleh tau cara dia menipu macam mana tapi aku tak kantoikan penipuan dia sebab seronok dia cakap menipu padahal aku dah tau dia ni menipu. Lepas tu aku akan hebahkan kepada semua orang yang dia ni menipu dan bagi nasihat supaya berhati-hati berkawan dengannya. Lagi dia banyak bercakap lagi aku kenal dia siapa. Selama 30 tahun hidup ni jugak aku dapat pengalaman yang paling berharga iaitu aku boleh tau manusia hipokrit yang nak ambik kesempatan terhadap aku macam mana. Biasanya diorang ni nak gunakan aku jer sebab ternampak aku punya kelebihan yang boleh bagi manfaat kepada manusia hipokrit ni. Tindakan aku pulak aku akan pura2 tolong lepas tu aku akan khianat dia atau aku akan biar bluetick tapi tak balas WhatsApp lepas dia hantar mesej nak mintak tolong. Cara dia nak gunakan aku mula2 dia tanya khabar, lepas tu ajak lepak makan, masa makan baru lah dia cakap niat dia yang sebenar. Aku dah masak sangat dengan helah ni sebab aku selalu jumpa orang macam ni. Jadi tak payah la kesian nak tolong orang ni sebab lepas tolong terus tak nak jumpa. Kalau jumpa pun siap cakap yang menyakitkan hati. Masa nak mintak tolong bukan baik lagi umpama menanam tebu di tepi bibir. Dengan pengalaman ni jugak la aku hampir2 jadi mangsa scammer MOH. dengan sepupu sendiri pulak tu. Bahaya kalau terjerat sebab dia akan brainwash kau. Bila dah kena brainwash umpama lembu kena cucuk hidung. Apa yang scammer suruh kita turutkan jer sampai boleh buat pinjaman peribadi sampai maksimum mungkin. Lepas tu ditinggalkan macam tu jer lepas scammer dah dapat duit kita. Jadi cara tak nak digunakan orang aku tak kan tunjuk kelebihan sebenar aku. Jadi orang akan tengok aku ni bodoh tak tau apa2 padahal aku ni pandai. Lepas dia tengok aku ni macam bodoh dia pun layan aku macam sampah sebab anggap aku ni tak berguna untuk diorang. Tapi perangai aku berlawanan dengan mereka. Aku tak suka mintak tolong orang lain. Kalau ada masalah aku akan selesaikan sendiri sebab dengan usaha sendiri aku dapat hidup berdikari dan ilmu semakin meningkat untuk kegunaan diri sendiri. Aku perhatikan orang yang suka gunakan orang lain ilmu dia takkan meningkat malah semakin bodoh dan susah nak berdikari. Kalau orang tak nak tolong dia, dia akan salahkan orang lain bukan salahkan diri sendiri siap jatuhkan maruah orang itu. Aku menulis ni berdasarkan pengalaman hidup aku mula berdikari semenjak umur 18-30. Kepada introvert yang mahu nak mulakan hidup berdikari belajarlah tentang perangai manusia supaya tidak mudah tertipu oleh mereka. Belajar jugak apa yang aku alami sebab manusia hipokrit ni perangai diorang lebih kurang sama jer. Kepada extrovert yang selalu memandang rendah kepada introvert anda silap sebab bila2 masa introvert boleh kenakan anda dalam diam. Tengok2 anda telah tersungkur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peh panjang karangan kau ni haha. Btw thanks aku perasan komen kau ni dari 2016 dah ada. Cuma taktau sape je. Thank you jadi pembaca setia blog ni.. Baguslah kau boleh terima diri kau introvert.

      1. Actually introvert ni boleh je dapat ramai kawan. Aku percaya pada konsep orang baik semua orang suka. So nak tak nak kita kena jadi baik. Dalam islam pun tekankan konsep "hablummin-Allah" dan "hablumin-Annas". So berbaik2 sama manusia pun penting. Aku pun ada byk sifat introvert tapi aku try jugak cuba berbuat baik atau berbual benda baik just utk eratkan silaturrahim sahaja.

      2. Betul aku tak nafikan kalau kau intorvert confirm kau observant. Kau akan perhati dulu seseorang sebelum percaya seseorang. Ni benda positive. So maintain je.

      3. Ada masa kita berdiam diri. Ada masa kita kena sampaikan atau tegur kawan2 kita. Kalau tak memang camtu je lah perangai member hipokrit tu. Ada sebab tuhan hantar orang macam tu kat kau. Mungkin kata2 kau boleh jd terus masuk dlm hati dia sbb kau jarang sembang benda tak sia2.

      4. Alhamdulillah kau bijak tak terpedaya dgn scammer tu semua. Itulah gunanya ilmu bukan hanya pandai kata2 je.

      5. Betul dah tu meseh kau nak sampaikan yg introvert ni diam2 ubi berisi. Tapi tak ke mana sebnarnya kalau kita nak jadi succesful hanya sbb nak tgk org lain lebih teruk dan gagal daripada kita. The true happiness is when you really happy when others are also happy. Bab balasan ni kita serah kat tuhan je senang. Kita buat benda2 yg tak serabutkan otak sudah. So takde lah nak stress byk gt...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...