Aku pun selama ni silap. Beberapa bulan lepas pun aku ada melawat orang meninggal. Biasalah dah terbiasa tengok kat facebook orang taip “takziah atas keluarga si mati..”, aku pun jadi terikut2. Aku pun ucap la takziah kat family tu masa melawat.
Masa aku ucap tu serius susah nak dapat feel kesedihan. Sebab aku rasa macam takde makna aku ucap “takziah” ni. Dan aku percaya family si mati pun mungkin tak dapat feel apa2 daripada ucapan “takziah” aku tu..
Rupanya betullah yang selama ni ucap “takziah” ni salah. Nak senang faham macam ni:
Tasbih- mengucap subhanallah
Tahmid- mengucap alhamdulillah
Takbir- mengucap allahuakbar
Jadi adakah jika kita bertasbih kita sebut “tasbih, tasbih, tasbih” 33 kali?
Adakah jika kita bertahmid kita sebut “tahmid, tahmid, tahmid” 33 kali?
Adakah jika kita bertakbir kita sebut “takbir, takbir, takbir” 33 kali?
TAK kan??
Jadi sama la macam takziah. Adakah bila takziah kita kena mengucap “takziah”?
MESTILAH TIDAK..
Yang sepatutnya...
Takziah- mengucap sesuatu yang memujuk keluarga si mati dan mendoakan si mati dan keluarganya
Contoh ucapan takziah yang sepatutnya:
“Ahmad, sabarlah ya. Semoga Allah mengampuni arwah ayah kau dan berikan ganjaran kepada engkau di atas kesabaran”.
Apa2 jenis ucapan yang membawa maksud yang sama pun takpe. Semua boleh. Cuma jangan ucap “takziah”. Sebab seperti takde makna dalam ucapan tu.
ustaznaim.blogpsot.com |
Nak beri ucapan takziah ni dalam masa 3 hari lepas peninggalan seseorang. Lepas daripada tu hukumnya makruh. Sebabnya kalau dah lebih 3 hari keluarga biasa dah kurang sedih, tapi kalau kita pergi ucap lagi takziah, dah jadi makin sedih pulak keluarga tu. Tu sebab la jadi makruh.. Boleh refer jugak video kat atas ni. Walaupun ustaz ni kontorversi, tapi benda yang betul dan baik, tak salah untuk dikongsikan..
Ok la sekian saja perkongsian aku di hari jumaat ini. Semoga kita sentiasa diberi keberkatan dalam kehidupan seharian.
Korang pernah ke buat kesilapan yang sama macam aku ni? Ucap perkataan “takziah” kepada keluarga si mati?? Apa perasaan korang time tu?
Baca lagi:
11 perkara mengenai seorang ambivert
Apa nak buat bila air tumpah pada keyboard laptop?
Cara berkenalan antara lelaki dan perempuan dalam islam
Kesan google+ ditamatkan kepada seorang blogger
Thankyou for this sharing. sumpah baru tauuu. adoii. aku kalau dengan orang yang rapat memang aku bagi speech. kalau yang tak kenal sanngat memang takziah je hoho. memang tak feel mana la
BalasPadamKan.. aku pun rasa awkward gila nak ucap “takziah” je. Bila cakap tu macam tak maksudkan apa2. Tapi dah orang lain buat benda mcm gitu. Terikut2 jadinya...
Padamhaah memang betui pun sbnrnya bila setakat ucap TAKZIAH tu mcm takde makna ape-ape. elok jugaklah takyah dah ucap takziah.
BalasPadamBetul takde keperluan ucap takziah. Tapi make sure bagi kata2 pujukan tu la. Jangan kau diam je lak... mentang2 aku bg tajuk ‘tak payah ucap..’ jangan lurus bendul lak ya. Haha..
PadamTerima kasih atas tulisan ini, nak tergelak pun ada... Sebab selalu terfikir ucapan yang selama ini ada silapnya... Dan... Yang paling popular.. "salam takziah" kat mana datangnya tu?
BalasPadam