Salam guys,
Tadi aku ada try bukak google+ profile untuk blog aku. Aku terperasan satu mesej tulis "your google+ account is going away". Seriously la? Google+ dah takde ke lepas ni? Aku klik la kat mesej tu. Yup.. memang betul. Google + akan ditamatkan bermula 2 April 2019 ni. Sebabnya google+ kurang sambutan dan ada problem dari segi security.
Tapi seawal 4 Februari 2019 ni, dah tak boleh dah nak create google+ profile, pages, communities, atau event. So esok la dah start tak boleh create profile google+. Nasib baik aku takde buat pages atau communities untuk google+ ni. So tak terkesan sangat.
So apa kesan google+ dipadamkan kepada blogger?
1. Google+ profile hilang di blog
Obviously, google+profile korang lepas ni dah takde keluar kat blog korang. So takde dah la button untuk follow kat google+ profile korang tu. Bagi yang banyak follower maybe terasa la kesannya. Macam aku sikit je, so takde benda. Haha..
2. Kurang medium untuk ping entri
Ping entri maksudnya macam spam entri kat banyak2 medium atau website la (ni yang aku faham). So, bila google+ communities ni pun akan dipadam, maka makin sikit la tempat untuk blogger spam entri mereka. Kadang2 aku pun share entri2 aku kat google+ communities ni. Macam communities 'Blogger Malaysia'. Sebab bila share kat sini dapat naikkan pageviews sikit. Kadang2 dapat views yang berterusan walaupun sikit, tapi still boleh nampak view tu naik la.
3. Features comment google+ tiada lagi di blog
Kalau korang guna google+ kat bahagian komen di blog, maka google memang akan padam features ni. Start 4 Februari 2019 atau esok, features ni akan hilang di blogger platform. Manakala akan hilang di platform selain blogger pada 7 Mac 2019. Tapi google+ comments korang yang sebelum2 ni akan masih ada sehinggalah 1 April 2019. Lepas 1 April je, comments2 google+ korang pun akan lenyaplah di alam blogger ni.
Habis tu platform blogger ni ada ura2 untuk ditamatkan jugak oleh Google ke?
Yang ni aku tak pasti lagi. Sebab Google boleh buat apa saje yang dia nak dengan product dia. Kalau satu hari nanti paltform blogger ni pun ditamatkan bukanlah suatu yang mustahil. Cuma pada pandangan aku, platform blogger ni masih hebat. Walaupun tak banyak orang guna, tapi kalau korang search kat google, still masih banyak lagi blog yang pakai blogger.com ni walaupun ada yang dah tak aktif. Tapi, content2 diorang masih banyak yang berguna dan valid sepanjang masa.
So kalau Google delete blogger.com platform ni sepenuhnya macam dia buang separuh aset yang dia ada. Hampir setiap hari orang cari maklumat guna google, spend time baca blog2 hasil carian dari google. So, kalau banyak content yang valuable ni hilang, lagi sikit la orang nak spend masa baca something dari platform blogger. Medium untuk pengiklanan diorang pun makin kurang. So aku rasa blogger.com platform ni akan maintain lama lagi.
Apa2 pun tak rugi untuk buat copy dan backup entri2 korang kat platform blog yang lain macam wordpress dan sebagainya. At least korang masih dapat baca balik lagi entri2 lama korang. Semua tu kenangan kot. Kalau hilang terus memang sedih la kan?
So korang ada yang memang aktif guna google+ ke?
takde kesan pada aku sebab memang tak pernah guna.
BalasPadamTula jarang2 orang guna google plus ni. Tapi aku guna la jugak sikit2 untuk manfaat blog ni macam ping entri tu... Lepas ni dah tak dapat la manfaat dari google plus ni.
PadamDia tamatkan sebab jumlah pengguna tak ramai. Mostly yang guna pun cuma blogger dan developer sahaja. Public tak terlampau terdedah pasal google + ni. Inshallah no changes for the blogger platform kot hehe. First time singgah sini, salam perkenalan ya.
BalasPadamBetul2 sebab google plus ni dah macamsocial platform. Tapi tak cukup convenient lagi. So tak ramai nak pakai. Blogger je la pun yg pakai selalunya..
PadamYup blogger platform tak terkesan tu aku setuju. Platform ni masih lagi relevan sehingga sekarang. Tinggal kalau google boleh buat app blogger kat ios aku rasa lebih mudah tinggi chances org nak guna blogger ni.
Haah aku pun baru tertengok notification pasal tu weyh. aku pun takde terkesan sbb mmg aku tak guna mana sgt pun google+ tu. Biasalah tu bila dah jd milik depa, mmg mcm2 je nak ditamatkanlah, diberhentikanlah. Pada hal sblm2 ni rakyat bahagia je. Ehhhhh~ :P
BalasPadamKan? Benda diorang punya, kita yang menumpang pakai secara percuma ni kena hadap je la ye tak.
PadamTapi make sense la dia nak tamatkan pun. User tak ramai guna. Membazir je diorang nak keluar kos maintenance utk google plus ni. Baik tamatkan je..
Tapi ayat last kau tu mcm memerli sesuatu pulak kan. Haha..
hahha aku pun tak pernah guna g+ ni. Tapi kalau satu hari nanti google musnahkan blogger bapak sedihh. mau aku bermuram 7 keturunan huhu
BalasPadamTahu takpe. Kalau blogger hilang rasa macam separuh kehidupan hilang woo haha.. memang jarang org guna g+ ni sebab tak best aku rasa. Nak lawan dgn facebook n insta memang payah la nak menang...
Padampoint no. 2 tu baru perasan dah tak boleh nak share entri kat Google +
BalasPadamTapi selalu nya post kat blog saya share kat page kat FB huhuhuhu
Tula kan selalu kalau kat blog aku ni dia automatic tanya nak post kat google+ sekali tak bila publish post. Laa ni dah takde..
PadamOk gak tu bro share post kat fb terus. Blog ni memang aku dah buat automatic share ke fb page. Walaupun page hambar je sebenarnya. Haha.. asal ada backup la bro..
Comment kat blog pakai blogger comment je. Tak convert ke google plus pon.
BalasPadamHaa fuhh nasib baik tak convert. Boleh la baca2 balik komen2 kat blog nanti.
Padam