Naik flight masa hujan tak kena petir ke?

Salam guys,

Aku cerita pasal sejarah sikit.

Pada tahun 1963, Penerbangan 214 milik syarikat penerbangan Pan Am telah terhempas di Elkton, Maryland, di Amerika Syarikat. Penerbangan pesawat jenis Boeing 707 ini telah mengorbankan kesemua 81 penumpang dan anak kapal.
Hasil siasatan mendapati nahas adalah berpunca daripada sambaran kilat yang terkena pada tangki minyak sebelah kiri pesawat, menyebabkan kebakaran yang dahsyat. Ia juga menghilangkan fungsi kawalan penerbangan oleh juruterbang.
Sumber: Root Of Science 


Beberapa minggu yang lepas aku ada naik flight. Kadang2 kerja aku memang perlukan aku untuk travel. Mudah jugak naik flight ni kalau nak bandingkan dengan travel naik kereta. Biasa aku naik flight ni kalau travel balik hari je. Naik kereta memang akan penat drive je la nanti.

So korang tahu la kan sekarang ni musim hujan. Petang tu lepas dah settle keje aku, aku pun amik la grab ke airport. Sampai airport aku lepak jap sebab tiket aku lambat lagi. Aku pulak acah2 rajin beli tiket lambat2 dengan harapan boleh buat kerja dulu kat tempat aku meeting tu. Sekali hari tu satu office diorang ada event pulak sampai takde orang kat office dah. Haha.. Terpaksa la aku gerak ke airport terus.

Tu yang lama aku terpaksa stay kat airport tu. Lepas tu dah nak sampai masa untuk flight aku, tiba2..
ada orang announce flight delay. Aduh...memang timing tak cantik betul aku hari tu. Lepas tu, lepas 30 minit, lagi sekali announcement delay. Aduhh mengeluh lagi aku...


Masa tu memang cuaca tengah mendung. Nasib baik la takde announcement delay yang ketiga. So, akhirnya dapat la aku naik flight tu. Mula2 perjalanan semua ok je sebab masa awal2 aku naik tu cuaca cuma mendung je. Tapi....

Bila dah nak sampai destinasi (ETA lagi 30 minit), aku yang tengah sedap2 tidur dalam flight tu pun terbangun. Pilot suruh pakai seatbelt sebab dia kata dah nak mendarat. Sebab normally memang kena pakai seatbelt semasa nak berlepas dan semasa mendarat. Masa flight dah kat atas tu ikut korang la nak pakai ke tak. Pada aku masa kat atas tu sama macam naik bas je. Tapi bas yang boleh terbang la. Haha..


Jadi, semua orang pun pakai la seatbelt dan tak sabar nak tiba ke destinasi. Masa ni memang aku tengok kat luar tengah hujan. So, kapal terpaksa jugak redah awan2 yang penuh air hujan ni. Bila masuk dalam awan ni memang akan rasa bergegar-gegar. Perasaan dia sama macam bas langgar bonggol dan lalu jalan tak rata biasanya.

Tapi kali ni lain macam. Langgar satu awan memang bergegar. Lepas tu boleh pulak tiba2 kapal terbang tu ke bawah sendiri weh.. Pehhh... Perasaan dia sama macam korang naik roller coster daripada atas tiba2 laju je turun. Dada korang akan rasa semacam terkejut kan? Haa macam tu la aku rasa.. Kalau sekali je tak apa lagi. Ni beberapa kali aku hadapi situasi macam ni. Setiap kali langgar awan je benda ni jadi.


Muka semua orang memang dah start nampak risau. Tapi belum ada yang panik lagi. Ye la mana la tak risau, sebab pilot kata dah nak sampai, tapi kapal masih kat atas lagi dan terus menerus redah awan tebal yang macam roller coaster ni. Sepatutnya 30 minit dah mendarat, tapi ni aku dapat rasakan kapal terbang masih lagi berpusing2 kat atas cari jalan yang clear untuk mendarat. Dekat 40 minit jugak kapal tu berlegar2 kat atas je. Aku pun dah start risau dan baca la doa & zikir yang aku tahu.

Sebab asyik langgar awan tebal, kapal pun asyik bergegar dan turun naik je. Lepas tu tiba2 pilot bawak laju, then slow balik. Fuh.. lama2 pening jugak kepala aku dan nak termuntah aku rasa. Dia punya gegaran tu lagi kuat rasa sebab aku naik flight Malindo Air yang kecik tu je. So bila langgar awan sikit, impact dia kuat la.

Lepas dah 40 minit kat pusing2 kat atas tu, baru la aku start nampak clear sikit kat luar. Hujan pun dah tak berapa lebat. So, kapal dah boleh start nak mendarat. Bila mendarat je, semua orang terus tepuk tangan bila pilot announce dah safely landing. Fuhh.. first time aku nampak situasi macam ni depan mata. Memang bersyukur sangat sampai dengan selamat. Semua orang pun muka start gembira dan tersenyum balik bila pandang antara satu sama lain.

Then, pilot tu pun minta maaf sebab tak sempat announce apa2 kata atas tadi sebab dia busy handle kapal. Aku rasa bukan tak sempat announce, dia just tak nak penumpang panik je kat atas tu. Memang terbaik pilot tu. Patut la gaji pilot mahal, disebabkan risiko2 macam ni yang diorang kena hadap hari2. So, macam tu la pengalaman aku naik flight yang mendebarkan.

Apa jadi kalau kapal terbang disambar petir?

Korang tahu tak apa akan jadi kalau kapal terbang disambar petir? Adakah terus terbakar dan innalillah semua penumpang dalam tu?


  1. Kapal terbang sekarang dah dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang menekankan keselamatan penumpang dan jugak kapal terbang tu sendiri. 
  2.  Bahagian luar kapal terbang tu diperbuat daripada aluminium (bahan konduktor yang bagus untuk mengalirkan elektrik)
  3. Bila kapal disambar petir, aliran elektrik daripada 'entry point' tadi akan mengalir ke seluruh badan kapal terbang sehingga keluar semula ke 'exit point' tanpa melencong masuk bahagian dalam kapal terbang.
  4. 'Entry point' biasanya pada hidung atau depan kapal terbang dan 'exit point' biasanya pada sayap kapal terbang.
  5.  Dua perkara yang akan melindungi kapal terbang daripada kemalangan apabila disambar petir ialah : (i) Akal seorang pilot dan juga pasukannya; (ii) 'Static wick' yang ada pada design kapal terbang
  6.  Pilot dan team tak akan berlepas (take off) jika terdapat assumption yang ribut kuat sedang berlaku. Sebab tu bila hujan flight selalu delay.
  7. Static wick (static discharger) ni la yang akan mengeluarkan semula elektrik dari panahan petir tadi kembali ke ruangan udara.


Sumber:
Physlink
news.com.au
telegraph.co.uk
iluminasi.com

Korang pernah ke rasa pengalaman macam ni semasa naik flight? Ke aku je rasa yang lebih2 rasa benda ni menyeramkan padahal normal je bagi semua orang?haha.. Kongsikan la pengalaman korang naik flight kat bawah ni.

Sekian.


Tak Perlu Bayar Cukai Kalau Dah Bayar zakat?

Salam, guys

Disebabkan dah nak hujung tahun ni, kebiasaannya umat Islam akan bayar zakat pendapatan untuk tahun semasa atau tahun 2018. Kenapa kena hujung tahun ni jugak?
Kalau bayar zakat tahun depan tak boleh ke?



Jawapannya... BOLEH
Tetapi... ada sebab kenapa kebiasaanya orang akan bayar zakat ni dalam tahun semasa (tahun 2018) jugak, bukan awal tahun depan walaupun biasanya filing tax akan dibuat pada awal tahun depan.

Sebabnya, rebat cukai bagi pembayaran zakat hanya akan diberikan mengikut tarikh bayaran resit zakat pada tahun tersebut. Jadi...

Jika anda bayar zakat RM400 pada tahun 2018 (bagi haul 2018),
Maka, keseluruhan jumlah ini boleh ditolak daripada jumlah cukai pendapatan yang dikenakan.

Contohnya:
Kiraan cukai pendapatan bagi Tahun 2018  
Amaun cukai pendapatan yang dikenakan = RM400
(-Tolak )Bayaran zakat pendapatan = RM400
Jumlah cukai perlu dibayar = Tiada
*Pastikan anda membuat bayaran zakat tersebut pada tahun 2018 dan resit bertarikh tahun 2018 untuk melayakkan anda mendapat rebat zakat. 

Jika bayaran zakat hanya dibuat pada awal tahun 2019, maka rebat bayaran zakat hanya akan boleh ditolak untuk pengiraan cukai pada tahun 2020 nanti. Jadi, rugilah nanti tak dapat nak tolak rebat zakat semasa korang filing tax awal tahun depan.

Sebab tu ramai yang akan bayar zakat pendapatan ni hujung tahun ni jugak supaya tahun depan boleh masukkan amaun zakat sebagai rebat semasa filing tax.

Untuk lebih faham dan lihat lebih banyak contoh, sila klik button di bawah




Lagi satu jangan lupa simpan resit bayaran zakat korang. LHDN pun akan cek resit ni untuk pastikan amaun yang betul diletakkan pada rebat zakat. Sekarang bayar zakat secara online pun dah boleh. Jadi, jangan lupa simpan segala bukti pembayaran zakat korang sama ada bayaran secara online ataupun bayaran secara terus di pusat zakat supaya senang nanti kalau2 LHDN mintak bukti bayaran.

Ni contoh rekod bayaran secara online:



Jangan lupa bayar zakat guys. Sebab bayar zakat ni wajib ke atas semua umat islam. Boleh ke pusat2 zakat berhampiran kalau korang tak tahu cara nak kira zakat pendapatan.

Sekian.


Anda juga mungkin meminati:



Tiket Bola Final Puluh Ribu hanya 'Gimmick' Sahaja

Salam guys...

Korang dapat ke beli tiket bola final Malaysia vs Vietnam yang bakal berlangsung 11 Disember ni? Kalau nak ikutkan, memang harga tiket final ni murah jugak la. Harga tiket baru RM40 untuk free seating. Sebab tu la ramai je yang mampu beli dan sanggup beratur kat stadium semata2 nak beli tiket final AFF Suzuki Cup ni.


Sunber gambar: Fb page FAM

Tapi persoalannya di sini kenapa sekejap sangat tiket bola final Malaysia vs Vietnam ni habis? Tiket berjumlah 80,000 tu boleh habis dalam masa sejam dua je. Logik ke?

Ok aku share kat bawah ni statement official dari FB page FAM sendiri:




Kalau based on statement tu, FAM jual tiket secara online sebanyak 40,000 keping tiket sahaja. Itupun dah tambah lagi 10,000 disebabkan demand orang ramai. So untuk jualan secara online ni tak banyak sangat isu. Memang logik la jugak dalam sejam je semua tiket boleh habis terjual.

Pada aku kalau dia jual kesemua 80,000 tiket secara online pun lebih mudah untuk semua orang. Takde la sampai bersesak2 dan kena pijak sampai pengsan macam yang kecoh kat berita2 dan media sosial ni. Kalau nak ikutkan takde la salah jugak jual secara fizikal kat stadium. Masalahnya adalah pengurusan penjualan tiket yang tak teratur.

So yang tak sempat beli online ada dua option:
1) Beli secara fizikal di stadium
2) Beli di butik al-ikhsan terpilih


Beli tiket di Al-Ikhsan
Kalau korang nak beli kat al-ikhsan ada syarat lagi pulak tu. Korang kena ada kupon al-ikhsan dulu baru layak beli. Nak dapat kupon tu kena beli barang al-ikhsan dulu pulak haha. Kena keluar duit dulu jugak la nampaknya kalau nak beli tiket bola dari al-ikhsan ni. So yang ni aku yakin ramai tak memilih option ni.



Beli tiket di stadium
Memang kebanyakan orang akan pilih beli di stadium ni. Sebabnya tak perlu nak beli barang dari al-ikhsan dulu dan ada yang memang tak tahu pun al-ikhsan ada jual tiket ni haaa. Sama la macam aku hahaha.. Lagi satu feeling beli tiket fizikal ni lain. Beli terus dapat kat tangan. Memang ada orang prefer macam ni berbanding beli tiket online.

Tapi isunya kenapa cepat sangat tiket habis kat stadium?? Memang sorang boleh beli tiket 100 keping ke?? Tak mungkin la kan...

Macam yang diberitahu FAM sendiri kat statement atas tadi. Seorang boleh beli 5 tiket sahaja. Jom kita fikir logik akal macam mana tiket sebanyak 40,000 habis dijual dalam masa sejam dua. FAM update kat fb page, pada pukul 11.13 pagi, 9/12/18 tiket dah habis terjual. Buka kaunter pukul 10 pagi. So dalam sejam lebih sahaja dah habis....


Kaunter tiket yang dibuka = A sehingga E (5 kaunter)
Anggaran masa untuk melayan seorang pembeli = 1 minit (paling cepat)
Jumlah keseluruhan tiket =40,000

Jadi bayangkan....

Dalam satu minit:
Setiap 5 orang beli 5 tiket di setiap kaunter (maksimum)
25 tiket dapat dijual dalam seminit
1,500 tiket dapat dijual dalam sejam

Jadi masa yang perlu diambil untuk habiskan keseluruhan tiket:

40,000/1,500 = 26.67 jam


So, sepatutnya dalam masa sehari takkan habis terjual tiket tu kalau memang seluruh proses ni ikut prosedur macam yang dicanang-canangkan. Sepatutnya untuk menghabiskan jualan keseluruhan tiket memerlukan sekurang-kurangnya 2 hari.

Kalau ikut logik kiraan ni pun dah boleh agak, memang ada ‘sesuatu’ dengan pengurusan jualan tiket bola ni.

Kalau betul2 telus dalam penjualan tiket di stadium, cuba letak display counter di stadium yang menunjukkan jumlah sebenar baki tiket setiap kali pembeli membayar harga tiket. Baru la nampak bukti ada 40,000 tiket yang dijual pada hari tu.

Lagipun kalau ada display ni besar2 kat stadium, akan memudahkan orang yang tengah beratur jugak. Agak2 tiket dah nak habis, dah boleh la diorang balik dulu. Tak perlu la diorang nak beratur jugak dengan harapan nak dapat tiket. Sistem parking kat mall2 pun boleh buat display counter ni. Badan2 kerajaan pun banyak pakai counter display untuk melayan pelanggan. Takkan untuk jualan tiket bola ni tak boleh buat macam tu.


Malam sebelum tiket dijual pun FAM dah anggarkan 6,000 orang dah tunggu di stadium untuk mendapatkan tiket final. Tapi dengar cerita memang ramai yang menunggu tu pun tak dapat beli tiket.

Untuk layan 6,000 ni sepatutnya dalam 4 jam jugak baru habis layan. Tapi 11.13 pagi dah habis tiket. Kalau ikut kiraan aku kat atas tu dalam 1,800 orang je la yg dapat dilayan dalam waktu mcm tu. So balance lagi 4,000 lebih yang semangat tunggu dari malam tu memang sia2 je la usaha diorang. Datang buat penat je.

Aku rasa setiap tahun akan jadi benda yang sama sahaja kalau pengurusan penjualan tiket masih macam ni. Tiap tahun la kita akan dengar orang tak puas hati, rusuhan di kaunter, cedera parah hanya kerana ingin membeli tiket bola sepak.

So korang yang nak beli tiket bola final di stadium lepas ni boleh la fikir2 semula berbaloi ke beratur berjam2 lamanya. Aku tak menuduh apa2 tetapi kiraan aku kat atas ni membuatkan aku musykil di mana logiknya 40 ribu tiket habis terjual dalam masa sejam lebih. Kalau ada someone yang boleh komen dan explain kat dalam blog ni pun bagus jugak.

Aku cuma harap kita boleh bersikap adil, jujur dan amanah dalam setiap apa pun yang kita lakukan.
Apa-apa pun, semoga Malaysia menang AFF Suzuki Cup kali ni.

Sekian.


Baca lagi:



Pilihan : Baca artikel ini di facebook
Like fb page : Cas Positif




Panggilan Misteri

Salam, guys.

Isnin hari tu aku dapat satu call yang pelik.
Masa tu aku dan ada lagi dua orang kat dalam office.
Lepas tu phone berdering, ring.. ring..
Semua buat bodoh tak nak angkat pulak. Last2 aku la yang pergi angkat.


Memang most of the time aku la yang angkat phone. Sebab asal call je mesti nak cakap dengan aku. Tak tahu la kenapa dengan diorang ni asyik cari aku. Maybe suara aku sedap kot. Kalau korang nak cakap dengan aku, call la office aku. haha..

So aku angkat la phone yang berdering tadi tu. Dah la telefon biasa yang tak boleh nampak nombor dari mana tu. Angkat2 je rupanya operator tengah membebel. Tak jelas sangat. Yang aku dengar dia cakap lebih kurang macam ni " ...Anda ada cukai yang belum dijelaskan.....dari lhdn....bla,bla... Scary kan?

Habis operator membebel, dia kata kalau nak cakap dengan pegawai sila tekan '0'. Aku pun apa lagi , tekan la nombor '0' yang misteri ni. Lepas tu aku pun bagitahu yang nombor ni call dari lhdn. Nak tahu la sebab apa call office aku ni. Dah la memang kadang2 company yang aku keje ni memang selalu kena penalti sebab lambat bayar pcb. Tu yang aku nak sangat2 tahu tu lhdn call pasal apa..

Yang angkat call tu cakap melayu tapi boleh dengar la slang cina dia. Mula2 tanya nama penuh company apa sebab nak buat semakan dengan sistem. Lepas tu tanya nama penuh aku pulak apa. Lepas tu 10 saat je dia cek terus bagitahu aku call tadi tu berkenaan kes nama aku ada cukai tertunggak hahaha.. jadah apa la tiba2 pulak nama aku tak bayar cukai. Call kat general line office aku pulak tu.

Tiap2 tahun aku declare income kot tapi tak pernah kena cukai pun. Tak pasal2 pulak cukai tertunggak dah kenapa. So start dari tu la aku rasa diorang ni scam. Hebat diorang ni. Siap boleh buat operator robot tu call dah macam dari Lhdn betul dah, padahal scammer. Lepas tu dia mintak pulak no ic aku. Yang ni aku terus tanya balik la ni dari lhdn mana?? Dia pergi jawab lhdn kota kinabalu pulak.. Pehhh semangat pulak lhdn kota kinabalu nak call aku haha. So memang aku terus cakap aku nak pergi office lhdn terus je cek. Senang.

So ni memang scammer guys. Hati2 la.. Aku agak lepas dia mintak ic, nanti mesti dia mintak no akaun bank pulak untuk pengesahan ke apa la tu. Lepas tu nanti tiba2 dia buat auto debit kat bank. Esok2 cucuk atm licin..., masak wooo... Bahaya betul scammer sekarang. Call dari lhdn pun boleh jadi scammer gak. Ramai jugak yang dapat call scammer menyamar lhdn ni. Kadang2 call dari mahkamah pun ada. Kes saman ok lagi. Ni siap kat office aku dia call “anda ada kes bunuh..” gila ke?? Haha..

So korang pernah ke dapat panggilan macam ni? Apa yang paling cool sekali korang buat?

Sekian.


*Korang boleh baca gak link bawah ni orang yang dapat call dan email lhdn scam ni:

call lhdn scammer?

Masihkah relevan aku tulis blog?

Salam guys

Lama dah tak update kat sini. Rasa dah dekat setahun lebih kot. Nak taip entri pun dah lupa haha.
So far aku masih keje yang sama. Dah dekat tiga tahun dah. Dan aku dah mula rasa tak banyak improvement dalam diri aku. So aku rasa kena cari kerja lain.


Tapi masalah jugak bila kerja position level biasa2 tapi nak kena bagi notis 3 bulan. Susah nak cari majikan yang sanggup tunggu kita sampai 3 bulan unless kita punya skills ni sangat2 susah dijumpai la. Selalu aku rasa point ni je dah buatkan aku fail kalau aku pergi interview mana2. Tapi sebenarnya skill interview aku pun tak power gak haha. Sebab dah pergi beberapa interveiw tak dapat2..

Aku boleh cerita something melalui penulisan macam dalam blog ni tapi aku sendiri rasa bila aku bercerita secara lisan, cerita aku bosan haha. Dan aku tak suka cerita benda yang sama berulang kali walaupun kepada orang yang berlainan. So bila aku pergi interview, aku rasa cara aku explain experience aku pun tak cukup details sebab aku rasa nak cepat habiskan cerita. So sampai sekarang la aku masih stay kerja yang sama. Macam mana pun alhamdulillah la masih lagi ada keje.

Sebenarnya ok je keje aku cuma bila terlalu sikit improvement dalam diri,  aku rasa benda ni tak bagus. Plus ceo aku ni pun tak tahu direction dia nak pergi mana. Muda lagi , kurang  pengalaman. So semua staff  pun jadi lost. In a normal situation, ceo macam ni patutnya dah kena kick awal dah, tapi situasi kat tempat keje aku ni tak normal sikit haha.


Ok la sampai situ je la aku update pasal life aku..
Apa lagi entri best yang aku boleh ceritakan eh??

Aku tengah nak beli rumah. Tapi tak settle lagi.
Aku belum kahwin lagi. Tapi tu pun dah malas sikit nak update blog. Camne ni? Haha
Aku sekarang sewa rumah dua tingkat dgn adik beradik aku. Besar woo
Aku dah kurang buat bisnes online. Tapi masa puasa lepas hari tu aku ada tolong adik aku layan customer dia, Gila 24/7 tak berhenti weh whatsapp masuk. Tu baru main paid review tu, belum main iklan tv lagi haha.
Aku baru tahu ada router yang boleh masuk simcard. Alangkah mudahnya untuk orang2 yang takde cable fiber(macam unifi) kat rumah dia.
Aku baru je experience naik flight yang agak seram, bila landing semua orang tepuk tangan kepda pilot.

Haa mana satu yang korang nak aku cerita lebih lanjut lagi? Ke dah takde orang nak komen kat entri aku ni dan tak kisah pasal aku dah?? Haha.  Terima kasih la kepada sesiapa yang masih baca blog aku dan masih menunggu kehadiran aku. You are the best.

Sekian.

*Kalau  korang tuan rumah buat sewa bilik khas utk lelaki atau khas utk perempuan sahaja,  korang akan accept tak couple nak sewa salah satu bilik atas alasan diorang urgent n terdesak?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...