Tiket Bola Final Puluh Ribu hanya 'Gimmick' Sahaja

Salam guys...

Korang dapat ke beli tiket bola final Malaysia vs Vietnam yang bakal berlangsung 11 Disember ni? Kalau nak ikutkan, memang harga tiket final ni murah jugak la. Harga tiket baru RM40 untuk free seating. Sebab tu la ramai je yang mampu beli dan sanggup beratur kat stadium semata2 nak beli tiket final AFF Suzuki Cup ni.


Sunber gambar: Fb page FAM

Tapi persoalannya di sini kenapa sekejap sangat tiket bola final Malaysia vs Vietnam ni habis? Tiket berjumlah 80,000 tu boleh habis dalam masa sejam dua je. Logik ke?

Ok aku share kat bawah ni statement official dari FB page FAM sendiri:




Kalau based on statement tu, FAM jual tiket secara online sebanyak 40,000 keping tiket sahaja. Itupun dah tambah lagi 10,000 disebabkan demand orang ramai. So untuk jualan secara online ni tak banyak sangat isu. Memang logik la jugak dalam sejam je semua tiket boleh habis terjual.

Pada aku kalau dia jual kesemua 80,000 tiket secara online pun lebih mudah untuk semua orang. Takde la sampai bersesak2 dan kena pijak sampai pengsan macam yang kecoh kat berita2 dan media sosial ni. Kalau nak ikutkan takde la salah jugak jual secara fizikal kat stadium. Masalahnya adalah pengurusan penjualan tiket yang tak teratur.

So yang tak sempat beli online ada dua option:
1) Beli secara fizikal di stadium
2) Beli di butik al-ikhsan terpilih


Beli tiket di Al-Ikhsan
Kalau korang nak beli kat al-ikhsan ada syarat lagi pulak tu. Korang kena ada kupon al-ikhsan dulu baru layak beli. Nak dapat kupon tu kena beli barang al-ikhsan dulu pulak haha. Kena keluar duit dulu jugak la nampaknya kalau nak beli tiket bola dari al-ikhsan ni. So yang ni aku yakin ramai tak memilih option ni.



Beli tiket di stadium
Memang kebanyakan orang akan pilih beli di stadium ni. Sebabnya tak perlu nak beli barang dari al-ikhsan dulu dan ada yang memang tak tahu pun al-ikhsan ada jual tiket ni haaa. Sama la macam aku hahaha.. Lagi satu feeling beli tiket fizikal ni lain. Beli terus dapat kat tangan. Memang ada orang prefer macam ni berbanding beli tiket online.

Tapi isunya kenapa cepat sangat tiket habis kat stadium?? Memang sorang boleh beli tiket 100 keping ke?? Tak mungkin la kan...

Macam yang diberitahu FAM sendiri kat statement atas tadi. Seorang boleh beli 5 tiket sahaja. Jom kita fikir logik akal macam mana tiket sebanyak 40,000 habis dijual dalam masa sejam dua. FAM update kat fb page, pada pukul 11.13 pagi, 9/12/18 tiket dah habis terjual. Buka kaunter pukul 10 pagi. So dalam sejam lebih sahaja dah habis....


Kaunter tiket yang dibuka = A sehingga E (5 kaunter)
Anggaran masa untuk melayan seorang pembeli = 1 minit (paling cepat)
Jumlah keseluruhan tiket =40,000

Jadi bayangkan....

Dalam satu minit:
Setiap 5 orang beli 5 tiket di setiap kaunter (maksimum)
25 tiket dapat dijual dalam seminit
1,500 tiket dapat dijual dalam sejam

Jadi masa yang perlu diambil untuk habiskan keseluruhan tiket:

40,000/1,500 = 26.67 jam


So, sepatutnya dalam masa sehari takkan habis terjual tiket tu kalau memang seluruh proses ni ikut prosedur macam yang dicanang-canangkan. Sepatutnya untuk menghabiskan jualan keseluruhan tiket memerlukan sekurang-kurangnya 2 hari.

Kalau ikut logik kiraan ni pun dah boleh agak, memang ada ‘sesuatu’ dengan pengurusan jualan tiket bola ni.

Kalau betul2 telus dalam penjualan tiket di stadium, cuba letak display counter di stadium yang menunjukkan jumlah sebenar baki tiket setiap kali pembeli membayar harga tiket. Baru la nampak bukti ada 40,000 tiket yang dijual pada hari tu.

Lagipun kalau ada display ni besar2 kat stadium, akan memudahkan orang yang tengah beratur jugak. Agak2 tiket dah nak habis, dah boleh la diorang balik dulu. Tak perlu la diorang nak beratur jugak dengan harapan nak dapat tiket. Sistem parking kat mall2 pun boleh buat display counter ni. Badan2 kerajaan pun banyak pakai counter display untuk melayan pelanggan. Takkan untuk jualan tiket bola ni tak boleh buat macam tu.


Malam sebelum tiket dijual pun FAM dah anggarkan 6,000 orang dah tunggu di stadium untuk mendapatkan tiket final. Tapi dengar cerita memang ramai yang menunggu tu pun tak dapat beli tiket.

Untuk layan 6,000 ni sepatutnya dalam 4 jam jugak baru habis layan. Tapi 11.13 pagi dah habis tiket. Kalau ikut kiraan aku kat atas tu dalam 1,800 orang je la yg dapat dilayan dalam waktu mcm tu. So balance lagi 4,000 lebih yang semangat tunggu dari malam tu memang sia2 je la usaha diorang. Datang buat penat je.

Aku rasa setiap tahun akan jadi benda yang sama sahaja kalau pengurusan penjualan tiket masih macam ni. Tiap tahun la kita akan dengar orang tak puas hati, rusuhan di kaunter, cedera parah hanya kerana ingin membeli tiket bola sepak.

So korang yang nak beli tiket bola final di stadium lepas ni boleh la fikir2 semula berbaloi ke beratur berjam2 lamanya. Aku tak menuduh apa2 tetapi kiraan aku kat atas ni membuatkan aku musykil di mana logiknya 40 ribu tiket habis terjual dalam masa sejam lebih. Kalau ada someone yang boleh komen dan explain kat dalam blog ni pun bagus jugak.

Aku cuma harap kita boleh bersikap adil, jujur dan amanah dalam setiap apa pun yang kita lakukan.
Apa-apa pun, semoga Malaysia menang AFF Suzuki Cup kali ni.

Sekian.


Baca lagi:



Pilihan : Baca artikel ini di facebook
Like fb page : Cas Positif




4 ulasan:

  1. ada ckp, ms dlm rancangan meletop (hari selasa mggu lps), nabil dah beri penonton tiket final... mn dia dpt tiket2 tu? lps tu ada yg beritahu, kwn kpd abang dia, dah dpt tiket pd khamis dr bos sdg kn tiket fizikal mulai dijual pd jumaat / sabtu / ahad... so, sy percaya, 20k o 30k tiket dah 'rembat' oleh tangan2 ghaib sblm dijual n u know who they r...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh yeke dalam meletop nabil ada bagi tiket final?? Tq2 bgtahu, jap lagi nak tgk la meletop haha..

      Tula kan, nampak memang ada tangan2 ghaib yang dah habiskan tiket awal2 dah. Belum start jual lagi dah banyak habis. Tapi saje je announce tiket ada lagi 80k, 40k tu memang macam nak buat gimmick je. Kalau ikut kiraan sy tu pun dah boleh agak tiket final habis cepat ni sangat tak logik

      Padam
  2. nasib baik aku bukan jenis yg nak p ke stadium. aku tgk kat tv je. biarlah org kata feel tgk kat stadium lain ke ape ke asalkan aku tak payah nak bersesak2 dgn manusia yg berjuta tu herhghh~

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la aku pun tak berapa suka sgt pergi stadium ni. Benda best cuma chanting ramai2 je kat stadium. Kalau nak tgk game tu bukan puas sgt. Tgk dari jauh nampak kecik je. Tgk tv lagi puas. Semua angle kita nampak..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...