Salam.
Korang pernah tak ada pengalaman air tertumpah pada laptop? Aku dari dulu tak pernah rasa yang aku akan berhadapan dengan situasi macam tu, tapi akhirnya terkena jua…. Kalau korang yang belum pernah kena tu, hmmm….bersabar la, nanti sampai la masanya..haha..
Korang pernah kan rasa macam nak rilek2 minum air panas sambil main laptop/pc? Haaa…itu la yang aku buat pada satu hari tu… Gelojoh punya pasal, habis tertumpah air suam kat atas laptop aku…
Apa yang aku buat lepas terjadinya kejadian tu? Haaa… aku buat rilek je. Aku angkat laptop sikit, aku terbalikkan dalam beberapa saat bagi air tu menitik. Lepas tu aku letak je macam biasa dan biarkan. So, aku biarkan je la sampai aku ngantuk dan tertidur. Terbiar la laptop aku on je sepanjang malam.
Jadi, betul ke apa aku buat?
Ok…selepas bangun pagi…alang2 tak tutup lagi laptop, aku ingat nak online kejap. Aku open la google chrome…
Tahu apa jadi lepas open google chrome?
Tak jadi apa…
Serius tak jadi apa…
Korang faham kan apa maksud aku tak jadi apa?
Aku taip ‘blo’…tak jadi apa…
Aku taip ‘jadilah apa apa’ pun tak jadi apa…
Aku taip ‘Apa la nak jadi..’ lagi la dia tak nak jadi apa2…
Hmmmm…setelah seketika baru aku tahu yang keyboard aku dah tak function. Sedih. :(
Maka, aku pun cari la sebab musabab kenapa keyboard laptop tak berfungsi. Yang aku baca, kebanyakan masalah keyboard tak berfungsi ni adalah disebabkan kecuaian tertumpahnya air ke atas laptop macam kes aku ni…Hmmm..ramai jugak orang careless kat dunia ni…
Dan lepas baca2 sikit, baru aku tahu apa yang aku buat tu salah. Salah yang paling besar sekali ialah membiarkan laptop sentiasa on walaupun air di atas keyboard masih belum kering. Boleh jadi short circuit jugak tu bila air berjumpa dengan bahan2 elektrik ni. Dah la aku plug in je sentiasa….Bahaya…
Oleh itu aku kongsikan video kat bawah ni apa yang korang perlu buat kalau2 air tertumpah pada keyboard laptop korang.
Secara asas dalam video tu:
1. Bila air tertumpah pada laptop, cepat2 off laptop korang serta-merta.
2. Cabut segala plug, usb cable dan bateri.
3. Terbalikkan/dirikan laptop bagi air mengalir keluar. Dirikan laptop tu macam korang dirikan sebuah buku.
4. Tunggu 1-2 hari, jangan on laptop. Biar air tu kering sepenuhnya dulu.
5. Selepas dah yakin air tu dah kering, baru on laptop balik dan check sama ada masih boleh on atau tidak laptop korang.
6. Kalau laptop tak boleh on atau keyboard tak berfungsi dengan baik, sila pergi kedai untuk repair laptop korang.
Yang tu yang dalam video la. Tapi, kalau korang ni hebat, korang boleh la bukak sendiri laptop tu, bersihkan la sisa2 air yang terlekat pada keyboard. Kemungkinan sebab ada sisa2 air yang mengganggu fungsi keyboard korang.
Tapi kalau nak selamat, hantar kedai la check. Aku pun tak berani lagi nak bukak sendiri. Ni, aku tengah pikir nak hantar kedai ke.., nak tukar replacement keyboard sendiri ke…, tak pun pakai external keyboard je…Sebab laptop aku berfungsi macam biasa, cuma keyboard je problem.
Kalau pakai external keyboard yang Bluetooth pun nice jugak. Boleh taip daripada jauh..haha…
Tapi, kalau pakai external keyboard ni, takkan aku nak biar keyboard yang terlekat kat laptop aku tu sebagai hiasan je. Hmmm….dilema betul…
Bila jadi camni baru la aku rasa betapa pentingnya pakai keyboard cover. At least, kalau air tumpah takde la senang2 je air nak masuk dalam komponen2 laptop aku… Hmmm…nasib baik la laptop aku tu model lama yang senang sikit kalau nak bukak2. Ada jugak pilihan kalau nak repair sendiri pun…
Cuba kalau laptop tipis yang bateri built-in, rasanya memang payah la nak settlekan sendiri. Kadang2 skru pun takde, nak bukak laptop tu macam mana pun aku tak tahu. Repair kedai je la pilihan yang ada.
So, kalau korang yang suka guna laptop sambil menikmati minuman yang lazat, aku sarankan agar korang beli keyboard cover. Kalau tak pun, beli external keyboard terus. At least, kalau air tertumpah atas external keyboard, senang la sikit nak tukar. Takde la sampai nak bukak2 skru laptop….
Ok…tu je la yang aku nak cerita… tak best tapi menarik. Korang pulak, tak ada ke pengalaman menarik macam aku ni? Hehe…
Salam.
merujuk kepada gambar pertama, mula2 aku ingatkan awan berkepul2 keluar dari laptop. haha sori
BalasPadamoklah pasni aku beli laptop cover la
prevention maa
Lebih kurang la tu tapi apsal kau tak cakap asap je, kenapa cakap awan?? gila x logik awan keluar dr laptop aku...hahaha...
PadamBiasa la guna software yg readily available untuk cipta gambar sendiri memang camtu la jd dia..hahaha...Tapi aku suka sebenarnya kalau guna cara macam ni, bagi korang ada imagination sikit bila tgk gambar tu...
Ok..bagus nak beli keyboard cover. Nanti tunjuk resit dah beli kat aku. Aku nak verify. hahaha...
Hahaha. Kelakar ayat2 yang cuba kau type untuk pastikan keyboard kau masih berfungsi.
BalasPadamAku harap perkara tu tak terjadi kat aku sebab keyboard laptop aku rosak tanpa sebab yang nyata. Huruf m je pulak tu. Aku biarkan. Aku pakai keyboard on screen je sebab aku guna laptop hanya untuk tengok movie huehuehue
Haha...patutnya ada tambahan ayat kat situ. Ayat tu macam ni "ok..aku tipu, yang aku taip 'blo' tu je yg betul..haha". Aku lupa nak tambah pulak.haha...
PadamHarap2 x jadi kt kau la...kalau cuma satu huruf je yg rosak, maybe kau boleh cuba cungkil huruf m tu. Bersihkan sikit2 dan pasang balik dgn betul. Cuba kau tgk youtube cara org cabut tu.
Btw, woaaahhh laptop touch screen. Aku pun ada gak keyboard in screen ni lepas pakai Windows 10. Tapi, laptop aku x boleh touch. Macam apa je bila aku try taip pakai mouse. Hahaha...
hahaha.
BalasPadamok sorry aku TERgelak dulu pulak. ekceli aku teringat kes aku dan laptop aku dulu. lagi teruk daripada ni kes aku. kat entry ni (http://ana-mizu.blogspot.my/2011/11/skrin-laptop-crack.html)
memang talbleh diselamatkan dah kalo aku taip cemane sekalipon memandangkan dia dah injured tahap tu. berbulan gak aku terpaksa ikat perut saving duit utk 'meminang' yang baru. kat entry ni pulak kesah dia (http://ana-mizu.blogspot.my/2012/05/jiwa-lara-kini-bahagia.html)
memang bertabahlah kalo jadi benda2 gini kat laptop. errrr ini ke sebabnya yang hang kata hang berpantang kejap update blog aritu? hehe
Haha..masa benda ni jadi pun aku gelakkan diri sendiri. Apa punya clumsy la..haha..So, tak payah sorry2 la, gelakkan aje...
PadamYang kes kau tu memang betul teruk la screen crack. Tapi kau punya entri tu x nampak macam kau ada masalah pun...haha...aku tergelak je baca dgn tips2 mengarut kau tu.
Tu la kan..kalau dah teruk sgt problem laptop tu, tepaksa la ikat perut nak ganti yg baru.
Btw, aku baru lepas test lg keyboard aku, tadaa...dah boleh taip rupanya. Tapi sel2 otak dia x berapa nk berhubung pulak. Aku taip lain, dia keluar lain. Aku hantar g pakar psikiatrik baru tahu..haha
Yg pantang tu xde kena mengena dgn kes laptop aku. Itu cerita lain. Yg laptop aku ni betul2 aku tengah mengalami problemnya.
"Yg pantang tu xde kena mengena dgn kes laptop aku. Itu cerita lain." <-- cer citer ape ke 'citernye' yg sbnr kehkehkeh =P
PadamAlah...kau ni...citer pasal mengandung2 ni malas la aku nak citer. Terlalu personal. Wahahahah...
Padamtakyah nak 'mengandung' sangatlah bro ley oi hahaha. citer cepat. dgn aku pon nak berkire. hahaha
PadamTahniah bro.Aku dah pernah kena.Sampai skrg aku biar je leptop tu mereput sampai lupa password.
BalasPadamTerima kasih di atas ucapan tahniah. hahaha...
PadamLaptop kau tu memang total loss ke cuma problem keyboard mcm aku ni? Kalau problem keyboard je kau biarkan dia mereput, memang betul kaya kau ni sarip.
Password lupa, format je la...settle beb.. hehe...
Bagus info ini..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
BalasPadamTerima kasih sudi membaca.
Padamtips yang sangat berguna
BalasPadamThanks. Harap memberi manfaat. ;)
PadamNasib baik aku pakai keyboard cover.
BalasPadamDah lama dah pakai sampai terkoyak2 dah nak kena tukar...hehehe
Hari tu aku angkat cover ni nak tengok, rupanya bertimbun habuk terperangkap atas cover ni celah2 button dia. Punyalah pemalas aku nak bersihkan, tak pernah rasanya bersihkan...hehehe
Aku dulu pernah gak pakai cover, tp yg universal punya la, yg rata tu....semua laptop boleh pakai..
PadamTapi, lama2 dia dah x melekat kt keyboard aku sbb habuk. Aku bukak je x pakai terus..
Haa..x pakai punya pasal jd la mcm skrg ni. Keyboard yg rosak bila kena air. Padahal brp ringgit je boleh beli yg baru..huhu..
Yg kau punya ni mesti specific utk model laptop kau kan...cover dia ikut susunan keyboard laptop kau...aku pun nk cari yg camni la lepas ni, baru x susah tercabut.
Kau punya tu cabut je la basuh pakai air, sette la..hehe...
pernah tumpah sket2 je. tak kronik sampai keyboard tak function.
BalasPadamAku pernah byk kali jugak tumpah sikit2 sebelum ni. Biasanya atas touchpad la..So, aku lapkan aje la...xde masalah. Yg kali ni lain sikit. Boleh pulak byk air yg tumpah tu. Dah la betul2 atas keyboard....tu yg mereng tu...huhu...
Padamsabarlah wahai hati...
BalasPadamYa...aku dah nasihat kat hati aku suruh sabar. Hehe...
Padamactually una pernah tertumpah air coke kat keyboard..yg una tau,kalau tertumpah air,nanti akan effect kat chip bwh keyboard tu,and akan buat keyboard x bole function,atau motherboard akan rosak jugak..benda lain yg boleh buat rosak,kalau ada semut lalu-lalang kat keyboard..keluar masuk dlm keyboard macam pergi bercuti tu mgkn depa dah buat sarang kat bawah keyboard...
BalasPadamso dlm kes una ni..tumpah air coke bukan sikit-sikit...dah mcm kena mandi dah keyboard tu...tanpa fikir panjang una terus terbalikkan laptop,sebab xnk air terus direct terkena chip,kalau terkena pun sikit2 je,
then una terus call senior utk tanye apa kena buat,sebab una bkn tau sgt..so senior una suruh terbalikkan laptop lama2 sambil halakan kipas angin kat keyboard tu sebab nak pastikan air btl2 kering..
then bila dah kering senior una suruh bukak keyboard tu,tapi sebabkan keyboard una jenis xde skru,senior bg suggestion bukak huruf2 kat keyboard tu,benda ni agak berisiko,tapi kena berhati2 n slow2...jgn sampai penyangkut huruf tu patah..baca bismillah byk2..
so una pun terus lukis balik susunan huruf keyboard ni,lap bwh keyboard ni ddgn tisu lembab,bersihkan btl2,keringkan balik dan pasang balik huruf2 keyboard tu..then una biarkan beberapa jam,baru on laptop dan try balik keyboard tu,..alhamdulillah boleh function balik mcm biasa..
tapi senior una pesan utk selalu pantau kalaua da semut je cpt2 halau tkt nti die bersarang kt bwh keyboard tu.
beberapa minggu lps tu,ada kwn una pulak alami perkara sama,tapi dia cuma tertumpah air kosong..tapi dia x tau nk buat apa dan terus hantar pergi kedai komputer,bila dah balik baru dia nangis sebab dah terbang rm300 utk repair keyboard tu..una cuma boleh cakap,kalaulah dia bagi tau una,or kwn2 lain dulu..mgkn una boleh jugak cuba tlg selamatkan laptop dia..
Wooaahh..panjangnya...dah boleh buat entri baru ni..haha..
PadamBagus la una punya x rosak. Saya masa kena pun risau jugak kalau kena kat chip2 atau motherboard tu semua...tapi nasib baik keyboard je yg x function. Lagipun, cuma air suam je yg tumpah kt laptop saya ni..
Tu la..ingat nak cuba bersihkan bawah keyboard tu sendiri...Tapi takut kalau bukak, ada kabel2 x connect atau keyboard x pasang betul2 je... Saya pernah je hantar laptop cuci kipas n tgk camne nak bukak laptop n keyboard tu. Kalau nak bukak keyboard tu memang kena bukak skru kat bahagian bawah dulu la..
Maybe bukak satu2 huruf mcm una suggest ni better kot..nanti la sy cuba bukak sambil tgk youtube. Skrg ni pakai external keyboard je dulu..
Thanks la share experience dan bg suggestion ni.
tu a..bila dah pubish baru perasan yang komen ni panjang...
Padamtakpe2...org lain baca pun boleh dpt input..
Padamalas keyboard tu mula2 jek poyo guna masa baru beli laptop baru.la ni jangan harap leerrr nak beralas alas.maleh dah.tapi tak pernah minum air masa online guna laptop.heeeeee
BalasPadamHahaha...betul la tu..memang poyo je awal2 tu guna cover keyboard tu. Aku dulu guna, bila dah barhabuk dan x melekat aku buang..haha...Tu cover yg rata la...yg free saiz punya tu, semua laptop boleh pakai...
PadamTapi kalau pakai cover yg specific utk model laptop kita, rasanya ok lagi la...sebab cover tu akan ikut bentuk keyboard kita. So, lebih melekat dan lebih selesa... xde la poyo2...haha...
Hahaha bro broo, ada je lah ko ni ><
BalasPadamtapi kan aku rasa cool jgk klau taip dari jauh. Tp klo aku tak cool la sbb aku rabun, entah apa yg aku carutkan nanti wahahahaha.
Anyway, aku kadang tertumpahkan jgk air, tp xdelah byk, sbb tu laptop aku masih berfungsi lg walaupun dh masuk kategori warga emas (dah 8 tahun umo dia). Aku xpernah bg dia special care sejak dibeli. Dia pernah kena pijak, pernah jatuh tp masih bertahan hidup. Agaknya beliau sejenis nokia 3310 versi laptop. Huahaha aku ingt lagi zaman u dulu aku tutup dia pakai kaki je kat hujung katil.
Sekrg ni aku tgh usha macbook pro. Tp aku rasa layanan aku terhadap beliau nanti pasti berlainan sama sekali. Dush!
Biasa la...kalau x jadi camni, x menarik la life aku..hahaha....
PadamHaaa..aku dah kata dah, memang cool beb taip dr jauh. Lagi cool kalau connect laptop guna hdmi kt tv besar. Pastu sambil baring kau taip, depan mata tv 52 inci....pergghhhhhaaarghhh...best giler...hahaha....So, xde la kau mencarut....
Takat tumpahkan air, aku pun selalu jugak..tapi sikit2 je. x seteruk kali ni. Pehhh...laptop kau dah 8 tahun? Ni dah kira obsolete ni...hehe...Aku punya umur dia baru 3 tahun lebih... Pada aku, dah cukup setia dah laptop kau. Kesian la kat dia, hantar la g spa ke...kau ni pun...haishhh...haha..
Laptop aku pun pernah je kena pijak, tp x pernah jatuh la...Kalau on/off dan tutup/bukak screen pakai kaki tu aku selalu gak buat...haha...punya la pemalas...Tapi...aku respect kt laptop kau sbb boleh bertahan lama dgn perangai kau ni...kehkeh...rasanya laptop kau ni memang nokia 3310 la....cuma tahap tumbesaran dia x dpt dikawal ni, tu yg smpai boleh berkembang sebesar laptop tu..wuahaha..
Tipikal perempuan. Bila dah ada yg setia dan baik, nak jugak cari yg lebih sedap mata memandang....heh... Kau kena ingat ini semua ujian. Biasa la, waktu bertunang la kau akan diuji dan jumpa yg lagi baik dr yg sekarang. Dah2.... lupakan je macbook pro, rupa bukan segalanya...Hahaha...(tetiba...)
hahahah celaka tergelak-gelak aku baca komen ko ni secara curi2 di pagi senin yang hening kahkakahkah! hahaha aku tgh kira bajet ni. nampak gaya kena la hantar laptop ke spa sbb nak ngorat macbook belum mampooooooo..ssss
Padamhahahaha ><
hahaha..belum pakai keyboard bluetooth dah carut aku..kuajaa...haha...
PadamBiasa la...bila ada rupa ni, maitenance pun tinggi la..kehkeh...
Btw, betul la kau memang takbleh pakai keyboard bluetooth,tgk la.....belum dpt lagi si macbook tu, kau dah cuba2 nak carut dia..kesian kt kami la woi...kahkah...
sepanjang pakai laptop ni sy tak pernah lagi la tertumpahkan air atas laptop...dan sy berharap sy takkan tertumpahkan air..huhu..
BalasPadamBagus2...nasib awak baik setakat ni...So, jaga la laptop tu betul2, jgn minum air masa main laptop.. Tapi kalau ada experience macam ni pun best jugak apa...boleh cite kt anak2..hehe..
Padamtak pernah alami setakat nih.....Tapi,ini lain cerita..nak bt keje2 laundry td,nak rendam baju,sekli ternampak telepon samsung ak berendam sekli dalam baldi ..hahhahahahaha
BalasPadamhahaha...ok la tu, lebih kurang jugak pengalaman kau dgn aku ni...Tp kalau handphone ni biasanya org simpan dlm beras nk bg kering betul, ke kau dah buat baling anjing je? hahaha..
Padamdekat lapy tak pernah kena lah...mintak2 tak ah kalau ye pun boleh cari alasan tukar baru.Tapi pernah lah gak kena sekali kat hdphone nokia .nokia ape aku tak ingat dah..handphone basah jeruk kena air*nak rendam uniform time tu .Menangis tak yah cakap sebab tu hadiah birthday .tak leh bukak langsung .Lepas tu aku biar dua hari tercongok kat bwah kipas bilik.Try on boleh pulak,mungkin haritu handphone aku off barangkali.Nasib boleh guna tapi hayat dah tak panjang bertahan selama 5-7 bulan cam tu:)
BalasPadamOhh..lebih kurang la kes kau ni...kalau on masa awal2 kena pun bahaya gak, mybr drpd x rosak boleh jd rosak...
PadamNasib baik kau putus asa nk on masa hr kejadian...so, dpt la jugak kau on balik lepas dua hari..kira ok la tu tahan lg 5-7 bulan...ada yg buat sendal pintu je lepas jd cam kau ni.hehe...
Haishhh... Macam takde perasaan jer bila air tumpah atas laptop. Hahaha
BalasPadamApa apa pun, thanks share tips tuu. Saya belum pernah lagi mengalami benda benda begini... Hope takkan alami sampai bila bila :P
Oh ye. Kalau phone pulak pernah aa. Bukan air tumpah atas phone. Tapi phone masuk dalam gelas --' Lalu phone itu pun meninggal dunia.......................
PadamBiasa la..lelaki kena la tunjuk cool walaupun xde org yg tengok aku time tu. Hahaha... Actually, sbb laptop tu pun dh lama, so...xde la nk menggelabah sgt...lek je la...
PadamWelcome. Harap x jadi kt org lain.
Btw, kalau phone ni aku rasa ramai yg phone dia pernah masuk air. Tp paling sedih kalau masuk lubang jamban la..haha..
Thanks la share cerita kau ni...tp citer kau x best. Xde plot twist...ending ciche....hahaha...
yg attractivenya akt post ni adalah gambar first tu. tkpenah terfikir pun nak lukis camtu utk menggambarkan air tumpah *.* kreatif betul guna shapes je kut xD
BalasPadamLa...yg tu ke paling attractive? Haha... Actually saya malas dan x reti sgt nak melukis, so, better guna shapes je buat ilustrasi. Asal org boleh imagine shape tu melambangkan apa cukup la...haha...
PadamBtw, thanks..
wahh...nice info! amboi de hati nak org lain terkena sekali ek. haha. btw tqq for sharing =D
BalasPadamAla apa salahnya kena sekali. Umat islam kan besaudara..huhu..
PadamWelcome
Salam nk tanya, kalau repair agak agak berapa rm eh? Thank you.
PadamSalam nk tanya, kalau repair agak agak berapa rm eh? Thank you.
Padam@dinieislam
PadamWasalam. Nak repair apa ye? Kalau keyboard hari tu aku tukar baru ada la dlm rm100. Tu kalau keyboard je problem.
Tapi kalau motherboard yg problem rasanya above rm300 kot. X sure la, tahu sikit2 je pasal komputer. Repair x reti sgt...
Laptop aini baru ja masuk air..tanpa berfikir panjang terus lap n tanya senior..diorang suruh terbalikkan or masukkan dalam beras..duduk hostel uni mana nak cari beras malam malam buta dah jam 12 pun...pas tu try on tapi tak boleh..bertabah ja nak tunggu dia kering..nk bukak tak pandai..tumpah air kat keyboard sikit n tempat nak gerakkan anak panah tu...rasa nak menangis bila dipikirkan...tak tahu nak buat apa ni..berserah pada takdir
BalasPadam...nak biarkan berapa hari pon tak tahu..
Betul senior tu suruh tu. Just terbalikkan dulu tunggu 1-2 hari bagi betul2 kering dalam tu. Tak perlu masukkan dlm beras.
PadamBtw bahaya terus on bila dah tertumpah air. Kalau short circuit boleh jd problem lagi besar nanti.
Cuba dh kering nanti cek boleh on ke tak... Kalau tak boleh on kena hantar kedai repair. Kalau keyboard je yg rosak boleh cuba bersihkan satu2 button dulu. Kalau keyboard tu memang rosak terus, kena pergi kedai pasang keyboard baru.
Laptop aini baru ja masuk air..tanpa berfikir panjang terus lap n tanya senior..diorang suruh terbalikkan or masukkan dalam beras..duduk hostel uni mana nak cari beras malam malam buta dah jam 12 pun...pas tu try on tapi tak boleh..bertabah ja nak tunggu dia kering..nk bukak tak pandai..tumpah air kat keyboard sikit n tempat nak gerakkan anak panah tu...rasa nak menangis bila dipikirkan...tak tahu nak buat apa ni..berserah pada takdir
BalasPadam...nak biarkan berapa hari pon tak tahu..
Nice Blog Post !
BalasPadamThank you bro :)
PadamKeyboard macbook pun ada solusinya ya? Selalunya apple kan dah ngak cover warranty nya kalau sudah repair sendiri.. ;)
BalasPadamTdi keyboard laptop sy tertumpah air. Pstu trus takleh on dh. Tu mslah battery ke camna eh? 😠sbb bila cas lmpu battery tu on off je ðŸ˜
BalasPadamKalau betul2 baru lepas tumpah memang jangan on kan. Lagi bahaya boleh jadi short circuit. Buat mcm dalam video tu, dirikan n keringkan dulu laptop tu. Nanti dah 2-3 hari agak2 dah kering baru cuba on kan. Kalau laptop tak boleh on ni mungkin ada part2 dalam laptop tu yg dah kena air so tengah basah tak boleh nak berfungsi mcm biasa. Tunggu je kering dulu.
PadamLepas dah kering still tak boleh on jugak, kena hantar kedai jugak untuk cek. Kalau keyboard je yg problem then boleh tukar keyboard sahaja atau cuba bersihkan keyboard dulu..
Sya pun tertumpah air juga kat laptop. Terus keyboard taktak function dah. Agak agak nya berapa cost nak baiki keyboard tu yer kalau untuk laptop gaming ?
BalasPadamAlamak bro kalau laptop gaming ni sy tak sure pulak harga dia. Biasa memang mahal sikit dari biasa...kalau jumpa trusted seller online yg murah2 n reti pasang sendiri. Maybe boleh pilih option ni...
Padamsaya baru tertumpah air dalam 6 hari lepas, takdela banyak tapi takdela sikit sangat. lepas tumpah saya lap bagi kering pastu terbalik kan dalam 5min je, then try on sebab nak submit assingment alhamdulillah function dgn elok. tapi sekarang macam ada trust issue so dah 3 hari tak on sebab takut bahagian dalam tak bebetul kering. pergi kedai mintak servis pon dorang tolak sebab laptop baru beli 4 bulan, katanya takut waranty void. sampai sekarang kerja tertangguh �� mintak doa semua harapnya laptop saya okay sampai habis degree pon takpe hm
BalasPadamalhamdulillah boleh on lagi. so macam mana laptop nya dah ok ke? hopefully ok lah
Padamlaptop saya baru kena air tadi gak.huhuhuhu..dan tak boleh on..doakan laptop saya cepat sembuh..sebab final exam dah nak dekat..dengan ada presentation lagi..huhu..
BalasPadamalamak moga laptop ok2 je utk final exam. boleh ikut tips atas ni.biar dulu beberapa hari baru try on insyallah
BalasPadamLaptop baru kene air suam kopi pulak tu, tengah siapkan proposal research utk hntr due terdekat tba2 ttumpah 😠cuma lptop aku masih ok masa air tu msuk aku cpt2 shutdown , skrg tgh baringkan dia bagi air kluar.. dahla model payah yg baru xde scru tu ahhh ðŸ˜ðŸ˜¢
BalasPadam