Kereta overheat? Tak check air ke bro??

Salam.

Kali ni aku nak share pasal tips penjagaan kereta sebab aku sendiri pun selalu failed bab kereta ni. Haha... Ni aku nak bagitahu cara nak check air untuk kereta dan apa patut buat kalau suhu kereta panas sangat.

Kalau nak ikutkan masa kat U dulu aku ada je ambil kos automotif untuk subjek koko yang kelasnya seminggu sekali. Tapi entah apa entah yang aku ingat, aku rasa aku cuma ingat sampai sekarang cara nak tukar tayar je, yang lain semua tak ingat dah. Haha.. Kesian betul..

Ok. Ni aku share ni pun lepas tengok video. Kalau tak, aku pun buat2 tahu je masa check air tu. Agak2 penuh air dalam radiator ok la kan...

So, nak check air dalam kereta, first sekali ada dua tempat nak check dan isi air atau seeloknya isi radiator coolant. Kat mana? Radiator coolant ni biasa isi kat:

1. Radiator la..mana lagi?? Nama pun radiator coolant...
2. Coolant reservoir (Tangki cecair penyejuk)

Nak tahu radiator macam mana, tengok yang ada 'radiator cap' macam ni:


Lepas tu bukak 'radiator cap' dan isi 'radiator coolant' dalam tu.
Kalau bukak 'radiator cap' dan level 'coolant' nampak penuh sampai kat atas je, tak perlu topup coolant, kira ok dah...

Coolant reservoir(tangki cecair penyejuk) pulak macam ni:


Mungkin kereta korang tangki bentuk lain sikit ke aku tak tahu la... tapi kalau tangki tu dia ada hos yang akan bersambung dengan radiator, kat situ la tangki yang korang patut isi radiator coolant tu.

Tengok video kat bawah ni lagi senang, tapi kalau malas, baca je la apa yang aku taip ni....





Kalau masa pagi2 sebelum start kereta, takde hal kalau korang nak buka 'radiator cap' tak pakai sarung tangan atau apa2 alas sebab radiator tak panas lagi....

Tapi kalau korang dah drive kereta, tetiba2 korang tengok kat meter kereta tu suhu naik semacam je, sila berhentikan kereta bagi cool kejap radiator tu. Lepas tu dah sejuk sikit, nak buka 'radiator cap' tu sila pakai alas, tuala dan sebagainya supaya tangan tak melecur sebab air yang keluar tu panas. Boleh tengok video cara nak buka 'radiator cap'.

Aku pernah drive kat highway, lepas tu terperasan yang suhu kereta naik secara tiba2. Then, aku pun berhentikan la kereta kat tepi. Masa tu aku noob habis pasal kereta ni. haha..tapi aku tahu la kalau temperature naik kena berhentikan kereta  baru selamat sikit.

Masa tu cuma ada satu botol air besar yang airnya separuh je kat dalam kereta aku. Masa radiator tengah panas ni aku tak bukak la 'radiator cap' tu, nanti kang memancut2 pulak air. So, aku tuang air kat dalam tangki coolant tu.

Aku tunggu dalam 5-7 minit je masa tu sebelum isi air dalam tangki dan drive semula. Sepatutnya, untuk lebih selamat, tunggu sampai rasa enjin dan radiator tu dah cukup sejuk baru teruskan perjalanan. Ini tak, aku dengan yakinnya drive terus kereta tu....

So, padan muka aku la tak lama lepas tu kereta tetiba slow dan kali ni aku tak berhentikan kereta, tapi kereta tu berhentikan aku. Haha...tak guna betul, aku terpaksa ke tepi dan kereta aku innalillah terus tak boleh start. Cerita lepas tu aku tak payah cerita. Tapi kalau jadi macam aku ni, kos nak repair kereta boleh cecah RM1000++. Benda simple je, tak check air betul2, RM1000 boleh melayang macam tu je....

Kereta Overheat
Sumber gambar
So, jangan jadi macam aku dan sila layan video tu sebab kalau aku taip nanti panjang sangat, korang tak nak baca. Baik tengok video yang berdurasi 5 minit tu, senang faham.

Kalau boleh jangan isi air paip, tapi isi radiator coolant + air suling  macam dalam video tu suruh, Sebabnya, kereta aku jadi panas tu pun sebab terlalu banyak sangat kotoran dalam car cooling system dek kerana isi air paip je selalu. So, air yang flow kat dalam tu tak berapa bersih, senang jadi panas.

So, tengok je la video tu. Kalau korang prefer membaca dari tengok video baru la aku tulis lagi pasal tips jaga kereta ni kalau aku tahu la..hahaha...

Sekian.


Baca lagi:




20 ulasan:

  1. hahaha. aku bab kereta tahu isi minyak je. so yg lain2 aku harapkan ayah aku tak pun time service kereta haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la ada ayah kau...tapi kalau boleh tahu yg basic2 tu bagus. Jgn jadi macam aku, sampai boleh overheat kereta. Lepas tu kos baiki rm1000++....sayang woo keluar byk duit, padahal kalau maintain kereta baik2, boleh elak benda tu...

      Padam
  2. This is nice, Bro Ley.
    Lelaki biasa rasanya amik berat sikit hal kereta remeh temeh macam ni, tapi yang kena tekan lebih ialah para perempuan yang memandu di luar sana tu.
    Jangan ingat bila jadi pape call pakwe je kerjanya...Cuba cegah sebelum berlaku. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku lelaki, tapi aku x amik berat pun hal camni sebelum ni. Haha... Tu la jadi overheat kereta aku.

      Tak kisah lelaki atau perempuan, penting jugak tahu cara nak maintain kereta. Kalau x rugi bayar kos baiki je nanti...

      Yups, setuju mencegah lebih baik daripada membaiki. Wuhuu..

      Padam
  3. mana nak dapat radiator cooland + air suling tu? ye tahu lah kat kedai, kedai kereta je ke? supermarket ada x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Radiator coolant tu biasanya jual dekat kedai spare part kereta. Auto part shop camtu la...supermarket xde rasanya.

      Air suling aku x tahu nak dpt mana. Biasanya air bateri ada la jual kt supermarket. Ramai org biasa guna air bateri utk mix dgn coolant tu..tak sure patut x guna air bateri, tp ramai buat sbb air suling susah dpt.

      Kereta aku hari tu diorg servis semua sekali siap ganti coolant baru, tapi x tanya pulak aku diorg pakai coolant apa n campur air suling x...

      Tp kalau nak jugak air suling, kau masak air. Nanti air mendidih keluar wap, wap tu tukar jadi air semula. Yeahhh..proses kondensasi tu.... nanti dpt la air suling. Haha..

      Kalau x nak mix dgn air suling, nak guna 100% coolant pun xpe, cuma byk la kos nak beli coolant nanti.

      Tak pun pergi kedai kereta ckp nak servis radiator, nanti dia ganti la coolant baru. Hehe...
      Aku xde la tahu sgt bab kereta ni, tapi kalau selalu guna air paip better tukar coolant kerap sikit, 6 bln sekali or setahun sekali ke. Kalau 100% coolant x perlu kerap sgt.

      Padam
    2. Okey, thanks utk penerangan. nxt month kene servis aku suruh dia servis radiator sekali

      Padam
    3. Ok2..bagus2...servis la, nanti minta diaorang penerangan. Aku explains bukan complete pun..

      Padam
  4. Bagus betul la entri kau ni ley...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap x salah fakta la...huu Thanks.

      Padam
  5. sebenarnya.. sebenarnya.. jangankan nak check air..malahan..aku sampai sekarang tak pernah nukak tempat enjin tu.. x reti.. kengkawan tolong bukakkan.. ok.. thanks for the entry.. aku cuba pasni.. hahahahh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau tak pernah bukak bonet depan tu ke? Takkan x pernah, acah2 check pun ok la....haha.. Ok, lepas ni cuba, dapat buka bonet depan tu pun kira satu achievement tu..

      Padam
  6. Mrs. A biasa minta husband yang tolong check air atau isikan, tapi kalau dia not around In Sha Allah boleh kot isi sendiri sebab dah belajar. Ceh! confident jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada husband, mestilah husband nak tolong baru sweet kan..kan? BAgus Mrs A dah belajar, ape2hal senang sikit. Btw, maksudnya dah belajar kat entri ni ke? Hmmm.. mesti husband yg ajar kan?

      Padam
  7. saya pun tak pernah check sendiri.. semua suami yang uruskan.. sampai radiotor bocor pun saya buat x tahu je.. hehehehee.. :p

    tp info ni bagus, org perempuan pun kena ambik tahu kan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung la dah ada suami, boleh tolong2 checkkan. Tapi, yang x berapa aware pasal kereta2 ni, bagus kalau tahu...at least mengurangkan risiko kereta tersadai di tengah jalan..

      Padam
  8. selalunya saya tak check ape2 pun pasal kereta saya..ayah or adik yang akan check kan..saya cuma pastikan kereta sentiasa bersih dan berkilat je..hehe..tapi dalam masa sama saya tahu jugak cara nak tukar tayar and check engine in case kan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...