Negaraku

Salam,

Hari tu merdeka aku tak wish apa2.
So, disebabkan esok hari Malaysia, makanya 'Selamat Hari Malaysia' guys!

Sumber gambar
Lately ni aku asyik dengar lagu Negaraku je.
Masa sekolah dulu tak ada pulak aku nak ulang2 lagu Negaraku ni.
Tapi ni bukan lagu yang masa sekolah kita nyanyi dulu tu.
Ni lagu baru. Sedap jugak. Serius.

Semua orang suka lirik Sonaone.
Ramai yang kata deep lirik dia walaupun beberapa baris ayat je.
Tak sampai 20 perkataan aku rasa...
Macam tu pun dah deep.

Yang lain2 punya lirik macam joe flizzow dengan ultimate aku tak faham sangat.
Pada aku diorang punya lirik lagi deep sebab susah faham. kejap 63 la, tamadun la....
Deep gila... tapi layan. Ke aku yang lembab nak faham? Haha....

Hari tu 31 Ogos aku ingat dapat tengok bunga api dari atas kapal terbang.
Selalu tengok dari bawah.
Nak try jugak sekali tengok view dari atas macam mana bentuk bunga api tu. Mesti rare...
Tapi boleh pulak flight tu tak delay. (*pelik2 je aku nak flight delay. haha..)
So sampai ngam2 pukul 12 malam, dah mendarat.
Tak dapat tengok bunga api langsung.
Takpe  la... nasib baik vacation dengan siblings hari tu best.

Ok la...aku pun dah tak tahu aku cerita apa ni...
Aku just nak wish Hari Malaysia dan nak korang dengar lagu Negaraku yang baru ni je sebenarnya.
So, untuk bagi entri ni pendek, maka....

Selamat Hari Malaysia semua!
Sayangilah negara ini dengan mulakan sesuatu yang baik dari diri sendiri seperti tidak buang sampah merata-rata.
Sekian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...