Tak best pun jadi dropship

Salam guys,

Kali ni aku nak cerita pasal bisnes. Wuhuuu.. Come on guys semangat sikit. Aku nak cerita pasal bisnes ni Sure best punya... Haha..

Ramai dah sekarang orang reti berbisnes aku tengok. Student2 pun dah ramai aku tengok berjaya jadi usahawan muda. Tak macam aku zaman study dulu. Tak reti pun nak buat duit sendiri. Kerja aku enjoy je masa student life dulu. Takde pun pikir gila2 pasal masa depan. Follow the flow je.. Hebat gak la budak2 zaman sekarang ni.


Tapi yang lagi hebatnya budak2 baru masuk sekolah menengah dah ada jugak start berbisnes. Serius talk beb. Tajuk dah pasal dropship kan.. Ni nak citer pasal dropship  la ni.. Awal tahun ni aku ada la join beberapa dropship. Saja la cari duit lebih walaupun aku bukan dalam keadaan desperate sangat nak pakai duit.

Tapi disebabkan macam azam tahun baru kot agaknya.. Aku plan untuk dapatkan RM 100 sebulan. Seratus sebulan sebenarnya sikit je. Kalau aku buat grabcar dah confirm boleh punya. Tapi sebab aku memang dah full time kerja, aku plan la buat dropship je. So, takde la banyak sangat masa aku nak kena guna kalau buat dropship je.

Target RM100 sebulan tu pun just nak make sure aku akan buat apa yang aku plan je. Kalau letak tinggi2 nanti, takut sampai sekarang aku tak start2 buat dropship pulak..
Yang penting pada aku istiqamah atau konsisten.


Haa... berbalik kepada cerita join dropship tadi. Aku memang saja cari banyak supplier yang ada open dropship, so lebih banyak produk nak dimarketkan dan lebih banyak stok yang available. Tak sangka pulak aku ada jugak dalam group dropship tu umur 16, 17, 14. Aku macam... "Wow... serius la? Korang esok sekolah kot... PT3 pun ada yang belum amik dah duk pikir pasal bisnes.. Gelabah apa weh....." Tapi bagus sebenarnya diorang ni. Kecik2 dah ada awareness yang tinggi pasal bisnes.

Apa benda la aku merepek ni.
Isi untuk tajuk pun aku tak start cerita lagi.


Ni yang aku nak cerita sebenarnya ni.
Orang cakap join dropship ni boleh buat duit.
Tapi kan...

Aku rasa...

Join dropship ni boleh buat kau marah je sebenarnya. Haha...

Aku tak pasti la supplier2 yang open dropship ni serius ke tak sebenarnya. Kebanyakan servis supplier sangat la teruk.


Sebab - sebab dropship jadi tak best

1. Lambat Respon.

Flow sales dropship macam ni. Customer tanya aku colour yang dia nak ada tak, Then, aku pulak kena tanya supplier colour tu available tak, then supplier balas kat aku, lepas tu barulah aku boleh balas kat customer.

Cuba bayangkan supplier lambat balas message kau.
So, kau pun akan lambat balas kepada customer
Hasilnya, customer tak interested untuk beli lagi sebab dapat jawapan setelah 12 jam.
So, hilanglah minat seorang customer untuk beli barang online lagi.
Maka, rosaklah market jual beli online . Jadi, tak pelik kenapa ada customer yang dah tak start tak suka beli barang secara online disebabkan servis yang teruk macam ni.

2) Tak jujur sepenuhnya.

Kau tanya kalau bayar hari ni akan pos hari ni ke?
Supplier mengiyakan dengan jawab benda yang sama " bayar hari ni pos hari ni"
Tapi hakikatnya, pos buat hari esoknya.
Masalahnya, kau dah cakap kat customer akan pos hari ni.
Tak ke rasa macam bangang je kau dah terbohong customer disebabkan kau pun kena bohong dengan supplier.
Bila tanya pasal slip tracking no poslaju kenapa letak tarikh esoknya, boleh pulak supplier cakap tersilap tulis tarikh. Tapi cek dalam sistem memang diorang start pos esoknya pun.
Tak faham aku kenapa masih nak bohong sedangkan benda yang dia buat tu dah terang2 suspicious.

Servis delivery yang teruk ni pun sama akan membuatkan customer kecewa dan start tak suka beli barang secara online. So, market jual beli online akan makin teruk sekali lagi.


3) Tak dapat tengok barang depan mata

Benda tak ada depan mata memang susah sikit nak jual dan explain kat customer. Bila jawab ala kadar je customer pun tak berapa interested nak beli. So, terpaksa explain apa yang kita tahu je.
Nak explain lebih2 kena la tanya supplier dulu yang lambat gila nak balas tu.

Yang ni takde masalah dengan market jual beli online. Just benda ni tak berapa best bila jadi seorang dropship. Kalau stok ada depan mata lagi puas sebab boleh terangkan secara detail kat customer.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haa. cukup la tiga tu je yang aku nak cerita pasal tak bestnya bila jadi dropship. Join dropship still satu benda yang bagus bila korang baru nak start buat bisnes. At least nampak sikit flow dunia bisnes macam mana. Cuma kalau dapat supplier yang tiptop memang sangat2 best buat dropship.

So, kesimpulannya....disebabkan 3 perkara tak best yang berlaku kat atas ni, aku rasa aku perlu start jadi supplier untuk betulkan masalah yang berlaku sekrang ni supaya dunia ini lebih aman. Hahaha...

Thanks for reading guys. :)

"Aku pun dulu tak kisah pasal takaful atau insurans"

Salam.

Hari tu aku ada tengok video2 kat youtube. Ada la satu video ni menarik pulak aku tengok. Cerita pasal bekas akauntan buat keputusan besar untuk berhenti kerja kerana mahu bekerja sendiri?
Ok, kerja apa yang gempak sangat tu sampai dia nak berhenti kerja tu? Hebat planning dia...

Kerja dia tu ada kat dalam video ni. Tapi kalau malas tengok atau quota internet sikit, baca je la kat bawah ni aku bagitahu.



Orang2 yang kat dalam video tu semua aku tak kenal pun. Cuma rasa kelakar pulak tengok video dia. Haha.. Dia cerita pasal seorang pekerja akaun yang berhenti kerja untuk jadi agent takaful/insurans sebab kerja tersebut lebih fleksibel.

Aku rasa minat nak tengok pun sebab memang aku buat akaun. Kadang2 ada juga kerja sampai malam. Dalam video ni pun mamat tu kerja jadi akauntan dan ada mention kerja sampai malam.  Member aku pulak ada yang memang jadi agent takaful/insurans ni. So, macam boleh relate sikit dengan life aku la. Tu yang tiba2 nak tengok video ni tu.

Tapi takde la sampai terinspirasi nak jadi agent takaful/insurans ni. Kalau aku berhenti kerja akauntan pun, maybe aku nak try buat benda2 yang related dengan IT kot. Maybe belajar programming gila2 sampai boleh buat sistem sendiri.

Btw, layan jugak tengok video ni kalau bosan. Nampak usaha gigih dia nak buat video. Ada jalan cerita. Cuma lakonan tu kurang la hebatnya sebab diorang memang bukan pelakon. Tapi, still menarik untuk ditonton.

Oleh kerana aku dah rembat video dia, so aku promote je la agent ni. Haha..Siapa2 yang rasa nak ambil takaful tu boleh la try contact mamat ni.

Norman Mansor 0173292326

Aku tak kenal pun dia. Saja je promote. Yang aku kenal member aku ada la... Kalau korang nak amik takaful dengan member aku, barulah contact aku.
Dulu masa belajar yang aku tahu insurans tu haram, tapi takaful dibolehkan. Ada beza sikit antara takaful dan insurans. Malas nak cerita, kena buat post lain baru boleh cerita.

Ok guys layan la video tu. Best kot... :D

Kalkulator dan 'The Accountant'

Kalkulator dengan seorang accountant memang sangat familiar. Tak normal kalau accountant takde kalkulator.


Hari tu aku tengok movie 'The Accountant' lakonan Ben Affleck. Best jugak cerita ni. Cerita pasal si Ben Affleck ni ada penyakit dari kecik tapi bapak dia pandai develop dia punya keistimewaan tu. So, dia jadi gempak gila mengira dan tak perlu pun kalkulator untuk kira 356,183 x 383.
Dia terus jawab je.
Aku rasa kagum dengan dia boleh buat macam tu.
Tapi sebab dia tak normal kan... so takde la pelik sangat dan aku pun tak jadi nak jealous.
Haha...

Btw, sebelum ni aku ada post pasal coding dan programming yang basic macam kat entri cara nak buat website guna notepad. Dah lama aku tak try buat2 coding sampai la awal tahun hari tu aku cuba buat satu projek simple. Disebabkan hari tu aku ada post pasal zakat pendapatan kat sini, so aku decide la nak buat satu kalkulator zakat simple untuk kira zakat pendapatan.

Basically aku boleh buat benda ni pun selepas aku pergi satu kelas selama dua hari pada tahun lepas. Kelas tu free je dan dia ajar language html,css dan php. Benda yang aku baru belajar basicnya pada hari tu ialah php. Dan dengan language php ni la aku boleh siapkan satu kalkulator zakat sendiri.

Actually masa diorang ajar hari tu pun diorang suruh buat kalkulator jugak. Cuma kalkulator yang aku buat dengan diorang hari tu adalah kalkulator basic yang boleh tambah tolak darab bahagi tu. So lain dengan kalkulator zakat pendapatan yang aku cuba buat ni. Walaupun dia punya basic dan coding lebih kurang je tapi bila dah jadi nampak lain kot..So bangga dan puas kejap bila dapat siapkan kalkulator sendiri. Haha..



Kalkulator yang aku buat masa belajar hari tu.
So kalau korang nak cuba guna kalkulator yang baru aku buat tu boleh buka link bawah ni:

broley.esy.es

Yup url dia tak best langsung kan. Sebab hosting dan subdomain adalah free dari hostinger, so terpaksa la bagi korang link yang tak sedap namanya. Asalkan korang boleh akses dan projek aku masih function bagaimana sepatutnya.

kalkulator zakat
Kalkulator zakat yang aku cuba buat. Lebih kurang je kan?? Tapi function lain..
Kalkulator ni sangatlah basic pada aku. Tapi at least dapat jugak aku siapkan something from the scratch yang mungkin ada potensi digunakan satu hari nanti.

Kalau aku banyak masa nanti maybe aku akan post cara buat projek ni macam sebelum ni yang aku post pasal cara buat website guna notepad. Sebab lebih senang aku nak ingat bila aku ajar semula apa yang aku dah buat walaupun entah berapa orang je yang baca pun. Haha..

Btw, sejak aku masuk kelas hari tu aku terus selesa guna atom dan mamp berbanding notepad biasa. Lagipun takde la berat mana software tu. Yang bagusnya laptop aku boleh jadi server dan nak buat coding pun lebih mudah sebab dia ada colour2 dia. Serius rasa macam programmer yang power bila pakai software tu. Haha..

Aku tak tahu berguna ke tak untuk korang apa yang aku buat ni, tapi kalau dah kena bayar zakat tu bayar la ya... Rukun islam tu.
Ok ada idea apa aku patut buat lagi untuk projek coding yang lain?


Duit gaji kita ada hak orang lain.

Salam guys.

Amacam tahun lepas? Ada dapat bonus ke? Untung la kalau korang dapat bonus. Sepanjang aku bekerja belum lagi pernah merasa dapat bonus. Hopefully tahun ni boleh dapat la walaupun aku taklah heran sangat orang lain dapat. Sebab dah biasa tak dapat kan.. Haha..






Tapi tak dapat bonus pun dah kena bayar zakat. Korang dah bayar zakat belum untuk tahun lepas punya? Aku pun belum lagi.. Tak sempat pulak nak buat kira2. Kalau korang pun belum jugak, ni aku nak bagitahu ni...
Actually lambat gak la post pasal ni awal tahun.

Sebab zakat ni kira rukun islam yang ke empat, so wajiblah kita tunaikan bila dah mampu. Sebelum next goal untuk pergi haji, zakat ni kena bayar dulu.

Nak kira zakat kena bayar senang je. Just pergi website lembaga zakat selangor. Guna kalkulator dia. Then kita just masukkan je amaun yang diminta. Nanti dia calculatekan.

Oh ya..
Ni untuk selangor. Kalau negeri lain boleh pergi website diorang yang ada kalkulator sendiri. Setiap negeri ada beza nisab (threshold income) dia. Kalau selangor nisab dia rm13,568. Negeri lain ada yang lagi rendah. Had kifayah(relief) pun ada beza sikit. Macam selangor ikut kalkulator dia takde tolak takaful. Tapi kalau melaka boleh tolak takaful. So korang kena check kat negeri masing2 la macam mana pengiraan dia.

Kalau setahun punya pendapatan dah lebih RM 13,568, then wajib bayar zakat 2.5% atas amaun pendapatan tahunan kita tu. Biasanya kalau gaji RM2k ke atas lepas tolak epf dah kena bayar zakat.


Secara ringkasnya pengiraan dia macam ni:

Penggajian/Upah tahunan                       27,600 (assume gaji RM2,300 sebulan)
Hasil bebas/professional

(-) Tolak had kifayah
Personal:                                                (10,750)
Isteri:
Anak:

(-) Tolakan lain
Caruman KWSP pekerja                         (3,036)
Pendapatan dikenakan zakat                   13,814 (melebihi nisab di Selangor iaitu RM13,568)
2.5% zakat perlu dibayar                         345.35


*Isteri dan anak aku biar kosong sebab dia depend on situation. Korang boleh guna kalkulator zakat untuk tahu korang layak releif yang mana. Nanti boleh pilih anak sorang ke dua ke..isteri dua ke tiga ke... Haha..

Lepas masukkan amaun semua, kiralah guna kalkulator tu sama ada korang perlu bayar zakat atau tak.  Macam pengiraan aku kat atas tu kena bayar RM345.

Kalau korang dah kira sendiri dan kena bayar, boleh la pergi bayar kat kaunter pungutan zakat negeri korang. Takpun bayar online je. Tapi kalau ada banyak masa boleh pergi pusat zakat tu print dulu kiraan yang korang buat guna kalkulator. Minta diorang semakkan dulu pengiraan betul ke tak before bayar zakat.

Btw, amaun zakat yang dah dibayar boleh ditolakkan dari amaun income tax perlu bayar. Contoh kalau kena income tax RM 500, zakat dah bayar tahun tu pula ialah RM 500, boleh tolak terus 100%. So kira just bayar zakat je dan tak payah bayar income tax lagi... Yang penting kena ada resit bayar zakat kalau nak claim releif income tax tu..

So macam tu la lebih kurang cara nak bayar zakat. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. So bayar la zakat. Semoga rezeki yang kita dapat tu penuh keberkatan. Kalau rezeki tu berkat, hati pun lebih tenang. Pasal agihan tu biarlah pusat pungutan zakat yang bertanggungjawab. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita dulu dengan membayar zakat.
Kalau complain je tapi tanggungjawab sendiri abaikan pun tak guna jugak kan?

Link ke kalkulator zakat:

Kalkulator zakat Selangor
Kalkulator zakat Negeri Sembilan
Kalkulator zakat Melaka
Kalkulator zakat Kedah (tak jumpa kalkulatornya. Link ni je aku jumpa)
Kalkulator zakat Penang
Kalkulator zakat Johor

Kita beli top up, kita yang dapat komisyen

Salam.

Selamat tahun baru guys.
Hari tu aku ada try la beli topup dengan cara yang lain dari biasa. Biasanya aku bayar bil umobile ni memang guna maybank2u je. Bayar direct je kat situ. Then aku dapat tahu ada cara yang lebih jimat untuk bayar bil/topup iaitu bayar guna shopback.

Kita boleh dapat 6% balik daripada total yang kita telah belanjakan pada topup rupanya kalau guna shopback. So, aku beli la top up RM30 untuk bayar bil aku yang RM28+ RM1.70(GST) tu. Then, aku dapat cashback RM1.80 dalam akaun shopback.

Macam tak sure nak percaya ke tak kan?
Kalau tak sure korang boleh test sendiri.

Belit topup ni memang melalui website shopback.my. Then just pilih nak beli daripada online store yang mana. Kalau nak beli topup ni boleh beli daripada lazada. Memang diorang offer 6% cashback bila beli topup. So, just klik pada top up dari lazada kat website shopback.my tu. Nanti dia akan redirect ke page lazada. Then just beli macam shopping barang online biasa la.

Tapi topup kat lazada ni ada lambat sikit nak dapat dia. Kalau ikut website dia akan tulis dalam 4-7 hari baru topup masuk. Masa aku test actually dalam 3 jam je la dah masuk. Lambat sikit daripada topup biasa yang direct masuk tapi takde la sampai 4-7 hari tu. Jenuh weh tunggu..

So, untuk cashback ni korang kena kumpul sampai RM10 baru boleh cashout. So, bila topup just guna je la shopback ni sampai RM10. Then cashout. Memang lama gak aku rasa nak kumpul tu. Tapi takpe kalau korang kaki shopping sekejap je nak kumpul RM10. Boleh je beli barang2 lain yang diorang offer dan dapatkan cashback. Takde la banyak sangat dapat duitnya tapi at least dapat jugak save sikit duit. Macam beli topup tapi kita yang dapat komisyen pulak..

Ok tu je la aku nak cerita. Korang boleh la signup kalau nak test dan dapatkan cashback tu. Tak rugi pun sign up. Nak guna ke tak tu ikut suka korang la ya...
Apa2 pun, dah 2017 dah... So, aku doakan kehidupan kita semua menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya insyaallah.
Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...