Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

Apa pembeli dapat kalau owner cancel jual rumah?

Dah sign SNP (Sales & Purchase Agreement), tiba-tiba tuan rumah tak jadi jual?
Ataupun dah sign SNP, tiba-tiba pembeli tak jadi beli?
Jadi, boleh ke owner atau pembeli sesuka hati je cancel?
Sebenarnya boleh je nak batalkan. Tapi ada syarat. 

Benda ni jadi kat aku sendiri. Aku dah sign SNP. Penjual pun dah. Tetapi atas faktor sedikit masalah untuk dapatkan consent, penjual decide untuk cancel.

So takkan cancel gitu je kan? Mesti lah ada ganti rugi nya. 

Kat sini lah penting nya baca agreement SNP tu. Agreement punya ayat tu memang nak bagi korang pening, tapi still kita kena baca.

Dalam perjanjian, kalau salah satu pihak batalkan perjanjian ni akan jadi: 
1) Penjual yang batalkan.- Perlu pulang deposit pembeli yang sudah dibayar + amaun ganti rugi sejumlah deposit yang telah dibayar. 
2) Pembeli yang batalkan- Deposit akan hangus + perlu bayar amaun ganti rugi sejumlah deposit yang telah dibayar. 

Dalam kes aku, penjual yang batalkan.

Jadi, sebagai contoh cuba bayangkan aku beli rumah harga RM 200k.
Deposit 3% + 7%. Aku dah bayar deposit 3% masa sign SNP tapi baki lagi 7% tak bayar lagi sebab kena tunggu dapat consent dulu.

Rumah ni rumah leasehold. Maksudnya pajakan 99 tahun. So rumah leasehold perlu minta consent dulu sebelum boleh pindah milik.

Jadinya aku dah bayar dalam RM 6k (3%). Tiba-tiba owner cakap nak cancel. Jadinya secara mudah, kalau owner nak cancel aku akan dapat balik:

RM 6k + RM 6k = RM 12k

Tanpa beli rumah aku dah boleh buat untung RM6k. Betul? Nampak macam untung dan syok je kan? 

Tapi benda kat dunia ni kita suka tunjuk benda happy dulu. Yang sedih-sedih, yang rugi-rugi kita simpan tak nak kasi tau orang. Haha...

Ok cerita di sebalik RM 12k tadi. Memang aku dapat double dari apa yang aku dah bayar. Tapi berbaloi ke? Masa pun banyak dah pakai nak uruskan benda ni.

Jawapannya TIDAK.
Rupa-rupanya batalkan perjanjian ni merugikan aku dan juga owner tu sendiri.
Kenapa pulak? Jadi, siapa yang untung?

Yang untung lawyer. Sebab perjanjian valid ke tak valid, diorang dah buat kerja. Diorang dah boleh caj kita. Jadinya sebelum sign apa-apa agreement dari lawyer, make sure korang dah agree dulu dengan kos fee lawyer tu. Kalau tak tengok betul-betul part ni. Korang akan rugi.

Tak percaya. Ni cerita aku.
Kos nak beli rumah: 
1) Deposit 3% (RM6k) + 7% (RM14k)
2) Kos lawyer S&P
3) Kos lawyer loan (ni biasanya dari bank yang kita apply)
4) Valuation fee (untuk nilai value rumah) 
Anggaran kos aku kena bayar (sekalipun dah cancel jualbeli) : 
1) RM 6 k
2) RM 3.5k
3) RM 5k
4) RM 0.75k 
Jumlah keseluruhan = RM 15.25k
Ganti rugi yang diterima = RM 12 k

Jadinya ada kerugian dalam RM 3k kat sini. Nampak tak kos lawyer tu sebenarnya mahal juga? Kalau korang nak beli rumah kena make sure dapatkan kos lawyer yang sesuai. Jangan sampai mahal sangat. 

Pada aku, kos lawyer loan aku tu yang mahal. Lawyer loan ni pulak bukan aku appoint. Aku apply pinjaman rumah kat bank. Bank yang akan appoint sendiri lawyer dia untuk sediakan dokumen perjanjian pinjaman perumahan.

So dari cerita aku ni. Aku cuma boleh cakap tak payah rushing-rushing sangat beli rumah ni.
Beli rumah ni komitmen jangka panjang. Kalau bayaran bulanan korang tak mampu nak tanggung, better menyewa je dulu.

Lagi satu pastikan sebelum sign apa-apa, baca dulu semua agreement. Bagi faham. Kalau tak faham minta tolong kawan atau sesiapa je untuk kurangkan risiko kita buat keputusan bodoh.

Secara kasarnya:
Pinjaman RM100k, bayar bulan-bulan dalam RM 450 - RM550 ++
Pinjaman RM 200k, bayar bulan-bulan dalam RM 950 - RM 1,050 ++
Pinjaman RM 300k, bayar bulan-bulan dalam RM 1,450 - RM 1,550++
Pinjaman RM 400k, bayar bulan-bulan dalam RM 1,950 - RM 2,050++

Kalau korang rasa mampu nak bayar bulan-bulan tu, boleh lah proceed beli rumah. Kalau korang kira-kira balik dan rasa-rasa hidup akan dibebani hutang rumah, baik jangan teruskan dulu. 
Tunggu korang betul-betul mampu dulu baru beli.

Beli rumah ni kena belajar ilmu dia betul-betul. Buat research. Tanya pendapat orang sekeliling. Tanya pakar. Kalau dah confident baru beli.

Jangan orang beli rumah, korang pun nak beli. Tapi hidup serba kemiskinan.
Korang ada pengalaman buruk dalam urusan jual beli rumah juga tak?

Salam.

Kenapa ada orang jenis yang attention seeker?

Kenapa ada orang jenis yang attention seeker?
Biasanya benda ni dari kecik atau dari persekitaran kehidupan dia sendiri. Kalaulah dengan menjadi seorang attention seeker dia dapat apa yang nak dia nak sejak kecil lagi, maka tak peliklah kalau sekarang pun masih jenis yang attention seeker jugak.



Actually aku tak ada banyak nak cerita pasal ni. Tapi aku just nak share video Aiman Azlan pasal attention seeker ni. Best jugak video2 dia. Aku biasa tengok video dia kat fb je sebab senang lalu newsfeed. Yang menarik dalam video ni pada aku pasal tantrum seorang budak.

Kenapa bila budak tantrum(mood frust, maybe menangis) baru parents nak bagi apa yang bayi tu nak? Bila buat macam ni selalu, budak tu mungkin dah letak dalam mindset yang  itulah cara dia nak dapatkan sesuatu.


REVERSE THE SITUATION

So...
Kenapa tak reverse the situation?
Contohnya tak begitu melayan dan bagi apa yang budak tu nak semasa dia tantrum. Tapi bagi dia apa dia nak bila dia berkelakuan baik kat rumah orang dan sebagainya. Mungkin bila buat macam ni, cara sesorang itu seek attention akan jadi lebih positif, bukan dengan cara yang 'annoying'.
Which is make sense jugak pada aku apa yang Aiman Azlan sampaikan ni...

Ok la disebabkan aku tengah takde content sendiri sekarang ni, so aku share video orang lain je la ya. Haha....

Ok, korang layan je la video ni:




Selamat Hari Raya guys!
Salam.



Baca lagi:

Kenapa perempuan sibuk nak ada income sendiri? Perlu ke?

Korang rasa perempuan sekarang perlu ke ada income sendiri?
Kalau aku cakap statement "Perempuan sekarang kena ada income sendiri, untuk menjamin hidup kalau dapat lelaki tak berguna" ni statement yang salah, mesti korang yang perempuan tak puas hati kan?




Pada aku idea untuk perempuan ada income sendiri tu tak salah. 
Tapi aku tak setuju dengan ayat seterusnya.
Kenapa dah letak dalam mindset sesuatu perkara buruk yang belum tentu jadi lagi?
Kenapa nak kena ada pemikiran negatif juga dalam ayat tersebut?




KENAPA PERLU ADA MINDSET NEGATIF?

Takde masalah pun kalau perempuan nak bekerja untuk cari income sendiri.
Tapi bila dalam kepala dah ada mindset yang "Aku bekerja ni sebagai backup, takut-takut aku kena tinggal nanti..", membuatkan kepercayaan korang terhadap pasangan tu makin rendah.
Menunjukkan juga korang tak percaya sepenuhnya pada rezeki.

Eh, kenapa tak percaya pada rezeki pulak kan?
Ye la.. ayat tersebut menampakkan seolah-olah korang terlalu percaya dengan asbab korang bekerjalah korang boleh survive di kemudian hari nanti. Padahal rezeki Allah yang beri. 

Rezeki kesihatan Allah bagi. 
Rezeki kebahagiaan Allah bagi.
Rezeki cukup makan dan pakaian Allah bagi.
Rezeki pekerjaan Allah bagi.

Percayalah... rezeki korang, pasangan, anak2, dan keluarga korang semua Allah dah tentukan. Tinggal kita usaha dan doa yang baik2 sahaja.

Pada aku tak adil untuk ada fikiran negatif terhadap pasangan yang dia akan tinggalkan korang suatu hari nanti padahal dia tak pernah lagi buat masalah sepanjang korang kenal dia.


YANG PENTING NIAT...

Tak salah untuk perempuan bekerja atau ada income sendiri. Tapi niatkan lah cari income tu atas perkara2 macam ni:

1. Niat nak bantu keluarga
2. Niat nak berkhidmat kepada orang lain
3. Niat nak kongsi pengetahuan dan kemahiran
4. Niat mengelakkan masa lapang terbuang dengan sia2 kalau tak bekerja.
5. Niat mencari ilmu dan pengalaman
6. Niat mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari

*kalau korang isteri still kena minta izin suami dulu kalau nak bekerja. Kalau suami tak izinkan, tapi korang nak jana pendapatan sendiri jugak, silalah buat bisnes online.

Apa-apapun, macam mana sibuknya korang menjana pendapatan dan mengumpul harta sekalipun, janganlah  sampai jadi terlalu berdikari bila dah bersuami macam ayat kat bawah ni:




KENAPA PEREMPUAN TAK BOLEH INDEPENDENT SANGAT BILA DAH BERKAHWIN?

Bila korang rasa korang boleh buat semua benda, korang akan mula rasa tak perlukan siapa2. Korang akan mula pandang rendah pada pasangan. Korang akan mula lupa Tuhan yang selama ni bagi rezeki kat korang. Korang rasa apa yang korang ada ni adalah usaha korang semata-mata. Kena ingat apa yang korang ada sekarang ni Allah boleh tarik bila2 masa je dia nak.

Kalau korang dah ada rumah sendiri, Allah boleh tarik je dengan berlakunya kebakaran rumah.
Kalau korang sedang ada income yang masyuk, Allah boleh tarik je dengan ujian kesakitan sehingga tak mampu bekerja. So elakkan dari jadi terlalu independent sampai ke tahap ini.

Akhir sekali, cuba banyakkan berfikir positif terhadap sesuatu berbanding terpengaruh dengan fikiran negatif ramai orang zaman sekarang ni. Bila kita berfikir positif, kita akan menarik benda2 positif je dalam hidup kita. Hidup pun akan lebih tenang. Serius.

Ok ada perempuan yang triggered ke dengan post aku ni?  @_@
Salam Ramadhan guys!

Senangnya nak register i-akaun epf online sekarang...

Aku sebenarnya dah lama nak register i akaun epf online ni. Tapi disebabkan perangai diri yg suka melengahkan masa, sampai kesudah tak buat-buat. So semalam aku ingat nak print statement epf je kat cimb. Sekali cimb punya machine epf tu diorang dah update baru kot....

Dashboard epf i akaun online
Letak je ic dan thumbprint kat situ for the first time...., terus dia registerkan i akaun epf online untuk korang. Simple dan mudah. Thanks la akak cimb tu tolong aku semalam. Kalau tak mungkin blur jugak aku...

Korang mesti ada yang masih tak buat lagi kan i akaun epf online ni? Takyah tipu la... padahal dah bertahun2 kerja sampai simpanan dalam epf pun tak tahu sebab tak tahu update terkini. Sebab tu kena ada i akaun epf online ni. Senang nak check. Nak buat urusan apa2 pun senang. Biasa kalau nak beli rumah atau nak buat pinjaman ke memang statement epf ni antara benda penting yang akan diminta la...

Contoh summary epf statement. Dividen kosong sebab ini summary tahun 2019

So ni aku bagitahu cara paling mudah nak register i akaun epf online tanpa perlu pergi kiosk atau kaunter epf.


CARA MUDAH REGISTER I-AKAUN EPF ONLINE

  1. Korang pergi cimb terdekat yang ada epf machine tu. Then masukkan ic korang.
  2. Lepas tu nanti buat thumbprint dan register no phone korang. Lepas tu settle.
  3. Nanti machine akan print satu kertas mention i-akaun epf online korang dah register dan password sementara akan terus masuk dalam sms kat phone.
  4. So kalau korang nak print statement epf direct, korang masukkan je lagi sekali ic. Then pilih nak print statement tahun bila.
  5. Thumbprint lagi sekali then print je. Settle. Dah ada statement hardcopy epf.
  6. Ok lepas tu korang pergi balik rumah bukak laptop/pc korang.
  7. Pergi website i akaun epf ahli dan masukkan id dan password sementara.
  8. Biasanya id adalah no ahli kwsp korang. Password sementara pulak tadi dia dah hantar sms kat phone.
  9. So korang masukkan je id dan password tu. Nanti akan kena tukar password baru jugak. Id pun boleh tukar mengikut citarasa korang.
  10. Done. So korang dah boleh check statement online dah lepas ni. Just pergi website epf je dan pilih i-akaun ahli.
  11. Statement epf boleh tengok, calculator nak kira berapa anggaran simpanan korang di hari tua pun ada.
  12. Korang boleh tengok berapa dividen tahun lepas. Boleh jugak tengok akaun epf korang jenis konvensional atau jenis shariah.
  13. Yang aku suka interface epf dah makin lawa pulak hari ni. Makin moden.

KALKULATOR SIMPANAN PERSARAAN 

Contoh caculator retirement. Tengok aku punya basic saving tu pun tak cecah lagi.
So kira gaji aku tak cukup lagi untuk dapat simpanan persaraan yang ideal.

STATUS SIMPANAN EPF SHARIAH ATAU KONVENSIONAL

Boleh pergi kaunter EPF untuk apply simpanan EPF shariah

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN EPF SECARA ONLINE

Ada beberapa lagi perkhidmatan lain yang korang boleh buat online je..

JUMLAH PENGELUARAN EPF YANG LAYAK DIGUNAKAN

Boleh guna duit EPF untuk tujuan seperti perkara2 di atas. Amaun yang layak digunakan pun ada.
Cuma untuk haji tu boleh keluarkan untuk cover belanja asas sahaja.  

So tu je lah aku nak share. Mungkin korang ada yang dah tahu kot pasal ni. Tapi aku rasa macam benda baru untuk aku, so aku share. Sebab sebelum ni machine epf tu yang aku tahu cuma boleh print statement je. Rupa- rupanya dah boleh register untuk i akaun epf online sekali sekarang. Padahal pagi semalam tu aku dah plan nak call epf dah untuk register. Siap buat alarm lagi. Haha... Tak sangka Allah mudahkan urusan aku dapat settlekan benda ni kat bank je. Alhamdulillah...

Selamat menyambut nuzul quran guys!
Salam Ramadhan..

* Rasa macam simpanan epf aku tak banyak pulak. Korang rasa benda yang sama ke eh?


Baca lagi:





Bos tak faham perkerja, pekerja tak faham bos

Salam,

Aku bosan2 aku baca confession ditulis oleh seorang bos terhadap pekerja. Luahan hati dia aku rasa  make sense je. Dia luahkan rasa serba salah bila dah ter'hire' member2 atau keluarga tapi diorang tak perform dan tak berdisiplin. So susah nak tegur. Jadilah kurang produktif the whole organization. Tapi komen2 semua dari pekerja pulak kecam balik bos ni katanya bos tak faham pekerja yang level bawah2 ni.

Executive Education

So, basically kalau kita tak try bayangkan diri kita berada kat tempat seseorang, memang susah la kita nak faham keadaan orang tersebut.
Kalau kita tak boleh cari sesuatu yang positif dari statement seseorang, memang kita akan sentiasa rasa diri betul dan kerap menyalahkan orang lain.

Antara luahan bos ni:
- Jangan melawan bos (bila kena tegur pasal kerja)
- Jangan bebas sangat bersuara (buat macam member2 dan tak respect bos)
- Jangan dengki dengan staff lain
- Jangan bodek bos (bos tak tak nak dengar macam mana kau buat kerja, yang penting siap)
- Bersyukur dengan apa yang ada
- Jangan bagi bos buat kerja staff
- Think like a boss (bukan fikir pasal sales semata, tapi kos untuk run company kena fikir jugak)

Bagi aku point2 dia utarakan ni valid.


CUBA UNTUK TERIMA TEGURAN...

- Kalau ditegur oleh bos disebabkan kesilapan kita buat kerja, tak perlulah melawan balik unless kita memang yakin bukan salah kita kerja tu tak settle. Sepatutnya reflect balik diri sendiri dan try improve hasil kerja tu.

- Kalau bos tu member korang, dekat office kena la maintain the professionalism. Jangan buat macam member2 kat kedai makan je. Kena hormat bos sendiri walaupun dia kawan kita dan sebaya dengan kita. Lagi2 kalau dia seorang bos yang berkaliber. Lagi la patut dihormati. Kalau bos tu concern dan selalu nak update progress kerja dari korang, kira dia ada dah ciri2 seorang bos. Aku pernah ada pengalaman ada bos yang jarang2 nak amik tahu dan concern pasal kerja staff. Ni kalau kau dapat bos macam ni lagi jammed. Kau datang kerja macam takde tujuan je... sebab takde orang kisah pun pasal kau dan kerja kau. So goal kau siapkan kerja untuk apa pun kau tak tahu..jangan tanya aku macam mana benda ni boleh jadi sebab ni special case.

- Salah untuk dengki dengan staff lain dengan cara menjatuhkan dia, tapi boleh untuk rasa iri hati dan berniat nak perform macam staff lain tersebut. Orang yang suka dengki ni paling bahaya kalau dia buat gaji atau kerja bahagian HR. Habis masa buat gaji tu semua dia tak puas hati bila ada orang gaji lebih tinggi dari dia..

Smallbiztrends


BUAT APA BODEK-BODEK BOS NI..

- Tak perlulah bodek bos. Buat kerja betul2 je insyallah ada la nanti bos tu nampak kecekapan korang. Aku tahu memang penat bila kita buat kerja bos tak nampak, tapi bila terbuat silap sikit terus nampak. Just think positive dan teruskan buat kerja betul2. Niat la buat kerja untuk permudahkan urusan orang lain. Btw, pasal bos jenis tak nak tahu macam mana kau buat kerja yang penting kerja siap ni aku tak berapa setuju untuk respect bos macam ni. Bos yang hebat adalah bos yang mampu tunjuk ajar kita buat kerja dengan betul. Bukan tahu keje nak siap je...sebab tu bos yang hebat biasanya dia start dari bawah dan dia faham kerja2 orang bawah ni macam mana...

- Kalau bos dah banyak bagi kelonggaran dari segi waktu bekerja tu patutlah bersyukur. Selagi dapat gaji selagi tu la kita perlu bersyukur. Ada orang nak cari kerja bertahun2 tak dapat.. Tapi kalau dah start gaji tak dapat bolehlah angkat kaki ke tempat lain. Cuma kalau korang setia dan korang nampak bos tu ada vision untuk turnaround syarikat tu sehingga untung semula, boleh la kalau nak stay walaupun pending gaji sebulan dua...

- Jangan sampai bos terpaksa buat kerja kita. Kiranya apa tujuan dia hire kita kalau bos tu sendiri terpaksa siapkan kerja kita. Boleh mintak tunjuk ajar tapi usaha untuk siapkan kerja yang dah diamanahkan. Tapi kalau kerja tu lari dari scope kerja kita sebenar then boleh la bagi excuse kita takde kepakaran buat kerja tu..


BUKAN SENANG NAK 'THINK LIKE A BOSS'...

- Untuk think like a boss memang payah kalau kita tak pernah nampak the bigger picture to run the company. Yela kita level2 kuli je yang kita kisahkan adalah gaji kita tiap2 bulan je dan kerja yang diamanahkan dapat disiapkan. Tapi untuk jadi seorang bos, ceo, atau leader sekurang2nya kena tahu the surface of everything. Kena tahu sikit pasal bisnes, ekonomi, financial, HR, law, tax dan sebagainya barulah boleh make sure company tu run smooth je... Barulah boleh tahu kat mana nak monitor dan tackle issue bila bisnes ada problem. Barulah boleh motivate semua staff dan direct semua orang ke arah visi yang sama...

So pada aku point2 yang diutarakan oleh seorang bos ni patut kita ambil dari sudut yang positif. Kalau masing2 nak menuding jari dan salah menyalahkan antara satu sama lain, sampai bila2 pun organisasi atau syarikat tu takkan berkembang sebab ada je alasan nak diberi...

Akhir kata buatlah kerja dengan ikhlas untuk menunaikan amanah yang telah diberi. Ada masa perlu bersuara, utarakanlah sewajarnya...

Salam jumaat.




Baca lagi:


Berapa je duit boleh kumpul kat EPF lepas kita bersara nanti..

Salam guys,

Korang pernah terfikir tak berapa banyak duit EPF korang lepas bersara nanti? Tiap2 bulan 11% gaji kena tolak masuk dalam EPF. Tapi kita sedar ke berapa banyak duit yang akan terkumpul lepas kita bersara nanti.

telegraph.co

Kalau korang nak cek akaun kwsp ada berapa sekarang ni actually senang je. Pergi ke bank2 yang ada sediakan mesin kwsp punya statement tu, lepas tu print je kat situ. Nanti nampak la akaun 1 dan akaun 2 korang berapa. Takpun boleh mohon epf i-akaun online. Yang ni aku pun tak terbuat lagi. Kalau ikutkan cek online lagi senang.. tapi tu la... malas betul nak pergi register kat kaunter EPF.


KALAU MALAS JUGAK BUAT JE LA MACAM NI...

Kalau korang malas nak pergi bank dan malas jugak nak pergi EPF, then korang boleh la guna kalkulator persaraan (Retirement caculator) dan kalkulator simpanan EPF (EPF saving calculator) untuk anggarkan amaun duit yang dah terkumpul sama ada cukup atau tak untuk menyara hidup lepas retirement nanti...

Bawah ni video cara-cara nak gunakan calculator EPF:


Dalam video atas ni sebagai contoh sahaja.

Umur jangkaan bersara = 56 tahun
Anggaran pendapatan bulanan diperlukan setelah bersara = RM 2,000
Anggaran jangka hayat = 70 tahun
Anggaran kadar inflasi = 2%

Maka...
Jumlah anggaran simpanan yang diperlukan sewaktu bersara sehingga umur 70 tahun adalah RM 707,600.


KENAPA BANYAK SANGAT PERBELANJAAN DI HARI TUA?

Fuhh.. banyak jugak kan simpanan (saving) diperlukan lepas dah bersara nanti?
Kat atas ni aku letak amaun RM 2,000 sebulan perbelanjaan di hari tua sebab aku andaikan ada lagi hutang rumah bulan2 yang masih belum settle.
Bayangkan kalau beli rumah umur 28 tahun. Buat pembiayaan perumahan untuk tempoh 35 tahun. Tak ke sampai umur 63 tahun nanti masih kena bayar installment rumah lagi.
Sebab tu orang cakap hutang rumah ni sampai ke tua. So kena study betul2 sebelum buat keputusan beli rumah.

So andaikan RM 1,000 installment rumah, lagi RM 1,000 adalah perbelanjaan bulanan di hari tua nanti.
Dengan perbelanjaan macam ni kita kena ready sediakan simpanan terkumpul sebanyak RM 707,600. Boleh ke?


GAJI FRESH GRAD MACAM MANA NAK CUKUP?

Ok the next part dalam video atas adalah anggaran jumlah simpanan yang akan kita ada dengan gaji kita sekarang.

Andaikan fresh grad baru kerja gaji starting RM 2,500. Umur 25 tahun.
Jumlah simpanan dalam akaun EPF baru boleh cecah RM 603,600.
Lebih rendah berbanding anggaran perbelanjaan diperlukan di hari tua tadi.
So nak buat macam mana?
Senang je..
Mati awal la. Haha... gurau2..

Kalau dengan anggaran ni kita dah boleh nampak macam tak cukup je duit saving untuk hari2 tua, maka bolehlah dari sekarang:

1. Cari jalan tambah pendapatan bulanan.
2. Cari jalan dapatkan gaji yang lebih baik.
3. Invest dalam mana2 pelaburan yang kita yakin boleh berlipat ganda keuntungan.
4. Invest dalam skim takaful yang ada plan saving.
5. Pastikan duit tambahan dari perkara 1-4 di atas dimasukkan ke dalam skim persaraan seperti EPF.


CUBA KELUAR DARI COMFORT ZONE..

Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'.
Aku share ni supaya kita tak terlalu selesa sentiasa berada di comfort zone.
Benda ni peringatan untuk aku jugak yang jenis susah nak buat something out of comfort zone.
Salah satu bentuk motivasi untuk kita usaha lebih lagi untuk lebih berjaya.
Supaya tak menyusakan orang lain pada masa akan datang.

So bila buat kira-kira macam ni barulah aku tahu kenapa orang2 insurans asyik tanya soalan "Apa yang paling anda risaukan? 1) Simpanan hari tua; 2) Kesihatan 3)Bla..bla..bla.." Rupanya ada possibility dah tua2 nanti kita tak cukup duit...

Kesimpulan dari entri ini adalah semua orang kena jadi millionaire. Simple. Huhu..
Korang ada yang dah millionaire ke? Cuba mengaku sikit kat bawah ni. ^_^



Baca lagi:



Tak Perlu Bayar Cukai Kalau Dah Bayar zakat?

Salam, guys

Disebabkan dah nak hujung tahun ni, kebiasaannya umat Islam akan bayar zakat pendapatan untuk tahun semasa atau tahun 2018. Kenapa kena hujung tahun ni jugak?
Kalau bayar zakat tahun depan tak boleh ke?



Jawapannya... BOLEH
Tetapi... ada sebab kenapa kebiasaanya orang akan bayar zakat ni dalam tahun semasa (tahun 2018) jugak, bukan awal tahun depan walaupun biasanya filing tax akan dibuat pada awal tahun depan.

Sebabnya, rebat cukai bagi pembayaran zakat hanya akan diberikan mengikut tarikh bayaran resit zakat pada tahun tersebut. Jadi...

Jika anda bayar zakat RM400 pada tahun 2018 (bagi haul 2018),
Maka, keseluruhan jumlah ini boleh ditolak daripada jumlah cukai pendapatan yang dikenakan.

Contohnya:
Kiraan cukai pendapatan bagi Tahun 2018  
Amaun cukai pendapatan yang dikenakan = RM400
(-Tolak )Bayaran zakat pendapatan = RM400
Jumlah cukai perlu dibayar = Tiada
*Pastikan anda membuat bayaran zakat tersebut pada tahun 2018 dan resit bertarikh tahun 2018 untuk melayakkan anda mendapat rebat zakat. 

Jika bayaran zakat hanya dibuat pada awal tahun 2019, maka rebat bayaran zakat hanya akan boleh ditolak untuk pengiraan cukai pada tahun 2020 nanti. Jadi, rugilah nanti tak dapat nak tolak rebat zakat semasa korang filing tax awal tahun depan.

Sebab tu ramai yang akan bayar zakat pendapatan ni hujung tahun ni jugak supaya tahun depan boleh masukkan amaun zakat sebagai rebat semasa filing tax.

Untuk lebih faham dan lihat lebih banyak contoh, sila klik button di bawah




Lagi satu jangan lupa simpan resit bayaran zakat korang. LHDN pun akan cek resit ni untuk pastikan amaun yang betul diletakkan pada rebat zakat. Sekarang bayar zakat secara online pun dah boleh. Jadi, jangan lupa simpan segala bukti pembayaran zakat korang sama ada bayaran secara online ataupun bayaran secara terus di pusat zakat supaya senang nanti kalau2 LHDN mintak bukti bayaran.

Ni contoh rekod bayaran secara online:



Jangan lupa bayar zakat guys. Sebab bayar zakat ni wajib ke atas semua umat islam. Boleh ke pusat2 zakat berhampiran kalau korang tak tahu cara nak kira zakat pendapatan.

Sekian.


Anda juga mungkin meminati:



Tak best pun jadi dropship

Salam guys,

Kali ni aku nak cerita pasal bisnes. Wuhuuu.. Come on guys semangat sikit. Aku nak cerita pasal bisnes ni Sure best punya... Haha..

Ramai dah sekarang orang reti berbisnes aku tengok. Student2 pun dah ramai aku tengok berjaya jadi usahawan muda. Tak macam aku zaman study dulu. Tak reti pun nak buat duit sendiri. Kerja aku enjoy je masa student life dulu. Takde pun pikir gila2 pasal masa depan. Follow the flow je.. Hebat gak la budak2 zaman sekarang ni.


Tapi yang lagi hebatnya budak2 baru masuk sekolah menengah dah ada jugak start berbisnes. Serius talk beb. Tajuk dah pasal dropship kan.. Ni nak citer pasal dropship  la ni.. Awal tahun ni aku ada la join beberapa dropship. Saja la cari duit lebih walaupun aku bukan dalam keadaan desperate sangat nak pakai duit.

Tapi disebabkan macam azam tahun baru kot agaknya.. Aku plan untuk dapatkan RM 100 sebulan. Seratus sebulan sebenarnya sikit je. Kalau aku buat grabcar dah confirm boleh punya. Tapi sebab aku memang dah full time kerja, aku plan la buat dropship je. So, takde la banyak sangat masa aku nak kena guna kalau buat dropship je.

Target RM100 sebulan tu pun just nak make sure aku akan buat apa yang aku plan je. Kalau letak tinggi2 nanti, takut sampai sekarang aku tak start2 buat dropship pulak..
Yang penting pada aku istiqamah atau konsisten.


Haa... berbalik kepada cerita join dropship tadi. Aku memang saja cari banyak supplier yang ada open dropship, so lebih banyak produk nak dimarketkan dan lebih banyak stok yang available. Tak sangka pulak aku ada jugak dalam group dropship tu umur 16, 17, 14. Aku macam... "Wow... serius la? Korang esok sekolah kot... PT3 pun ada yang belum amik dah duk pikir pasal bisnes.. Gelabah apa weh....." Tapi bagus sebenarnya diorang ni. Kecik2 dah ada awareness yang tinggi pasal bisnes.

Apa benda la aku merepek ni.
Isi untuk tajuk pun aku tak start cerita lagi.


Ni yang aku nak cerita sebenarnya ni.
Orang cakap join dropship ni boleh buat duit.
Tapi kan...

Aku rasa...

Join dropship ni boleh buat kau marah je sebenarnya. Haha...

Aku tak pasti la supplier2 yang open dropship ni serius ke tak sebenarnya. Kebanyakan servis supplier sangat la teruk.



Sebab - sebab dropship jadi tak best

1. Lambat Respon.

Flow sales dropship macam ni. Customer tanya aku colour yang dia nak ada tak, Then, aku pulak kena tanya supplier colour tu available tak, then supplier balas kat aku, lepas tu barulah aku boleh balas kat customer.

Cuba bayangkan supplier lambat balas message kau.
So, kau pun akan lambat balas kepada customer
Hasilnya, customer tak interested untuk beli lagi sebab dapat jawapan setelah 12 jam.
So, hilanglah minat seorang customer untuk beli barang online lagi.
Maka, rosaklah market jual beli online . Jadi, tak pelik kenapa ada customer yang dah tak start tak suka beli barang secara online disebabkan servis yang teruk macam ni.

2) Tak jujur sepenuhnya.

Kau tanya kalau bayar hari ni akan pos hari ni ke?
Supplier mengiyakan dengan jawab benda yang sama " bayar hari ni pos hari ni"
Tapi hakikatnya, pos buat hari esoknya.
Masalahnya, kau dah cakap kat customer akan pos hari ni.
Tak ke rasa macam bangang je kau dah terbohong customer disebabkan kau pun kena bohong dengan supplier.
Bila tanya pasal slip tracking no poslaju kenapa letak tarikh esoknya, boleh pulak supplier cakap tersilap tulis tarikh. Tapi cek dalam sistem memang diorang start pos esoknya pun.
Tak faham aku kenapa masih nak bohong sedangkan benda yang dia buat tu dah terang2 suspicious.

Servis delivery yang teruk ni pun sama akan membuatkan customer kecewa dan start tak suka beli barang secara online. So, market jual beli online akan makin teruk sekali lagi.


3) Tak dapat tengok barang depan mata

Benda tak ada depan mata memang susah sikit nak jual dan explain kat customer. Bila jawab ala kadar je customer pun tak berapa interested nak beli. So, terpaksa explain apa yang kita tahu je.
Nak explain lebih2 kena la tanya supplier dulu yang lambat gila nak balas tu.

Yang ni takde masalah dengan market jual beli online. Just benda ni tak berapa best bila jadi seorang dropship. Kalau stok ada depan mata lagi puas sebab boleh terangkan secara detail kat customer.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haa. cukup la tiga tu je yang aku nak cerita pasal tak bestnya bila jadi dropship. Join dropship still satu benda yang bagus bila korang baru nak start buat bisnes. At least nampak sikit flow dunia bisnes macam mana. Cuma kalau dapat supplier yang tiptop memang sangat2 best buat dropship.

So, kesimpulannya....disebabkan 3 perkara tak best yang berlaku kat atas ni, aku rasa aku perlu start jadi supplier untuk betulkan masalah yang berlaku sekrang ni supaya dunia ini lebih aman. Hahaha...

Thanks for reading guys. :)



"Aku pun dulu tak kisah pasal takaful atau insurans"

Salam.

Hari tu aku ada tengok video2 kat youtube. Ada la satu video ni menarik pulak aku tengok. Cerita pasal bekas akauntan buat keputusan besar untuk berhenti kerja kerana mahu bekerja sendiri?
Ok, kerja apa yang gempak sangat tu sampai dia nak berhenti kerja tu? Hebat planning dia...

Kerja dia tu ada kat dalam video ni. Tapi kalau malas tengok atau quota internet sikit, baca je la kat bawah ni aku bagitahu.



Orang2 yang kat dalam video tu semua aku tak kenal pun. Cuma rasa kelakar pulak tengok video dia. Haha.. Dia cerita pasal seorang pekerja akaun yang berhenti kerja untuk jadi agent takaful/insurans sebab kerja tersebut lebih fleksibel.

Aku rasa minat nak tengok pun sebab memang aku buat akaun. Kadang2 ada juga kerja sampai malam. Dalam video ni pun mamat tu kerja jadi akauntan dan ada mention kerja sampai malam.  Member aku pulak ada yang memang jadi agent takaful/insurans ni. So, macam boleh relate sikit dengan life aku la. Tu yang tiba2 nak tengok video ni tu.

Tapi takde la sampai terinspirasi nak jadi agent takaful/insurans ni. Kalau aku berhenti kerja akauntan pun, maybe aku nak try buat benda2 yang related dengan IT kot. Maybe belajar programming gila2 sampai boleh buat sistem sendiri.

Btw, layan jugak tengok video ni kalau bosan. Nampak usaha gigih dia nak buat video. Ada jalan cerita. Cuma lakonan tu kurang la hebatnya sebab diorang memang bukan pelakon. Tapi, still menarik untuk ditonton.

Oleh kerana aku dah rembat video dia, so aku promote je la agent ni. Haha..Siapa2 yang rasa nak ambil takaful tu boleh la try contact mamat ni.

Norman Mansor 0173292326

Aku tak kenal pun dia. Saja je promote. Yang aku kenal member aku ada la... Kalau korang nak amik takaful dengan member aku, barulah contact aku.
Dulu masa belajar yang aku tahu insurans tu haram, tapi takaful dibolehkan. Ada beza sikit antara takaful dan insurans. Malas nak cerita, kena buat post lain baru boleh cerita.

Ok guys layan la video tu. Best kot... :D

Kalkulator dan 'The Accountant'

Kalkulator dengan seorang accountant memang sangat familiar. Tak normal kalau accountant takde kalkulator.


Hari tu aku tengok movie 'The Accountant' lakonan Ben Affleck. Best jugak cerita ni. Cerita pasal si Ben Affleck ni ada penyakit dari kecik tapi bapak dia pandai develop dia punya keistimewaan tu. So, dia jadi gempak gila mengira dan tak perlu pun kalkulator untuk kira 356,183 x 383.
Dia terus jawab je.
Aku rasa kagum dengan dia boleh buat macam tu.
Tapi sebab dia tak normal kan... so takde la pelik sangat dan aku pun tak jadi nak jealous.
Haha...

Btw, sebelum ni aku ada post pasal coding dan programming yang basic macam kat entri cara nak buat website guna notepad. Dah lama aku tak try buat2 coding sampai la awal tahun hari tu aku cuba buat satu projek simple. Disebabkan hari tu aku ada post pasal zakat pendapatan kat sini, so aku decide la nak buat satu kalkulator zakat simple untuk kira zakat pendapatan.

Basically aku boleh buat benda ni pun selepas aku pergi satu kelas selama dua hari pada tahun lepas. Kelas tu free je dan dia ajar language html,css dan php. Benda yang aku baru belajar basicnya pada hari tu ialah php. Dan dengan language php ni la aku boleh siapkan satu kalkulator zakat sendiri.

Actually masa diorang ajar hari tu pun diorang suruh buat kalkulator jugak. Cuma kalkulator yang aku buat dengan diorang hari tu adalah kalkulator basic yang boleh tambah tolak darab bahagi tu. So lain dengan kalkulator zakat pendapatan yang aku cuba buat ni. Walaupun dia punya basic dan coding lebih kurang je tapi bila dah jadi nampak lain kot..So bangga dan puas kejap bila dapat siapkan kalkulator sendiri. Haha..



Kalkulator yang aku buat masa belajar hari tu.
So kalau korang nak cuba guna kalkulator yang baru aku buat tu boleh buka link bawah ni:

broley.esy.es

Yup url dia tak best langsung kan. Sebab hosting dan subdomain adalah free dari hostinger, so terpaksa la bagi korang link yang tak sedap namanya. Asalkan korang boleh akses dan projek aku masih function bagaimana sepatutnya.

kalkulator zakat
Kalkulator zakat yang aku cuba buat. Lebih kurang je kan?? Tapi function lain..
Kalkulator ni sangatlah basic pada aku. Tapi at least dapat jugak aku siapkan something from the scratch yang mungkin ada potensi digunakan satu hari nanti.

Kalau aku banyak masa nanti maybe aku akan post cara buat projek ni macam sebelum ni yang aku post pasal cara buat website guna notepad. Sebab lebih senang aku nak ingat bila aku ajar semula apa yang aku dah buat walaupun entah berapa orang je yang baca pun. Haha..

Btw, sejak aku masuk kelas hari tu aku terus selesa guna atom dan mamp berbanding notepad biasa. Lagipun takde la berat mana software tu. Yang bagusnya laptop aku boleh jadi server dan nak buat coding pun lebih mudah sebab dia ada colour2 dia. Serius rasa macam programmer yang power bila pakai software tu. Haha..

Aku tak tahu berguna ke tak untuk korang apa yang aku buat ni, tapi kalau dah kena bayar zakat tu bayar la ya... Rukun islam tu.
Ok ada idea apa aku patut buat lagi untuk projek coding yang lain?


Duit gaji kita ada hak orang lain.

Salam guys.

Amacam tahun lepas? Ada dapat bonus ke? Untung la kalau korang dapat bonus. Sepanjang aku bekerja belum lagi pernah merasa dapat bonus. Hopefully tahun ni boleh dapat la walaupun aku taklah heran sangat orang lain dapat. Sebab dah biasa tak dapat kan.. Haha..






Tapi tak dapat bonus pun dah kena bayar zakat. Korang dah bayar zakat belum untuk tahun lepas punya? Aku pun belum lagi.. Tak sempat pulak nak buat kira2. Kalau korang pun belum jugak, ni aku nak bagitahu ni...
Actually lambat gak la post pasal ni awal tahun.

Sebab zakat ni kira rukun islam yang ke empat, so wajiblah kita tunaikan bila dah mampu. Sebelum next goal untuk pergi haji, zakat ni kena bayar dulu.

Nak kira zakat kena bayar senang je. Just pergi website lembaga zakat selangor. Guna kalkulator dia. Then kita just masukkan je amaun yang diminta. Nanti dia calculatekan.

Oh ya..
Ni untuk selangor. Kalau negeri lain boleh pergi website diorang yang ada kalkulator sendiri. Setiap negeri ada beza nisab (threshold income) dia. Kalau selangor nisab dia rm13,568. Negeri lain ada yang lagi rendah. Had kifayah(relief) pun ada beza sikit. Macam selangor ikut kalkulator dia takde tolak takaful. Tapi kalau melaka boleh tolak takaful. So korang kena check kat negeri masing2 la macam mana pengiraan dia.

Kalau setahun punya pendapatan dah lebih RM 13,568, then wajib bayar zakat 2.5% atas amaun pendapatan tahunan kita tu. Biasanya kalau gaji RM2k ke atas lepas tolak epf dah kena bayar zakat.


Secara ringkasnya pengiraan dia macam ni:

Penggajian/Upah tahunan                       27,600 (assume gaji RM2,300 sebulan)
Hasil bebas/professional

(-) Tolak had kifayah
Personal:                                                (10,750)
Isteri:
Anak:

(-) Tolakan lain
Caruman KWSP pekerja                         (3,036)
Pendapatan dikenakan zakat                   13,814 (melebihi nisab di Selangor iaitu RM13,568)
2.5% zakat perlu dibayar                         345.35


*Isteri dan anak aku biar kosong sebab dia depend on situation. Korang boleh guna kalkulator zakat untuk tahu korang layak releif yang mana. Nanti boleh pilih anak sorang ke dua ke..isteri dua ke tiga ke... Haha..

Lepas masukkan amaun semua, kiralah guna kalkulator tu sama ada korang perlu bayar zakat atau tak.  Macam pengiraan aku kat atas tu kena bayar RM345.

Kalau korang dah kira sendiri dan kena bayar, boleh la pergi bayar kat kaunter pungutan zakat negeri korang. Takpun bayar online je. Tapi kalau ada banyak masa boleh pergi pusat zakat tu print dulu kiraan yang korang buat guna kalkulator. Minta diorang semakkan dulu pengiraan betul ke tak before bayar zakat.

Btw, amaun zakat yang dah dibayar boleh ditolakkan dari amaun income tax perlu bayar. Contoh kalau kena income tax RM 500, zakat dah bayar tahun tu pula ialah RM 500, boleh tolak terus 100%. So kira just bayar zakat je dan tak payah bayar income tax lagi... Yang penting kena ada resit bayar zakat kalau nak claim releif income tax tu..

So macam tu la lebih kurang cara nak bayar zakat. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. So bayar la zakat. Semoga rezeki yang kita dapat tu penuh keberkatan. Kalau rezeki tu berkat, hati pun lebih tenang. Pasal agihan tu biarlah pusat pungutan zakat yang bertanggungjawab. Yang penting kita jalankan tanggungjawab kita dulu dengan membayar zakat.
Kalau complain je tapi tanggungjawab sendiri abaikan pun tak guna jugak kan?

Link ke kalkulator zakat:

Kalkulator zakat Selangor
Kalkulator zakat Negeri Sembilan
Kalkulator zakat Melaka
Kalkulator zakat Kedah (tak jumpa kalkulatornya. Link ni je aku jumpa)
Kalkulator zakat Penang
Kalkulator zakat Johor

Apa kena mengena main badminton dengan confidence level?

Salam guys.

Hari tu aku main badminton dengan adik beradik aku. Boleh tahan la best. Sebenarnya buat apa2 dengan orang yang kau selesa memang benda tu akan jadi best pun. Even kalau kau berbual pasal bab empat sejarah form 4 pun boleh jadi best. Hahaha... Memang tak la...

Ok bukan tu yang aku nak cerita sebenarnya. Aku lebih suka main futsal daripada main badminton. Jadi kalau main badminton ni aku memang agak noob sikit.

Sebelum main aku yakin aku boleh main dengan baik. Tapi masa tengah main mesti aku selalu buat mistake. Pukul tak kena la.., serve tak lepas la.., smash tak lepas la...

Sumber gambar
Lepas main aku terfikir yang performance aku main badminton tu boleh relate dengan kehidupan seharian aku. Hmmm...

Biasanya aku akan teragak2 bila nak pukul bulu tangkis tu. Kadang2 terlalu cepat, kadang2 terlalu lambat... Dah macam life kehidupan aku jugak aku rasa...Nak buat something mesti aku fikir banyak kali. Kadang2 lama sangat aku fikir untuk buat something yang orang lain boleh buat dengan simple. Maybe ada kena mengena dengan perangai aku yang ada ciri2 introvert sikit kot. Terlalu play safe.

Kalau bab kerja, kadang2 aku dah draft email, tapi tiba2 aku rasa kalau aku call lagi cepat settle kerja tu. Tapi aku tak berapa suka sangat call. Haha... So, aku sambung taip email dan check berulang kali ayat aku. Lepas tu aku terfikir ayat email aku macam lambat untuk settlekan kerja je...So, aku ubah fikiran balik dan dengan beraninya aku call jugak person in charge tu. Hahaha... nampak tak aku manfaatkan(buang) masa macam mana?

Sumber gambar
Daripada main badminton tu aku dapat rasakan, kalau aku nak power main badminton aku kena improve diri aku supaya lebih yakin dan firm bila nak buat keputusan which is something yang sukar bagi aku tapi mudah bagi orang lain.

Kalau confident aku tinggi setiap kali nak buat keputusan, mesti masa aku main badminton pun aku akan berperangai yang sama. Yakin yang aku akan dapat pukul bulu tangkis tu dan smash tepat pada sasaran. Tapi hakikatnya, aku masih lagi pukul angin sebab teragak2 sama ada nak smash atau bagi bola drop depan net. Last2 aku terlambat untuk buat kedua2nya dan angin lah yang selalu menjadi mangsa kecuaian aku. Kesian kat angin....

Mana lagi kesian?
Kesian angin ke kesian aku? Hahaha...

Macam mana pun practice makes perfect kan? So dalam hidup ni sentiasa kena ada improvement walaupun sikit. Asalkan tak stagnant, barulah ada purpose life ni. Daripada cuma boleh balas pukulan dengan tepat dua kali, improve kepada boleh balas pukulan tiga kali. Kesian siapa yang main badminton dengan aku...tiga kali je bola dah mati...huhu.. ^_T

Kesimpulannya, confidence level masa main badminton berkait rapat dengan confidence level dalam kehidupan seharian seseorang(aku). So, apa faedahnya korang baca cerita yang kesimpulannya affect aku sorang je? Hahahaha.....



Mana entri Julai aku??

Salam guys.

Sihat?
Sebelum tu, aku belum wish raya aidilfitri lagi kat korang... So, selamat hari raya aidilfitri yang dah lepas dan selamat hari raya korban in advance. Settle dua raya aku wish terus, Haha...

Lama jugak rupanya aku tak update blog ni sampai entri Julai aku hilang pun aku tak perasan.
Hmm.. hilang ke??
Haha....

Tak update blog je sebenarnya..tu yang tak ada entri tu. Aku kalau nak update blog ni aku kena duduk bersendirian dulu, baru boleh fokus. Kalau duduk ramai2 ni memang susah la nak publish satu post pun....

Sebelum ni aku duduk rumah pun sorang, memang privacy sangat2. Tapi sekarang aku duduk rumah dengan adik-beradik aku, nak duduk sorang2 update blog jadi selfish pulak nanti.. Lagipun mood update blog tak datang2 pulak bila nak kena adapt suasana baru ni...

Kalau dulu balik rumah je memang aku sorang je kat rumah. So, boleh la kalau aku nak duduk sorang2 publish entri. Tapi sekarang balik rumah je dah ramai pulak jadinya. Lepas tu ada je benda nak buat. Kadang2 tak ada nak buat apa sangat pun, just berbual2 plan nak buat apa weekend la, plan nak settlekan hal2 rumah la, ajak main game la...Haha. So, memang kena layankan je la. Tahu2 je dah habis sehari. Bila masanya entah aku nak fikir pasal blog...

Bila balik rumah.....
Lepas tu pulak sekarang ni makin banyak pulak kerja aku nak kena buat. Banyak je kerja pending. Kalau dulu aku boleh la tak payah pikir pasal kerja bila dah balik rumah sebab banyak benda dah settle. Tapi sekarang kena jugak fikir sikit2 pasal kerja. Kadang2 kena sambung buat kerja kat rumah pulak tu.. So, kalau dapat rehat tu memang aku nak rehat je la kat rumah. Nak fikir post entri apa pun dah tak cergas dah otak aku. Kesudahannya, hilang entri Julai aku...nak buat at least satu entri sebulan pun dah fail. Camne ni??

Cerita pasal kerja....
Bila weekend pulak, ada je benda nak kena buat. Kadang2 ada la adik-beradik aku ajak keluar biasanya memang ada benda penting nak buat sebab kitorang memang produktif. Hahaha... Kadang2 tu pulak weekend pergi office buat kerja. Yang ni memang lagi produktif la.... Kan?? Haha... :(

Kalau dulu masa aku duduk sorang2 tu selalu weekend free je sampai aku pun tak tahu nak buat apa. Bila bosan sangat je baru aku pergi tengok wayang sorang2. Tak produktif sangat la.... Tapi sekarang memang produktif setiap hari termasuk weekend. So, aku kena suka dengan life sekarang yang sangat produktif ni sebenarnya. Haha.... Macam dah tak betul je aku ni... Hmmm...

Bila weekend....
Apa benda la entri aku ni . Semua alasan semata-mata kenapa aku tak update blog. Kalau ikutkan aku nak blog ni ada :

  • Sehari 50 000 pageviews
  • Seminggu ada 3entri (at least)
  • Sehari 40 komen
  • Facebook page yang ada 1,000,000 likes
  • Ada 50,000 follower blogspot
  • 70% entri di muka depan google search
  • 70% entri orang share di  media sosial

Yang ni yang aku nak la.... Bukan aku je rasanya, semua orang yang buat blog pun nak benda2 ni.

Menggelabah kan? Update pun tak serius nak macam2 pulak.... Haishh... Tapi hari tu aku dengar Dr. Azizan Osman tu dia kata kita sendiri yang kadang2 setkan limited belief  dan kita selalu sangat cakap dengan diri sendiri benda macam ni susah nak dicapai. Sebenarnya boleh je nak capai, tapi kena cuba la... kalau asyik bagi excuse je tak jadi apa jugak kan, Hmmm...  Aku yang bagi excuse, aku yang motivate diri sendiri. Apehal?? Haha....

Sebenarnya aku nak kena up satu lagi entri ni sebab ramai pulak yang aku tak balas lagi tanya pasal iphone pre order. Email kerja aku pun dah banyak nak kena check, tak terdaya pulak aku nak layan satu2 email blog pulak. Kesudahannya, aku biarkan je tak berbalas. Sorry ya semua yang email tu, nanti2 aku update entri untuk balas email2 tu ya....

Sekian saja untuk kali ni. Harap2 entri ni best la walaupun takde isi. Huhuk..
Semoga kita semua sukses dalam apa jua yang kita lakukan.
Thanks for reading guys :)

Beli rumah atau sewa rumah?

Salam.

Banyak dah orang bagi tips beli rumah pada usia muda. Tapi, aku rasa belum ready nak betul2 cari satu rumah yang sesuai dan beli sebuah rumah. Kalau ikut situasi kerja aku sekarang yang tak pasti lagi aku akan stay kat tempat yang sama, membuatkan aku rasa nak hold dulu beli rumah ni. Sebab ada possibility aku akan pindah ke tempat kerja/negeri yang lain dengan majikan yang sama. Dah macam orang nomad kan aku ni, asyik pindah je… hukhuk…

Tapi tu la… kalau nak hold dulu takut nanti sampai ke tua menyewa rumah je pulak kan…. Hmmm….

Sumber gambar


Sekarang ni pulak banyak ada skim rumah mampu milik. Kalau macam aku, aku orang Johor (Oh…man…kenapa aku kantoikan yang aku orang Johor ni…haiihh), so aku boleh la apply untuk Rumah Mampu Milik Johor RMMJ) tu… Jadi, aku memang apply pun, cuma tak rasa nak serius sangat la... Apply online, lepas tu tunggu je la kalau diorang kata aku layak.

Nak serius sangat pun, kalau aku kena pindah KL ke…. Dah bukan aku boleh duduk rumah tu pun. Orang cakap apply je, kalau tak duduk pun boleh sewakan. Ok, boleh ke sewakan rumah skim camni? Aku rasa macam tak boleh je….skim camni biasa dia nak owner yang duduk. Walaupun takde tulis tak boleh sewakan kat portal tu, tapi kalau aku compare dengan negeri lain punya skim, memang owner yang kena duduk, tak boleh sewakan…

So, aku pun tak pasti kalau aku layak, dan aku takde kat Johor, aku nak buat apa rumah tu…Huhu… Aku serahkan pada takdir je la, kalau aku dapat mungkin ditakdirkan kat Johor la aku akan menetap, tapi kalau tak dapat tu, mungkin rezeki aku bukan kat Johor kot..

Walaupun aku tak serius nak beli rumah sekarang, tapi aku rasa aku still perlu ajar diri untuk ada komitmen bayar rumah.

Harga Rumah: RM200,000
Tempoh ansuran: 40 tahun/ 480 bulan
Ansuran bulanan: RM416 (RM 200,000 /480)

So kat atas ni assumption aku kalau la boleh cari rumah harga RM200,000. Harga macam ni pun bulan2 dah RM400++, bundar2 kira RM500/sebulan la. So, aku decide untuk buat saving rumah based on harga kat atas ni.

Beli rumah: RM500/sebulan
Sewa rumah : RM500/sebulan

*Assumption semata2 yang aku rasa harga masih lagi logik akal. Ada je sewa lagi mahal, RM800/sebulan. Nampak beli rumah lagi berbaloi kan dari sewa….

Sumber gambar
Buat masa sekarang, alhamdulillah aku takde komitmen untuk bayar sewa rumah lagi. So, aku buat la kira2 macam kat atas ni supaya kalau ditakdirkan aku nak kena sewa rumah atau bayar installment rumah, then takde la culture shock sangat.

Ikut kiraan atas ni, aku patut simpan sebulan RM500 untuk saving rumah. So, aku kena tolak RM500 setiap bulan dari gaji aku. Nak senang kena buat satu bank akaun la untuk simpan RM500 ni setiap bulan, senang monitor. Tapi sebab aku malas nak bukak, aku buat kira2 pakai Microsoft Excel je.. haha… So, aku boleh nampak saving biasa aku berapa, saving rumah berapa, saving kereta berapa, perbelanjaan sebulan berapa, sama ada budget perbelanjaan lari ke tak semua kat dalam excel tu…

Power kan?? Haha… tapi serius la kalau reti pakai excel ni memang banyak gila membantu di alam pekerjaan.

Okehh.. kat bawah ni contoh macam mana aku buat kira2 tu dalam excel:

Cash management yang bajet..haha..

Ni contoh je, bukan amaun sebenar perbelanjaan dan saving aku pun... Tengok amaun gaji je dah tahu, takkan la gaji aku RM50k sebulan… Kalau la RM50k sebulan, tak payah kot aku nak buat excel ni lagi.. Haha… Saving acc & Expense Acc merujuk kepada dua akaun bank yang berbeza. Aku memang guna satu bank akaun tu je untuk expenses/perbelanjaan. Kalau terdesak baru keluarkan duit dari saving acc.

Btw, kalau korang rasa gambar tak cukup feel dan tak cukup faham apa yang aku buat, korang boleh jugak melawat link ini:


Link atas ni akan membawa korang ke google spreadsheet ( lebih kurang macam Ms Excel) yang aku dah letak formula di dalamnya dan korang boleh je edit2 spreadsheet tu ikut perbelanjaan korang dan bajet korang. Siap boleh download lagi, tak caya cuba la… Haaa.. Fyi, Semua orang yang visit link tu boleh tengok siapa yang edit. Unless korang download kat pc korang spreadsheet tu, baru la takde siapa nampak kalau korang edit. Huhu…

So, kesimpulannya buat masa sekarang ni aku rasa aku hanya kena belajar komitmen buat saving rumah dulu dan bila sampai masanya nak beli rumah nanti, harap saving aku tu dapat la membantu aku. Berbalik kepada soalan pada tajuk entri, ‘Beli rumah atau sewa rumah’? Of course la beli…tapi kalau takde rezeki lagi, kena sewa dulu jugak kan… mana2 pun ok selagi ada tempat berteduh…chill je..

Btw, umur 25 dah patut kahwin ke? Macam muda lagi je…haha… (tetiba)..

Baca lagi:




Tips Memilih Fesyen Baju Kasual Lelaki ke Pejabat


Salam.

Memandangkan dah start tahun baru, aku ingin ucapkan selamat tahun baru terlebih dahulu kepada korang semua. So, macam biasa la… dah awal tahun ni, budak sekolah malas nak naik sekolah. Orang yang kerja pulak malas nak masuk kerja semula lepas dah habiskan cuti korang tu. Ingat aku tak tahu? Haha… Ishh2… ingat! Kerja korang kira amanah korang tu. Jangan asyik nak cuti je…


So, aku bagi korang tips la untuk bagi bersemangat sikit bila naik kerja ni. Disebabkan aku lelaki, tips ni lebih sesuai untuk lelaki. Yang perempuan, boleh jugak baca lepas tu sampaikan kepada pasangan korang atau family korang yang berjantina lelaki. Unless korang berjiwa lelaki, boleh la try tips ni. Wahaha…


Ok, tak payah banyak cerita, aku bagi tips terus. Nak bagi bersemangat sikit masa naik kerja, cuba hadirkan kelainan. Maksud aku, cuba buat perubahan sikit macam beli baju baru ke biar rasa happy baju bau kedai masa ke pejabat tu. Haha… Untung jadi lelaki ni, fesyen baju kasual lelaki untuk ke pejabat pun senang je nak pilih berbanding pilihan pakaian wanita.

Tapi, bukanlah maksud aku korang yang lelaki ni boleh sesuka hati je pakai apa sahaja jenis pakaian ke pejabat. Takkan nak pakai pakaian kasual yang terlalu ‘hipster’ seperti singlet, seluar pendek dan track suits pulak untuk digayakan ke pejabat kan?  Buang tabiat pulak office mate kata nanti. So, apa dia fesyen baju kasual lelaki ke pejabat yang paling sesuai untuk digayakan?

Kat bawah ni aku share tips memilih fesyen baju kasual lelaki yang sesuai untuk ke pejabat:

1. Kemeja kasual dan Khakis pants


Salah satu fesyen baju kasual yang paling sesuai digayakan ke pejabat oleh seorang lelaki adalah padanan kemeja kasual dan khakis pants seperti di atas. Ia menjadikan si pemakai tampak lebih ‘smart’ dan pada yang sama masih kelihatan santai.  Aku selalu pakai macam ni, cuma seluar tu aku jarang pakai khakis sebab aku biasa pakai seluar slack. So, selalu aku nampak diri aku ‘smart’ masa tengok cermin. Buktinya ada kat gambar atas tu. ‘Smart’ bukan? Kahkah…

2. Chino Pants dan T-shirt (Outerwear: Jacket/Blazer)



Fesyen kasual yang kedua adalah dengan pemakaian chino pants bersama t-shirt serta penggayaan jacket atau blazer sebagai outerwear. Penggayaan outerwear di sini amat penting untuk memberikan keseimbangan kepada pemakaian t-shirt agar tidak kelihatan terlalu kasual. Ye la… kalau pakai t-shirt berkolar bulat tu je, nampak tak professional pulak semasa jumpa klien nanti.

3. Kemeja+Jacket dan Jeans


Masih tak cukup santai? Kalau korang nak nampak lebih santai tapi professional, korang boleh juga cuba bergaya dengan koleksi jeans dan menggayakannya dengan pemakaian kemeja dan jacket seperti di atas. Ingat, kena bijak pilih rekaan kemeja yang bersesuaian. Elakkan daripada memakai kemeja yang bermotif terlalu menonjol atau berwarna terang. Nampak pelik nanti. Pilih warna kemeja yang lebih ‘common’ macam putih/hitam untuk dipadankan dengan jeans dan jacket korang.

4. Jeans dan Long Sleeve Plain T-Shirt


Masih jugak tak berkenan? Mungkin korang jenis yang sangat simple kot. Untuk itu, korang boleh cuba gaya yang paling ringkas ni tetapi sesuai untuk digayakan ke pejabat. Iaitu kombinasi jeans dan t-shirt kosong berlengan panjang. Yang ni memang ringkas. Tak payah ‘tie in’ baju pun dah nampak ‘smart’. Jimat masa pulak tu, tinggal sarung je semuanya dan terus ke pejabat. Hehe…

.............................................................

Kepada yang kena pakai uniform tu, boleh jugak kalau nak cuba fesyen2 di atas ni. Tapi, bukan hari kerja la. Korang pakai hari kerja, jangan salahkan aku pulak bos marah korang tak pakai uniform. Pakai la time weekend ataupun sewaktu ke majlis formal ke. Fesyen kat atas ni pun semua sesuai je untuk buat jalan2.  

Ok la… Sekian saja tips fesyen terkini dari aku. Kalau korang cuba tips aku ni, serius nampak macho aku cakap. Tengok je la gambar yang aku share tu, nampak bergaya dan sangat confident kan? Even kau baru kerja sebulan pun, orang dah nampak kau berkaliber untuk jadi CEO sebab kemas, bergaya dan sangat macho. Haha….

Alright guys. Happy New Year! Aku akhiri entri ini dengan tiga rangkap pantun:

Tahun dah baru,
Baju takkan tak nak baru,
Huhuhu…   :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...