Apa pembeli dapat kalau owner cancel jual rumah?

Dah sign SNP (Sales & Purchase Agreement), tiba-tiba tuan rumah tak jadi jual?
Ataupun dah sign SNP, tiba-tiba pembeli tak jadi beli?
Jadi, boleh ke owner atau pembeli sesuka hati je cancel?
Sebenarnya boleh je nak batalkan. Tapi ada syarat. 

Benda ni jadi kat aku sendiri. Aku dah sign SNP. Penjual pun dah. Tetapi atas faktor sedikit masalah untuk dapatkan consent, penjual decide untuk cancel.

So takkan cancel gitu je kan? Mesti lah ada ganti rugi nya. 

Kat sini lah penting nya baca agreement SNP tu. Agreement punya ayat tu memang nak bagi korang pening, tapi still kita kena baca.

Dalam perjanjian, kalau salah satu pihak batalkan perjanjian ni akan jadi: 
1) Penjual yang batalkan.- Perlu pulang deposit pembeli yang sudah dibayar + amaun ganti rugi sejumlah deposit yang telah dibayar. 
2) Pembeli yang batalkan- Deposit akan hangus + perlu bayar amaun ganti rugi sejumlah deposit yang telah dibayar. 

Dalam kes aku, penjual yang batalkan.

Jadi, sebagai contoh cuba bayangkan aku beli rumah harga RM 200k.
Deposit 3% + 7%. Aku dah bayar deposit 3% masa sign SNP tapi baki lagi 7% tak bayar lagi sebab kena tunggu dapat consent dulu.

Rumah ni rumah leasehold. Maksudnya pajakan 99 tahun. So rumah leasehold perlu minta consent dulu sebelum boleh pindah milik.

Jadinya aku dah bayar dalam RM 6k (3%). Tiba-tiba owner cakap nak cancel. Jadinya secara mudah, kalau owner nak cancel aku akan dapat balik:

RM 6k + RM 6k = RM 12k

Tanpa beli rumah aku dah boleh buat untung RM6k. Betul? Nampak macam untung dan syok je kan? 

Tapi benda kat dunia ni kita suka tunjuk benda happy dulu. Yang sedih-sedih, yang rugi-rugi kita simpan tak nak kasi tau orang. Haha...

Ok cerita di sebalik RM 12k tadi. Memang aku dapat double dari apa yang aku dah bayar. Tapi berbaloi ke? Masa pun banyak dah pakai nak uruskan benda ni.

Jawapannya TIDAK.
Rupa-rupanya batalkan perjanjian ni merugikan aku dan juga owner tu sendiri.
Kenapa pulak? Jadi, siapa yang untung?

Yang untung lawyer. Sebab perjanjian valid ke tak valid, diorang dah buat kerja. Diorang dah boleh caj kita. Jadinya sebelum sign apa-apa agreement dari lawyer, make sure korang dah agree dulu dengan kos fee lawyer tu. Kalau tak tengok betul-betul part ni. Korang akan rugi.

Tak percaya. Ni cerita aku.
Kos nak beli rumah: 
1) Deposit 3% (RM6k) + 7% (RM14k)
2) Kos lawyer S&P
3) Kos lawyer loan (ni biasanya dari bank yang kita apply)
4) Valuation fee (untuk nilai value rumah) 
Anggaran kos aku kena bayar (sekalipun dah cancel jualbeli) : 
1) RM 6 k
2) RM 3.5k
3) RM 5k
4) RM 0.75k 
Jumlah keseluruhan = RM 15.25k
Ganti rugi yang diterima = RM 12 k

Jadinya ada kerugian dalam RM 3k kat sini. Nampak tak kos lawyer tu sebenarnya mahal juga? Kalau korang nak beli rumah kena make sure dapatkan kos lawyer yang sesuai. Jangan sampai mahal sangat. 

Pada aku, kos lawyer loan aku tu yang mahal. Lawyer loan ni pulak bukan aku appoint. Aku apply pinjaman rumah kat bank. Bank yang akan appoint sendiri lawyer dia untuk sediakan dokumen perjanjian pinjaman perumahan.

So dari cerita aku ni. Aku cuma boleh cakap tak payah rushing-rushing sangat beli rumah ni.
Beli rumah ni komitmen jangka panjang. Kalau bayaran bulanan korang tak mampu nak tanggung, better menyewa je dulu.

Lagi satu pastikan sebelum sign apa-apa, baca dulu semua agreement. Bagi faham. Kalau tak faham minta tolong kawan atau sesiapa je untuk kurangkan risiko kita buat keputusan bodoh.

Secara kasarnya:
Pinjaman RM100k, bayar bulan-bulan dalam RM 450 - RM550 ++
Pinjaman RM 200k, bayar bulan-bulan dalam RM 950 - RM 1,050 ++
Pinjaman RM 300k, bayar bulan-bulan dalam RM 1,450 - RM 1,550++
Pinjaman RM 400k, bayar bulan-bulan dalam RM 1,950 - RM 2,050++

Kalau korang rasa mampu nak bayar bulan-bulan tu, boleh lah proceed beli rumah. Kalau korang kira-kira balik dan rasa-rasa hidup akan dibebani hutang rumah, baik jangan teruskan dulu. 
Tunggu korang betul-betul mampu dulu baru beli.

Beli rumah ni kena belajar ilmu dia betul-betul. Buat research. Tanya pendapat orang sekeliling. Tanya pakar. Kalau dah confident baru beli.

Jangan orang beli rumah, korang pun nak beli. Tapi hidup serba kemiskinan.
Korang ada pengalaman buruk dalam urusan jual beli rumah juga tak?

Salam.

8 ulasan:

  1. Salam.. Maaf sy nak tanya.. Sy pon alami benda yg sama skrg.. Dlm proses nak batalkan.. Beli rumah leasehold juga. Mcm sy.. Skrg ni dlm proses dh nilai tanah.. Peguam bank nak sediakan dokumen... Dan sy mnta cancel.. Sy sbgai pembeli.. Sbb dh 1 tahun masih x dek ape2.. Kalau stage sy dh cmni.. Tau x brape kos anggaran kne bayar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam,

      Cuba cek dulu dalam agreement SNP. Kalau ada mention tempoh yang pembeli boleh batalkan agreement disebabkan mengambil masa yang terlalu lama, then boleh lah cancel.

      Kalau takde, refer lawyer dan tanya kesan kalau cancel. Kos-kos kena bayar ni lawyer lebih tahu. Agak2 kalau cancel jadi merugikan, cuba push pihak penjual untuk cepatkan proses.

      Dah bayar apa2 kos kepada lawyer ke?

      Padam
  2. Masa urussn beli tu mkn masa setahun jugakla. Tup tup dapat rumah tongkang pecah��. Ergh...suka tak suka, tmpt busuk tu jugakla rumah aku duduk skrg. Pengalaman betullah.

    Setuju. Satu lg, nasib baik aku bljr kos pengurusan hartanah. Sambil belajar, sambil praktis. Terlalu byk istilah 'orang cakap' dlm hal mcm ni. Bila dah bljr sendiri, pndai2lah nk ambik yg mna. Sbb pro n cons everywhere...

    Aku doa semoga urusan beli rumah kau dipermudahkan. All the best n good luck��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu urusan beli rumah ni boleh makan tahun gak. Tengok jenis rumah. Paling nak elak dapat rumah dalam keadaan teruk. Nasib lah kau mampu bertabah dapat rumah macam tu. Kalau aku tension juga. Dah lah habis duit nak beli. Nak repair rumah tu lagi...aihhh..

      Ye betul. Bab2 hartanah ni kita boleh baca dan dengar tips2 orang lain. Tapi kita sendiri tahu keadaan kita macam mana. Kadang2 tips tu tak sesuai untuk kita. Memang kena jadi pandai sendiri juga bab ni. Takleh main dengar cakap orang je...

      Thank sofie. Sekarang punya rumah dah cancel. Moga2 next rumah yang aku nak beli mnguntungkan dan dipermudahkan...

      Padam
    2. nak tak nak memang kena bertabahlah bro....gila kalau tak tabah, nak jual balik rumah yang baru dapat, perghhhh silap hari bulan lagi makan kos dari beli...Alhamdulillah hidup lagi...

      Amin. Ada rezeki rumah untuk kau, Misi 2020, beli sebuah rumah, haaa senang la nak ajak orang hias bersama kan.

      Padam
    3. Hahaha ajak orang hias bersama 2020 eh.. amin.. kita try dulu. Harap2 ada mood lagi lah nak mencari rumah sbb aku dah kurang sikit mencari lepas experience benda ni. Takut merugikan...

      Padam
  3. kena pandai dalam bab ni..kalo tak kite yang rugi..kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nak buat komitmen berpanjangan macam beli rumah ni memang kena sudy dan buat persediaan betul2. Kalau mindset tak ready jangan teruskan unless ada agent atau kawan2 yg sentiasa boleh bagi nasihat bab hartanah ni...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...