Mana entri Julai aku??

Salam guys.

Sihat?
Sebelum tu, aku belum wish raya aidilfitri lagi kat korang... So, selamat hari raya aidilfitri yang dah lepas dan selamat hari raya korban in advance. Settle dua raya aku wish terus, Haha...

Lama jugak rupanya aku tak update blog ni sampai entri Julai aku hilang pun aku tak perasan.
Hmm.. hilang ke??
Haha....

Tak update blog je sebenarnya..tu yang tak ada entri tu. Aku kalau nak update blog ni aku kena duduk bersendirian dulu, baru boleh fokus. Kalau duduk ramai2 ni memang susah la nak publish satu post pun....

Sebelum ni aku duduk rumah pun sorang, memang privacy sangat2. Tapi sekarang aku duduk rumah dengan adik-beradik aku, nak duduk sorang2 update blog jadi selfish pulak nanti.. Lagipun mood update blog tak datang2 pulak bila nak kena adapt suasana baru ni...

Kalau dulu balik rumah je memang aku sorang je kat rumah. So, boleh la kalau aku nak duduk sorang2 publish entri. Tapi sekarang balik rumah je dah ramai pulak jadinya. Lepas tu ada je benda nak buat. Kadang2 tak ada nak buat apa sangat pun, just berbual2 plan nak buat apa weekend la, plan nak settlekan hal2 rumah la, ajak main game la...Haha. So, memang kena layankan je la. Tahu2 je dah habis sehari. Bila masanya entah aku nak fikir pasal blog...

Bila balik rumah.....
Lepas tu pulak sekarang ni makin banyak pulak kerja aku nak kena buat. Banyak je kerja pending. Kalau dulu aku boleh la tak payah pikir pasal kerja bila dah balik rumah sebab banyak benda dah settle. Tapi sekarang kena jugak fikir sikit2 pasal kerja. Kadang2 kena sambung buat kerja kat rumah pulak tu.. So, kalau dapat rehat tu memang aku nak rehat je la kat rumah. Nak fikir post entri apa pun dah tak cergas dah otak aku. Kesudahannya, hilang entri Julai aku...nak buat at least satu entri sebulan pun dah fail. Camne ni??

Cerita pasal kerja....
Bila weekend pulak, ada je benda nak kena buat. Kadang2 ada la adik-beradik aku ajak keluar biasanya memang ada benda penting nak buat sebab kitorang memang produktif. Hahaha... Kadang2 tu pulak weekend pergi office buat kerja. Yang ni memang lagi produktif la.... Kan?? Haha... :(

Kalau dulu masa aku duduk sorang2 tu selalu weekend free je sampai aku pun tak tahu nak buat apa. Bila bosan sangat je baru aku pergi tengok wayang sorang2. Tak produktif sangat la.... Tapi sekarang memang produktif setiap hari termasuk weekend. So, aku kena suka dengan life sekarang yang sangat produktif ni sebenarnya. Haha.... Macam dah tak betul je aku ni... Hmmm...

Bila weekend....
Apa benda la entri aku ni . Semua alasan semata-mata kenapa aku tak update blog. Kalau ikutkan aku nak blog ni ada :

  • Sehari 50 000 pageviews
  • Seminggu ada 3entri (at least)
  • Sehari 40 komen
  • Facebook page yang ada 1,000,000 likes
  • Ada 50,000 follower blogspot
  • 70% entri di muka depan google search
  • 70% entri orang share di  media sosial

Yang ni yang aku nak la.... Bukan aku je rasanya, semua orang yang buat blog pun nak benda2 ni.

Menggelabah kan? Update pun tak serius nak macam2 pulak.... Haishh... Tapi hari tu aku dengar Dr. Azizan Osman tu dia kata kita sendiri yang kadang2 setkan limited belief  dan kita selalu sangat cakap dengan diri sendiri benda macam ni susah nak dicapai. Sebenarnya boleh je nak capai, tapi kena cuba la... kalau asyik bagi excuse je tak jadi apa jugak kan, Hmmm...  Aku yang bagi excuse, aku yang motivate diri sendiri. Apehal?? Haha....

Sebenarnya aku nak kena up satu lagi entri ni sebab ramai pulak yang aku tak balas lagi tanya pasal iphone pre order. Email kerja aku pun dah banyak nak kena check, tak terdaya pulak aku nak layan satu2 email blog pulak. Kesudahannya, aku biarkan je tak berbalas. Sorry ya semua yang email tu, nanti2 aku update entri untuk balas email2 tu ya....

Sekian saja untuk kali ni. Harap2 entri ni best la walaupun takde isi. Huhuk..
Semoga kita semua sukses dalam apa jua yang kita lakukan.
Thanks for reading guys :)

10 ulasan:

  1. Lama x nampak. Kenapa x wish untuk raya tahun depan terus? Haha

    Bestnya duduk dengan adik beradik. Baguslah tak main gadget bila dengan family. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau agak2 la lama tak nampak aku... Kau tak pernah nampak aku pun sebenarnya, aku je yg nampak kau. Haha...

      Mana boleh wish utk tahun depan sekali. Tahun depan buat entri lain la. Kalau takde idea kan boleh up entri wish raya...buat backup beb. Hoho...

      Serius best gila duduk dgn adik beradik. Boleh main bola dalam rumah sesama kot. Wahaha.. Mana ada aku bagitahu aku tak main gadget. Main je.... tapi bila org ajak berbual tu layan la,, abaikan phone jap.... Aku cuma jarang nak bukak blog dan masuk dalam dunia blogger je lately ni.

      Lama tak baca entri2 merapu kau. Ni macam dah nak dpat feel balik je ni. Nanti aku blogwalking la macam dulu buat semak kat blog kau pulak...Hehe..

      Padam
  2. Oh! patutlah dah berubah lifestyle alasannya.

    Orang malas cipta alasan. Orang rajin bagi harapan.

    Eh! betul ke tu??? macam tak relevan jer... ngeh!ngeh!ngeh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. OK2 noted. Memang banyak alasan je ni. Tapi mood berblog belum sampai sepenuhnya lagi ni, kena tunggu sampai dulu baru boleh aktif semula. Hehe...

      Padam
  3. Oit, kalau kau nak beli iphone refurbished lagi, roger kat emel aku.
    Aku nak beli jugak tapi malas nak berurusan dgn orang lain hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oit, aku dah tak nak beli dah. Haha...
      Kau tunggu aku update entri lagi satu nanti. Mesti kau jadi ragu2 nak beli dah lepas tu...

      Padam
  4. wahhhh busynyaa kalah perdana menteri :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...memang2. Aku memang saja nak jadi lebih busy dari perdana menteri. At least ada something yg aku lebih dari dia. Aku lebih busy. Kahkah..

      Padam
  5. selamat raya haji...
    busy tu tandanya ada life...dok ngan adik beradik macam raya je best...lain2 semua busy dan busy dan busy...walau dok serumah pun, jaranglah dapat bertemu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya gaji jugak. Kalau busy dgn kerja je pun sama mcm xde life jugak la... Kalau busy buat mcm2 lagi2 utk diri sendiri, yg tu baru ada life.

      Btw, duk dgn adik beradik aku best kot. Busy2 pun kitaorg masih lagi support #berikanmasa dari era.fm tu. Haha...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...