Maaf kepada yang bertanya

Salam.

Hari tu aku ada cerita pasal iphone preorder kat blog dan ada buat review pasal iphone refurbished set yang aku pre order tu. Kat dalam entri Review: Iphone 5c refurbished set tu jugak aku ada mention pada bahagian komen kepada sesiapa yang nak tahu kat mana ig aku beli tu sila email aku personal.


So, banyak jugak yang tanya dalam email nak tahu aku beli kat ig mana. Actually sebahagian daripadanya aku dah reply. Itu yang tanya masa awal2 la.... Tapi sekarang ni aku rasa macam aku dah tak boleh nak share lagi kat orang ramai aku beli kat ig mana. So, aku masih lagi fikir2 sama ada aku patut reply atau tak soalan korang.

Kenapa tak boleh nak reply?
Sebabnya.....

Sampai sekarang aku masih usha2 lagi instashop-instashop yang jual iphone preorder ni just nak tengok update terbaru diorang. Kebanyakannya sekarang memang kena bash je sebab delay yang terlampau lama termasuk la igshop yang aku beli iphone pre order hari tu. 

Btw, dalam first entri pasal iphone preorder aku ada mention dalam ruangan komen yang aku percaya je kat admin instashop ni, tapi aku kurang percaya kat supplier diorang. So, kepada sesiapa yang tanya aku dan nak tahu instashop mana yang tak menipu tu.....

Baca yang dalam bulat merah tu....

Aku rasa.... kebanyakan instashop ni tak ada niat nak menipu korang pun. Diorang memang betul2 nak deliver barang tu kat korang. Problem dia sekarang adalah kebanyakan instashop ni bergantung sepenuhnya kepada supplier yang bukan dalam kawalan diorang. Jadi...

Kalau supplier tipu admin instashop, korang yang oder pun sama akan ditipu.
Kalau supplier delay barang untuk pass kat admin instashop, korang pun akan terkesan dan dapat phone lambat.
Kalau supplier minta admin instashop buka sale baru tapi barang belum tentu ada, korang pun akan terkesan dan order barang yang tak confirm ada.

So, pada pendapat aku admin instashop ni kebanyakannya orang tengah je. Korang bash la macam mana sekalipun, diorang tetap tak ada control sepenuhnya ke atas stok barang. Sebab diorang depends on supplier yang korang sendiri pun tak tahu siapa. Jadi, korang kena pandai2 la trust instashop ni. Kalau aku bagitahu ig yang aku beli tu kat mana pun(category trusted ig sebab barang aku sampai), still ada lagi possibility yang ig tu mungkin bakal ditipu oleh supplier diorang lama-kelamaan.

Disebabkan itu, aku dah decide untuk tak akan share lagi kat ig mana aku preorder iphone 5c tempoh hari. Maaf ya kepada yang bertanya. Aku rasa kalau aku bagitahu nanti makin banyak pulak komen bash2 kat page instashop2 tu. So, better tak bagitahu korang daripada tengok ramai orang bergaduh.

Nasib baik ada mention yang aku tak janji akan bagitahu...Hehe..

Kepada yang tanya ok ke tak refurbished set?

1 daripada 3 iphone refurbished yang aku order ada masalah nak buat call dan tak dengar bila buat panggilan. Tapi yang lagi dua tu ok je. Kesimpulannya, refurbished set ni ikut nasib. Kalau dapat yang ok, ok lah phone tu. So, kalau boleh carilah phone yang ada warranty at least setahun dan senang claim tak kisahlah refurbished atau new set. Kalau dah ready tanggung risiko je baru ambik phone yang warranty 1-3 bulan.

Ok ni je la aku nak update. Kepada yang dah email aku lama tu sorry sangat2 sebab aku terpaksa balas dengan cara macam ni. 

Terima kasih kepada korang semua yang baca entri2 aku kat blog ni.
Semoga hari anda sukses dan ceria sentiasa.

** Bosan2 boleh la baca ni: Cerita Sensasi di Kedai Kopi


Baca lagi:




10 ulasan:

  1. ada gak cam nak tanya, tapi tak tertanya2..sambil tu aku cari dan usha ig yang ko kasi...tapi dua tiga jugaklah kalau nak beli. maka, misi delay..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik kau x beli lagi. Kalau x aku pun x tahu jadi apa. Aku pun mcm nasib2 je ok aku punya order walaupun ada delay sikit.

      Beli kt kedai je senang. Takpun beli yg readystock.

      Padam
  2. Pendek kata, beli at your own risk.
    Harga dah jatuh banyak dah, takkan risiko pun tak naik, kan?
    Kena redha laa kalau2 terdapat yang buat hal pulak. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli online memang risiko dah tinggi dah. Tapi bila preorder yg jadi lebih tinggi tu...

      Tu la, ramai org percaya gila2 sgt pasal preorder ni. Aku dulu pun try2 je, tu pun beli yg murah2 punya stock je. Yg beli sampai beribu ringgit tu aku x tahu la camne frust diorg tu...

      Betul la kena redha. Tapi kena buat pilihan yg bijak dulu lepas tu baru redha...

      Padam
  3. hai Bro Ley. lama tak nampak (mcm lah pernah NAMPAK kan? hahaha)
    tu la ekceli beli online ni mana2 pon ada risiko brg tak dpt. mcm cEro kata :
    "beli at your own risk"

    kalo sanggup tanggung risiko bakal tak dpt barang, order aje lah kalo nak jugak.
    kalo rasa tak sanggup, better p beli kat kedai or yg dpn mata blh p jmpa semula
    owner/seller in case fon problem atau mslh ape2 ye dok =P

    *beberapa menjak ni aku semakin takde mood utk menulis mahupun berkongsi cerita.
    tu yg lama aku menyepi aje. nak ziarah blog kwn2 pon jd takde mood. hermm moga
    hang baik2 aje lah Bro Ley T____T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai ana. Bila keluar gua? Haha...

      Tulah beli online ni memang risiko tinggi. Utk barang gadget tak berapa sesuai. Kalau setakat pakaian tu ok lagi.

      Aku bukan xde mood langsung nak update blog. Tapi aku x boleh fokus nak update. Sebabnya ramai sgt org kt sekeliling aku sekarang. Kena layankan yg depan mata dulu...Tu yg jarang2 je updatezzz

      Awat hang doakan aku baik2 tapi hang pi buat muka sedih. Haiih...kalau x nak update blog xpe tapi jgn la jadi pelik sgt. Seram aku nanti. Hahaha...

      Padam
  4. akhir bulan 7 order, tut2 awl bulan 11 ak minta refund sbb lama sgt.. n then dpt tau ptghan bulan 11 udah kene bohong seyh... 500 mlayang huuhuu yg aku rasa bersalah sgt nii.. ak heret dua abg ak skali,, nasib diorg x kecam aku.. manusia apa tipu satu malysia nii hoi... haha.. bro? boleh tolong siasat x penipu tuu kene tgkap belom.. depa2 nii ckp dh tgkap.. tp ak mmg x prcaya.. ^ ^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang byk instashop yang kena tipu dengan supplier diorang. Tapi dengar cerita ada yang tengah settlekan kes.Kalau dah kena tangkap tu saya pun x sure. Wallahualam.

      Semoga bertabahlah.

      Padam
  5. Kalau dia bagi no ic dia ? Trusted tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum tentu trusted. Tapi bagus la kalau ada no ic. Kalau ada kes senang nak report.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...