Anda bertanggungjawab atas apa yang anda lakukan

Salam guys.

Selamat berpuasa semua. Lama rasanya tak berinteraksi guna akaun blogger ni.
So, hari ni aku update entri untuk melepaskan rasa rindu ini. Haha..

Disebabkan ni dah masuk part terakhir ramadhan iaitu 10 hari/malam terakhir ramadhan, maka aku rasa sesuai share cerita ni. Cerita tak best tapi insyaallah bermanfaat.

sumber gambar
Baru2 ni aku dengar ceramah ustaz. So, aku sampaikan ni based on ustaz tu la, just ayat aku olah balik. Dia kata perkara yang paling menakutkan sekali pada seorang manusia adalah ketika dia dihisab/dihitung amalan dan perbuatannya di akhirat nanti. Masa tu semua perkara akan dipersoalkan. Sekurang2nya empat perkara di bawah akan dipersoalkan:

1. Umur
2. Ilmu
3. Harta
4. Anggota Tubuh

1. Umur

Sepanjang kita hidup berpuluh tahun ni, semuanya akan dipersoalkan. Cuba ingat balik umur2 kita yang telah kita lalui, berapa banyak je perbuatan atau amalan kita yang kita boleh consider sebagai ibadah kepada Allah dalam banyak2 masa yang kita ada sebelum ni?

sumber gambar
Kalau fikir balik, nak jawab berkenaan umur je dah susah sebenarnya. Berapa banyak dah kita habiskan masa buat something yang sia2. Ada masa free patut belajar, kita main game sampai lebam. Dah main game nak maki2 pulak sebab kalah. Hmmm.. Kalau tak main game pun, ada masa free biasanya mesti rasa nak tidur sampai tengah hari ke atau buat apa2 je la yang kurang bermanfaat. Kadang2 kita tahu je yang kita buat tu sia2, tapi still kita buat jugak. Manusia kot... Masa buat ikut nafsu, lepas tu menyesal. Semua orang pun aku rasa at least sekali rasa benda ni:

"Buat ikut nafsu, sampai satu masa tersedar dan menyesal."

Tak puas hati dengan seseorang, marah2 maki2 sampai menyakitkan hati orang dan berdendam. Sampai satu masa tiba2 menyesal jugak sebab buat camtu. Cuma lambat atau cepat je bezanya pada setiap orang.

Islam kata maafkanlah walaupun hati rasa berat. Sebab islam tahu, hanya buat camtu membuatkan manusia lebih tenang dan tak menyesal satu hari nanti.

2. Ilmu

Ilmu yang kita ada, berapa banyak je la yang kita dah share untuk manfaat bersama. Ilmu kalau simpan sendiri2, memang possible untuk berjaya sendiri. Tapi kalau dikongsikan kan lebih baik dan dapat membantu orang ramai. Sebab ilmu juga amanah untuk disampaikan dan digunakan untuk jalan kebaikan.

Paling susah bila orang sekeliling buat something yang salah, kita tahu benda tu salah, tapi kita tak mampu nak tegur dan sampaikan ilmu kat dia yang perkara tu salah sebab takut mengguris hati Serius ini susah. Maka, buat la sebaik mungkin untuk sampaikan ilmu yang kita ada kepada orang ramai. Antara 3 perkara yang amalnya berterusan sekalipun kita telah meninggal dunia:

a. Doa anak yang soleh
b. Sedekah Jariah
c. Ilmu yang bermanfaat
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda (maksudnya) : "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Sumber gambar
3. Harta

Apa2 harta sama ada income, gaji, biasiswa, kereta dan sebagainya dikira sebagai harta kita. Biasanya duit yang kita pegang tu kita anggap sebagai asset. Tapi kalau ikutkan sebenarnya duit yang kita pegang tu hanyalah amanah dari Allah untuk kita spend dan guna pada tempat yang sepatutnya. Kalau duit yang kita sedekah dan keluarkan atas jalan Allah, yang tu la harta kita sebab tu la yang akan membantu kita di akhirat nanti.

Duit lain yang kita pegang mungkin bukan hak kita, mungkin ada portion untuk orang2 susah, rezeki peniaga, dan sebagainya. Kita sendiri tahu kita spend tu untuk keperluan atau hanya kehendak semata2. Harta ni make sure didapatkan dengan cara yang halal dan digunakan ke jalan kebaikan. Sebab inilah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.

Sumber gambar
4. Anggota Tubuh

Selama kita hidup ni, macam mana kita guna anggota tubuh badan kita. Sama ada  mata, telinga, tangan, mulut dan sebagainya tu digunakan untuk kebaikan atau digunakan untuk melakukan sesuatu yang dilarang seperti mencuri, berbohong, memukul orang, melihat yang bukan2 dan sebagainya, Semua ni akan dipersoalkan kelak.

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (Yasin : ayat 65)

Kalau baru lihat 4 perkara kat atas ni pun dah membuatkan kita rasa sure tak sure je boleh lepas sewaktu dihisab di akhirat nanti. Dan ustaz tu ada sambung lagi dia kata, 3 perkara kat bawah ni insyaallah mampu meringankan hisab kita:

1) Memberi sekalipun dihalang daripada memberi
2) Memaafkan sekalipun hati berat untuk memaafkan
3) Menghubungkan silaturrahim sesama manusia

‘Barangsiapa yang di dalam dirinya ada 3 hal, maka pada hari kiamat nanti Allah akan mudahkan proses hisab terhadap dirinya dan Allah akan memasukkannya ke dalam surga’. Para sahabat bertanya, ‘Apa yang 3 hal itu, wahai Rasulullah?’ 
Rasulullah saw. menjawab, ‘Yaitu engkau tetap memberi pemberian kepada orang yang menolak pemberianmu, engkau menyambung silaturrahim kepada orang yang memutuskannya, dan engkau memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu. Jika engkau lakukan yang demikian, maka engkau akan masuk syurga’.
(Hadits, riwayat Imam al-Hakim)

So, ini sahaja la yang aku nak share kali ni. Panjang pulak aku taip. Dah alang2 sepuluh hari terakhir ramdhan ni, kalau boleh bangun solat sunat tahajjud, solat sunat taubat dan solat sunat2 lain, maka beruntunglah orang tersebut. Kalau jumpa malam lailatul qadar lagi beruntung. Semoga beroleh manfaat daripada entri ini dan kita digolongkan dalam kalangan orang beriman. Inysaallah amin...

Sekian.

6 ulasan:

  1. Bila baca 4 perkara yang akan dihisab tu terasa kerdil sangat diri ni.
    Bila baca lagi 3 perkara itu oh! alhamdulillahh ini memang selalu kita buat sebab mudah.

    Mrs. A ada terbaca ke dengar satu tazkirah ini dah tak ingat kat mana kata ustaz tu eloklah kita saling memberi dan menerima maaf kerana di akhirat nanti kita yang susah nak maafkan orang ini pun akan lambat masuk ke syurga sebab menunggu orang yang ingin meminta maaf tu berjumpa dengan kita dahulu untuk meminta maaf, kalau orang tu tak jumpa-jumpa tak ke haru. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah... saya pun ada dengar macam tu jugak. Tak guna nak berdendam dan tak maafkan orang lain. Last2 kat akhirat nanti kita jugak yang akan lambat dihisab sebab nak tunggu orang yang minta maaf tu. Sepatutnya, orang nak cepat dihisab, sebab hisab antara perkara yang paling menggerunkan sepatutnya.... Wallahualam..

      Padam
  2. Terima kasih kerana mengingatkan.
    Kita manusia zaman moden akhir kemanusian ni selalu sangat buta dengan materialistik, sekali sekala diingatkan macam ni bagus juga.

    Keep it up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome cEro. Memang kena beringat benda2 macam ni. Hati manusia ni berbolak balik. Sekejap iman naik sekejap turun. Seeloknya kalau kita free, boleh dengar kuliah ustaz supaya tak lari jauh sangat dari Islam. Insyaallah...

      Padam
  3. nikmat yg kita selalu lupa.. nikmat sihat dan nikmat masa lapang . thanks for the reminder :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Bila hati dah senang memang selalu lupa nak bersyukur. Bila rasa susah la time tu selalunya kita ingat tuhan pulak. Reminder untuk aku jugak ni. Welcome

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...