Review: Iphone 5c Refurbished Set (Pre Order)

Salam, guys.

Hari tu aku ada cerita kat blog pasal Iphone pre order murah yang viral kat Instagram. Entri tu agak kontroversi jugak la. Disebabkan entri tu jugak, ada sesuatu yang aku tak expect telah berlaku. Kalau korang nak tahu, korang boleh baca sendiri apa perkara yang aku tak expect tu kat sini, aku tak nak bagitahu biar surprise sikit. Haha..


Untuk entri kali ni aku rasa korang dah tahu dah apa aku nak cerita kan?? Tengok tajuk pun dah boleh agak. Disebabkan hari tu ada yang nak suruh aku buat satu entri sama ada iphone yang aku pre order tu sampai ke tak, makanya aku pun buat la entri ini.

So, untuk soalan yang bermain2 di fikiran korang tu sama ada aku kena tipu atau tak, maka jawapannya adalah tidak. Alhamdulillah, Iphone yang aku pre order hari tu dah sampai dan aku dah guna dalam beberapa hari ni. Memang happy la bila phone tu dah sampai walaupun aku tak hantar kat alamat sendiri. Bila dapat tahu phone dah sampai dah kat alamat yang aku bagi tu je, memang happy sangat2 walaupun tak dapat pegang lagi phone tu. Iphone kot… Murah pulak tu… Takkan tak happy lagi…


Proses Pre Order

Aku cerita sikit la macam mana flow aku pre order iphone 5c refurbished set ni. Harga memang murah dalam RM200 je.

Mula2 sekali mesti la kena tahu instashop yang jual iphone pre order ni.
Then, baca apa yang dia jual dan pilihlah apa yang kita nak order. Masa aku pre order hari tu expected phone sampai dalam 8-12 minggu.
Lepas tu, tanya la apa yang patut kat admin instashop tu. Then, kalau dah decide nak order, follow je la instruction dia cara2 nak order.

Biasanya, lepas bank in duit admin akan minta bank in slip & details (nama, alamat, berapa unit, jenis phone) dan kena whatsapp kat dia.
Lepas dia check ok, dia masukkan dalam group whatsapp untuk batch sales pada waktu tu. So, any updates boleh tahu dari group whatsapp tu la.
Lepas tu, fasa yang paling struggle iaitu fasa bersabar. Serius, kena betul2 sabar kalau pre order ni.
Kalau ada stock delay lagi la menguji kesabaran. Nak tunggu 8-12 minggu tu lama sebenarnya.

So, lepas admin dah terima stok, dia akan check elok ke tak phone tu dan bermula la proses poslaju ke customer. Nanti dia akan update tracking number kepada semua customer. So, boleh la check phone tu dah sampai mana.
Akhir sekali, fasa menunggu van poslaju hantar iphone tu kat rumah dan melonjak kegembiraan.






Review

Aku order hari tu lebih dari satu unit iphone 5c refurbished set, tapi yang lain tu bukan aku punya la…orang lain punya. Aku punya satu je… So, aku berani cakap phone yang sampai tu memang confirm bukan klon dan berfungsi sepertimana iphone2 lain di luar sana. Aku pakai pun sedap je la.

Tapi, ada satu unit tu dia agak slow 0.02 saat berbanding yang lain. Rupa-rupanya dah update ke ios 9.1. Unit yang lain2 tu dah update jugak tapi update ke ios 9.2 dan berjalan sangat lancar. Kalau ikutkan iphone 5c sepatutnya datang dengan ios 7. So, disebabkan ini adalah refurbished set (2nd hand phone yang dibarukan semula), maka tak pelik la kalau dah diinstallkan dengan update yang latest.

Problem cuma kat iphone yang guna ios 9.1 tu la… slow sikit performance dia. Ni bukan aku punya, tapi adik aku punya. Aku tolong la settlekan apa yang aku tahu. Lepas buat research sikit, aku update terus iphone tu ke ios 9.3 guna itunes. Ok la sikit performance dia. Tapi, ada satu lagi problem dia iaitu screen tiba2 jadi over sensitive. Buka apps sendiri sedangkan tak touch lagi screen. Ni adik aku yang cerita benda ni sebab dia yang pakai phone tu. So, aku tak dapat nak pastikan macam mana keadaan tu.

Kalau dah tak dapat nak pastikan keadaan tu macam mana, kalau nak claim warranty pun susah jugak aku nak explain nanti. Warranty supplier 2 bulan je. So, sebab dia kadang2 je jadi, kira acceptable la. Buat masa sekarang dah ok dah la phone tu, harap2 ok je lepas ni.

Btw, iphone yang lain semua ok. Memang laju je la guna iphone tu. Yang aku punya memang ok je tak ada masalah. Nak install apa2 kat App Store semua boleh. Smooth je buka tutup apps. Berbaloi jugak la dengan harga RM200 dapat iphone yang sama laju macam iphone harga RM1000-RM2000 tu.

Satu je bila dah guna phone baru ni. Backup whatsapp chat aku kat phone lama tak boleh nak restore kat iphone baru yang aku pakai ni. Sebelum ni aku pakai windows phone. So, memang aku dah research habis dah, tak ada cara dah nak bagi chat history tu ada balik kat phone baru. Macam tak syok jugak la tak dapat nak tengok history chat2 aku sebelum ni. Sebab ada chat2 penting dalam tu. Kalau nak jugak tengok kena email chat history la. Tapi tak best sebab dia kena buka guna email, bukan kat whatsapp. Hmmm…

So, overall kira best jugak la pakai iphone ni sebab dia laju. Tukar2 apps semua nampak laju je. Cuma sangat2 limited nak ubah homescreen. Kalau dulu aku boleh susun icon kat windows phone ikut suka aku, kat iphone ni memang tak boleh buat apa. Icon 4 baris tu je la boleh buat. Yang lain2 semua ok. Aku bagi 4.5/5 la…







Patut ke pre order iphone?

Kalau tanya pendapat aku, aku tak galakkan beli smartphone secara online. Better beli smartphone kat kedai2 fizikal sebab warranty senang sikit nak claim. Kedai pun dah memang wujud. Kalau beli online, nak pulang balik phone kepada supplier untuk claim warranty je dah leceh dan makan masa. Belum lagi nak tunggu phone tu dipos semula pada kita.

Pre order ni pada aku sesuai untuk orang yang memang ada peruntukan duit lebih, tak tergesa2 nak pakai phone, seorang yang sangat sabar dan willingly to take high risk.

Masa aku order dulu memang aku takde pun nak cepat2 dapat iphone ni. Kira 12 minggu tu aku takde la menggelabah sangat nak cepat dapat iphone. Cuma time ada stok delay dan terpaksa tunggu lebih dari 12 minggu tu yang rasa risau dan tak sabar tu. Btw, aku order model yang paling murah je iaitu iphone 5c refurbished set sebab aku rasa pre order macam ni sangat berisiko. So, kalau ada jadi apa2 pun aku tak rugi banyak. Niat pun nak cuba2 je pre order ni.

Kalau korang perlukan phone segera, pre order tak sesuai. Kalau korang tak betul2 ada peruntukan duit lebih untuk invest, pre order tak sesuai. Kalau korang jenis yang tak boleh sabar pre order ni pun tak sesuai untuk korang. Pre order sesuai untuk ciri2 orang yang aku bagitahu tadi je.



OK.

Bukti iphone pre order sampai dengan jayanya aku dah bagi. So, korang decide la sendiri sama ada nak percaya pada instashop atau tidak. Kalau rasa nak pre order iphone dengan admin tersebut atau masih tak nak order lagi sebab masih kurang percaya tu semua terpulang pada korang la. Nasihat aku, untuk investment yang korang rasa “too good to be true” ni, kalau korang nak invest jugak, cari la yang bayarannya paling murah. Biar sikit, asalkan ada untung daripada invest banyak tetapi hanya dapat kerugian.

Tu je la aku nak share pengalaman aku dan pendapat aku tentang iphone pre order ni.

Rezeki masing2. Ada rezeki korang, korang pre order nanti sampai la iphone tu. Tapi, kalau ditakdirkan bukan rezeki korang, korang pre order ……………………………….(sila sambung sendiri). Haha….

All the best guys.

35 ulasan:

  1. boleh bagi nama ig tu tak? nak cuba beli jugak..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bagi nama ig yang aku beli tu aku x boleh bagi in public. Aku boleh listkan je instashop tu

      Gadgetmurahmeletop
      Ladiesannur
      Gadgetmurahmalaya
      Gadget_shop2u
      Ash.iphone
      Zul.gadget

      Ada banyak lagi aku rasa... Kalau nak tahu ig yg aku beli, email personal kat aku broley000@gmail.com

      Aku x janji aku akan bagitahu. Tp boleh try email aku kot2 aku nak bgtau.... Sorry x boleh bgtau secara public.


      Padam
  2. haah nak gak nama ig tu....usha2 dulu sementara dalam perancangan nak fon baru ni kan. cam best pulak baca cerita ko ni. berbaloi bhai pjg2 dan manfaat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf. Nak bagi nama ig yang aku beli tu aku x boleh bg in public. Aku boleh listkan je instashop tu

      Gadgetmurahmeletop
      Ladiesannur
      Gadgetmurahmalaya
      Gadget_shop2u
      Ash.iphone
      Zul.gadget

      Ada banyak lagi aku rasa... Kalau nak tahu ig yg aku beli, email personal kat aku broley000@gmail.com

      Aku x janji aku akan bagitahu. Tp boleh try email aku kot2 aku nak bgtau.... Sorry x boleh bgtau secara public.

      Wahhh baru baca dah berbaloi, belum lagi kalau dapat iphonennya... Kau buat kenduri agaknya nanti. Hahaha...

      Padam
    2. Dia jual iphone je ke bro? done meng-usha...hehehehhe
      and thanks bro!

      Padam
    3. Tak jugak... Macam2 dia jual.
      Welcome.

      Padam
  3. Balasan
    1. Tak la.. Belum ada rezeki nak jual phone. Baru ada rezeki nak beli phone je.

      Padam
  4. Baca review kau ni buat aku rasa nak je beli.
    Weyh, emel aku ig shop tu please.

    ceroofcerolian[at]gmail[dot]com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri aku menghasut ke? Apsal semua nak beli pulak ni... Haha..

      Patutnya kau yg email aku dulu cEro. Terbalilk pulak... Btw, ig shop tu ada kt dlm list aku bg. Tp kau nak aku email gak kan? Tgk la nanti camne.... Hehe...

      Padam
  5. terbaca entry sepintas lalu . dah beli pre order dekat 5 biji hp dah mmg berbaloi tunggu . byangkan lah harga asal boleh beli dua biji pre order .
    order asus zen c RM150 ja . tapi tempoh mennggu lagi . mmg kena sabar banyak pre order nie .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ada pernah beli jugak eh?? Syukur la phone tu sampai. Betul tu, pre order ni kalau tak sabar, memang susah la...

      Padam
  6. berbaloi dpt beli dgn harga murah & dpt kualiti yang tak kurang hebatnye. cuma, azabnya MENUNGGU tu je lah. pastu kalau sampai mmg berbaloi. kalo tak sampai je lah tak berbaloi hehehe

    setakat ni aku pernah order phone melalui Lazada je.dua2 phone tu aku belikan utk adik aku dan syukur dua2 sampai dengan cepat sbbnye kat Lazada bknlah pre-order.

    bab handphone, aku tak mampu bersabar utk pre-order. tapi kalo untuk kasut, yes aku rela tunggu biarpun berbelas minggu kikikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai ana. Lama x dtg sini.. Ini bukan ada org hack pastu komen kat sini kan?? Haha....

      Pre order memang murah sikit tapi terpaksa la menunggu. Kalau sampai memang sgt berbaloi la. Kalau x sampai tu boleh menangis wehh..

      Ohh kat lazada tu memang dh ready stock. Tapi member aku pernah beli jugak phone kt lazada. Sampai2 dpt kotak je... Nasib boleh dpt yg baru deal dgn lazada. Beli gadget secara online ni memang x berapa bagus sgt la...

      Handphone yg nak dibeli tu kalau keperluan aku pun x sabar menunggu. Tapi sbb ada phone lain yg masih boleh guna, survive jugak la aku nak bersabar tu..

      Kira kasut bukan satu keprluan la kan bagi kau. Ye la kasut memang dh berlambak. Tambah kasut pun just nak puaskan nafsu kan?? Bukan keperluan... Hehe...Tu yg boleh bersabar tu.

      Padam
    2. tu la lama tak dtg. makin bizi pulak aku rasa semenjak dpt new partner skang nih kikiki.. weyhhhh ini bukan org hack lah. ini betul2 ukan chobaannnnnn hahahaha

      tudia beli phone dpt kotak je?? sipbaikla boleh dpt yg baru noh.. kalo tidak jenuhla berendam ayaq mata =P

      tu la psl kalau KEPERLUAN, memang direct beli kat kedai je senang. ape2 hal jadi pon senang nak pegi tarukkkk tauke kedai tu balik kikiki

      Padam
    3. Aku ingat new partner tu tolong kau. Dia buli kau rupanya ya... Tetiba lak makin busy. So, nak aku settlekan x? Bagi sampai dia berenti kerja terus, amacam?? Hahaha...

      Tu la nasib baik dpt phonenya. Tp kalau x dpt pun xde punya bernedam air mata aku. Bukan aku punya pun, member aku punya....

      Betul tu... Keperluan beli direct kat kedai. Investment xpe beli online...

      Padam
  7. Lama nak tunggu, macam ni gayanya tak sesuai untuk Mrs. A yang kurang sabar nih!

    Tapi itulah sabar separuh daripada iman berbaloi-baloi dapat harga macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup memang perlukan kesabaran tg tinggi kalau nak beli preorder ni. Berbaloi tu memang berbaloi la sebab harga murah kan...

      Padam
  8. Macam nak try pulak beli bila baca review ni. Kualiti kamera dia okay tak? Sebab kadang-kadang bila beli refurbish, kualiti kamera dia ada yang tak elok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tanya aku, camera ok lawa je...tapi refurbished set ni memang ikut nasib jugak kadang2. Kadang2 ok phone tahan lama. Kadang2 baru sebulan dua dh buat problem. Aku punya ada pulak problem sikit lepas sebulan pakai. Adik aku punya ok je... Rezeki masing2 la.... Kalau nak cuba2, aku advice beli new set je walaupun preorder...

      Padam
  9. Hi admin! :D saye rncng nk beli iphone 6 refurbished preorder. Based on your experience, okay ke x refurbished ni? Cpt rosak ke? Camera okay x? Button ade yg cpt rosak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Refurbished set ni ikut nasib. Kadang2 memang tak ada problem apa pun. Boleh pakai phone dengan baik dan tahan lama. Refurbished set ni boleh jadi 2nd hp yg dibarukan semula. Possibility utk ada problem tu still ada selepas bebrapa bulan pakai. Doa2 takde problem la. 1 je yg ada problem daripada 3 phone refurbished yg saya order. Button seeloknya pakai on screen button.

      Padam
  10. salam admin .cuma nak terbitkan sedikit kemusykilan bab bab beli iphone secara online. kenapa still ada kedai yang jual iphone 4,4s,5,5c (bukan niat memerli) sebagaimana kita tahu pengeluaran model2 tersebut oleh syarikat apple telah ditamatkan. mengapa masih ada? terima kasih harap sudi berikan jawapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Apple memang dah stop pengeluaran tapi kadang2 stok masih ada pada supplier2. So, masih ada stok2 yg tak terjual. Sebab tu masih ada lagi jualan ip 4, 4s, 5 ni.... Lagi satu hp second yg org tolak kedai, diorang boleh jual semula dengan jadikan refurbished set.

      Padam
  11. [pembetulan] kenapa still ada kedai yang jual iphone 4,4s,5,5c (bukan niat memerli) sebagaimana kita tahu pengeluaran model2 tersebut oleh syarikat apple telah ditamatkan (dan harga yang ditawarkan lebih kurang sama seperti harga original iphone itu sendiri). kadang2 juga seller iphone online ada menyatakan SEALED (privately packed) sebelum para pelanggannya membeli produk mereka. jika sebuah unit iphone tersebut benar2 SEALED bermakna ia diimport dari luar negara atau dari Malaysia sendiri. Dan jika ianya iphone import , adakah pengeluarannya sah di sisi undang2 negara mahupun syarikat apple sndiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah jugak soalan bro ni.. Saya cuba jawab mana yg boleh. Kalau import set sefaham saya memang barang daripada luar Malaysia la dan rasanya tak ada masalah pun import barang dari negara luar utk dijual di Malaysia.

      Untuk pengeluaran tu, kalau kilang negara luar tu authorized producer sepatutnya sah di sisi undang2, tapi kalau takde license dari apple tu tak sure lah. Benda pun jadi kat luar negara, saya pun tak tahu sgt. Percaya kat seller je la apa yg dia cakap. Wallahualam..

      Padam
  12. Assalam bro ley nnti cek email ya. Saya ad email bro ley ☺️☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Nanti saya update entri baru utk balas email semua org yg tanya pasal iphone preorder.

      Padam
  13. Bri beli time flash sale eh? Sy mcm tau je beli kt mne . Skrng ada sale plak 5s 32gb rm210 , 5s 64gb rm220

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke tahu?? Power la kalau tahu.... Tapi dah beli lama daripada tahun lepas. Bukan flash sales. Rasanya tu ig lain kot...

      Padam
  14. Assalammualaikum bang .. Start bile mula order dan bile smpai ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Order hujung bulan 11, dapat hujung bulan 4. Yeahh.. So, kesimpulannya memang ada delay.

      Padam


  15. IPhone 6s Deals

    https://www.fonegiant.com/apple/apple-iphone-6-16gb-gold-unlocked-excellent-condition.html
    Please Click below website here & Get information about IPhone 6s Deals.

    BalasPadam
  16. Nak nama ig yang awak beli iphone pre order tu boleh tak? Please

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah takde ig tu, sebab dah lama. Saya sarankan better beli direct dari kedai lebih kurang risiko dan lebih mudah utk urusan warranty.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...