Iphone preorder murah yang viral

Salam.

Sekarang ni viral kat Instagram pasal iphone murah, iphone refurbished dan iphone preorder semua tu…. Then, ramai la yang order sebab murah sangat. Lepas tu, ramai la jugak yang tak sabar2 nak dapat barang yang diorder sampai spam group whatsapp banyak kali. Semak jugak aku kalau dah tiap2 hari dapat notification dalam group tanya benda sama je… “admin, bila nak dpt iphone?”, “admin, iphone mana?”...duhh..

Aku ada jugak order, boleh je aku chill….haha… tapi entri ni bukan nak cerita pasal aku. Kalau dapat barang aku alhamdulillah, tapi kalau x dapat…..hmmm…entahlah, tapi masa aku beli tu aku memang dah siap sedia dengan apa2 possibility. Wang yang aku keluarkan tu memang banyak tu je la aku sanggup tanggung risiko kalau kena tipu pun. Sebab online shopping ni senang je nak kena tipu, tapi seller yang aku beli ni kira trusted jugak la…. So, aku berharap tak lama lagi barang tu sampai la…

Sumber gambar
Jadi, aku nak tanya korang, korang kalau ada bisnes jual iphone korang nak ke jual murah sampai sanggup kurangkan harga sehingga RM500 dari harga standard jual kat kedai2?
Aku rasa takde siapa nak jual murah sampai cut harga dari RM700 jadi RM200…
Melainkan korang tetap dapat untung yang berbaloi even jual pada harga rendah macam tu…

Korang bayangkan aku pre-order iphone 5c refurbished dalam RM200 je…
Harga average kat kedai pun lebih kurang RM700 (ni aku refer harga kat lazada…)
So, berapa sangat la untung dari jualan iphone berharga RM200 tu???

Mesti korang rasa supplier dapat murah apabila beli borong kan??
Aku cuma nak tanya, ada ke retailer/store yang sanggup bagi diskaun sampai 70% (RM500/RM700 x 100%) kepada supplier kalau beli secara borong??
Let’s say… korang ada stok barang, then ada orang nak beli barang korang tu….
Korang rasa la… korang mampu ke nak bagi diskaun sampai 70% sebab orang tu borong banyak?
Rasa susah bukan???

Tapi, macam mana boleh ramai pulak yang jual iphone murah ni? Barang pun mostly original. Walaupun secondhand dan refurbished set, masih lagi dikira original…
Pelik kan??

Sumber gambar
So, entri ni sebenarnya tentang persoalan yang bermain2 di kepala aku….
Sebelum tu, aku nak bagitahu… apa yang aku nak sampaikan ni tak semestinya menggambarkan situasi sebenar igshop yang jual iphone murah ni. Ini hanya kemungkinan dan assumption aku sahaja….

Idea untuk entri ni aku dapat pun daripada perbualan dengan seorang kawan aku.

So, macam ni…..
Pada pandangan aku....
Kebanyakan iphone murah ni semuanya dijual secara preorder. Preorder bermaksud customer terpaksa bayar dulu dan barang akan dapat kemudian. Mungkin customer tepaksa tunggu sehingga 8-12 minggu ataupun lebih lama lagi….

Tujuan preorder

Mengikut instashop: Untuk order secara pukal bila dah kumpul duit dari customer semua.
Pendapat aku: Untuk seller dapat pegang duit tu dulu, then gunakan duit tu untuk invest dan mendapatkan profit.

Aku nak cerita pasal pendapat aku je..
So, macam mana seller dapatkan profit dengan duit preorder tadi?
Macam2 jenis investment diorang boleh buat untuk dapatkan profit bila dah ada modal ni, contohnya….
Main Forex.

*seller yang aku maksudkan bukanlah admin instashop, tetapi seller yang akan supply barang kat admin

Hukum main forex korang boleh refer sendiri kat zaharuddin.net, atau mana2 website lain yang boleh dipercayai. Aku setuju dengan pendapat ustaz zaharuddin yang forex itu haram. Kalau korang rasa lebih yakin dengan pendapat yang kata forex tak haram, terpulang pada korang. Aku bukan ustaz pun….tapi seeloknya jauhkan diri dari perkara syubhah…

Ok, cerita pasal forex…

Main forex ni kalau pandai main, sehari dua pun dah boleh buat untung ribu2.
Korang bayangkan kalau sehari boleh untung cecah seribu.
Kalau seminggu dah berapa ribu???
Kalau 8-12 minggu( 2-3 bulan) dah berapa ribu???
Tapi, kalau rugi pun beribu2 jugak la…..

Macam mana main forex boleh dapat untung banyak tu?? Macam ni…..

Contohnya, korang beli dan trading wang USD 1,000.
Masa tu kadar matawang USD1.00 = RM4.00
So, jumlah modal diperlukan = USD 1,000 x 4 = RM 4,000
Dengan kaedah leverage, USD 1,000 tadi boleh jadi USD 100,000. (Nisbah 1:100)
So, boleh trading USD 100,000 walaupun hanya bayar pada harga USD 1,000. 
Untuk menyambung contoh ini, dijadikan cerita….. 
Pada keesokannya US dollar meningkat menjadi USD1.00 = RM4.0010 (tak sampai satu sen pun naik)
Then, korang decide untuk jual/close position USD 100,000 tadi pada harga tersebut
So, untung yang korang akan dapat dari jualan = USD 100,000 x (4.0010 – 4.0000) = USD 100 
Dalam ringgit korang akan dapat = USD 100 x 4.0010 = RM 400.10

Nampak tak?? Tak sampai satu sen pun duit dollar naik, dah boleh untung sampai RM400…. Banyak tu…
Cuba kalau US dollar naik seposen, dah jadi untung RM41, 000 dah….
Ni baru kalau modal RM 4,000…
Kalau dah berlambak2 customer order, tak ke beribu2 modal seller ada..

Ini hanya contoh mudah secara general kalau main forex. Aku touch on the surface konsep forex sahaja bagi mudah orang ramai faham. Cara sebenar main forex aku pun tak tahu, sebab aku pun tak pernah main lagi. Haha… Tapi berdasarkan apa yang aku baca, lebih kurang macam tu la cara dia…. (Kalau ada siapa yang lagi tahu pasal forex dan rasa apa yang aku tulis ni salah, sila inform aku…)


Sumber gambar
So, disebabkan investment yang berbaloi2 macam ni la, aku rasa seller boleh jual iphone dengan harga murah. Sebab untung pun dah banyak sepanjang guna duit customer 2-3 bulan tu untuk buat modal, so takde hal la takat nak beli iphone dan jual balik pada harga yang lebih murah kepada customer….Duit customer yang dikumpul banyak2 tadi hasil preorder tu pun dah banyak membantu seller untuk make profit berganda2. Setakat tolak kos beli iphone untuk diagihkan kepada customer, tak luak mana pun rasanya untung tu…. Tapi, ni kalau cerita investment tu menguntungkan la… kalau rugi, kena fikir sendiri la….

Ini hanyalah assumption aku. Tak semestinya seller yang jual iphone murah ni main forex. Maybe seller ada investment lain yang sangat menguntungkan diorang sampai mampu untuk cover cost bisnes walaupun jual iphone pada harga murah… Agak pelik seorang seller nak jual iphone dengan harga yang tersangat murah tanpa fikirkan untung rugi sendiri.

Semua bisnes ada untung rugi.
Aku rasa untuk item preorder ni diorang dah setkan target untuk capai untung berapa banyak dari investment then baru boleh beli stock iphone untuk batch tersebut. Kalau tak capai target, maybe akan delay stock.
So, kalau delay stock…habislah semua customer meroyan kat group whatsapp. Aku pun semak. Harap2 cepat la dapat iphone group batch aku tu…aman sikit…

Ini hanya pendapat aku tentang igshop yang jual iphone murah ni.
Bukan aku nak cakap admin igshop tu buat benda yang macam yang aku cerita ni…
Mungkin admin igshop hanya ambil order dan dapat commission sahaja, takde kena mengena dengan investment tu pun…
Investment tu more on orang atas2 punya part la….

Kalau bukan ada something else yang diorang buat boleh buat untung, aku rasa masih ragu2 dengan kebolehan instashop ni semua jual iphone begitu murah..

Ok..tu je kot...
Harap korang faham la apa yang aku sampaikan ni. Kalau ada yang tak sependapat dengan aku atau nak bangkang aku ke..., boleh la utarakan di ruangan komen. Mungkin korang punya pendapat tu lebih betul dari aku…

Kalau korang bosan2, boleh jugak baca kat carigold forum orang discuss pasal iphone preorder ni..

Atau korang boleh baca penjelasan dan pandangan dari Momo Phone Accessories pasal iphone preorder jugak...


Disclaimer:
Entri ni hanya untuk mengajak anda berfikir.
Bukan untuk menuduh mana2 pihak perkara yang bukan2.
Sila baca dengan hati yang terbuka dan open-minded.
Terima kasih.



Baca lagi:




82 ulasan:

  1. hahahha aku tak terfikir mcm kau sampai tahap forex bagai. aku just fikir samada tipu atau tipu. tapi tempting, esp gopro tu huehuehue

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha....jahat kau nak cakap aku kena tipu la ni...cehh.. tapi ada possibility jugak sebenarnya.

      Yg aku tulis ni assumption paling postif aku boleh bagi setakat skrg. Kalau assumption paling jahat aku,dia akan jadi macam ni:

      Diorang guna skim ponzi. Means duit dari customer baru yg baru bank in akan digunakan utk beli barang customer lama yg dah order lama. So, lebih kurg macam tu la. Once dah xde customer baru yg order n bank in.....tadadaaa.. GAME OVER la... feedback awal2 tu pancing je... Haaa.. ni paling negatif punya assumption...

      Skim Ponzi

      Tapi tu la tempting giler dia punya iklan. Takpe bg chance dulu kat instashop ni. Once dah lebih limit day utk aku tunggu, aku mintak refund...

      Padam
  2. belum penah jumpa orang jadi kaya dgn main forex...sume penipu je tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin la... aku pun tak tahu. Dari segi konsep boleh je buat untung kalau main. Cuma reti x reti je. Banyak jugak aku dengar yg main forex rugi... tapi ada jugak yg untung.

      Padam
    2. Benda tak legal kat malaysia, kau ingat kalau diorang tunjuk kaya diorang tu boleh senang2 lepas ke?

      banyak yang aku jumpa pulak, kalau yang jenis selamba buat 80k sebulan ni, diorang silent je. Ko nak tau ko kena korek, kalau tak memang diorang diam je :)

      Padam
    3. Xde pun tunjuk kaya. Cuma aku ada terbaca blog org main forex,then dia tunjuk income dia dpt setiap 1-2 hari boleh cecah seribu dua ribu... Tu pun x byk dia post, x sampai sepuluh...

      Memang kalau tunjuk kaya sgt payah la nk lepas dgn lhdn ke, bank negara ke...

      Btw, kalau dh tiap bulan masuk akaun bank 80k, bank negara x check ke? Mesti mcm suspicious je individu tiap bulan 80k duit masuk...kalau memang ada Company x pelik la...

      Padam
    4. Malaysia je x bagi trade fx ni. Kat dubai dan negara islam lain ok je. Sebab tun mahathir loss dulu trade. Pastu terus tak bagi. forex ni sama je macam saham2 lain. Cuma saham ikut ekonomi,aset dan fundermental company. Forex ni skop besar coz main aset dan funder negara tersebut. Ramai je yg kaya dlm bis forex ni. Sama gak cam bis lain. Dr 100% hanya 5% je yg berjaya.

      Padam
  3. Oleh sebab itu kau wajib buat entri khas bagitau apa kesudahan order iphone kau tu. Betul ke, tipu ke. Hehehe

    AKu tak gemar sgt shopping online unless trusted. Dan trusted aku tu tak sampai sebelah tangan jari je pun kiranya. Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak kena buat entri mcm tu, kira aku mempertaruhkan duit aku weh..haha.. Tapi, xpe nanti aku bgtau gak dapat ke x iphone refurbished tu.

      Aku pun x suka sgt shopping online. Ni sbb adik aku tunjuk aku iklan la ni, aku rasa nak cuba2 beli. Target brg pun kategori murah2 je dulu...

      Aku trust je kat admin igshop tu. Tp aku x trust diorg punya supplier. Supplier game admin, aku sekali kena game la jawabnya..

      Padam
    2. Ape ig shop die , brg dh smpai ker ?

      Padam
  4. aku pon x berani nak beli pre-order ni.. kalau sket2 duit xpelah tapi kalau sampai beratus2 seriau jugak lah

    selamat pakai ipong!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau x berani, tak payah beli. Aku x recommend pun beli gadget secara online. Nak claim warranty nanti leceh..

      Aku beli iphone preorder ni pun sebab murah sgt nak banding dgn harga normal. So, nak test la boeh percaya ke x boleh percaya instashop ni...

      Terima kasih. Harap dapat pakai la..wuhuhu..

      Padam
    2. So barg dh smpai belum , ape ig shop die

      Padam
    3. Yup sampai @unknown

      Tapi ig dia dah takde lah. Dah lama dah beli ni.

      Padam
  5. Tengok harga murah sangat macam something fishy di situ.
    Tapi ada logiknya jugak bila baca entry Bro Ley ni.

    Later jangan lupa hapdate pasal iphone pre-order tu ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tgk harga iphone murah macam tu, memang nampak tak masuk akal... Tp setakat ni, pandangan kt atas ni je la sy boleh bg utk nmpak logik bisnes diorg ni...

      Ya..nanti sy hapdett...x sabar juga nk tahu kesudahan hp sendiri ni..huhu..

      Padam
  6. kalo dah dapat iphone tu roger2 eh n kasitau sekali mcm mane condition dia. nak gak beli. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya2..aku hapdet review terus je nanti senang..haha..

      Padam
  7. Balasan
    1. Sama la... Sy pun musykil gak nii.. Tedi ni tedi bear ke manusia..hoho..

      Padam
  8. uish, macam mana aku tak tau pun benda ni viral? nampak sangat tak amek port. hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda ni viral kt instagram je bro... Berlambak instashop jual... Aku pun tahu dr adik aku hujung tahun lepas. Tgk tahun ni makin menjadi2 lak..huhu..

      Padam
  9. iphone.., preorder..., viral.., forex.,
    errr ok.., dunia oh dunia., :P huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita hidup kat dunia kena tahu jugak pasal dunia kan..huhu... Biasa la iphone kot...mesti la mcm2 cerita dia....

      Padam
  10. Ek?...aku pun xsabau nak tunggu entri iphone ko tu...misi cari phone sekarang nih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar2... Kau jangan tak sabar sgt, nanti takut kau menyesal je baca entri iphone aku tu. Huhu...

      Padam
  11. Forex ni kalau nak berjaya 20% ja...kbanyakan kna tipu...so berhati - hayi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke? Tak tau pulak probability dia macam tu. Aku memang xde plan pun nak join. Macam aku bagitahu kat atas, aku follow ustaz yg kata benda ni haram. So, x perlu risau kena tipu

      Padam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok bro. Sorry la kalau terasa entri ni macam memfitnah online seller iphone ni. Saya cuma bagi assumption untuk semua orang berfikir dulu sebelum buat keputusan.

      Sebabnya, saya masih lagi musykil macam mana instashop boleh jual semurah itu. Care to explain bro?

      Antara persoalan saya;
      Contoh harga iphone 5c refurbished rm200.
      Dengan harga rm200 ni berapa banyak untung yang:

      1. Kilang dapat?
      2. Supplier dapat?
      3. Admin instashop dapat?

      Kos phone tu pulak dah berapa?
      Kos penghantaran dari kilang ke supplier/instashop dah berapa?
      Kat lazada phone ni harga rm600-rm700.

      Maaf bro... Kalau ikut logik saya nampak macam bisnes ni tak menguntungkan. Tapi hakikatnya memang menguntungkan kan bro??
      Kalau bro boleh explain behind the scene apa sebenarnya yg berlaku( bro nampak sendiri, bukan dari kata2 supplier) memang terbaik la....

      Btw, terima kasih ya bro. Dengan kewujudan ramai online seller macam bro ni la saya dapat pakai iphone dengan harga yg sangat murah. Saya support je semua instashop ni, tapi hati2 bro. Ambil tahu everything yg sebenarnya berlaku macam mana phone tu boleh jadi murah. Saya memang xde access untuk itu. Semoga berjaya dengan bisnes bro.. Good luck. :)

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Terima kasih bro di atas explanation yg panjang lebar dan jelas ni. Kalau ikut penjelasan bro memang possible phone boleh jd murah atas sebab2 di atas. Kepercayaan saya di atas konsep yg bro bagitahu ni jugak mungkin lebih tinggi kalau phone yg dijual tu adalah phone android.

      Tapi, sebab phone yg dijual adalah iphone dan banyak refurbished set, saya ada sikit lagi rasa pelik macam mana boleh datangnya set refurbished yg begitu byk sekali.

      Refurbished= 2nd hand phone yg dibarukan semula

      Maksudnya, memang banyak ke kilang tu dpt 2nd hand iphone? Memang banyak ke iphone reject yg kilang ada?

      Maaf sebab iphone refurbished dari apple sendiri pun agak terhad. Tetapi di kilang2 lain boleh jadi begitu banyak pulak stok diorang. Rasa pelik sikit la kat situ...

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    8. Ok bro. Thanks utk expanation panjang lebar ni. Maaf kalau ada tersinggung dgn ayat2 saya. Semoga bisnes bro berjaya dgn cemerlang...

      Padam
    9. Hi bro Kanol. Is there any way for me to contact you?

      Padam
  13. Kalo market jual rm700, pre-order jadi rm200? Susah nk percaya. Tapi kalau cite pasal iphone atau brng murah secara online ada beberapa faktor ikut pndngan aku:
    1) money laundering sebab nk transfer duit dari pernigaan x sah atau jenayah biar rugi asal duit boleh digunakan secara legal
    2) sindiket curi phone dan lock phone
    Dismantle jadi phone lain atau nk easy cash
    3) scam - mcm satu kes yg mamat jual ipad dulu, first round deliver semua order masuk 2nd 3rd lari dgn duit.
    4) mungkin ada yg betul, dapat special diskaun atau beli bulk atau last clear stock nk gulung tikar atau nk exchange stock ke cash dgn cepat


    Sebab semua org dlm dunia ni merasakan dapat jimat itu untung benda ni akan terus mndapat sambutan. Cuma kesian beb yg kena kencing tu..

    Tmbahn mngenai iphone xde spare parts yg original daripada pihak selain apple, kalau ada msti second hand atau tipu.
    Sedangkan machine pun x boleh nk repair semua bnda ni kedai hp biasa2 ckp parts dia ori.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks bro bagi pandangan. Semua yg kau bg tu memang ada possibility nak jadi. Tapi buat masa skrg elok la fikir positif dulu dan amik yg no 4 tu. Diorang beli bulk so dapat diskaun sbb instashop yg claim macam ni. Dan aku beli pun xde kena bohong.

      Spare part ori tu memang kat kedai selain apple byk yg tipu je. Aku x expect pun everything yg aku beli tu original. Phone memang original tapi charger, accessories n etc tu memang expected la ianya just yg murah2 punya...

      Padam
  14. So bro suggest beli yg kat kedai atau pre order? Sja tnya sbb teringin jugak nk pakai ... Pre order smua refurbished ke? Sbb nmpak kat satu page jual ip se pre order.. Tq #jgnkecamsya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suggest beli kat kedai better utk barang2 gadget ni. Sebabnya kat kedai nak claim warranty lebih mudah berbanding beli online di instashop yg tiada kedai fizikal.

      Boleh baca kat sini utk tahu pendapat saya:
      Review: Iphone 5c refurbished set (pre order)

      Pre order bukan semua refurbished. Memang ada yg set baru terus.

      Padam
    2. kebanyakan iphone SE preorder adalah Myset. so warranty boleh claim ngan apple takyah claim dekat igshop tempat awak beli. bawa ja kat mana2 centre apple

      Padam
  15. assaalamualaikum bro, aku baca posting ni ade tergelak ade nk marah, hahahaha

    dan aku search pasal preorder ni sbb awek aku sibuk tanya pasal iphone preorder sbb kawan2 die sume dah sampai ..

    ade istilah yang kurang enak iaitu "main forex" bunyi die seperti "main nombor" buruk kan ? tapi istilah sebenar "trade forex". main forex sama mcm judi sbb main and not trade with tecnical analysis.

    nak tahu forex haram atau halal you must get someone who know deeply about forex, ramai ustaz yg menjatuhkan hukum tapi pernah dia trade forex? so di sebabkan itu aku letakkan link ustaz yg tak asing bagi kita Ustaz Ahmad Dusuki. meja office die sebelah pekerja bank curency analysis.

    sy minx bro dengar dengan teliti :
    https://www.youtube.com/watch?v=B4KEH_NYrWw

    Sebab tu berbeza org memberi pendapat tentang sesuatu kalau die mendalami dan tahu sesuatu benda dengan org yang hanya faham atas angin ja.

    forex very easy to make money but also can trap u kalau takde ilmu yang cukup. sbb forex bukan hanya sekadar trading tetapi ia meliputi aspek emosi, money management, psycology, tecnical analysis and fundamental.

    orang yang banyak duit iaitu otai2 dlm forex mmg tak tunjuk duit die banyak sbb diorg cukup2 bersyukur Allah bagi rezeki dengan kemanisan bila dapat witdraw.

    dan satu sbb mengapa forex trader yg kaya2 silent sbb forex not legal in Malaysia. and mmg pemikiran org malaysia kalau forex je haram padahal die x tahu secara mendalam benda tu tiba2 ckp haram.

    kalau anda kaji fatwa di setiap tempat mesti berlainan termasuk antara negara2. why ? sbb ada sesuatu yang dijaga(forex direct to the bank, x dikenakan cukai) lagikan kalau 10k,50k,100k masuk bank every month, pihak bank pun amik tindakan pasal bnde ni. Malaysia ada ke nak bagi rakyat die senang? so thats all ya .. just bagi pendapat dan perbetulkan ape yg salah.

    dalami sesuatu ilmu sebelum jatuhkan hukum. assalamualaikum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam bro. Terima kasih bagi explanation lagi mendalam pasal forex. Point entri ni bukanlah aku nak cerita halal haram forex ni pun. Ianya hanya salah satu contoh investment yg aku boleh assume. Tak semestinya betul pun. Boleh jadi peniaga ni invest benda lain.

      Berbalik kepada isu halal haram tadi, aku respect semua pendapat ustaz sama ada yg kata forex ni halal atau haram. Semua ada point diorg yg tersendiri. Cuma aku lebih selesa ambil pendapat ustaz zaharuddin kata benda ni haram.

      Kalau bro selesa dgn pendapat ustaz ahmad dusuki tu, terpulang la... Aku bukan ustaz utk tentukan halal haram sesuatu, bukan tuhan nak tentukan dosa pahala org. Aku follow mana yg aku rasa hati aku lapang. Dan aku prefer elakkan dari perkara yg syubhah. Tu je....

      Maaf bro, aku bukan condemn org yg trade forex pun. Utk tahu sesuatu hukum tu aku memang prefer dengar pendapat byk2 ustaz dulu. Lepas tu aku decide la mana aku nak pilih. Aku x paksa pun org terima pendapat aku atau ustaz yg aku follow pendapat dia tu. Its up to you bro. Asalkan dah refer kat ustaz before buat decision macam ni.

      Btw, kenapa pulak nak gelak baca entri aku? Dan kenapa pulak nak marah baca entri aku? Mohon jawab bro. Huhu....

      Semoga apa yg kita buat dan apa yg kita pilih sentiasa berada dalam syariat islam yang benar. Good luck bro..

      Padam
    2. Dr zaharuddim org yg plg pakar dlm bidang nii...seeloknya guna pendapat dia

      Padam
  16. Klu phone kita x sampai jgk buat report polis dn jabatan pengguna. Sy pon order pre order jgk. Katanye smpai raya ni. Harap org melayu kita sndri yg niaga ni x tipu la. Amin.. sama2 muslim. Kita pon nk beli dkt bangsa sndri klu boleh kn. Harap x tipu la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya punya dah sampai dah. Alhamdulillah. Yup betul tu, kita memang kalau boleh nak support bangsa sendiri, tapi adakalanya bangsa sendiri jugak yg menipu tu... Tapi saya doakan barang awak smpai before raya. Kalau ada nampak mcm scam je, buat la report...

      Padam
  17. aku pon pernah order tapi ambik masa 4-6 minggu..lama juga la tapi berbaloi bile dah dapat..sesetengah penjual kt igshop tu dyeorang maen saham menggunakn duit custemor yg order untuk keuntungan mereka jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la tunggu lama kalau dpt memang berbaloi. So, kalau diorg main saham kira lebih kurang la dgn assumption aku bg kat entri atas ni. Cuma aku assume diorg main forex. Tapi, ni just assumption je.. Mungkin yg kau beritahu diorg main saham ni lebih betul...

      Padam
  18. Saya ada beli iphone dengan member,dia kata dia tolong kawan dia promote..katanya iphone tu ready stock,tpi lepas duit dah bayar,dia ckp kt saya,agen nya cuti..akan dpt slps raya kelima..padahal katanya 2-3 hri smpai..lpaa dh byr bru dia nk ckp cmtu,sblum byr punya la manis janji..tpi kan,macam pelik la,orang berniaga ready stock ni,ada ke bisnes main cuti2?mntk pndapat..geram ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. X sure la pulak... Biasa ready stock dh boleh terus dpt dlm 2-3 hari. Tapi ni nak raya kan, maybe jugak diorg cuti. Lagipun poslaju x hantar barang dah start 28/6 hari tu rasanya... Tapi kalau boleh self pickup,alasan poslaju x hantar barang time raya ni x berapa strong la.... Btw, bisnes sepatutnya layan customer la, kalau x dpt barang jugak nanti try minta refund...

      Padam
  19. assalammualaikum bro, bro other dengan ig shop nama apa ? sya mau other Ip tpi ragu2 dgn igshop yg lain,. sbb bro sdh dapat ip sya mau jugalah other dengan dia,. . minta nama igshop dia bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, boleh email personal saya kat broley000@gmail.com

      Maaf saya x boleh bagitahu in public.

      Padam
  20. skrg ig ni tgh buat pre order.. mmg trusted! tggu xyah smpi 6,7bulan.. nak tggu brp lm? korg tgk sniri la kt ig dia.. ig : @gadgetbycomey .. sorry tuan tanah. sy tlg promote ja..sbb dia kwn baik sy..dan alhamdulillah mmg blh dipercayai..sbb tu brani bgtau blogger2 smua..lgipon mana tau kot ada rzki dia.. thanks tuan tanah dan smua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok...Welcome. Jangan promote scammer sudah lah ya...

      Padam
    2. xde pun ig tu.. gadgetbycomel

      Padam
  21. saya juga ikut pre order 10/5 sampai sekarng belum dapat, ktanya 1 bulan da dapat, terus saye tanye lagi sebelum raye katanye di tahan olej kastam,,pelik kan. harap sya dapatbulan ini da 3 bulan sye belu dapat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh cepatnya satu bulan dah boleh dapat. Biasa 3 bulan jugak la tu pun kalau takde delay. Biasa memang akan ada delay. So, dah dapat belum iphone nya?

      Padam
  22. Jual dgn harga yg murah bkn sesuatu yg pelik. Ip5s 32gb us set.. original new set. Boleh dapat dgn harga 150usd sahaja.. tapi bila masuk malaysia pelbagai cukai dikenakan sehingga harga iphone tersebut melabung tinggi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk tnye, sy bli dr bulan 2 hari tu, sampai hari ni xdapat lg, dia kata kena tahan kastam juga, kalau kita tunggu lama sngt buat report bole ke? Kalau bole, kt mana bole buat?

      Padam
    2. Hmm.. still ada peliknya bro kalau jual terlampau murah. Macam jual barang takde untung. Kalau takat murah sikit je tu boleh la tak nampak pelik....

      Padam
    3. @Tanpa Nama

      Haah kadang2 memang boleh kena cukai kastam kalau nak bawa barang masuk Malaysia. Maybe la tak lepas kastam... Boleh buat report kalau tak dapat. Rasanya kena report SKMM kalau online sales ni... atau KPDNKK ke...

      Padam
  23. saa pon cadang nk order iphone pre order. tapi takut tak ori. tpi admin ckp dia bli jugak dan dia sendiri pi kat kedai iphone and thanksully its ori. Bmn tanak bi yg kat medai tapoi tak mampu. Uhuks. ajar lagi so no money. utgla org yg style klu nk fon ka apa ka minta ja kat mak bapak tpiy family? nope. jeles jugak tgk org senang tapi t pa la maybe parents nk ajar berdikari. opps terluah perasaan pulak. just pray for me. i hope admin tu tak tipu dan ori. aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iphone preorder biasa ori je cuma kadang2 tu refurbished set la. Kalau ready stock murah tu baru suspicious tak ori. Preorder ni biasa problem dia adalah delay yg sgt lama..

      Btw,nak bagitahu sikit. Sorry.Lepas ni taip elok2 sikit ya...Susah nak faham awal2 baca tadi. :)

      Padam
  24. pre order import set tu sbb model 5,5c,5s da xde harge kalo kat negara mcm U.S dgn Euro...sbb tu kna tggu lama..tggu brg tu smpai dr tmpt jauh n shipping murah amik mase kot -..-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau xde harga pun still terlalu murah sebenarnya harga preorder kt malaysia ni. Bab shipping kalau pakai kapal laut memang lambat sikit. Tapi kalau delay berbulan2 tu terlalu lama sebenarnya...

      Padam
  25. Bro dah dapat ke preorder tu?
    Saya kena tipu đŸ˜‚đŸ˜‚đŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dapat dah awal dulu. Ada dlm entri review iphone kalau nak tahu lebih lanjut.

      Nampaknya macam byk juga ig yg hadapi masalah sama. Sabarlah ya..

      Padam
  26. Bro dah dapat ke preorder tu?
    Saya kena tipu đŸ˜‚đŸ˜‚đŸ˜‚

    BalasPadam
  27. Saya pun kena tipu, mostly instashop yg buat preorder kata brg delay padahal supplier Dah lari :( . Gigih semorang duk mintak refund sampai admin instashop terpaksa bergadai harta benda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya x pasti la kalau semua instashop dh kena tipu. Cuma memang nampak kebanyakannya ada masalah kt supplier. Sabarlah ya, semoga dipermudahkan semuanya..

      Padam
  28. hi, nak share sikit,sekarang memang kecoh iphone(pre order) tak sampai tapi tak semua igshop yang bermasalah, rata2 yg masalahnya supplier (bawa lari duit) tapi jangan risau sebab sesetengah supplier tu je yang problem (scam) tidak semua mengalami masalah yang sama. masih ada igshop yang jual iphone pre order ni yang trusted (barang smpai) cuma lambat(delay). biasalah delay tu perkara biasa dalam pre order, barang pon murah kan.. so be patience :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu la nak cakap delay tu perkara biasa ke tak. Tapi ig yang dulu boleh dipercayai sebab brg sampai pun skrg kena tipu jugak. Something too good to be true ni memang risky dari awalnya..

      Padam
  29. Admin boleh bagi nama seller yg admin deal dulu tu? Kalau admin dh dapat, saya rasa lebih selamat lau order dgn dia je :/.. Email dkat grat_titude@yahoo.com, plz admin... Thanks in advance

    BalasPadam
  30. Susah nak kata la ngan igshop sekarang..sy percaya ni sume ponzi scheme je.x de kilang bagai la...sbb ape..cer track record mne2 igshop yg still buat preorder ni....utk batch awal2.. b1 atau b2..atau b3.. biasa iphone dpt lebih cpt..dlm 2-3 bulan je...ni strategi nk kasi org trust je...bila batch2 seterusnya dh start delay 4-5 bulan..yg dpt % je dr jumlah org yg order...padahal kate amek dr kilang la sama..patut xde problem ni..lagi 1 boleh nampak..bukak sale rapat2 je...batch sebelumnye pon x setel abes..dlm skim ponzi..yg untung adalah org2 terawal..skim ni akan jatuh bila xleh nk rolling duit utk cover batch sblmnye atau tukang amek duit gelap mata..sekadar peringatan..mcm2 cara utk scam org skrg ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks bagi opinion. Ada betulnya jugak pendapat ni. Jadi lepas ni kena berhati2 la kalau shopping online ni. Syukur saya order hari tu tak terkena tipu. Semoga yang mereka yg dianiayai dipermudahkan urusan.

      Padam
    2. Yup. Scam preorder iphone mmg mcm ni. Batch 1 &2 je yg betul. Batch seterusnya % yg dpt phone sgt rendah. Dan terus buka batch baru lagi dan lagi. Lepas tu terus tak sampai2. Lama2 org diam je. Pasrah je la....

      Padam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  32. Saya menjual PS5, iPhone X, XR, Xs, 11 Pro, Max, iPhone 12, dan Samsung s10, s20 + baru dalam paketnya. Asli. Semua warna.harga partai besar. Email: sales@theconnectcpc.com / theconnectcpc@gmail.com
    Whatsap +1 (567) 268-1968

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...