Beli rumah atau sewa rumah?

Salam.

Banyak dah orang bagi tips beli rumah pada usia muda. Tapi, aku rasa belum ready nak betul2 cari satu rumah yang sesuai dan beli sebuah rumah. Kalau ikut situasi kerja aku sekarang yang tak pasti lagi aku akan stay kat tempat yang sama, membuatkan aku rasa nak hold dulu beli rumah ni. Sebab ada possibility aku akan pindah ke tempat kerja/negeri yang lain dengan majikan yang sama. Dah macam orang nomad kan aku ni, asyik pindah je… hukhuk…

Tapi tu la… kalau nak hold dulu takut nanti sampai ke tua menyewa rumah je pulak kan…. Hmmm….

Sumber gambar


Sekarang ni pulak banyak ada skim rumah mampu milik. Kalau macam aku, aku orang Johor (Oh…man…kenapa aku kantoikan yang aku orang Johor ni…haiihh), so aku boleh la apply untuk Rumah Mampu Milik Johor RMMJ) tu… Jadi, aku memang apply pun, cuma tak rasa nak serius sangat la... Apply online, lepas tu tunggu je la kalau diorang kata aku layak.

Nak serius sangat pun, kalau aku kena pindah KL ke…. Dah bukan aku boleh duduk rumah tu pun. Orang cakap apply je, kalau tak duduk pun boleh sewakan. Ok, boleh ke sewakan rumah skim camni? Aku rasa macam tak boleh je….skim camni biasa dia nak owner yang duduk. Walaupun takde tulis tak boleh sewakan kat portal tu, tapi kalau aku compare dengan negeri lain punya skim, memang owner yang kena duduk, tak boleh sewakan…

So, aku pun tak pasti kalau aku layak, dan aku takde kat Johor, aku nak buat apa rumah tu…Huhu… Aku serahkan pada takdir je la, kalau aku dapat mungkin ditakdirkan kat Johor la aku akan menetap, tapi kalau tak dapat tu, mungkin rezeki aku bukan kat Johor kot..

Walaupun aku tak serius nak beli rumah sekarang, tapi aku rasa aku still perlu ajar diri untuk ada komitmen bayar rumah.

Harga Rumah: RM200,000
Tempoh ansuran: 40 tahun/ 480 bulan
Ansuran bulanan: RM416 (RM 200,000 /480)

So kat atas ni assumption aku kalau la boleh cari rumah harga RM200,000. Harga macam ni pun bulan2 dah RM400++, bundar2 kira RM500/sebulan la. So, aku decide untuk buat saving rumah based on harga kat atas ni.

Beli rumah: RM500/sebulan
Sewa rumah : RM500/sebulan

*Assumption semata2 yang aku rasa harga masih lagi logik akal. Ada je sewa lagi mahal, RM800/sebulan. Nampak beli rumah lagi berbaloi kan dari sewa….

Sumber gambar
Buat masa sekarang, alhamdulillah aku takde komitmen untuk bayar sewa rumah lagi. So, aku buat la kira2 macam kat atas ni supaya kalau ditakdirkan aku nak kena sewa rumah atau bayar installment rumah, then takde la culture shock sangat.

Ikut kiraan atas ni, aku patut simpan sebulan RM500 untuk saving rumah. So, aku kena tolak RM500 setiap bulan dari gaji aku. Nak senang kena buat satu bank akaun la untuk simpan RM500 ni setiap bulan, senang monitor. Tapi sebab aku malas nak bukak, aku buat kira2 pakai Microsoft Excel je.. haha… So, aku boleh nampak saving biasa aku berapa, saving rumah berapa, saving kereta berapa, perbelanjaan sebulan berapa, sama ada budget perbelanjaan lari ke tak semua kat dalam excel tu…

Power kan?? Haha… tapi serius la kalau reti pakai excel ni memang banyak gila membantu di alam pekerjaan.

Okehh.. kat bawah ni contoh macam mana aku buat kira2 tu dalam excel:

Cash management yang bajet..haha..

Ni contoh je, bukan amaun sebenar perbelanjaan dan saving aku pun... Tengok amaun gaji je dah tahu, takkan la gaji aku RM50k sebulan… Kalau la RM50k sebulan, tak payah kot aku nak buat excel ni lagi.. Haha… Saving acc & Expense Acc merujuk kepada dua akaun bank yang berbeza. Aku memang guna satu bank akaun tu je untuk expenses/perbelanjaan. Kalau terdesak baru keluarkan duit dari saving acc.

Btw, kalau korang rasa gambar tak cukup feel dan tak cukup faham apa yang aku buat, korang boleh jugak melawat link ini:


Link atas ni akan membawa korang ke google spreadsheet ( lebih kurang macam Ms Excel) yang aku dah letak formula di dalamnya dan korang boleh je edit2 spreadsheet tu ikut perbelanjaan korang dan bajet korang. Siap boleh download lagi, tak caya cuba la… Haaa.. Fyi, Semua orang yang visit link tu boleh tengok siapa yang edit. Unless korang download kat pc korang spreadsheet tu, baru la takde siapa nampak kalau korang edit. Huhu…

So, kesimpulannya buat masa sekarang ni aku rasa aku hanya kena belajar komitmen buat saving rumah dulu dan bila sampai masanya nak beli rumah nanti, harap saving aku tu dapat la membantu aku. Berbalik kepada soalan pada tajuk entri, ‘Beli rumah atau sewa rumah’? Of course la beli…tapi kalau takde rezeki lagi, kena sewa dulu jugak kan… mana2 pun ok selagi ada tempat berteduh…chill je..

Btw, umur 25 dah patut kahwin ke? Macam muda lagi je…haha… (tetiba)..

Baca lagi:




11 ulasan:

  1. pinjaman rumah 40 tahun eh? bukan 30? aku pun ada masalah sama dengan kau, tak tahu nak settle down mana, rasa macam hidup tak stabil lagi.

    lek lu bro, laki elok kahwin 23-30 *memandai hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pinjaman rumah ikut bank kot, tak silap aku boleh 25 tahun, 30, 40...dan pelbagai lg maybe... Ni aku sesaja je assume 40 tahun. Tgk la 40 tahun pun, dah RM500 sebulan....

      Kan?? tak tahu kt mana tempat yg memang betul2 aku akan stay lama. asyik pindah2 je. Biasa la hidup ni mesti ada benda baru akan jadi kt kita, takkan pernah stable aku rasa...

      Haha...normal la kan lelaki 28-30 kahwin. Tapi yg umur camni kahwin ni biasa pasangan dia muda sikit. Kalau pasangan yg umur sama tu, kau rasa elok ke kahwin umur 28-30? Sbb perempuan tu pun akan berumur 28-30 jugak. Cuba kau bayangkan brp byk soalan pasal kahwin perempuan tu nak hadap smpai la cecah 28-30 tu... Kau memang memandai la beron...Huhuhu...

      Padam
  2. Gigih betul kau siap buat spreadsheet bagai...hahaha

    Aku pon fikir balik, byk lagi nak kena kejar.
    jodoh ke apa ke itu ke tepi dulu, kasi stabil dulu hidup ni. Hehehe

    BalasPadam
  3. Aku kan buat akaun. Benda camni biasa je nak buat. Haha..

    Betul tu. Byk lg nak kejar dlm hidup ni. Tapi, x salah pun kalau kau nk fikir pasal jodoh. Tak perlu tunngu stabil cEro. Kalau kau dh sedia boleh je. Hehe... Aku cuma harap benda2 camni dtg sesuai pada masanya. Lambat atau cepat tu subjektif..Boleh ke? Haha..

    BalasPadam
  4. pergh bagus r ko share2 benda yg bermanfaat ni...aku dah view and serasa macam nak guna je spreadsheet tu...tulah dah habis belajar ni memang kena save duit utk beli rumah...persoalannya pulak, beli rumah, sewa rumah atau buat rumah? hurm.....

    susah nak bagi jwpn umur berapa patut kawen. dah ready, kawen la kan? 25 tu kira sesuai la...tak tua dan tak muda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks.. Harap bermanfaat. Sila la kalau nak guna. Kalau x reti boleh tanya aku. Haha...

      Yup. Dh habis belajar memang dh kena start pikir benda2 tu. Utk aku persoalan yg sebenar ialah kt mana nak beli/sewa dan bila masa sesuai utk beli rumah.. Buat masa skrg bukan keduanya tetapi hanya simpan duit.

      Haa.. Kan. Dah ready, semua org ok, boleh la kahwin dh kan. Saja tanya, sbb ramai pula tanya aku bila kahwin, pastu diorg ckp "umur 25 cantik la tu..." Hmmm.. Entahlah, pada aku biar ia dtg pada masa yg sesuai dan tepat. Xde umur yg cantik kot.. Hahaa..

      Padam
  5. ahhh., aku bnci bab nk kira2 nih., huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe la bro kalau kau benci kira2, minat masing2.. Yg penting kau x benci aku sudah.. Haha..

      Padam
  6. Untung arrr... orang Johor dapat payung dari Raja.

    Untung beli rumah kerana tak susut nilai dari beli kereta.

    Buat kira-kira macam ini terbaiklah baru boleh nampak serba sedikit gambarannya dari blurrr jerebu tak nampak apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. Untung la kalau nama saya tersenarai dpt beli rumah..

      Betul tu. Memang terfikir pasal beli asset yg x susut nilai ni. Rumah la asset tu. Tapi kena fikir betul2 jugak sebelum beli. Supaya x la terasa rugi beli rumah tp x digunapakai nanti.

      Haha... Kalau jerebu memang x nampak apa la Mrs A. Boleh la nampak sikit duit sebenar tu ada brp je boleh guna lepas buat kira2 ni...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...