Umobile bagi tambahan data untuk streaming video 24 jam

Salam.

Fuhh… Berita baik beb. Macam biasa Umobile dengan pakej dia yang murah. Macam tak percaya pulak aku lepas baca artikel pasal Umobile bagi 100% data tambahan untuk aku streaming Youtube, Iflix dan sebagainya. Aku memang dah subsribe U28 harga RM28 sebulan dengan data sebanyak 3gb. Boleh pulak Umobile ni pergi tambah lagi 3gb data khas untuk stream video. Dah jadi total 6gb kesemuanya... Suka hati dia je… Haishh… banyak la aku buang masa tengok video lepas ni. Haha…

Ni nasib baik aku tak pakai P70 yang dapat unlimited streaming video tu. Kalau pakai yang tu, boleh tergendala aku daripada menjadi seorang yang produkif. Silap2 aku tak tutup youtube langsung dan buat playlist video macam buat playlist lagu je… Haha… Btw, data tambahan free ni dia panggil ‘video onz’ dan boleh check balance tinggal berapa gb.

Sumber gambar
Yang lagi awesome, walaupun aku dah habis quota, masih lagi boleh buat internet sharing dan tengok youtube kat laptop dengan agak laju walaupun video automatic jadi 480p. Aku ingat kalau buat internet sharing dia akan pakai data biasa aku yang dah habis quota tu, so sepatutnya slow la kan…. Rupa2nya dia boleh pakai data video onz untuk streaming ni, pergh… ohsemm weh… tak perlu aku tunggu lama nak tengok video..

Tapi promotion ni sampai 31 Julai 2016 je. So, kepada siapa2 yang pakai Umobile dan subscribe pelan2 Umobile tu, boleh la gunakan sebaiknya data yang diberi. Kalau tak pakai rugi pulak. Dah alang2 dapat data free ni, boleh la tengok ceramah2 Dr. Zakir Naik yang banyak kat youtube tu ke… atau apa2 je la yang bermanfaat.

Ok la… tu je aku nak cerita. Tak panjang pun tapi aku happy dapat cerita kat korang. Haha…
Thanks guys sudi baca.


Sumber: Amanz 


Baca lagi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...