Entri bebentuk situasi. Sila gunakan imaginasi yang tinggi untuk baca entri ini.
Kedua2 situasi berlaku pada hari yang sama di tempat yang berbeza.
Situasi 1 (10.00am -1.00pm)
Fakhrul Razi seorang yang biasa2 tetapi mempunyai kerja sampingan dan gaji tetap.
Gajinya dibayar ikut hari.
Gajinya sebanyak RM6 sehari.
Hari ini macam biasa dia dapat gaji RM6.
Pada tengah hari, dia membeli nasi ayam sebungkus berharga RM6 untuk lunch.
Dia makan dengan puas dan kenyang dengan nasi ayam tersebut.
Baki = RM 0.00
Situasi 2 (10.00am – 1.00pm)
Rakannya, Azman Ali pula merupakan seorang yang lebih tinggi pangkatnya dan mempunyai gaji tetap.
Gajinya juga dibayar ikut hari.
Gajinya sebanyak RM100 sehari.
Hari ini macam biasa dia dapat gaji RM100.
Pada tengah hari, dia juga membeli nasi ayam sebungkus berharga RM6 untuk lunch.
Di pertengahan jalan, nasi ayamnya terjatuh dan tumpah kesemuanya.
Dia pasrah dan ingin membeli sebungkus nasi goreng pula.
Malang tidak berbau, dia tidak perasan baki duitnya sebanyak RM94 juga telah tercicir.
Baki = RM 0.00
Pada pendapat anda, siapakah yang lebih murah rezekinya setakat pukul 1 tengah hari pada hari tersebut?
Fakhrul Razi yang mempunyai gaji RM6 sehari?
Atau…..
Azman Ali yang mempunyai gaji RM100 sehari?
Illustrasi untuk menggambarkan situasi dengan lebih jelas:
Kadang2 kita terlalu mengejar kekayaan sehingga tak perasan rezeki bukannya terletak pada duit semata-mata. Tubuh badan yang sihat, keluarga yang bahagia, masa lapang yang banyak dan ketenangan serta kegembiraan dalam diri kita juga antara nikmat rezeki yang Allah beri pada kita.
Kemudahan dalam menyelesaikan sesuatu urusan juga boleh dianggap rezeki yang Allah beri kepada kita. Dengan mudahnya urusan tersebut, kita akan rasa lebih happy, lebih tenang, tidak perlu habiskan banyak masa menyelesaikannya dan kurang pressure yang mampu buat kita jatuh sakit.
Seseorang yang bergaji RM15,000 sebulan belum tentu murah rezekinya jika dibandingkan dengan seseorang yang bergaji RM1,500 sebulan. Boleh jadi yang bergaji RM15,000 tu banyak tanggungannya dan silap2… baki duitnnya tinggal RM100 pada hujung bulan hanya dengan sebab membayar tanggungannya sahaja.
Dan begitu juga sebaliknya. Boleh jadi yang bergaji RM1,500 sebulan itu mampu untuk menyimpan lebih dan ada baki RM200 pada hujung bulan kerana tanggungannya yang rendah. (cth: kadar sewa rumah rendah, banyak tempat makan murah di sekitarnya, transportation ke tempat kerja yang murah dan mudah, etc…)
Kadang2 kita nampak orang kaya, tapi diuji dengan ahli keluarga yang sakit dan memerlukan rawatan kos tinggi. Akhirnya semua duitnya digunakan untuk membayar kos rawatan tersebut.
Kadang2 kita nampak orang yang bergaji rendah, tapi hidupnya nampak tenang dan bahagia je… Duit pun sentiasa cukup je tiap2 bulan dan kita merasa hairan macam mana dia boleh survive.
Semuanya nikmat dan rezeki Allah. Kalau ditakdirkan duit tersebut bukan rezeki kita, simpanlah kat peti besi paling secure sekalipun, tak akan jadi milik kita. Kita hanya diamanahkan oleh Allah untuk pegang duit tu sahaja. Tapi kalau ianya rezeki kita, duit tu kat Amerika Syarikat sekalipun tetap akan sampai kepada kita dan dapat kita gunakan.
Duit mampu membantu beri kebahagiaan, tetapi duit bukanlah segala-galanya.
Yang penting adalah rezeki yang diberkati.
Sekian.
Baca lagi:
betul weh. ketenangan hati pun rezeki. keberkatan pada rezeki yg kita dapat tu yg penting. sbb tu gaji byk pun tak guna kalau tak berkat. hoho. nice sharing
BalasPadamyup2..kejar harta semata2 kalau rezeki x berkat x guna jugak..
Padamkan? kadang tak sedar pun...bila nikmat tu kena tarik baru sedar...huhuhuuhuu
BalasPadamha'ah...contohnya macam sihat tubuh badan la...bila dah sakit baru nak ingat tuhan. Masa sihat ikut suka je nak buat apa...
PadamSetuju sangat entri ni.
BalasPadamAda abang pernah kata dengan aku, "Manusia diuji hebat dengan 2 cara, kesyukuran dan kesabaran. Orang kaya diuji dengan kesyukuran, macam mana cara dia bersyukur dengan rezeki dia. Orang miskin diuji dengan kesabaran, macam mana dia sabar menempuh kesukaran hidup dia."
Yup, setuju dgn abang tu bgtau. Susah dan senang ni dikira ujian. Senang cerita semua yg berlaku dlm hidup kita ni ujian la. Bila susah, nak tgk kita sabar ke tak....bila senang, nak tgk kita syukur ke tak....Kalau makin gila harta tu kira dh failed ujian la...
PadamBerkat itu yang sangat penting.
BalasPadamWalaupun sedikit kalau berkat In Sha Allah cukup.
Seandainya banyak bersedekahlah selalu dengan seikhlas hati supaya lebih berkat dan diberkati.
Betul tu Mrs A... dalam duit/harta yg Allah bg tu kadang2 ada rezeki org lain. Sedekah tu salah satu cara nak channel duit/harta tu.. Insyaallah rezeki lebih berkat bila selalu bersedekah.
PadamFirst time berkunjung dekat sini.
BalasPadamSaya sangat suka dengan contoh yang diberi. Buat saya reflek balik tentang hidup saya.
Thanks for coming.
PadamYup, sama2 la kita sentiasa ingat rezeki yg berkat itu yg lebih utama. Entri ni pun utk mengingatkan diri saya sendiri jugak...
klu nk ukur rzki dr segi kemewahan, jawabnya orang kaya la paling murah rzki kan., tp rzki bkn cmtu kan., trpulang pada masing2 punya penafsiran la.,
BalasPadamBetul, kebanyakan org masih nampak rezeki yg murah itu boleh nmpak dari atas kemewahan seseorg. Kalau duit/harta byk tp x happy, x guna gak...
PadamLama tk singgah sini dan doodle (tktau nak panggil apa bro ley punya lukisan tu) makin lawaa!!!
BalasPadamPost ni sgt menyedarkan. Kdg kdg kita kerja sampai lupa nak bersyukur dan ucap alhamdlulillah. (Y)
Thanks, sya. Kalau ikutkan bukan doodle pun. Doodle tu bila kita lukis masa minda separa sedar.
PadamSaya punya ni saya bg nama 'Legostrasi'. Lego + Ilustrasi. Sebab sy guna shape utk jdkan ilustrasi kartun.. Hehe..
Betul tu.. Kadang2 masa senang ni susah betul kita nak ingat tuhan. Bila kena ujian sikit, baru la nk beringat..
salam..
BalasPadamyup..setuju sgt..
gj kalo bnyk tp xberkat,boleh jd xcukup..
tp gj klo sikit, berkat, InsyaAllah..Allah itu Maha Mencukupi ^_^
Wasalam, tu la.. keberkatan tu penting. Kalau rezeki tu berkat insyaallah akan rasa cukup je sentiasa...
Padamaku percaya kepada keberkatan. kalau aku ckp gaji aku sekrg berapa, mmg bg org lain tak masuk akal tp cukup je utk aku byr bil, sewa rumah kereta shopping dsb yadda yadda sbb aku percaya kpd keberkatan :)
BalasPadamYeaahh... seap sket percaya pd keberkatan. Memang bagi org lain gaji kau tu x masuk akal sebab lifestyle diorg x sama. Diorg ingat spending semua org akan sama. Kalau rezeki tu berkat, Allah bg je cukup semua. Yg penting masa buat kerja tu kena buat betul2, takde curi tulang... hhuu..
Padam