Kenapa aku buat blog?

Salam.

Aku tak pernah cerita lagi sebab asal aku buat blog Cas Positif ni. Pada mulanya, aku tak terfikir pun nak buat blog. Ada orang start buat blog semata2 nak share personal life, ada orang nak kongsi pendapat mereka, ada orang nak jana income. Aku pula? Semuanya bermula saat aku baru habis practical training pada tahun 2014.

Sumber gambar
Waktu tu aku dah habis praktikal, maka memang rasa gembira teramat sangat la time tu…. Rasa macam baru dimerdekakan daripada menjadi seorang hamba. Ye la…. life aku kat office je memanjang. So, aku memang decide nak enjoy je cuti 3 bulan yang aku ada lepas habis praktikal tu. 

Waktu tu memang malas gila aku nak kerja, motivation tu tak ada… practical training hanya demotivate aku untuk kerja je…

Then, disebabkan tak kerja, banyak pulak masa terluang sampai aku tak tahu nak buat apa. So, ayah aku tanya “Bro Ley, awak tak nak cari kerja ke cuti ni?” Aku memang confident je jawab “Tak nak la, baru je lepas kerja, nak kerja lagi….penat la…”

Then, ayah aku maybe risau kot aku macam tak tahu nak buat apa je… So, dia bagi cadangan “Habis tu awak nak buat apa cuti ni? Buat la blog ke….” dengan muka selambanya dia berkata.


Sumber gambar

Aku diam dan senyum je time tu. Kenapa la dalam banyak2 benda, dia boleh terfikirkan idea nak suruh aku buat blog. Tapi, waktu tu memang aku ada rasa betul jugak apa yang ayah aku cakapkan tu. Bagus jugak kalau boleh share something yang aku rasa benefit kepada orang lain. Daripada buang masa je memanjang...

So, aku pun buat la blog ni senyap2. Serius senyap gila aku buat. Aku buat tanpa beritahu sesiapa pun tentang blog aku termasuk la strangers, anonymous dan bloggers. Dengan google pun aku tak beritahu. (ping entri)

Then, aku publish ada la dalam 2-3 post dengan harapan ada orang baca entri aku. Hasilnya…

Komen 0
Followers 0
Pageviews: 30 (tu pun aku sendiri yang view..haha.)


Dan untuk sedapkan hati, aku berkata kepada diri sendiri “Biasa la tu…nanti lama2 ada la orang search entri tu dan terbaca".

Hahahaha…

Naif.
Kau publish entri lepas tu tak marketkan blog.
Follow orang pun tak, komen blog orang pun tak…
Siapa je nak tahu blog kau ni Bro Ley? Duhhh…

Aku terus naif sampai la habis cuti. Habis cuti, aku sambung balik lagi satu sem belajar. So, blog ni aku buat bodoh je dan masih lagi berharap ada orang baca entri aku tu. Jiwa kental kan aku waktu tu. Haha…
Sumber gambar
Lepas habis last sem tu, cari kerja pulak. Disebabkan susah dapat kerja, lagi sekali aku ada banyak masa lapang. So, aku check la balik stats blog ni. Ternyata blog statistics sama je macam awal2 aku create blog ni. So, maknanya ada something wrong dengan cara aku berblogging.

Then, aku start la cari tutorial dan blogging tips untuk marketkan blog ni. Improve sikit2... Hasilnya jadilah seperti sekarang. Tak begitu menakjubkan, tetapi cukup untuk buat aku rasa happy dengan kewujudan blog ni. 

Tak sangka, blog ni wujud hasil daripada idea ayah aku jugak sebenarnya.

Thanks ayah!

Walaupun ayah aku masih lagi tak tahu akan kewujudan blog ini, aku tetap nak sampaikan rasa terima kasih kepada ayah aku. Hehe... Disebabkan idea yang dia bagi tu jugak, maka terhasil la blog Cas Positif ini. Thanks a lot!

So, kesimpulannya…aku buat blog ni sebab ayah aku suruh. Wow, anak mithalinya aku. KahKah!



Baca lagi:





16 ulasan:

  1. Powernya ayah kau tahu pasal blog.
    Aku nak terangkan apa itu Facebook kat ayah aku pun payah. Dia sangat tak suka benda2 internet ni. Suka berkebun je. Aku berkebun dalam Farmville je. Hahaha. Nampak sangat generation gap di situ. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama juga dengn parents saya..kurang faham tentang internet..tapi tak apa sebab even tak tahu dorang still bagi kita ruang untuk dapat belajar kemudahan ni kan...

      Padam
    2. @cEro

      Entah la weh...aku rasa ayah aku Tu semua benda dia tahu kot... Takat benda2 IT ni memang dia amik port sikit la sbb dulu pun dia ada amik kos it masa belajar dulu..

      Biasa la tu... Tak semua org Ada minat yg sama. Ayah kau minat berkebun ok la boleh majukan sektor pertanian negara...hehe..

      Padam
    3. @Nurul Husna

      Parent lain2, maybe parent awak tahu lebih pasal benda lain,cuma tak mahir pasal IT...

      Betul la..kalau dia bg support tu pun dah cukup bagus la walaupun dia x faham apa yg Kita buat.

      Padam
  2. Untungnya bro ley sebab dapat support mcm tu..tapi sama lah jugak dengn saya..buat blog ni sneyap2..tak ada sapa pun family saya yang tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib je kot tiba2 dpt support camtu.. Tu la..rasa lebih bebas nak tulis apa kt blog kalau ramai x tahu, tp kalau kantoi jugak, x boleh buat apa la...

      Padam
  3. weh sempoi pak hang. ayah aku kewujudan blog pun dia x tahu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la sempoi... up to date dgn persekitaran. Ayah kau mesti x minat pasal IT ni, sebab tu tak tahu...

      Padam
  4. bagusnya kau...lagi bagus kalau ko gtaw ayah ko...mesti beliau bangga punya...lagi2 bila ko buat entri ni dedicate untuk beliau.

    atau mungkin ayah kau mcm dah tau, tapi beliau tunggu ko bgtau...boleh jadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..bagus ke?? Aku buat blog sebab bosan sebenarnya, tapi idea nak buat tu yg ayah aku bagi...hehe..

      Belum terfikir nak bgtau dia lagi...biarlah angin yg mengkhabarkan berita ini..

      Aku rasa ayah aku x tahu pun aku ada blog sebab aku act macam aku xde blog. Kalau ada org yg aku x pernah bagitahu tiba2 tahu pasal aku ada blog, org tu memang super duper power giler la...haha..

      Padam
  5. mesti ayah ko berbangga tgok blog ko :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 begitu la.... tapi tak tahu la bilanya dia akan tgok..hehe..

      Padam
  6. Alasan yang rare dan menarik!
    Ayah yang suruh buat blog.
    Tapi kenapa tak nak bagitau ayah Bro Ley dah ada blog?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum bersedia lg kot...mungkin suatu hari nanti.

      Padam
  7. woww..
    Inspired by father sdri..
    like father like son lah ni..hehe
    untongla..hehe keep blogging bro ^,^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la dikatakan inspried by father sendiri. Tapi, tak pernah nampak pulak dia berblogging. Cuma, idea yang dia bagi tu la yang membantu blog ni wujud sehingga sekarang..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...