Memaparkan catatan dengan label Belek-belek blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belek-belek blog. Papar semua catatan

Kesan Google+ ditamatkan kepada seorang Blogger

Salam guys,

Tadi aku ada try bukak google+ profile untuk blog aku. Aku terperasan satu mesej tulis "your google+ account is going away". Seriously la? Google+ dah takde ke lepas ni? Aku klik la kat mesej tu. Yup.. memang betul. Google + akan ditamatkan bermula 2 April 2019 ni. Sebabnya google+ kurang sambutan dan ada problem dari segi security.


Tapi seawal 4 Februari 2019 ni, dah tak boleh dah nak create google+ profile, pages, communities, atau event. So esok la dah start tak boleh create profile google+. Nasib baik aku takde buat pages atau communities untuk google+ ni. So tak terkesan sangat.


So apa kesan google+ dipadamkan kepada blogger?


1. Google+ profile hilang di blog 

Obviously, google+profile korang lepas ni dah takde keluar kat blog korang. So takde dah la button untuk follow kat google+ profile korang tu. Bagi yang banyak follower maybe terasa la kesannya. Macam aku sikit je, so takde benda. Haha..


2. Kurang medium untuk ping entri

Ping entri maksudnya macam spam entri kat banyak2 medium atau website la (ni yang aku faham). So, bila google+ communities ni pun akan dipadam, maka makin sikit la tempat untuk blogger spam entri mereka. Kadang2 aku pun share entri2 aku kat google+ communities ni. Macam communities 'Blogger Malaysia'. Sebab bila share kat sini dapat naikkan pageviews sikit. Kadang2 dapat views yang berterusan walaupun sikit, tapi still boleh nampak view tu naik la.



3. Features comment google+ tiada lagi di blog

Kalau korang guna google+ kat bahagian komen  di blog, maka google memang akan padam features ni. Start 4 Februari 2019 atau esok, features ni akan hilang di blogger platform. Manakala akan hilang di platform selain blogger pada 7 Mac 2019. Tapi google+ comments korang yang sebelum2 ni akan masih ada sehinggalah 1 April 2019. Lepas 1 April je, comments2 google+ korang pun akan lenyaplah di alam blogger ni.



Habis tu platform blogger ni ada ura2 untuk ditamatkan jugak oleh Google ke?

Yang ni aku tak pasti lagi. Sebab Google boleh buat apa saje yang dia nak dengan product dia. Kalau satu hari nanti paltform blogger ni pun ditamatkan bukanlah suatu yang mustahil. Cuma pada pandangan aku, platform blogger ni masih hebat. Walaupun tak banyak orang guna, tapi kalau korang search kat google, still masih banyak lagi blog yang pakai blogger.com ni walaupun ada yang dah tak aktif. Tapi, content2 diorang masih banyak yang berguna dan valid sepanjang masa.

So kalau Google delete blogger.com platform ni sepenuhnya macam dia buang separuh aset yang dia ada. Hampir setiap hari orang cari maklumat guna google, spend time baca blog2 hasil carian dari google. So, kalau banyak content yang valuable ni hilang, lagi sikit la orang  nak spend masa baca something dari platform blogger. Medium untuk pengiklanan diorang pun makin kurang. So aku rasa blogger.com platform ni akan maintain lama lagi.

Apa2 pun tak rugi untuk buat copy dan backup entri2 korang kat platform blog yang lain macam wordpress dan sebagainya. At least korang masih dapat baca balik lagi entri2 lama korang. Semua tu kenangan kot. Kalau hilang terus memang sedih la kan?

So korang ada yang memang aktif guna google+ ke?

Tiba-tiba je dapat 1000 pageviews sehari, apa yang aku buat?

Salam, guys.


Aku musykil ni... macam mana boleh tiba2 je blog Cas Positif ni dapat 1000 pageviews sehari. Selalu bukan main susah lagi nak dapatkan 100 pageviews sehari. Ye la.. aku dah la jarang update blog sejak akhir2 ni. Blogwalking pun sama jugak la jarang...

Tapi, bila aku buka je dashboard blogger malam tadi dan pagi ni, sekali aku tengok pageview sehari cecah 1000 pageviews tu.... Biar betul?? Serius weh susah nak percaya. Aku tak buat apa pun... Just macam biasa, abaikan blog. Ada mood blogging la. Haha..

Kalau korang tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni. Tengok pageviews yesterday cuma 80 views je, sekali pageviews today 1,307 views. Banyak gila kot untuk aku yang tak power berblogging ni.




Mostly traffic sources daripada facebook. So, aku assume ada orang share link entri aku la tapi aku tak tahu pulak kat mana dia share tu. Takde pulak nampak lagi. Ke ni bukannya sebab orang share kat fb, tapi ada something else yang berlaku? Kena hack ke... ada possibility ke eh? Seram pulak aku....

Seram2 pun rasa happy jugak la. Sebab secara logiknya, dengan sekelip mata je seribu orang baca blog aku. Gila tak happy. Tulis panjang2 orang baca, satu kepuasan kot...Dah la aku tak buat apa2 yang menyusahkan macam marketkan blog ke, suruh orang like page ke, tapi boleh pulak jadi benda yang unexpected macam ni.

Kalau tengok statistics yang lagi dalam pulak, IP address banyak dari tempat yang sama. Maksudnya dari satu institusi yang sama la... Semua orang dalam institusi tu pakai wifi yang sama dan akses ke entri blog aku. Tapi aku tak boleh nak share macam mana aku boleh tahu banyak dari IP address yang sama atas sebab2 tertentu. Mungkin ada someone share kat group diorang, then semua yang dalam group tu melawat blog aku. Tu yang jadi sekali banyak tu melawat blog aku. Mungkin la... tapi tak sure lagi...

So, pendapat korang pulak, kalau benda unexpected macam ni jadi, korang agak sebab apa eh? Mana tahu korang ada pengalaman ke.... Boleh la share...

Baca lagi:




Kenapa aku buat blog?

Salam.

Aku tak pernah cerita lagi sebab asal aku buat blog Cas Positif ni. Pada mulanya, aku tak terfikir pun nak buat blog. Ada orang start buat blog semata2 nak share personal life, ada orang nak kongsi pendapat mereka, ada orang nak jana income. Aku pula? Semuanya bermula saat aku baru habis practical training pada tahun 2014.

Sumber gambar
Waktu tu aku dah habis praktikal, maka memang rasa gembira teramat sangat la time tu…. Rasa macam baru dimerdekakan daripada menjadi seorang hamba. Ye la…. life aku kat office je memanjang. So, aku memang decide nak enjoy je cuti 3 bulan yang aku ada lepas habis praktikal tu. 

Waktu tu memang malas gila aku nak kerja, motivation tu tak ada… practical training hanya demotivate aku untuk kerja je…

Then, disebabkan tak kerja, banyak pulak masa terluang sampai aku tak tahu nak buat apa. So, ayah aku tanya “Bro Ley, awak tak nak cari kerja ke cuti ni?” Aku memang confident je jawab “Tak nak la, baru je lepas kerja, nak kerja lagi….penat la…”

Then, ayah aku maybe risau kot aku macam tak tahu nak buat apa je… So, dia bagi cadangan “Habis tu awak nak buat apa cuti ni? Buat la blog ke….” dengan muka selambanya dia berkata.


Sumber gambar

Aku diam dan senyum je time tu. Kenapa la dalam banyak2 benda, dia boleh terfikirkan idea nak suruh aku buat blog. Tapi, waktu tu memang aku ada rasa betul jugak apa yang ayah aku cakapkan tu. Bagus jugak kalau boleh share something yang aku rasa benefit kepada orang lain. Daripada buang masa je memanjang...

So, aku pun buat la blog ni senyap2. Serius senyap gila aku buat. Aku buat tanpa beritahu sesiapa pun tentang blog aku termasuk la strangers, anonymous dan bloggers. Dengan google pun aku tak beritahu. (ping entri)

Then, aku publish ada la dalam 2-3 post dengan harapan ada orang baca entri aku. Hasilnya…

Komen 0
Followers 0
Pageviews: 30 (tu pun aku sendiri yang view..haha.)


Dan untuk sedapkan hati, aku berkata kepada diri sendiri “Biasa la tu…nanti lama2 ada la orang search entri tu dan terbaca".

Hahahaha…

Naif.
Kau publish entri lepas tu tak marketkan blog.
Follow orang pun tak, komen blog orang pun tak…
Siapa je nak tahu blog kau ni Bro Ley? Duhhh…

Aku terus naif sampai la habis cuti. Habis cuti, aku sambung balik lagi satu sem belajar. So, blog ni aku buat bodoh je dan masih lagi berharap ada orang baca entri aku tu. Jiwa kental kan aku waktu tu. Haha…
Sumber gambar
Lepas habis last sem tu, cari kerja pulak. Disebabkan susah dapat kerja, lagi sekali aku ada banyak masa lapang. So, aku check la balik stats blog ni. Ternyata blog statistics sama je macam awal2 aku create blog ni. So, maknanya ada something wrong dengan cara aku berblogging.

Then, aku start la cari tutorial dan blogging tips untuk marketkan blog ni. Improve sikit2... Hasilnya jadilah seperti sekarang. Tak begitu menakjubkan, tetapi cukup untuk buat aku rasa happy dengan kewujudan blog ni. 

Tak sangka, blog ni wujud hasil daripada idea ayah aku jugak sebenarnya.

Thanks ayah!

Walaupun ayah aku masih lagi tak tahu akan kewujudan blog ini, aku tetap nak sampaikan rasa terima kasih kepada ayah aku. Hehe... Disebabkan idea yang dia bagi tu jugak, maka terhasil la blog Cas Positif ini. Thanks a lot!

So, kesimpulannya…aku buat blog ni sebab ayah aku suruh. Wow, anak mithalinya aku. KahKah!





Baca lagi:




Google adsense aku ni dah approve ke belum?

Salam.

Aku rasa pelik plus gembira sekarang. Tapi sebenarnya aku tak tau nak rasa apa sekarang. Ok takpe la..lantak la dengan perasaan aku ni.....


Ok fokus kat content entri pulak. Sebelum aku cerita lebih2, korang tengok gambar kat bawah ni dulu:



Ok...aku memang pernah apply google adsense. Saje je la nak tengok layak ke tak blog aku ni nak letak google adsense. Blog biasa2 je pun, tak banyak visitors tapi kalau google approve application aku, mesti la aku akan gembira kan... So, aku gembira sekarang tetapi rasa pelik.

Cuba korang tengok gambar atas tu yang email bertarikh 7 Disember tu. Email tu kalau aku tekan, content dia akan keluar macam kat bawah ni:

Approval dari Google
Siapa2 pun yang apply adsense mesti happy kalau dapat email macam kat atas ni. Ye la...bukan senang nak dapat approval google ni. Aku pun apply 3 kali baru boleh dapat walaupun aku tak la serius sangat masa apply tu... So, memang aku gembira la dapat email macam ni.

Gembira sebab merasakan satu kejayaan telah aku perolehi.  Bab income tu aku malas nak pikir sangat, tapi bila kau berjaya mendapatkan something yang susah nak dapat, off course la kau rasa gembira giler...Rasa macam kau tackle awek asyik kena reject, last2 dia boleh terima kau, so mesti kau gembira kan?..hahaha..lebih2 pulak aku...

Ohh..ok. Tu email bertarikh 7 Disember 2015 tau...
Lepas tu korang tengok pulak email atas dia. Yang jam pukul 1.26 am tu. Dan ini juga bermaksud email tu bertarikh hari ini (9 Disember 2015).
Email atas tu la yang buat aku pelik.

Kalau klik email yang atas tu, content dia akan keluar macam ni:

Disapproval dari Google

So, sekarang apa isunya dengan team google ni? Takkan la nak approve dengan tak approve aku punya application pun boleh sampai jadi gaduh2 pulak. Siap satu team send 'approve', satu team lagi send 'disapprove'.....Benda kecik je woi, takkan tak boleh settle...Kalau google yang professional ni pun dah tak sependapat, apatah lagi nak expect politik kat Malaysia ni bersepakat...wahaha... Suka sangat kau Bro Ley kan...siap nak acah2 buat lawak pulak, kena ban baru tau....

Ok..berbalik kepada cerita asal. So, aku pening dan tak pasti sama ada approve atau tak. Tapi kalau dah keluar iklan tu kira approve la kan...Hmmm...

Kronologi application aku:

1) September 18 - Disapproved
2) December 3 - Disapproved
3) December 7 - Approved
    December 9 - Disapproved

1) September 18:

Sept 18
2) December 3:

Dec 3
Dec 3

3) December 7 & December 9 (permohonan yang sama):

Dec 7

Dec 9
Jadinya, sekarang ni aku masih tak pasti akan kesahihan keputusan dari google ni. Tapi, yang penting aku dah nampak iklan adsense tu kat blog...So, assume je la dah approve. Haha... Nak pikir lebih2 pun aku yang pening. So, just update blog macam biasa  dan biarkan google settle sendiri2 je probem aku tu...Hoho...

Btw, yang bestnya adsense ni ialah iklan based on visitor's preference(interest-based advertising), iklan boleh filter guna google publisher toolbar dan selebihnya rahsia...hahakss..

Ok..chow guys..Selamat bekerja dan bercuti sekolah...
Salam.



Cara buat show/hide link pada entri blog

Salam.

Pernah rasa macam nak sembunyikan sebahagian dari isi kandungan entri/post korang supaya entri nampak lebih kemas dan lebih pendek? Atau korang berniat nak jadikan entri lebih interaktif?


Edit blog: Masalah terkini pada bloglist gadget

Salam sejahtera dan selamat menyambut ramadhan semua. Entri kali ni simple je. Aku nak ceritakan situasi ini:

http://www.ashishweblog.com/how-to-add-related-posts-widget-without-thumbnails-in-blogger/

Gangguan teknikal pada blog Cas Positif

Salam sejahtera kepada pembaca2 blog cas positif. Semenjak kebelakangan ni aku dapat komplen daipada pembaca2 bahawa ada di antara korang yang tak dapat nak terbitkan komen di blog ini. Jadi, entri kali ini aku nak beritahu kenapa jadinya masalah ni.  Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen pada entri2 aku bagi memeriahkan lagi blog ini. Dan aku jugak nak minta maaf di atas segala kesulitan yang korang hadapi semasa melawat blog ini termasuk la kesulitan untuk menerbitkan komen pada entri2 blog cas positif.

Google Adsense dah menyokong Blog Bahasa Melayu?

Sebelum ni aku dah pernah kongsikan serba sedikit pasal Nuffnang. Kali ni pulak, aku nak kongsikan pasal Google Adsense walaupun aku sendiri tak letak lagi Google Adsense kat blog ni. Kenapa tiba2 je aku nak cerita pasal Google Adsense ni? Nak tahu sebab apa? Sebabnya aku ada terbaca entri di Amanz.my mengatakan yang Google Adsense kini menyokong Bahasa Malaysia.

Kelebihan akaun Nuffnang berstatus Glitterati

Salam sejahtera kepada pembaca2 sekalian. Entri aku kali ni berkaitan dengan sesuatu yang ramai orang dah tahu iaitu berkaitan dengan Nuffnang. Nuffnang merupakan sebuah syarikat pengiklanan berasaskan blog. Sebenarnya, aku tak pernah terfikir pun nak letakkan iklan Nuffnang kat blog ni. Niat utama aku tulis blog ni adalah untuk berkongsi apa2 yang aku rasakan bermanfaat dan apa pandangan aku mengenai satu2 perkara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...