Salam sejahtera kepada pembaca2 blog
cas positif. Semenjak kebelakangan ni aku dapat komplen daipada pembaca2 bahawa
ada di antara korang yang tak dapat nak terbitkan komen di blog ini. Jadi,
entri kali ini aku nak beritahu kenapa jadinya masalah ni. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih
kepada yang sudi memberi komen pada entri2 aku bagi memeriahkan lagi blog ini.
Dan aku jugak nak minta maaf di atas segala kesulitan yang korang hadapi semasa
melawat blog ini termasuk la kesulitan untuk menerbitkan komen pada entri2 blog
cas positif.
Ok....sekarang aku nak bagitahu
kenapa boleh jadinya masalah ini. Masalah ni berpunca
daripada.....hmmm...aaaa....hmmm.....huh....Entah la...aku sendiri pun tak
berapa pasti kenapa boleh jadinya masalah ini. Lagipun aku bukan la hebat
sangat nak tahu bab2 teknikal pasal blog ni. Tapi aku boleh kongsikan teori aku
la kenapa boleh jadinya masalah2 seperti kesulitan untuk terbitkan komen pada
blog ni.
Ni teori aku la. Sebelum tu aku nak
bagitahu yang aku gunakan akaun blogger, statcounter dan akaun nuffnang untuk
mengetahui statistik dan dari mana pelawat2 blog ni datang sama ada dari enjin
carian google, akaun nuffnang, chatbox dan sebagainya.
Jadi teori aku macam ni. Aku
berpendapat masalah tak boleh nak komen pada blog aku ni adalah disebabkan
laptop aku terputus hubungan internet tetapi aku masih tak tutup tab2 website
yang digunakan untuk mendapatkan statistik untuk blog aku seperti statcounter.
Jadi, ada masalah di situ sebab bila statcounter nak jejak aktiviti yang
berlaku pada blog aku, dah tak boleh. Sebabnya aku dah ter'log out' sendiri
disebabkan tiada hubungan internet. Masalah ni terjadi kalau aku tak tutup tab2
tersebut dalam keadaan tiada hubungan internet sahaja. Kalau aku dah tutup tab2
seperti blogger, statcounter dan nuffnang, masalah ni tak berlaku.
Teori ni pun aku dapat setelah aku
bandingkan statistik yang dibuat oleh ketiga2 penjejak tersebut dan aku dapati
ada perbezaan statistik yang ditunjukkan. Jadi, disebabkan statistik blogger
tunjuk lain, statcounter tunjuk lain dan nuffnang tunjuk lain, maka aku rasakan
inilah punca berlakunya gangguan pada blog ini.
Sekali lagi aku mohon maaf di atas
segala kesulitan yang korang hadapi ketika melawat blog ini. Lepas ni aku akan
pastikan aku tutup segala tab2 seperti blogger, statcounter dan nuffnang
sebelum aku putuskan hubungan internet pada laptop aku supaya masalah ni takkan
berulang lagi. Walaupun ada sedikit gangguan pada blog, aku harap korang tetap
seronok untuk baca entri2 aku dan beroleh manfaat dari blog ini. Kalau korang
masih ada masalah nak komen pada blog ni, mintak tolong bagitahu pada chatbox.
Sekian. Selamat berhujung minggu.
Sumber gambar: Google images
Owhh.. patutlah tak dapat komen hari tu :)
BalasPadamTu la....rasa pelik pulak tiba2 org x boleh nak komen kat blog ni. Rasanya skrg dah ok kot, xde lagi orang complain.
PadamMabye time tue blog mereng kejap kowt.. heheee tp skrg mereng tue dh hilang...*joke jep.
BalasPadamHaha...Memang mereng pun...nasib baik la dah ok sekarang. :)
BalasPadamCerita tentang statistik yang berbeza ni, berlaku juga pada blog Mrs. A.
BalasPadamConfuse Mrs. A dibuatnya tapi Mrs. A ignore jer..
Nuffnang punya statistik memang berbeza dengan blogger punya statistik.
Nuffnang sikit blogger banyak. Habih camno?
Saya pun x paham jugak blogger punya statistik ni. Tp kalau mcm blog Mrs A tu xde ape kot, beza sikit je statistik blogger dgn nuffnang. Saya punya ni masa tu beza byk, blogger tunjuk pageview 1000, tp statcounter tunjuk pageview 2 je....(sy exaggerate je ni) so sebab nampak ketara sgt beza dia tu yg saya yakin ni la puncanya blog saya ada problem.
Padam