Istikharah Cinta

Kali ni aku nak kongsikan sesuatu yang islamik. Kalau baca tajuk entri ni pun korang dah boleh agak dah apa yang aku nak sampaikan.Tapi entri aku ni tak ada kena mengena dengan drama istikharah cinta, cuma ada la elemen dalam tajuk tu yang aku nak kongsikan sedikit pada kali ini iaitu berkenaan dengan solat istikharah.

Sumber gambar

Sebenarnya, entri ini aku dapat dari blog Cik Candy Sour mengenai kesilapan2 yang kita lakukan ketika melakukan solat istikharah. Berikut antara kesilapan2 tersebut:

1) Istikharah nak pilih pasangan misalnya, dalam keadaan kau dah rasa sayang kepada pasangannya tu. Kalau dah sayang, masuk meminang saja. Yakin dan jangan was-was lagi. Kalau ada dua pilihan, hati dah tahu sayang lebih pada siapa. Pilih yang kau sayang lebih tu lah. Tapi yang terbaik pilih ikut anjuran agama. Kadangkala apa yang kita suka tu tak semestinya baik pada kita. Rujuk surah Al-Baqarah ayat 216. Terus terang saja pada calon-calon segala keputusan tanpa simpati. 

Aku setuju dan tak setuju dengan point ni. Nak istikharah selok-eloknya semasa korang memang dalam keadaan tak pasti untuk buat pilihan. Kalau korang dah memang sayang kat seseorang tu memang ada kemungkinan korang akan bias untuk pilih orang yang korang dah sayang. Jadi, kurang berkesan solat istikharah korang. 

Walaubagaimanapun, solat istikharah ni bukanlah semata-mata untuk minta petunjuk dalam membuat keputusan, tetapi juga dilakukan supaya segala urusan dipermudahkan seandainya pilihan tersebut adalah yang terbaik untuk korang. Jadi, bagi aku tak ada masalah pun kalau korang nak solat istikharah even dalam keadaan korang dah sayang dengan seseorang. Kiranya, korang solat istikarah bertujuan supaya dipermudahkan segala urusan la.

Sumber Gambar
2) Istikharah dan tidur. Malam tu mimpi, keluar muka orang lain. Terus buat keputusan terburu-buru. Contoh macam kes dah tunang, nak putus tunang. Eh, mana lagi utama? Mimpi atau rasional? Rasionalnya kau akan malukan kedua-dua keluarga terutama keluarga perempuan. Kau nak pilih yang kabur atau yang jelas? Tunang kau jelas di mata, sedangkan bayangan dalam mimpi tu kabur, tiada ikatan dengan kau pun. Jangan tertipu. Itu mainan syaitan. Lainlah kalau kau dah istikharah 3-4 bulan lamanya, jawapan still sama. Ni kau istikharah sehari dua. Orang lain waras, kau yang gila.

Aku setuju dengan point ni. Berfikir rasional tu lagi penting. Korang buat pilihan mestilah kena ada sebab dan musababnya kan. Kalau buat pilihan yang melibatkan kehidupan korang untuk jangka masa panjang pun korang buat dalam keadaan terburu- buru, maksudnya korang tak bijak dalam membuat pilihan. Banyak yang perlu dipertimbangkan, bukan sekadar mimpi je untuk dijadikan sebab untuk buat pilihan.
3) Istikharah dalam masa pendek, kemudian hati berubah. Kau anggap itulah petunjuk dari Allah. Ini salah. Sebab hati sifatnya berbolak-balik ikut mood. Itu namanya ikut hati. Bukan ikut jawapan Allah.

Yang ni pun aku setuju. Nak solat istikharah kena la konsisten. Kalau cuma solat sekali dua je, tak berapa nak efektif la solat istikharah korang. Sebab korang akan lebih suka mengikut kata hati korang dalam keadaan macam ni.
4) Istikharah tapi solat fardhu kau abaikan. Sah-sah istikharah kau tu tak berhasil. Sebab kau pentingkan yang sunat dari yang wajib. Allah marah tau tak? Kalau Dia murka, mana Dia nak beri petunjuk pada kau?

Yang ni memang aku setuju la... tak perlu aku nak cerita lebih2. Korang nak mintak pertolongan Allah tapi korang tak nak buat apa yang Dia suruh, patut ke korang diberi pertolongan?  Korang jawab sendiri la ye..

Sumber gambar

Jadi, itu la antara kesilapan2 yang mungkin kita lakukan ketika melakukan solat istikharah. Sebenarnya kat atas ni hanyalah sebahagian sahaja kesilapan2 yang aku kongsikan dari blog Cik Candy Sour. Kalau korang nak tahu lagi boleh baca kat blog Cik Candy Sour ni.

Solat istikharah ni tak semestinya dilakukan untuk meminta petunjuk semasa nak memilih pasangan sahaja tetapi juga boleh dilakukan untuk tujuan lain. Contohnya istikharah dalam memilih pekerjaan, istikharah dalam memilih tempat pengajian dan sebagainya. Yang bawah ni pulak merupakan doa istikharah:



"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".


Mesti korang rasa panjang dan susah kan nak hafal doa ni. Nak tahu cara senang nak ingat doa ni? Korang bukak Spotify, korang search doa istikharah artist UNIC. Lepas tu korang dengar je la banyak kali. Aku yakin korang takkan rasa panjang mana pun doa ni dan mudah je korang nak hafal sebenarnya. Aku harap entri ini bermanfaat kepada pembaca semua. Salam Jumaat. 

18 ulasan:

  1. setuju dgn point buat yg sunat tp yg wajib pun tak lengkap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la..kadang2 manusia ni bila bab2 nak cari jodoh bukan main nak buat benda2 sunat. Tp perkara2 sunat lain x nak lak buat, lagi masalah bila benda wajib mcm solat pun ditinggalkan.

      Padam
  2. as'salam..

    btul semua point tu..yg palingp enting,kita sdri kena la buat apa yang disuruh ALLAH SWT, baru lah DIA akn bg apa yg kita nak,tul x..ni yg disruh xbuat,tapi nak ALLAH beri apa yg kita nak pula...kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu cik yaya...buat apa yg disuruh insyaallah Allah tolong.

      Padam
  3. selalu dalam mind set diorang , bila istikharah je nikah , istikhrah je nikah . Sedang kan solat istikharah ni bnyak lagi gunanya :) . fr example xtahu tawaran belajar mana satu nak ambik , istikharah la :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...istikharah ni tujuannya nak mintak petunjuk x kisah la dalam bab cari jodoh ke, pekerjaan ke, pembelajaran ke.....supaya pilihan yg kita buat tu terbaik utk diri sendiri. perkara2 ghaib tentang masa depan bukan kita tahu pun sebab tu la kena istikharah minta petunjuk.

      Padam
  4. nice posting. istikharah pun ok dalam memilih aliran masa f4 sbb masatu mmg konfius sgt hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus la dah start buat istikharah sejak zaman sekolah lg. Harap2 aliran yg dipilih tu terbaik la untuk sya. :)

      Padam
  5. Istikharah ni, skop dia luas. Even nk beli rumah, nk beli ke tidak, bagus beristhikarah. Minta petunjuk dgn Allah. Tapi org selalu assume, dlm soal cinta kahwin aje nk istikharah. Its not just that la T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaaaabsolutely right.....mungkin sebelum ni jarang dengar pasal istikharah kot...bila nak kahwin search2 'macam mana nak tahu si dia sebagai pasangan' baru tahu pasal istikharah.... :)

      Padam
  6. memang pun, istikharah ni selalu org buat klu nak kahwin aje. kalau berkaitan hal lain tak buat istikharah pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa la tu...benda yg diorang nak sangat2 ni kalau nak kena buat macam2 pun diorang sanggup...

      Padam
  7. sepet suke entry nih ! serious !!! thanksss bor ley :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sepet suka, saya lagi la x tahu nak cakap camne saya punya suka tu...huhu. Thanks...bor ley pun bor ley la...haha... :)

      Padam
  8. boring2 masuk blog org ni dan tekan label cinta...knape la una x pna baca entry ni sblm ni..mcm sgt terkesan ...humm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada label cinta di dalam blog ini. Sgt x cool. Saya cuma gunakan label2 yg cool macam "love" di dalam blog ni. Haha.....

      Semoga entri ini bermanfaat.

      Padam
  9. bace lagi sekali...ya Allah sukanye entry ni..rase nk copy save kat dlm blog sendiri..huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah..dah baca 2 kali. Tinggal 8 kali je lagi untuk awak hafal sepenuhnya entri ni. Haha...

      Saya x kisah pun kalau nak share entri ni. Silakan. Lagipun entri ni bukan la semata-mata idea drpd saya. Cuma saya olah balik sikit je. Idea asal dari blog cik candy. Link dia ada saya share kat dalam entri atas ni.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...