Soalan-soalan berkaitan dengan GST

Semalam agak kecoh di media sosial mengenai cukai GST.  Maklum la, hari pertama GST diperkenalkan kan, kecoh satu Malaysia terutama sekali pasal cukai GST yang dikenakan terhadap prepaid topup yang berkadar 30 sen untuk topup RM5, 60 sen untuk topup RM10, RM1.80 untuk topup RM30 dan begitulah seterusnya. Macam mana pun, ramai yang dah buat aduan kepada KPDNKK mengenai harga prepaid topup yang tak sepatutnya dikenakan GST ni .Berdasarkan berita di tv alhijrah yang aku tengok pulak, dah ada la tindakan dari pihak kastam dan KPDNKK sendiri untuk mengatasi masalah ni. Kira ok la…nampak la yang diorang ni buat kerja diorang.

Kali ni, aku tak nak cerita pasal topup, tetapi aku nak kongsikan beberapa soalan dan jawapan mengenai GST yang aku dapat dari laman web gst.customs.gov.my. Walaupun aku tahu ramai yang tak suka pasal GST ni, tetap juga kita kena hadap sebab aku tak rasa kerajaan akan tarik balik keputusan untuk kenakan GST ni. Korang buat la perhimpunan apa pun untuk bantah GST ni, kalau dah kebanyakan syarikat dah invest duit diorang untuk sistem GST ni, kastam pulak dah banyak bagi talk pasal GST, memang aku rasa GST ni akan tetap juga berterusan. Ye la..takkan la diorang nak sia-siakan perbelanjaan dan usaha diorang selama ni kan…

Jadi, disebabkan kita kena hadapi jugak perlaksanaan GST ni, aku rasa elok la kita tahu serba sedikit pasal GST ni. Berikut merupakan soalan2 dan jawapan2 mengenai GST yang aku rasa nak kongsikan dengan korang semua:


Jadi, kalau korang rasa tak nak kena GST 6% bila korang nak keluarkan duit, pastikan korang keluarkan duit dari ATM bank korang sendiri. Kalau ada akaun Maybank, keluarkan duit dari ATM Maybank sahaja, jangan guna ATM CIMB pulak sebab nanti kena caj RM1.00 + RM0.06(GST).


Untuk harga minyak pulak, tiada GST dikenakan. Jadi, tak ada apa isu pun pasal minyak untuk bulan April ni sebab harga minyak pun sama je seperti bulan lepas. Tetapi, bulan depan mungkin akan ada isu balik pasal harga minyak sebab tiap2 bulan harga minyak akan berubah.

Jawapan di atas memang merujuk kepada kesan jangka masa yang sangat pendek. Setakat penambahan BRIM sebanyak RM300 ringgit memang sangat sekejap la manfaatnya. Aku tak rasa ada kesan besar pun daripada penambahan RM300 ni seperti yang dinyatakan pada jawapan di atas.


GST ni mempunyai tiga kadar; standard rated(6%), zero-rated(0%) dan exempted(tiada GST). Beras merupakan barang berkadar sifar(0%). Zero-rated ni maksudnya, pembeli tak akan dikenakan GST. Hanya penjual sahaja yang dikenakan GST. Bagi kadar zero-rated ni, penjual boleh menuntut balik dari pihak kastam amaun GST yang dikenakan pada diorang dan tiada kerugian yang dialami peniaga. Jadi, beras tak sepatutnya naik harga disebabkan GST.



Tol dan tambah nilai Touch n GO tak dikenakan GST. Satu berita baik untuk kita semua. Tapi, perkhidmatan parking mungkin dikenakan GST sebab aku rasakan kebanyakan syarikat yang sediakan tempat parking ni jualan tahunan diorang melebihi RM500,000 dan pastinya diorang akan daftar untuk GST ni.

Di atas ni merupakan beberapa soalan dan jawapan dari pihak kastam sendiri yang aku pilih dari laman web gst.customs.gov.my. Kalau korang nak baca boleh baca kat sini. Ada 106 soalan dan jawapan pasal GST dari laman web tersebut tetapi aku pilih lima sahaja yang paling senang nak faham dan yang aku rasa penting untuk kita semua tahu. Aku harap korang semua beroleh manfaat dari entri ini. 

Semoga kita semua diberkati Allah, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan kita untuk hadapi ujian dan cabaran dalam hidup ini lebih2 lagi setelah dibebani dengan perlaksanaan cukai GST ni. Sekian.

Kredit: gst.customs.gov.my
Sumber gambar: Google images

10 ulasan:

  1. nak taknak kena hadap jugak GST ni .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la...nak bantah pun dah x guna, benda dah dilaksanakan. Tapi, kita kena la baca banyak sikit pasal gst ni, takut nanti kena tipu dgn peniaga je..

      Padam
  2. gst tak byk pun.yg byk peniaga naikkan harga tapi salahkan gst.jgn kata kompeni kecik, kompeni besar macam 7 eleven dan digi pun sama.ambil kesempatan macam rakyat malaysia ni bodoh sgt

    http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...banyak peniaga yg nak ambil kesempatan atas alasan GST ni. Tapi semalam kat berita ada tunjuk yg KPDNKK dan kastam ada buat tindakan ke atas peniaga2 yg ambil kesempatan ni macam 7e tu. Ok la tu....ada la jugak tindakan dr diorang, tak la nak harap kita je yg report dan boikot peniaga2 ni.

      Padam
  3. Oichhh GST.. namamu sungguh famous....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....memang famous la, kalau boleh tiap2 saat orang ramai nak sembang pasal GST ni. Rakyat yang prihatin la katakan. Menteri je tak berapa nak prihatin kat rakyat. :)

      Padam
  4. Cerita pasal top-up nih! this morning Mrs. A top-up online memang kenalah extra 60sen. Katanya ada telco yang serap gst agaknya yang itu kes beli terus kat kedai. Semalam Mrs. A berlagak poyo dengan member office yang guna telco yang tak serap gst tapi kenyataannya berlainan bila top up online. huks..huks..huks...setuju dengan blog owner kita sebagai pengguna kena faham serba-sedikit berkenaan gst ni supaya tidak tertipu dengan peniaga yang kurang amanah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah la Mrs A....kejap kata prepaid topup kena gst la, kejap kata xde la.... Ni pun baru umumkan harga topup akan mcm biasa balik bulan Mei nanti. Utk April ni je topup masih kena gst katanya. Pening dah ni dgn permainan diorang ni. :(

      Padam
  5. Balasan
    1. Yela...kerajaan kata untuk pembangunan bersama. Hmmm...bayar je la...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...