Cara-cara kembali positif walaupun anda seorang 'loser'

Pernah tak korang rasa macam korang loser gila dalam hidup korang. Contohnya, korang rasa korang tak cantik/kacak la dan tak ada siapa nak kat korang, korang rasa korang paling tak pandai la dalam kelas ataupun korang rasa korang tak stylo dan tak ada siapa nak kawan dengan korang. Mungkin ada yang pernah rasa macam ni dan mungkin juga ada yang tak pernah rasa macam ni sebab korang rasa korang dah cukup sempurna barangkali.


Kat bawah ni merupakan contoh2 situasi yang mungkin menyebabkan korang rasa diri sendiri seorang yang loser:

1.Korang tak stylo sebab korang bergaya macam budak kampung dan tak ramai nak kawan dengan korang
Korang seorang yang old school bab fesyen dan tak pakai pakaian yang trendy mengikut peredaran zaman. Jadi, tak ramai yang nak kawan denagan korang sebab rasa korang tak standard dan memalukan apabila berjalan dengan korang. Jadi, korang rasa agak loser kerana tak mengikut peredaran zaman dan tak ramai kawan.

Jangan risau kalau tak ramai yang nak kawan dengan korang. Lebih baik ada sedikit kawan sejati berbanding banyak kawan tetapi tak betul2 ikhlas berkawan dengan korang. Kalau dah memang korang selesa dengan cara pemakaian korang, korang tak perlu risau pun orang lain tak nak kawan dengan korang. Korang hanya perlu jadi lebih baik terhadap orang lain sahaja, lama-kelamaan orang tetap akan suka korang di atas keperibadian korang dan tak pandang pun gaya kampung korang tu.


2.Korang tak tahu pasal sesuatu dan kawan memperlekehkan korang
Korang tengah sembang2 tapi tiba2 kawan korang sembang sesuatu yang korang memang tak tahu. Lepas tu, bila korang tanya pasal benda tu, diorang ketawakan korang dan labelkan korang sebagai seorang yang loser sebab tak tahu benda tu. Untuk memastikan korang kekal loser di mata diorang, diorang tak bagi tahu pun jawapan kepada apa yang korang tanyakan tu.


Jadi, untuk sentiasa rasa positif korang tak perlu pun risau yang korang tak tahu pasal benda tu. Bila korang tak tahu pasal sesuatu masa berbual dengan kawan, korang tanya je la diorang. Malu sikit la kan nak tanya sebab orang lain tahu tapi korang tak tahu.Tapi nak dapatkan ilmu punya pasal, tak payah malu la.. Kalau diorang tak nak bagi tahu jugak korang search la sendiri pasal benda tu. Biarkan je kawan2 korang perlekehkan korang.

Kat dalam dunia ni semua orang pun dilahirkan dalam keadaan bodoh. Allah yang bagi akal sikit2 kat kita supaya boleh bercakap, berjalan, menunutut ilmu dan sebagainya la. Mungkin korang tak tahu apa yang diorang tahu, tapi diorang juga mungkin tak tahu apa yang korang tahu. Masa hidup kat dunia ni kita boleh dapat banyak ilmu tapi kita tetap tak boleh nak jadi pandai.


Sebabnya pasti ada banyak lagi ilmu yang korang perlu belajar dan tahu sepanjang hidup korang. Sehingga ke akhir hayat pun belum tentu korang dapat habiskan belajar segala ilmu yang ada kat dunia ni. Jadi, tak perlu anggap yang korang seorang yang loser bila tak tahu sesuatu. Apa yang penting adalah korang ada perasaan nak belajar dan sentiasa mahu berkongsikan ilmu yang korang ada.


3.Korang rasa tak cantik/kacak bila dikelilingi oleh orang yang lebih cantik/kacak di sekeliling korang.
Apabila korang tengok orang lain yang lebih cantik/kacak di sekeliling korang, korang rasa korang la yang paling tak cantik/kacak kat situ. Korang pun kurang keyakinan diri dan rasa tak ada siapa pun yang minat kat korang.
Kalau korang ada perasaan sebegini, korang perlulah yakin yang kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif. 


Keperibadian seseorang juga boleh menyebabkan korang dipandang cantik/kacak oleh orang ramai. Kalau korang rasa tak ada orang minat kat korang, korang hanya perlu ingat yang tak semua orang suka benda yang sama. Contohnya, ada orang suka iphone, ada orang suka android phone, ada orang suka windows phone dan ada orang suka blackberry.Tak semua orang mempunyai minat dan citarasa yang sama.

Jadi, korang hanya perlu menjadi seorang yang baik dan tidak menjengkelkan orang ramai. Insyaallah kalau korang berkeperibadian baik, akan ada nanti yang menghargai dan menganggap korang seorang yang cantik/kacak pada mata diorang.

4.Korang rasa paling tak pandai sebab asyik tak lulus peperiksaan
Korang selalu gagal dalam peperiksaan walaupun korang dah ambil banyak kali subjek tersebut. Jadi, korang rasa macam tak ada harapan untuk korang lulus seperti orang lain dan rasa sangat loser.

Tak perlu risau pun kalau korang gagal dalam peperiksaan. Mungkin korang jenis yang tak hebat dalam pelajaran tetapi korang ni jenis yang hebat dalam bab2 praktikal sesuatu bidang. Contohnya, korang banyak kali tak lulus peperiksaan tetapi korang memang hebat dalam memperbaiki komputer/laptop dan smartphone.


Jadi, kalau korang jenis yang macam ni, korang memang dilahirkan untuk menjadi seorang yang pakar dalam bab2 teknikal ni tapi bukan dalam pelajaran. Korang anggap je pembelajaran tu sebagai suatu ilmu yang berharga buat korang dan tak payah fikir sangat nak lulus peperiksaan. Kemahiran yang korang ada tu pun dah membolehkan korang untuk berjaya dalam hidup nanti.

5.Korang seorang lelaki tapi ambil lesen memandu tak lulus2
Korang seorang lelaki tetapi korang terpaksa ambil ujian jpj berulang kali untuk lulus. Bagi seorang lelaki, ambil ujian jpj kali kedua sudah cukup untuk membuatkan korang rasa seperti seorang yang loser. Apatah lagi jikalau korang perlu ambil lebih dari dua kali ujian tersebut.


Oleh kerana aku seorang lelaki dan aku pun pernah ambil ujian jpj dua kali untuk lulus, memang aku tak nafikan aku rasa agak loser time tu. Jadi, untuk korang kembali positif dalam hidup, korang anggap je la memang korang belum layak untuk memegang lesen kenderaan kalau korang gagal ujian jpj tu. Lebih baik korang digagalkan daripada korang dapat lesen tapi korang memandu secara merbahaya dan boleh mengundang maut. Nyawa tu lagi lagi penting dari lesen korang . Tapi, sentiasa cuba dan berlatih sampai mahir. Bila dah betul2 bersedia ambil la ujian tu balik dan buat yang terbaik.

6.Korang seorang perempuan tapi pandai masak nasi
Korang seorang perempuan tapi tak pernah masak nasi dan tak tahu cara2 nak masak nasi. Jadi, korang rasa korang sangat loser sebab korang tak tahu masak benda asas macam nasi. Hmm….ada ke macam ni?


Jadi, untuk membuatkan korang tak akan rasa loser lagi, korang kena ada satu perasaan yang penting iaitu korang kena ada perasaan ingin belajar. Maksudnya, korang kena belajar masak nasi sampai pandai jugak. Apa kejadahnya masak nasi pun tak tahu, memang loser la..haha…

7.Korang tackle awek tapi kena reject
Korang dah lama berkawan dengan seseorang dan terbit perasaan suka dalam diri korang. Korang pun mengambil keputusan untuk cuba nasib dan luahkan perasaan korang kat dia. Malangnya, si dia hanya anggap korang sebagai kawan sahaja. Jadi, korang rasa loser sangat masa tu.

Jadi, untuk korang kembali ceria dan berfikiran positif, korang anggap je la dia bukan yang terbaik untuk korang. Memang korang tak ditakdirkan untuk bersama si dia kerana ada yang lebih baik untuk korang. Korang mesti dah biasa dengar kan “perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempuan yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik”. Tak perlu la korang nak kecewa dan meraung tetapi korang hanya perlu berubah menjadi lebih baik sahaja dan insyaallah korang akan dapat pasangan yang terbaik untuk korang nanti. Lagipun couple2 ni tak elok, lebih baik kahwin je terus. 


8.Korang banyak kali gagal dalam temuduga
Korang dah hadir beberapa kali temuduga tetapi korang masih belum dapat tawaran bekerja dari mana2 syarikat pun. Jadi, korang terpaksa menganggur berbulan-bulan dan korang rasa sangat loser sebab kawan2 korang sudah mempunyai pekerjaan.


Jadi, untuk korang sentiasa rasa positif, korang anggap je la pekerjaan yang korang pohon tu tak sesuai untuk korang dan ada lagi pekerjaan yang lebih baik untuk korang. Mungkin dengan bekerja di syarikat yang korang pohon tu tak akan membuatkan korang rasa gembira dengan pekerjaan korang nanti. Walaubagaimanpun, korang tetap juga kena sentiasa berusaha memperbaiki diri dan sentiasa mencuba untuk mendapatkan pekerjaan lain. Rezeki tu Allah yang beri, korang hanya perlu berusaha,doa dan tawakal sahaja. Insyaallah kalau pekerjaan tu yang terbaik untuk korang, korang akan dapatkannya jugak nanti.

9.Korang gagal banyak kali dalam perniagaan
Korang dah banyak kali cuba untuk bangunkan perniagaan tetapi sering kali gagal kerana perniagaan korang mengalami kerugian. Jadi, korang rasa korang seorang yang loser dalam bab2 perniagaan ni dan mula berfikir untuk bekerja makan gaji.


Memang tak dinafikan sangat sakit perasaannya bila gagal dalam perniagaan setelah korang terpaksa menghabiskan banyak wang. Kalau korang berada di situasi ini, korang anggap la ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman berharga untuk korang baiki kesilapan dan tidak megulanginya apabila korang ingin mulakan semula perniagaan. Anggap la gagal itu kebiasaan dalam perniagaan tetapi korang tetap kena sentiasa berusaha membangunan jugak perniagaan korang. Di bawah ni mungkin mampu memberikan semangat kepada korang:


10.Korang rasa tercabar nak sambung senarai ni tapi korang tak mampu (eh…hehe..)
Korang rasa macam banyak lagi situasi yang boleh menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya seorang yang loser tetapi korang tak mampu nak sambung senarai ni sebab tak ada idea.


Jadi, untuk korang buktikan korang bukanlah seorang yang loser, korang boleh la cuba kongsikan idea korang tu di bahagian komen. Heheheee…

Harap2 korang beroleh manfaat la daripada entri aku yang agak panjang ni. Aku doakan korang semua akan terus berjaya dalam hidup dan mampu untuk menghadapi segala cabaran yang korang hadapi. Bila korang rasa tak ada harapan lagi, ingatlah Allah sentiasa ada bersama korang dan akan bantu korang. Sesungguhnya Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani hamba-hambanya.


20 ulasan:

  1. part " Apa kejadahnya masak nasi pun tak tahu, memang loser la" haahahha! boleh buat ayat deep kt twitter hahahaha :D nice post btw!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...betul kan? takkan la perempuan x tahu nak masak nasi kot...berlambak-lambak lelaki yang reti. Kalau tak reti tu kira loser la kan...hahaha..

      Padam
  2. dhsyatlah.. masak nasi kan guna rice cooker. camne tak tahu plak? ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah la...mungkin tgk kat kedai masak nasi goreng guna kuali, dia pun bantai je masukkan beras dalam kuali jugak pastu masak. Btw, semua benda dah ada kt internet skrg. kalau x tahu masak nasi jugak memang loser la...haha...

      Padam
  3. Betulkah quote Bill Gates tu?
    Wow! am super duper impressed.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun x berapa sure. Ada yg kata x betul sebab grammar dia ada salah mcm bukan dr Bill Gates. Tapi quote ni popular la...rasa mcm menarik utk dikongsikan biar naik skit semangat. :)

      Padam
  4. Hahaaa.. apa guna jadi gegurl kalau masak nasi pun tak reti.. tu basic aje pun... alahai gegurll...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? benda simple je pun... Saya yg lelaki pun reti masak nasi ni. :)

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Agak down perasaan di sini kahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Down lepas baca point yg mana? No.6 ka? haha... Rilek2...x reti belajar la, yg penting ada perasaan nk belajar, tu je... kalau rajin belajar memasak ni silap2 boleh jd chef nanti. :)

      Padam
  7. Problem plak nak post ni.... (Qiqi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Problem apa ye? kalau nak comment berbentuk spam memang x boleh.hihi.. Just kidding. :)

      Padam
  8. ada baiknya juga kalo kita stay positif..semua akan jadi mudah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..setuju! bila stay positif ni jiwa akan rasa lebih tenang. Bila dah tenang nak buat apa2 pun jadi mudah nanti. Buang masa je hidup dalam pressure ni. :)

      Padam
  9. bro ley...una suke entry yang ni,...serious..sebab sometimes una rase loser jugak...dalam senyum hati rase nak nangis jugak..chewah..ter emo pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. una ni...tak habis2 nak nangis. Penat tau x saya taip entri ni nak bagi orang yg baca happy. una nak jugak nangis...hmmmm..saya buat entri betul2 sedih nanti baru tau... :)

      Padam
  10. aku dianggap loser sebab aku ni seorang loner tegar. And orang selalu sangat perlekehkan aku, kenakan aku, and bahan aku kawkaw dari dulu sampai skrg sampai aku takboleh nak bernafas langsung. Orang dok ngata aku itu ini pun aku sampai tak sedar. Bagi tips sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maksud kau lone ranger ke? Selalu duk sorg2?

      Kalau biasa buat benda sorg ni actually takde apa sgt pun as long as kau rasa diri kau lebih happy buat something sorang2. Kadang2 ada kawan tapi jenis yg amik kesempatan pun tak guna jugak.. Baik sorg2.. Sebenarnya kau yg anggap diri kau loser bukan org lain yg anggap kau loser.

      Bab kena bahan n perlekehkan tu aku rasa mungkin kau ada berkelakuan janggal n tak macam org2 lain. Aku tak pasti apa dia. Tapi kalau boleh pedulikan kecaman, kena bahan semua tu n kau kena berkelakuan baik.

      Try to be kind to all n send positive vibe towards people around you.

      Aku ada terbaca antara 2 sebab yg paling byk menyebabkan manusia masuk syurga ada lah kerana akhlaknya dan taqwanya. So try tunjuk akhlak yg baik sepanjang masa. Jarang org nak pulaukan org yg berakhlak. Then try berkawan dgn kawan2 yg sopan2 skit. Tak perlu ramai kawan tapi perlu kawan yg berkualiti.

      Tu je boleh bg skit kata2.. Harap membantu..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...