Peluang hidup kali kedua

Pernah tak korang diberi peluang kedua untuk melakukan sesuatu? Rasanya ramai yang pernah kot. tak kisah la peluang untuk ambil exam sekali lagi ke atau apa-apa je la. Kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku dibei peluang untuk hidup kali kedua. Kisah ni berlaku pada dua tahun yang lepas. Tarikh dan harinya aku tak dapat nak pastikan sebab peristiwa ni dah agak lama berlaku dan aku tak berapa nak ingat secara terperinci.




Peristiwa ini bermula apabila aku mendapat panggilan dari ayah aku pada pukul 3 pagi. Panggilan tersebut membawa satu berita sedih di mana aku diberitahu bahawa Atuk aku telah pulang ke rahmatullah. Dengar je berita tersebut, aku cepat2 bersiap untuk pulang ke kampung arwah Atuk aku. Oleh kerana ramai adik-beradik aku yang berada di KL, kitorang balik dengan satu kereta sahaja.

Kitorang agak kelam-kabut sebab nak kejar masa, takut tak sempat nak sembahyangkan jenazah. Ye la…nak ambil aku dan adik-beradik aku yang lain pun dah makan masa, takut sampai2 je dah nak dikebumikan. Jadi, pada waktu tu abang aku memang drive agak laju nak kejar masa punya pasal. Oleh sebab dia pandu dengan laju, maka sampailah kitorang dan sempat solat jenazah untuk arwah. Alhamdulillah. Jadi, mana peristiwa pasal peluang hidup kali kedua tu?



Rileks2…perjalanan ke sesuatu tempat dari kediaman kita mestilah akan ada pergi dan baliknya kan. Kalau dah tak ada apa berlaku kat kitorang masa pergi, maka mestilah peristiwa tu berlaku masa kitorang nak balik semula ke KL. Tak lama pun kitorang kat kampung, cuma sehari je. Pagi subuh tu kitorang gerak, malam dah balik KL sebab abang2 aku pun kerja, aku pun ada kelas lagi esoknya tu. Jadi, kitorang balik la malam tu dalam keadaan yang agak penat.

Masa tu abang sulong aku yang drive. Aku, kakak ipar aku, dan abang aku sorang lagi masa tu memang dah penat sangat. Kitorang tidur la dalam kereta tinggal la abang sulong aku tu sorang2 bawak kereta. Aku tahu dia pun penat, tapi dia yang dah volunteer nak bawak kereta. Jadi, kitorang setuju je la. Tengah nyenyak aku tidur, tiba2 aku terdengar abang aku lagi sorang menjerit, “Abang! Abang! Bang!”diikuti dengan ucapan “Lailahaillallah Muhammadurrasulullah”. Ye la…abang aku lagi sorang tu ingat abang sulong aku tertidur, jadi  dia cuba la nak sedarkan abang sulong aku tu.


Aku yang masih dalam keadaan separa sedar masa tu tak mampu berkata apa2.Aku hanya mengucap dalam hati “Lailahaillallah Muhammadurrasulullah”sahaja. Masa aku buka mata tu aku perasan yang kereta sedang berpusing. Aku tak tahu apa yang kitorang langgar, aku cuma rasa kereta berpusing je. Perasaan aku masa tu memang berdebar-debar. Aku tak tahu apa akan jadi kat aku lepas habis pusingan tu. Adakah aku akan meninggal di tempat kejadian? Adakah aku akan cedera parah?

Pusingan yang mengambil masa lebih kurang 5 saat tu terasa agak lama. Masa tu memang aku dah tak boleh nak buat apa. Hanya berserah kepada Allah sahaja lah apa pun yang akan terjadi. Aku hanya mampu berharap ianya berakhir dengan sebaik-baik pengakhiran. Masa kereta berpusing tu jugak la aku dapat rasakan yang kepala aku terhantuk pada cermin kereta lebih kurang dua kali. Dalam keadaan kereta masih berpusing, aku menutup mata dan berserah.


Pusingan berhenti. Aku perlahan-lahan buka mata dan nampak kesemua abang2 aku dan akak ipar aku dalam keadaan selamat tetapi kedudukan kereta masa tu masih tak selamat. Kereta kitorang berada di tengah-tengah lebuhraya dalam keadaan melintang. Ianya masih lagi suatu keadaan yang agak mencemaskan. Kitorang pun tergesa-gesa keluar dari kereta dan berharap kereta kitorang tak dirempuh kereta lain waktu tu. Kitorang dengan cepat pergi ke tepi lebuhraya dan meninggalkan kereta.


Selepas berada di tepi lebuhraya, aku rasa sangat2 lega.Ye la... masa kereta berpusing tadi memang aku dah rasa takut yang amat sangat. Masa berpusing tu aku bayangkan kalau aku meninggal, layakkah aku masuk syurga. Banyak mana je amalan aku selama ni. Kalau aku meninggal memang dah tak ada lagi peluang aku untuk memperbaiki kesilapan aku. Takut sebenarnya bila kita berada terlalu hampir dengan kematian.

Syukur….Alhamdulillah, Allah masih beri aku kesempatan lagi untuk hidup. Kitorang kesemuanya selamat tanpa ada sebarang kecederaan yang serius. Hanya akak ipar aku je luka ringan sikit kat kaki dia. Masa tu aku bersyukur yang amat sangat sebab macam tak percaya je aku masih hidup dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang luka. Sememangnya ajal tidak mengenal usia. Peristiwa ni sebagai peringatan buat aku untuk sentiasa ingat Allah sebelum melakukan sesuatu perkara walaupun kadang2 aku terlupa jugak untuk ingat Dia.


Ohh..aku masih belum bagi tahu lagi macam mana boleh terjadinya kemalangan tu. Sebenarnya waktu kejadian tu, abang sulong aku tak tertidur pun. Dia dalam keadaan sedar. Cuma dah ditakdirkan kitorang akan mengalami kemalangan pada masa tu. Dalam keadaan lebuhraya yang gelap tu, abang sulong aku tak perasaan yang ada sebuah kereta melintang di lorong sebelah kanan(lorong memotong). Kereta tu warna hitam menyebabkan abang sulong aku tak perasan kereta tu ada kat situ. Kereta hitam tu sebenarnya baru je kemalangan dengan sebuah lori menyebabkan kereta tu ada kat tengah2 lebuh raya dalam keadaan melintang. Jadi, lampu kereta tu memang susah nak nampak.


Bila dah semakin dekat dengan kereta tu baru la abang aku perasan kereta tu. Dengan masa satu saat untuk membuat keputusan, abang aku tekan brek kereta dan pulas stereng untuk mengelak. Akibatnya, kereta berpusing dan tak boleh dikawal. Kereta kitorang berpusing dan merempuh penghadang jalan (divider) sebanyak dua kali. Setelah lima saat baru la pusingan berhenti. Bila tengok keadaan kereta yang teruk selepas kemalangan tu memang kitorang rasa tak percaya yang kitorang selamat tanpa sebarang kecederaan serius. Syukur Allah masih lagi beri peluang kepada kitorang untuk hidup dan memperbaiki amalan.



Peristiwa ni memang banyak memberi pengajaran kepada aku dan aku harap cerita aku ni dapat memberi pengajaran dan peringatan kepada korang jugak. Ajal maut tak kenal usia, bila2 pun nyawa kita boleh ditarik. Jadi, sebagai peringatan untuk korang, aku galakkan kalau boleh sebelum tidur tu ucap la "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah" supaya kita terbiasa dengan ucapan ni. Kalau2 ditakdirkan nyawa kita ditarik ketika tidur, sekurang-kurangnya kita ingat Allah sebelum tidur tu dengan ucapan tersebut. Semoga dengan membiasakan diri dengan ucapan ini jugak menyebabkan kita meninggal dalam keadaan beriman sewaktu ajal kita nanti.  

Semoga korang semua dapat iktibar dari cerita ini dan sentiasa dirahmati Allah selalu.

Sumber gambar: Google images




9 ulasan:

  1. ngeri jugak ceritanya....Tak pernah terlibat dalam eksiden tp baca entry nih bole bayangkan camana cemasnya !.......Alhamdullilah Allah bagi second chance.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la...bila aku teringat balik peristiwa ni, rasa bersyukur sangat. Doa-doa la dijauhkan dari kemalangan ngeri macam aku ni.

      Padam
  2. jika second chance selalu ada bolehlah kita buat suka suka but kalau tak da mesti hati -hati hidup cuma sekali buatlah yang berarti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu rohmad. Nak dapat second chance ni bukannya senang. Bila dapat tu rasa macam tak percaya. You Only Live Once.

      Padam
  3. Pengalaman yang menakutkan tapi membawa erti besar kepada yang mengalaminya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...pengalaman macam ni la yang membuatkan kita rasa nak buat yg terbaik dlm hidup

      Padam
  4. Cik Candy pun rasa macam diberi peluang kedua untuk rasa bahagia dgn family. pernah satu ketika adik excident masuk icu sebulan lebih.. Alhamdulillah akhirnya sedar dan skrg pulih mcm biasa.. Peluang kedua buat kali sekeluarga untuk lebih menghargai diantara satu sama lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nice sharing. Tu la..bila diberi peluang kedua ni rasa bersyukur sgt2 dan rasa nak hargai baik2 apa yg Allah dah bagi. Takut menyesal di kemudian hari je ...

      Padam
  5. i like that quote...please think of the quote vr well

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...