Pada
entri2 yang lepas, aku telah kongsikan mengenai ciri2 seorang ‘Introvert’ dan
‘Ambivert’. Aku juga ada kongsikan yang aku merupakan seorang ‘Ambivert’.
Kalau korang tak tahu apa itu Introvert dan Ambivert boleh tekan link yang aku berikan.
Korang boleh juga buat personality test untuk pastikan sama ada korang ni Introvert, Ambivert and Extrovert di sini. Jadi, kali ini aku ingin kongsikan
sedikit ciri2 seorang Extrovert. Extrovert bermaksud seseorang yang lebih
pentingkan sesuatu yang fizikal dan suasana sosial dan rasa lebih bertenaga apabila
bersosial dan bergaul dengan khalayak ramai.
1.Suka
orang ramai
Seorang
extrovert suka berinteraksi dengan orang ramai. Diorang rasa lebih bertenaga
apabila lebih ramai orang berada di samping diorang. Suasana yang meriah
menyebabkan diorang lebih aktif berfikir dan lebih gembira tidak seperti
seorang ‘introvert’ yang lebih sukakan suasana yang sunyi.
2.Tidak
suka perkara rutin
Seorang
extrovert tidak suka melakukan perkara yang sama berulang kali. Diorang sukakan
cabaran dan aktiviti berlainan untuk mendapatkan kepuasan. Walaubagaimanapun,
seorang extrovert masih lagi akan gembira melakukan kerja2 rutin selagi diorang
rasakan ianya seronok dan berbaloi seperti mendapat perhatian orang ramai dari
kerja tersebut dan mendapat bayaran yang setimpal dari kerja tersebut.
3.Gembira
untuk berkongsi idea
Seorang
extrovert juga lebih suka untuk berkongsi idea dan pemikiran diorang walaupun
idea tersebut belum lagi difikirkan dengan lebih mendalam. Berkongsi idea
sejurus sahaja dioraang mendapat ilham merupakan sebahagian daripada proses
pemikiran diorang. Disebabkan ciri2 ini, diorang ni lebih mudah untuk berubah
fikiran, tidak seperti seorang introvert yang hanya akan berkongsi idea diorang
apabila idea tersebut telah dirasakan sempurna untuk dikongsikan.
4. Mudah
bosan apabila berseorangan
Seorang
extrovert mudah berasa bosan apabila bersendirian dan akan menyebabkan diorang
tidak bermaya. Apabila diberi peluang, diorang lebih suka untuk bebbual dengan
sesiapa sahaja daripada duduk berseorangan untuk berfikir. Diorang mampu berfikir dengan lebih baik apabila diorang sedang berada di dalam perbualan berbanding berfikir seorang diri.
5.Sukakan
perhatian
Seorang
extrovert juga mungkin sukakan perhatian dari orang ramai. Diorang mungkin
sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian dari orang ramai contohnya
mencari peluang untuk berada di atas pentas yang disaksikan ramai orang. Ini
kerana diorang suka untuk menggembirakan orang ramai dengan personaliti dan
perwatakan diorang.
6.Berpewatakan
menarik, kelakar dan bertenaga
Seorang
extrovert juga mungkin merupakan seorang yang kelakar, bertenaga dan mudah
didekati orang lain. Kebiasaanya, orang ramai mudah unutk berasa selesa dengan
diorang disebabkan sifat peramah diorang. Seorang extrovert juga mudah untuk
mendapatkan kawan walaupun baru beberapa jam berkenalan.
Jadi,
adakah korang seorang Extrovert? Kalau bukan, mungkin korang adalah seorang introvert
atau ambivert. Korang boleh buat personality test tu kat sini. Yang pastinya
aku bukanlah seorang extrovert tetapi aku seorang Ambivert dan aku gembira
dengan diri aku sendiri. Tak kira la korang ni seorang introvert, extrovert
atau ambivert, korang tetap ada keunikannya yang tersendiri. Jadi, ada ke
pembaca2 kat sini yang merupakan seorang Extrovert setelah membuat personality
test tu? Kalau ada, korang dialu-alukan untuk berkongsi di ruangan komen.
Kredit: aboutParenting, Anthony Hilling
Sumber gambar: Google images
Kredit: aboutParenting, Anthony Hilling
Sumber gambar: Google images
new learning today. tenkiu :D
BalasPadamYou're welcome. Terima kasih singgah dan baca entri ni. :)
PadamSaya tak pasti saya yg mana ... Setengah ciri kat Intro setengah kat extro
BalasPadamLa....x pasti ke? Kalau x pasti kemungkinan besar awak merupakan seorang Ambivert.Boleh buat personality test kalau nak confirmkan.
Padamoh faham
Padamini macam gaya adik saya yang ketiga :D saya pula ambivert..
BalasPadamBiasa la tu....tak semua adik-beradik kita berperangai sama. Kalau saya, abg sulong saya yg berperangai macam ni. ;)
PadamBrunei yurtdışı kargo
BalasPadamBrezilya yurtdışı kargo
Botswana yurtdışı kargo
Bosna Hersek yurtdışı kargo
Burundi yurtdışı kargo
TL4
Cape Verde Adaları yurtdışı kargo
BalasPadamCayman Adaları yurtdışı kargo
Cebelitarık yurtdışı kargo
Burkina Faso yurtdışı kargo
Ceutaya yurtdışı kargo
QH2M
شركة تسليك مجاري في الشارقة NPbEo7vuGH
BalasPadam