Kelebihan akaun Nuffnang berstatus Glitterati

Salam sejahtera kepada pembaca2 sekalian. Entri aku kali ni berkaitan dengan sesuatu yang ramai orang dah tahu iaitu berkaitan dengan Nuffnang. Nuffnang merupakan sebuah syarikat pengiklanan berasaskan blog. Sebenarnya, aku tak pernah terfikir pun nak letakkan iklan Nuffnang kat blog ni. Niat utama aku tulis blog ni adalah untuk berkongsi apa2 yang aku rasakan bermanfaat dan apa pandangan aku mengenai satu2 perkara.



Tapi, tiba2 ada pulak rakan blogger yang tanya aku kenapa tak letak iklan Nuffnang kat blog ni. Disebabkan pertanyaan tu aku pun fikir dan search la pasal Nuffnang ni sama ada berbaloi ke untuk aku letakkan iklan Nuffnang ni. Lepas aku search, rata2 menggalakkan para blogger untuk letakan iklan Nuffnang. Ye la… sambil menyelam minum air, sambil tulis blog jana la pendapatan kan.

Jadi, disebabkan sangat mudah untuk daftar Nuffnang ni, aku pun daftar je la dan korang boleh nampak ada iklan Nuffnang kat blog aku sekarang ni. Ok, seperti tajuk yang aku tulis kat atas tu, entri kali ni adalah mengenai status akaun Nuffnang aku berubah dari Non-Glitterati kepada Glitterati dalam masa 3 hari. Jadi, kat sini aku nak kongsikan kelebihan2 seorang Nuffnanger yang mempunyai status Glitterati. 


Bagaimana nak dapatkan status Nuffnang Glitterati?

Tak susah pun untuk dapatkan status Glittterati ni. Korang cuma perlui meletakkan iklan Nuffnang sahaja di blog korang dan jangan letakkan iklan2 lain dari pesaing2 Nuffnang seperti Innity. Pihak Nuffnang akan secara automatiknya menukar status korang kepada Glitterati dalam masa 7 hari selepas korang daftar dan letakkan iklan Nuffnang pada tempat yang sepatutunya. Dalam kes aku, hanya 3 hari sahaja akaun aku dah berubah kepada Glitterati. Mungkin rezeki aku la dapat status Glitterati cepat kan.


Untuk pengetahuan korang, kalau korang letak iklan lain seperti Innity setelah korang mendapat status Glitterati, pihak Nuffnang akan menarik balik status tersebut dalam masa 4 hari selepas korang daftar dan letakkan iklan pesaing pada blog korang.

Kelebihan beroleh status Glitterati

1. Dapat lebih banyak earning berbanding Non-Glitterati
Kalau korang berjaya mendapatkan status Glitterati, korang boleh mendapat earning antara 20-40% lebih daripada seorang Nuffnanger yang berstatus Non-Glitterati. Ini kerana kalau korang cuma letakkan iklan Nuffnang sahaja di blog korang, CTR(Click Through Ratio) akan jadi lebih tinggi dan ini sesuatu yang disukai oleh pihak Nuffnang.

2. Lebih cepat pihak Nuffnang akan membuat pembayaran.
Pihak Nuffnang akan membuat pembayaran dalam masa 30 hari selepas setiap hujung bulan bergantung kepada tarikh korang ‘cash out’ kepada ahli Glitterati berbanding 60 hari jika korang berstatus Non-Glitterati.


3. Pihak Nuffnang lebih mengutamakan ahli Glitterati
Pihak Nuffnang memang terkenal sebagai pihak yang sering menganjurkan acara komuniti besar-besaran untuk para Nuffnangers. Tak semua Nuffnagers yang akan dijemput hadir untuk acara tersebut tetapi kalau korang mempunyai status Glitterati, korang mempunyai peluang yang tinggi untuk dijemput menghadiri acara tersebut kerana diorang lebih mengutamakan ahli Glitterati.

Selain itu, pihak Nuffnang juga sering mengadakan giveaway atau pertandingan yang menarik unutk para penulis blog merebut peluang mendapatkan hadiah2 seperti hamper, telefon pintar, kamera dan juga trip percutian. Untuk acara macam ni juga pihak Nuffnang akan lebih mengutamakan ahli Glitterati sebelum membuka penyertaan giveaway tersebut kepada orang ramai.


Di atas ni merupakan sedikit perkongsian aku mengenai Nuffnang dan status Glitterati. Kelebihan2 kat atas ni aku ambil daripada website Nuffnang sendiri. Sebenarnya banyak lagi kelebihan2 berstatus Glitterati ni yang dah pun ditulis oleh blogger yang lain. Aku cuma tak nak aku sampaikan benda yang kurang sahih, jadi aku hanya senaraikan kelebihan2 yang memang ditulis oleh pihak Nuffnang sendiri je. Jadi, aku harap entri ini dapat memberi manfaat kepada pembaca2 sekalian. Semoga korang yang dah letakkan ikaln Nuffnang akan beroleh status Glitterati jugak tak lama lagi. 

Kredit: Nuffnang

19 ulasan:

  1. yup...betul sangat tu...ststus mmg kena jaga...kalau berubah blk ke non-glitterati gamaknya hbs la earning!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la...Harap2 x kena tarik balik la status Glitterati ni. Saya ni dah la blogger baru, byk lagi pasal Nuffnang ni yg saya kena belajar. :)

      Padam
  2. sya prnah juga la , glitterati then jadi non-glitterati . terkejut jugak la , tp dlm masa 2 hari dpt balik status glitterati :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai juga blogger yg jadi camni gak kan? Ni yg kena hati2 ni..

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. selama ni tak tahu pon gliterati atau non tu apa. biarkan jee. hahha. nice sharing. by the way, kalau jadi non gliterati nak kena buat apa eh? jawab kat cbox yee. thank you.

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Terima kasih singgah dan baca entri ni. Sharing is caring. :)

      Padam
  6. sedikit sebanyak sehak pasang nuff nie, Cik Candy pun jadi semangat nak berblogging.. hahaaa

    BalasPadam
  7. selamat bernuffnang, In shaa Allah ada nanti masuk sedikit sebanyak... singgah sini BL :)

    BalasPadam
  8. sy masa mula2 blogging balik status glitterati dah kena tarik .. kekeke. sbb dah mcm 2 tahun deactivate blog xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kalau kita x aktif nuffnang akan tarik balik la. Diorang kan nak iklan tu sampai kepada audience, kalau blog x aktif biasanya pelawat pun x berapa nak ada, rugi je la doorang bg status glitterati tu. :)

      Padam
  9. Ada blogger cakap kalau status glitterati even org view iklan kat blog kita je tp tak click kt still dapat earning.betul ke?

    syureinadiaries.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu...tu kalau dapat campaign dr nuffnang la.. Buat masa ni sy belum pernah dpt lagi.

      Padam
  10. Good entri blogger ni....singgah2 la selalu kat lokmanamirul.blogspot.my

    BalasPadam
  11. Blog saya tak ada iklan dari sysrikat lain,
    tapi saya masih tak dapat status Glitterati tu..
    Apa yg patut saya buat??

    BalasPadam
  12. nice entry. sangat membantu. tapi saya punya gliterati tu dah kena tarik balik sebab lama tak aktif blog.ni baru nak tilik semula blog. kalau ade masa mari singgah di blog yer https://enieysuryani.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhh sayangnya. Saya punya dah lama kena tarik haha. Takpe la try main ads lain pulak

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...