Korang pernah tak dengar perkataan introvert ni? bagaimanakah personaliti seorang introvert ni? Introvert ini ialah seseorang yang lebih suka
bersendirian dan lebih bertenaga dengan bersendirian. Diorang cepat kelihatan
tidak bertenaga jika berada di sekitar orang ramai dan perlukan masa
bersendirian unutk mengembalikan tenaga mereka. Seorang introvert juga lebih
kisahkan dunia dia sendiri dan lebih seronok berfikir dan meneroka sesuatu secara
bersendirian. Adakah korang seorang introvert?
Nak tahu kenapa aku tulis pasal ni? Sebab aku rasa aku
seorang introvert. Aku tak pasti adakah aku memang seorang introvert, tetapi
berdasarkan bahan2 yang aku baca mungkin aku seorang introvert la... Kat bawah ni
pula adalah mitos tentang seorang introvert yang aku dapat dari artikel Carl Kingdom.
Mitos
#1- Introvert tak suka bercakap
Ini tak betul. Seorang introvert tak akan bercakap
melainkan dia ada sesuatu untuk diperkatakan. Diorang tak suka berbual kosong.
Cuba tarik seorang introvert untuk bercakap mengenai sesuatu yang dia minat,
dia boleh sembang seharian.
Ya.. aku selalu susah nak dapat idea bercakap dengan
orang yang aku tak kenal, tetapi kalau orang tu bercerita pasal sesuatu yang
aku suka, aku boleh sembang lama pasal benda tu je.
Mitos
#2- Introvert seorang yang pemalu
Malu tidak ada kene-mengena untuk seseorang tu dilabel
sebagai seorang introvert. Introvert bukan seorang yang takut untuk berhadapan
dengan orang. Apa yang diorang perlukan ialah sebab untuk berinteraksi atau
mulakan perbualan. Seorang introvert tidak akan bercakap hanya semata-semata
untuk berinteraksi.
Ini pun sama. Aku perlukan sebab untuk berinteraksi
dengan orang lain baru la aku tahu apa yang aku nak sembangkan.
Mitos
#3-Introvert tak suka berkawan.
Sebenarnya, seorang introvert begitu menghargai kawan
diorang yang sedikit berbanding mempunyai ramai kawan tetapi tidak begitu
rapat. Diorang lebih prefer untuk mempunyai sedikit kawan yang betul2 memahami
diorang dan itu lebih bermakna buat diorang.
Ni pun lebih kurang macam perangai aku. Aku lagi suka
ada sikit kawan tapi memahami aku daripada buat ramai kawan tapi hanya bersembang
sekali dua je.
Mitos
#4- Introvert tak suka berhadapan dengan orang ramai atau berada di khalayak
awam.
Mengarut. Seorang introvert hanya tak suka keluar
lama-lama. Diorang pantas dalam memproses data dan pengalaman menyebabkan
diorang tak perlu berada lama-lama di khalayak awam untuk dapatkan apa yang
diorang mahukan.
Aku memang jenis yang tak suka keluar lama2. Kalau aku
ada benda nak buat atau ada sesuatu nak beli baru la aku keluar. Dan aku hanya
akan buat apa yang aku dah set dalam minda aku nak buat sebelum keluar rumah.
Kalau aku cuma nak beli kasut, aku akan beli kasut lepas tu balik.
Seorang introvert selesa dengan cara pemikiran
diorang. Mereka suka berfikir dan membayangkan sesuatu. Diorang suka untuk
menyelesaikan masalah, atau puzzle untuk diselesaikan. Tapi diorang akan
kesunyian kalau diorang tak mempunyai sesiapa untuk dikongsikan mengenai apa
yang diorang dapat hasil daripada pemikiran diorang.
Mitos#6-
Introvert tidak tahu relaks dan berseronok.
Seorang introvert biasanya akan relaks apabila dia
berada di rumah atau secara semulajadi, bukannya di tempat awam. Introvert
bukanlah seorang yang sukakan sesuatu yang adventure. Suasana yang bising akan
menyebabkan mereka ‘lumpuh’. Ini bermaksud mereka tidak boleh berfikir atau
berperangai seperti kebiasaannya jika suasana terlalu bising.
Ya.. aku lebih suka duduk rumah dan rasa lebih tenang
bersendirian. Kalau dah ada sorang dua kat rumah tu pun dah cukup buat aku
seronok. Oleh kerana aku baik dengan adik –beradik aku, kalau ada salah sorang
kat rumah pun dah cukup dah untuk aku ‘have fun’. Sebab diorang memang dah tahu
perangai aku macam mana.
Jadi,adakah aku seorang introvert? Mungkin. Korang pulak macam mana?
sy tertarik dengan entry ni.. nak share boleh..? Boleh katakan sifat introvert ni ada dlm diri saya... Hidup dalam dunia sendiri... :)
BalasPadamTerima kasih sebab singgah di blog ini. Silakan la share...amat dialu-alukan. Tak sangka ada blogger lain berperangai macam ni jugak. :)
PadamMe too
PadamIm extrovert very opposite to this
BalasPadamYa..tak semua orang berperangai macam ni. Hanya sebahagian sahaja. Tetapi artikel ni boleh dibuat rujukan kalau jumpa dengan orang yang berperangai sebegini.
PadamHai... info yang sangat berguna, mungkin i boleh kaji orang sekeliling i punya perangai lepas ni. hikhik.
BalasPadambtw nice writing, selamat berkenalan. Jemput follow :)
Terima kasih datang melawat dan membaca entri di blog ini. Already follow you :)
Padamsy introvert
BalasPadamBetu ke awak introvert? Saya pun ingat saya intrrovert tp rupanya saya Ambivert
Padambetul. introvert bukan pendiam. cuba dia tak minat nak sembang benda yang dia tak minat. haha. datang follow broley #178
BalasPadamIntrovert malas campur org selalu sgt dan x suka crowd. Tapi still boleh campur n boleh sembang dgn orang. Yup..tapi sembang tu kena benda yg dia minat la...kalau benda tu introvert x minat, dia akan rasa no point bersembang. Baik buat hal sendiri.
Padamnah...i'm ambivert! kadang ada gak mood intro tapi dalam masa yg sama, aku perlukan xtvt extro....tapi xley hidup sgt dgn org..
BalasPadamAlamak kau ada komen kat sini ke? Hahah.. sama la aku pun test ambivert. Tapi lebih kepada introvert kot. Lebih suka duduk sendiri. Kalau nak keluar2 ni aku suka keluar dgn org2 yg aku memang dah rapat mcm housemate ke... Tapi memang perlu la kan keluar bercuti gak. Sbb kalau tak otak tak berkembang tak keluar langsung nanti...
PadamSo you’re talking about me haha, nah it’s very interesting.salam mesra buat semua.
BalasPadamHi panglima berahsia. Nama memang dah kena dah dgn perangai introvert tu. Haha.. Welcome to the club. Pasal introvert rasa ramai dah yg tahu. Tapi ada lagi yg lebih interesting pda aku pasal personaliti ni. Kalau kau pernah dgr pasal perfect melancholy atau peaceful phlegmatic.. benda ni lagi interesting..
PadamHai. Youre talking about me haha. Seronok tgk ada blog yg guna BM utk terangkan ttg personaliti. Sbb ramai antara kita kurang sedar ttg kepelbagaian personaliti, jadinya, kurang faham dan hormat personaliti org lain, cth mcm dlm artikel ni. Org selalu ingat introvert ni sukar didekati sbb dia ‘sombong’, xnak ckp dgn org. Tapi rupanya sbb ada cara lain nak dekati dia. U just got a new follower!
BalasPadamHi ultraman dyna. Thank you sudi follow blog ni 😊
PadamBetul tu ramai lagi orang yg tak sedar ada macam2 jenis personaliti. Cara nak approch pun beza2 mcm awak ckp pasal introvert tu lah.. tak rugi pun amik tahu pasal personaliti ni. Lebih senang nk deal dgn siapa2 je lepas ni... hehe sy lebih selesa menulis dalam BM. Macam menulis dari hati..