Pernah
dengar perkataan ni? Ikhtilat. Sesuatu yang jarang kita dengar. Aku pun baru je
terbaca dari blog-blog dan lain dan faham serba sedikit tentang ikhtilat ni.
So, aku nak kongsikan kepada pembaca semua mengenai ikhtilat.
Sumber: Google images |
Maksud ikhtilat
Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti:
meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang
dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan
lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam
bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat
selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan,
berkomunikasi dan bertegur sapa.
Hukum ikhtilat
Pada
asasnya ikhtilat huumnya haram. Harus sekiranya pada situasi berikut:
1. Darurat
2. Hajat
3. Dakwah
1. Darurat
2. Hajat
3. Dakwah
Darurat
Contohnya
menyelamatkan wanita daripada kemalangan.
Hajat
Contohnya
dalam berjual beli, pembelajaran, melayan tetamu dan yang seumpamanya.
Dakwah
Contohnya
dalam menyebarkan dakwah Islam (amar makruh nahi munkar).
Kalau
nak tahu lagi detail boleh la rujuk di blog-blog berikut:
1. http://www.tarbiahsentap.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
2. http://wanfauzi.com/definisi-ikhtilat-hukum-menurut-syara/
Sumber: wanfauzi.com |
Jadi,
berdasarkna pemahaman aku, couple tu dikira haram walaupun kedua-dua pasangan
tidak bersentuhan ata melakukan zina. Kalau korang baca blog yang aku bagi link
tu, bersembang antara lelaki dan perempuan adalah haram kalau bukan kerana 3
sebab di atas termasuk la bersms/whatsapp dan sebagainya. Aku pun baru je tahu
pasal benda ni. Ye la, tengok je la zaman sekarang ni dating pun dah dianggap
biasa macam mana la masyarakat nak sedar mengenai isu ikhtilat ni.
Silibus
pengajian agama Islam kat sekolah pun tidak mention isu ikhtilat ni, macam mana
la remaja nak sedar yang couple tu haram. Tu yang makin banyak kes buang bayi,
rogol semua tu berlaku sekarang. DIsebabkan isu ikhtilat tidak dijaga, rosaklah
umat Islam kat Malaysia ni. Aku berharap isu ikhtilat ini dapat diselitkan di
dalam silibus subjek pengajian Islam pada masa akan datang. Semoga kita semua diberi pelidungan
oleh Allah dan dijauhi daripada segala bentuk dosa dan maksiat. Insyaallah.
Akhir sekali, aku harap korang baca blog yang aku bagi link tu untuk faham
lebih lanjut mengenai isu ikhtilat ni.
Sekian.
ye memang .. selalunya word Ikhtilat ni just budak sekolah agama je yang tahu . kalau budak yang sklah kebangsaan biasa mcm saya ni mmg blur bab ni . Alhamdulillah la ada medium macam Tarbiah Sentap , Aiman Banna , Angel Pakai Gucci yang selalu tekan bab Ikhtilat ni .
BalasPadamTu la...saya ni pun baru tahu dari medium2 mcm Tarbiah Sentap tu...sebelum ni x betul2 kisah pun pasal ikhtilat ni. Tapi dah tau ni, kena la jaga2 skit kan bab2 pergaulan dgn berlainan jantina ni... :)
Padam