Mesti ramai yang dah tahu sejak 1 Februari 2015, harga
minyak RON95 turun sehingga RM1.70 seliiter dan aku sure ramai yang suka dengar
berita ni. Tahukah korang kenapa harga
minyak boleh turun rendah sangat? Nak tahu kenapa? Ini semua disebabkan perubahan
mekanisme dalam menentukan harga pasaran minyak petrol kepada sistem ‘apungan
kawalan’ (float system).
Sumber: Google images |
Kali ni aku nak kongsi macam mana kerajaan tentukan
harga minyak menggunakan sistem baru ni.
Berdasarkan kenyataan Menteri Belia& Sukan, Khairy
Jamaluddin, harga petrol di Malaysia dikira menggunakan formula Automatic
Pricing Mechanism (APM). Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts
Singapore (MOPS).Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini.
Sumber: says.com |
Jadi dengan sistem baru ni cara pengiraannya adalah
seperti berikut:
Contoh berdasarkan harga MOPS untuk RON95 (1-19Nov
2014) = 195.15sen
Komponen:
|
Sen/liter
|
Harga
MOPS
|
195.15
|
Kos
Operasi
|
9.54
|
Margin
Syarikat Minyak
|
5
|
Margin
dealer stesen minyak
|
12.19
|
‘Alpha’(Perbezaan
MOPS dengan harga pembelian sebenar
|
5
|
(-)Subsidi
|
-
|
Jumlah
|
226.88
|
Kalau ikut contoh kat atas ni, harga petrol RON 95 ialah
227sen/liter atau RM2.27/liter. Harga ni kemudian akan dibundarkan menjadi
RM2.30/liter. Ini kalau ikut comtoh ni la…Kalau untuk harga pada 1 Mac 2015,
kerajaan akan menggunakan harga MOPS (1-28 februari 2015) kemudian ditambah
dengan komponen2 di atas.
Kesimpulannya, harga petrol di Malaysia akan berubah
dari semasa ke semasa. Boleh jadi ianya terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kalau
nak diikutkan ada baiknya dan ada buruknya perubahan yang dilakukan ni. Yang
baiknya bila harga pasaran minyak turun harga minyak kat Malaysia pun turun dan
dapat kurangkan kos sara hidup. Yang buruknya, selain harga rendah yang boleh
mengurangkan income kerajaan, ada kemungkinan harga RON95 jadi terlalu tinggi dan
membebankan rakyat. Mungkin lagi tinggi daripada yang sebelum-sebelumnya.
Sumber: Google images |
Tapi aku pasti kerajaan sudah
mempunyai backup plan untuk mengurangkan beban rakyat jika harga pasaran minyak
terlalu tinggi. Mungkin kerajaan boleh menetapkan ‘benchmark’ harga dan
memberikan subsidi semula jika harga pasaran minyak lebih tinggi daripada ‘bencmark
yang telah ditetapkan. Maksudnya, sebagai contoh kerajaan mungkin boleh
menetapkan RM2.30 sebagai benchmark. Jika harga
minyak melebihi harga benchmark (RM2.30), mungkin kerajaan boleh kaji
semula untuk memberikan subsidi atas perbezaan antara harga sebenar dan harga
benchmark supaya harga boleh kekal RM2.30.
Aku yakin perkara ni boleh dilakukan kerana jika harga
pasaran minyak meningkat, income kerajaan pun akan meningkat. Jadi, kerajaan
mampu untuk memberikan subsidi kepada rakyat. Ini hanya pandangan aku sahaja,
mungkin kerajaan mempunyai mekanisma yang lebih baik untuk tentukan harga
minyak di Malaysia. Apa pun yang sudah dirancang oleh kerajaan aku harap akan membantu rakyat kelak.
7 tahun lepas. Wira 1.5 saya isi RM10 lepas pergi serdang- Kl- cheras masa belajar. Sekarang rasanya tak kot.
BalasPadammemang berbeza terasa bagi yang hari mengunakan minyak kenderaan.. macam saya ni memandu lebih kurang 140 km setiap hari...
BalasPadamnice info
BalasPadam