Salam.
Kali ni aku ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada aku dan seluruh umat islam. Apa yang aku ingin kongsikan ni insyaallah dapat membantu kita khusyu' dalam solat.
Kali ni aku ingin berkongsi sesuatu yang bermanfaat kepada aku dan seluruh umat islam. Apa yang aku ingin kongsikan ni insyaallah dapat membantu kita khusyu' dalam solat.
Selalu dalam solat lima waktu
kita akan baca al-fatihah dan surah2 lain dalam al-Quran(kebiasaannya surah
lazim). Pernahkah kita cuba memahami maksud apa maksud di sebalik surah2 yang
kita baca tu? Jadi kali ni aku ingin kongsikan maksud surah yang selalu dibaca
oleh kita semua iaitu Surah An-Nas. Bismillahirrahmanirrahim.
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ
ٱلنَّاسِ
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
مَلِكِ ٱلنَّاسِ
Yang Menguasai sekalian manusia,
إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ
ٱلۡخَنَّاسِ
"Dari kejahatan pembisik
penghasut(syaitan) yang timbul tenggelam, -
ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ
فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ
"Yang melemparkan bisikan dan
hasutannya ke dalam dada(hati) manusia, -
مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari
kalangan jin dan manusia".
Kalau kita faham makna surah ni, ia
memberi maksud yang kita meminta pertolongan dari Allah(Pencipta manusia), yang
berkuasa ke atas manusia dan yang berhak disembah oleh sekalian manusia supaya
kita dijauhkan daripada kejahatan bisikan2 syaitan yang tersembunyi yang
dibisikkan ke dalam hati kita.
Surah ni boleh dianggap sebagai suatu
doa dan amatlah baik jikalau kita memahami ayat ini dalam solat dan meminta
kepada Allah bersungguh-sungguh supaya Allah perkenankan doa tersebut dan kita
dijauhkan daripada godaan syaitan yang mengajak kita melakukan kejahatan.
Inilah serba sedikit yang mampu aku
kongsikan. Sama2 la kita cuba memahami ayat2 Quran yang kita baca dalam solat agar
dipermudahkan untuk mendapat khusyu' dalam solat. Wallahu'alam
Sekian.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam