Peringatan: Diharap sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah adalah dibawah penguasaan ibu bapa anda jika ingin membaca entri ini. Entri ini mengandungi unsur2 yang tidak sesuai dibaca oleh individu bawah umur.
Setelah beberapa ketika…..
Lepas aku sampai rumah aku check balik…dan aku boleh confirmkan bumper kereta Honda City yang aku naik tu ada terjatuh sikit. Sebenarnya aku dah perasan jugak masa baru lepas kena langgar tu, tapi aku tak sure sama ada sebelum ni bumper tu dah memang jatuh atau tak. Ye la…bukan kereta aku pun, kereta bapak aku, aku bawak je….Jadi, dah sampai rumah baru la boleh nak confirmkan.
Haa….macam tu lah ceritanya macam mana kereta Honda City yang aku bawak boleh kena cium dengan Myvi merah pada minggu lepas. Kesian dengan Siti tu…tak pasal2 kena cium dengan My bee…
Jadi, sekarang ni aku nak kongsikan pulak apa yang korang patut buat bila menghadapi kemalangan kecil macam ni. Kalau nasib korang baik boleh la buat macam aku. Aku cuma ambil no. phone mamat tu je….kalau dia tak angkat aku tak boleh buat apa. Tapi nasib baik mamat tu bertanggungjawab.
Mula2 aku call dia tak angkat. Tak lama lepas tu aku check phone, ada dia missed call. So, nampak la yg dia nak bertanggungjawab. Tapi, disebabkan bapak aku tak kisah sebab tak nampak sangat pun bumper tu jatuh, jadi kira mamat tu selamat la, tak payah nak bayar apa2…
Ok…kat bawah ni merupakan perkara2 yang perlu dilakukan sekiranya terlibat dengan kemalangan:
1) Sila bertenang dan jangan cemas.
2) Periksa jika anda ada mengalami sebarang kecederaan atau pun tidak. Kemudian, periksa penumpang-penumpang lain di dalam kenderaan anda. Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
3) Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
4) Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
5) Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
6) Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.
7) Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).
8) Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.
9) Keluarkan hp anda dan ambil gambar (bkn suruh guna monopod selfie upload masuk fb tapi ambil gambar-gambar penting utk rekod anda).
Ambil gambar kerosakan kereta anda, serpihan2 kemalangan di tempat kejadian, gambar lokasi, nama jalan, keadaan di sekitar kwsn kemalangan ketika itu. Gambar2 ini akan memudahkan urusan anda ketika membuat laporan polis nanti.
10) Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
11)Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.
12) Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
13) Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.
Kredit: Messrs. Azimah Azalia & Co.
Jadi, korang jangan jadi macam aku, cuma ambil no. phone je….kalau mamat tu bagi no salah, jawabnya tak boleh buat apa la aku…. Aku harap korang beroleh manfaat daripada entri ini. Hati2 di jalan raya. Hope you enjoy reading this entry. Salam. ^_^
Baca lagi:
Bila orang tanya aku tips nak dapatkan 4 flat
Misteri di sebalik awan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan