Jadi, apa dia hikmah wujudnya spammer ni? Ok...Aku akan senaraikan beberapa kepentingan wujudnya spammer kepada aku. Berikut merupakan hikmah2 wujudnya seorang spammer:
1.
Mengajar erti kerajinan dan komitmen
Kalau korang tengok spammer ni,
diorang ni sangat la rajin dan bila dia dah melekat kat satu2 blog tu kalau boleh diorang nak beri komen
dalam setiap entri(tapi dalam bentuk spam la). Nampak tak betapa komited dan
rajinnya diorang ni sanggup buka satu2 entri dan letakkan komen diorang.
Bukannya senang tu, sedangkan blogger2 sendiri pun kadang2 tak larat nak buka
satu2 entri blog lain, cuma sempat tinggalkan jejak kat chatbox je kadang2.
Jadi, gaya spammer ni serba sedikit mengajar aku yang aku perlu komited dalam
setiap apa yang aku buat. Diorang ni memberi inspirasi bahawa komited tu sangat
penting untuk mencapai sesuatu objektif.
2. Menjadikan aku lebih menyayangi
agama Islam
Ok...yang ini lebih kepada
spammer2 tertentu yang biasanya memberi
komen spam yang mempermainkan agama Islam. Jadi,macam mana caranya aku boleh
lebih menyayangi agama aku sendiri iaitu Islam dengan komen2 macam ni. Begini
caranya....apabila spammer ni beri komen yang
mempermainkan Islam, aku rasa agak geram dan marah tetapi aku tak
tunjukkan. Aku hanya geram dalam hati aku je. Sebab aku tahu tak berkesan pun
kalau aku balas komen diorang sebab spammer tak kisah pun...yang diorang
kisahkan hanyalah keuntungan peribadi diorang. Ini contoh komen tersebut:
Jadi, aku rasa cukup la aku geram dan
benci dalam hati sebab itu sahaja la satu2nya cara terbaik untuk aku
mempertahankan agama Islam dalam situasi ini. Sekurang-kurangnya aku membenci
perbuatan dia yang mempermainkan Islam ni dalam hati walaupun itu selemah-lemah
iman. Dalam Islam kita tak boleh nak redha je kalau melihat sesuatu penghinaan
terhadap Islam. Kalau tak mampu cegah dengan tangan, cegah dengan lisan. Kalau
tak mampu cegah dengan lisan, cegah la dengan hati macam yang aku buat
sekarang. Jadi, dengan perasaan geram di dalam hati aku ni sedikit sebanyak
membuatkan aku lebih menyayangi Islam.
3. Meningkatkan trafik blog
Yang ni la yang paling penting sekali
kenapa aku rasa pentingnya kewujudan seorang spammer. Nak tahu macam mana
spammer boleh meningkatkan trafik pada blog aku? Macam ni caranya... Spammer
selalunya akan beri komen pada blog yang popular. Jadi, sebagai contoh aku
selalu baca Blog Serius dan spammer ni pun selalu ada kat situ. Bila spammer ni
spam kat blog tersebut, aku akan balas balik komen dia dengan ayat2 yang pada
aku menarik dan boleh bawa pelawat lain tertarik untuk menekan link2 pada komen
aku tu... dan seterusnya membawa diorang ke blog aku. Nampak tak macam mana aku
mempergunakan spammer sama seperti spammer menggunakan blog2 untuk kepentingan
diorang. Jadi, win-win situation di sini. Berikut merupakan contoh komen aku
terhadap spammer:
1)
1)
4. Memberi semangat kepada aku untuk
serius berblogging
Apabila spammer ni datang ke blog aku
dan beri komen berbentuk spam pada entri2 aku mesti la aku geram kan…bohong la kalau
tak menyampah, tapi tak ada la sampai geram teruk2 pun. Macam biasa la…geram
dalam hati je. Disebabkan perasaan geram aku membuatkan aku nak tahu macam mana
caranya nak block spammer ni dari melawat blog aku. Jadi, aku pun search la dan
baca satu entri dari blog Buasir Otak ni cara2 nak block seseorang dari melawat blog kita. Disebabkan ini jugak la aku mula daftar blog aku dengan
statcounter.com. Bagus jugak website ni, boleh tahu secara terperinci aktiviti2
yang berlaku pada blog aku termasuk la tahu ip address bagi spammer yang datang
ke blog aku.
Oleh kerana spammer ni agak pandai,
dia punya ip address akan bertukar setiap kali melawat blog aku. Jadi, tak ada
gunanya aku block ip address spammer ni. Aku pun rasa dah malas nak layan
dengan spammer ni, maka aku biarkan je la kalau dia nak komen kat sini pun. Apa
susah, sekarang Google dah membolehkan semua komen berada pada satu tempat dan jadi
senang nak kawal. Jadi, aku hanya perlu tick komen tersebut sebagai spam
sahaja, hilang la komen tu kat blog aku.
Walaupun aku tak dapat nak block
spammer ni, tetapi disebabkan spammer ni jugak la aku tahu pasal statcounter yang
memang bagus untuk monitor aktiviti2 di blog aku. Dengan statistik yang lebih
terperinci dan lebih tepat daripada statcounter ni menyebabkan aku rasa lebih
bersemangat untuk berblogging ni. Aku boleh tahu dari mana pelawat blog ni datang
dan aktiviti2 diorang semasa melawat blog ni. Jadi, aku dapat monitor dengan
lebih baik dan dapat tahu apa entri2 di blog aku yang menarik minat pelawat
seterusnya menaikkan semangat aku untuk terus berblogging.
Demikian la hikmah2 kewujudan seorang spammer yang dapat aku kongsikan. Haa…macam mana? Korang pernah tak tefikir pasal kebaikan spammer ni pada korang? Setiap yang ada kat dunia ni mesti ada hikmahnya, cuma kita je yang kadang2 tak perasan. Nak cari hikmah di sebalik sesuatu ni kita kena la berfikiran positif dulu baru la boleh jumpa hikmahnya. Disebabkan spammer ni merupakan orang pertama yang komen di blog aku dan juga telah bantu aku secara tak langsung untuk menarik trafik ke blog ini, aku sengaja simpan satu komen dia kat blog aku sebagai penghargaan. Ini komen spam dia pada entri harga minya naik lagi:
Jadi, korang rasa nak benci spammer
lagi tak selepas aku dah berikan hikmah2 kewujudan spammer ni? Kalau korang
masih menyampah lagi terpulang la kepada korang. Aku cuma kongsikan ni supaya
korang sedar tak semua benda yang korang benci tu tak ada manfaatnya, kadang2
ada kebaikannya cuma kita je tak perasan kerana terlalu mengikutkan perasaan.
Sekian sahaja perkongsian aku kali ini. Aku harap korang semua termasuk la spammer2
seronok baca entri aku. ^_^
Sumber gambar: Google images
ada juga fungsi makhluk tu.hahaha
BalasPadamhttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-beranak-lagi.html
hahaha...annoying2 pun tetap jugak ada gunanya makhluk ni. Hidup ni kena jadi opportunist. :)
PadamAda baik dan buruknya, Rasanya kalo nak blog dapat trafik yang byk, ini juga satu cara yg baik tuk mereka.
BalasPadamTapi spammer sekor ni bukan ada blog pun, cuma ada akaun google je. Sebenarnya kita yg boleh naikkan trafik blog kalau pandai ambil kesempatan kat diorang ni. Macam mana pun setuju dgn statement yg ada baik dan buruknya makhluk ni. :)
Padammemang dengan kerajinan diorang ni trafik naik tapi bengang jugak la sebab yang di spam nya pasal benda2 yang tak elok tu , siap permainkan agama lagi . sabor je la time nak removekan komen diorang tu -_-
BalasPadamSabar2... buat apa yg termampu dan yg dirasakan bijak sahaja. Sekurang-kurangnya rasa menyampah sbb makhluk ni mempermainkan agama Islam pun dah ok dah.
Padamkadang-kadang spammers ni ada yang baik dan ada yang buruk..ambil yang buruk tu untuk tukar jadi yang baik :) :)
BalasPadamYup..setuju. Nampak je macam x berguna spammers ni. Tp kalau kita berfikiran positif, yg buruk tu memang boleh jd something yg valuable. :)
PadamWalah2 bapak bakhtiar kok main nombor ekor hahaha.
BalasPadamkomen spam ade masa jadi penghibur. Kelakau bace.
* pernah kena komen spam pasal viagra kat post pasal solat. gilo apo..
Memang kadang2 tu lawak la jugak komen spam ni tp yg x bestnya bila mempermainkan islam. Kalau balas komen marah2/ bagi nasihat pun bukan ada gunanya. Geram dlm hati je la...
Padamingatkan kwujudan dorang cuma mcm lalat bunyi bising memekak sana sini haha kejam tak. rupanya ada makna dia wujud, so lalat pun ada makna wujud haha ok thanks cas positif :D
BalasPadamHaha...setiap yg wujud ni pasti ada hikmah dia. Yg penting kena berfikiran positif. :)
Padammasing-masing ada fungsinya..
BalasPadamBetul2...setiap manusia diciptakan ada fungsinya. Kadang kita je belum perasan lagi. Hehe...
Padam