Setiap orang mempunyai had keupayaan
masing2. Akan tetapi, adakah kita pasti apa yang kita fikirkan itu ialah had
keupayaan kita yang sebenar? Sebenarnya kita lebih suka
mengehadkan keupayaan kita sendiri walaupun kadang2 kita sebenarnya mampu untuk
melakukan sesuatu yang melebihi had keupayaan yang kita tetapkan tersebut.
Sumber gambar |
Antara sebab-sebab kita mengehadkan
keupayaan sendiri:
1. Selesa dengan keadaan semasa
Kadang2 kita ni terlalu selesa dengan
keadaan diri kita sendiri membuatkan kita tidak berminat untuk melakukan
perubahan. Perubahan ini bukan maksudnya kita berubah jadi orang lain tetapi
maksud perubahan ini adalah perubahan ke arah yang lebih baik.
Contohnya, kita
ni jenis yang low profile sehingga mengakibatkan kita menetapkan matlamat yang terlalu mudah untuk
dicapai dalam hidup. Disebabkan kita sendiri yang menetapkan had keupayaan
kita, ia menyebabkan kurangnya pencapaian yang memberangsangkan dalam hidup
kita.
Tak salah nak jadi diri sendiri,
tetapi perlu la jugak mempunyai impian yang besar supaya kita dapat mencapai
sesuatu yang boleh dibanggakan dalam hidup dan tidak menjadikan hidup ini
sia-sia dengan tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan kita.
Sumber gambar |
2. Ego untuk berubah
Ada kalanya kita juga lebih suka
untuk menjadi diri sendiri walaupun
keadaan sekeliling memaksa kita untuk berubah. Kita rasakan perangai
kita, cara kita, personaliti kita dah cukup bagus pada kita walaupun tidak pada
orang lain. Disebabkan kita rasa diri kita sudah cukup bagus, maka kita rasa
tidak perlu untuk dengar nasihat dari orang lain dan membuat perubahan.
Tak salah untuk berasa selesa dengan
keadaan diri kita sendiri tetapi kita juga perlu la memikirkan sama ada
perubahan tersebut akan mendatangkan kebaikan kepada kita atau tidak pada
jangka masa panjang. Contohnya, kita susah nak bergaul dengan orang dan ada
kawan cuba nasihatkan supaya kita ubah sikap kita tetapi kita ego dan lebih
suka untuk kekal menyendiri.
Tak perlu untuk menjadi peramah tetapi cukup la
berusaha untuk bergaul dan berbuat baik sesama manusia asalkan dengan niat yang
ikhlas untuk merapatkan hubungan silaturrahim, insyaallah lebih ramai orang
yang akan selesa berkawan dengan kita dan kita mampu untuk menambah baik
communication skill kita.
Sumber gambar |
3. Tak yakin pada diri sendiri
Kadang2 kita tak yakin yang kita
mampu untuk mencapai sesuatu yang kita rasakan mustahil. Kita terlalu
memikirkan keupayaan kita berdasarkan pengalaman lampau menjadikan kita seorang
yang kurang berkeyakinan dan mengehadkan keupayaan diri sendiri. Menetapkan had keupayaan sendiri akan
menyebabkan kita tidak berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dalam mencapai
matlamat. Lebih2 lagi jika matlamat tersebut mudah untuk dicapai.
4. Menyalahkan faktor sekeliling
Disebabkan keadaan sekeliling yang
tidak menekan kita untuk menetapkan matlamat hidup yang besar, jadi kita suka
untuk menyalahkan faktor sekeliling sebagai punca kita tidak melakukan sebarang
peningkatan dalam hidup seterusnya mengehadkan keupayaan sebenar kita.
Contohnya, kita menyalahkan keadaan sekeliling yang tidak memberi tekanan atau
galakan untuk kita berubah. Disebabkan tiada galakan, kita rasa lebih selesa
untuk kekal berada pada tahap yang sama dalam hidup dan tidak mempunyai cita2
yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang dirasakan mustahil.
Sumber gambar |
5. Takutkan perubahan
Kebiasaanya kita memang takutkan
perubahan. Kita takut untuk menjadi sesuatu yang kita tak pernah fikirkan
sebelum ini, jadi kita lebih selesa untuk menjadi orang biasa2. Disebabkan
perasaan takut kepada perubahan, kita mengehadkan keupayaan kita untuk mencapai
sesuatu matlamat dan lebih selesa mencari jalan selamat untuk tidak mencuba sesuatu yang baru.
Sumber gambar |
Kat atas ni merupakan sebab-sebab
kita mengehadkan keupayaan diri sendiri. Sebenarnya, dengan mengehadkan
keupayaan sendiri akan membuatkan kita tidak menggunakan sepenuhnya keupayaan
kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan jika kita mencabar keupayaan
kita, kita mampu untuk mencapai sesuatu yang besar dalam hidup ini. Jadi, tak
perlulah kita berasa tidak yakin untuk menetapkan matlamat dan cita2 yang
tinggi walaupun ianya seakan-akan mustahil untuk kita capai. Selagi kita belum
cuba dan berusaha, tak perlu untuk merasakan ianya mustahil.
Entri kali ni aku banyak menggunakan
kata ganti nama 'kita' disebabkan aku rasa aku sendiri pun selalu mengehadkan
keupayaan aku dalam membuat sesuatu perkara disebabkan perkara2 kat atas ni.
Aku tulis entri ni untuk bagi motivasi/ galakan pada aku sendiri dan juga
pembaca supaya yakin yang kita mampu untuk jadi 'someone' semasa kita hidup ni.
Aku harap entri ni bermanfaat kepada semua. Have a nice day and thanks for
reading. ^_^
saya suka entry awk yg ni...most of us selalu say enough for comfort situation..bile try something new then kita rasa,,kenapa lah tak buat mcm ni dari dulu lagi...kan...
BalasPadamoh btw jom baca ni..sy baru update..hehe http://kisahsigadisleo.blogspot.com/2015/04/fanatikobses-atau-psiko.html
Betul la tu....sebab dah terlalu selesa berada pada comfort zone, kita takut nak buat something yg x pernah kita cuba walaupun benda tu baik utk kita sebenarnya.
Padamselesa dengan keadaan semasa . tu yang paling takut sebab dalam keadaan selesa tu bila2 masa je kita boleh jatuh :(
BalasPadamYe la tu..saya pun risau jugak kadang2 rasa terlalu selesa sgt dgn diri sendiri... Takut x maju2 je dlm hidup.
PadamEntry yg menarik dan ilmiah. Tahniah..Kita berupaya untuk melangkah lebih jauh dan melompat lebih tinggi apabila kita tidak menghadkan keupayaan diri dan mencuba menerobos sempadan diri.
BalasPadamYup..agreed. Belum cuba belum tahu, cabar diri sendiri tu penting kalau nak maju.
PadamHijrah ke arah kebaikan adalah lebih mudah dari berubah dari comfort zone ;-)
BalasPadamBetul jugak tu Mrs A. Tp kadang2 bila keluar dr comfort zone, kita akan belajar sesuatu yg baru yg x pernah kita expect, jadi kira berhirah ke arah kebaikan jugak la mcm ni. Learn something new is always a good thing. :)
PadamDiperlukan keberanian dan kemampuan yang memadai untuk mencoba keluar dari comfort zone.
BalasPadamYup, berani tu kena paksa dalam diri...kalau x sampai bila2 pun x akan berani..
Padamitula..kadang kita kena juga bfikir dluar kotak..
BalasPadambuang semua perasaan malu tak btempat yg ada dlm diri..
kena yakin dgn dri sdri.jgn tlalu fikir apa yg org lain akn fkir ttg kita,.. =)
Yes...trust yourself. Jgn dengar cakap2 negatif org lain. Selalu dekatkan diri dengan org yg berfikiran positif. :)
Padamnice entry... btol tu bro ley.. terutama sekali part bila berada di comfort zone..
BalasPadamThanks...Ramai yg x berani keluar dr comfort zone sbb kita fikir buat apa nak susahkan diri kalau dah selesa dgn keadaan semasa. Pemikiran camni yg buat kita malas nak cuba sesuatu yg baru.
Padamtepuk dada tanya selera
BalasPadam