Edit blog: Masalah terkini pada bloglist gadget

Salam sejahtera dan selamat menyambut ramadhan semua. Entri kali ni simple je. Aku nak ceritakan situasi ini:

http://www.ashishweblog.com/how-to-add-related-posts-widget-without-thumbnails-in-blogger/

Sejak dua menjak ni aku ada la edit sikit2 kat blog aku ni dan jadilah yang macam sekarang ni. Tapi sekarang ni aku ada masalah. Aku tak boleh nak update bloglist aku. Jadi, aku nak tanya korang la, adakah korang pun ada masalah ni atau aku sorang je? Sebab aku dah try clear cookies dan  enable pop up still tak boleh.


Aku dah guna chrome dan mozilla, dua2 pun tak boleh. Aku ingat aku ada tersilap masukkan code kat blog...tapi aku rasa bukan tu jugak sebab dia. Sebabnya, aku dah try edit kat blog aku yang lain yang aku tak pernah sentuh coding dia pun aku still tak boleh jugak update bloglist. Bila aku hover/letakkan mouse pointer tu kat 'add to list' dia jadi camni:


Yang aku bulatkan warna merah tu masalah dia. Keluar 'javacript:void(0)'. Bila aku tekan 'Add to list' tu takde apa jadi.  Tak keluar pop up untuk masukkan link blog.


Berikut merupakan faktor2 yang menyebabkan masalah ini:
  1. Conflicts with Anti-Popup Software
  2. Badly Written Javascript
  3. Problems with Internet Proxies
  4. Javascript is Disabled in your Web Browser
  5. The Web Browser Requires Upgrade
Kredit: tech faq

 
No 1, aku dah enable pop up. Tak boleh jugak.
No 2, aku dah try kat blog yang aku tak kacau lagi coding dia. Tak boleh jugak.
No 3, aku tak berapa faham, ada kena mengena dgn line internet,  tapi aku rasa bukan tu masalah dia.
No 4, aku rasa dah enable je javascript sebab sebelum ni elok je boleh edit.
No 5, bowser ni automatic update aku set.


Jadi, semua ni aku rasa bukan masalah dia. Kalau korang ada masalah yang sama, aku akan straight buat conclusion yang masalah ni berpunca dari google dan platform blogger sendiri. Jadi, korang ada masalah yang sama ke? 

Respon dan komen korang amat-amatlah aku hargai. Terima kasih. Selamat menunaikan ibadah puasa dan terawih di bulan ramadhan ini. Semoga amalan kita diterima Allah dan harap2 masalah yang aku hadapi ini bersifat sementara.


Kemaskini: Aku tanya kat forum blogger dan masalah ni nampaknya dialami oleh kebanyakan blogger.

Ni soalan yang aku tanya kat forum dan ada dua orang yang komen mengalami masalah sama:



Klik sini untuk ke forum tersebut.

Yang kat bawah ni pulak, ada orang lain yang tanya kat forum dan siap ada komen balas dari expert tu sendiri yang diorang tengah nak settlekan masalah ni:


Klik sini untuk ke forum tersebut.


23/6/15 Kemaskini: Selepas usha2 forum dan cuba update bloglist....nampaknya masalah ni dah selesai dan aku dah boleh add blog kat bloglist aku. Alhamdulillah...settle pun problem ni....

Korang boleh ke forum ni untuk tahu update terkini mengenai masalah ini: blogger forum

29 ulasan:

  1. Entah le bro, gua dh lama tak update bloglist. Kofkofkof. Maaf bab java tak berapa nak faham, kalau coding html tu boleh lah sikit2, huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gua pun x brp faham sgt java2 ni. Sama la takat html/css nak edit blog tu boleh la gua faham sikit2. Gua masukkan gadget lain semua ok je....bloglist je cam x boleh.

      Cuba la try kat blog lu pulak. Kalau lu boleh update bloglist, maksudnya gua sorang je yg ada problem ni. Tu maksudnya memang gua sendiri la penyebab masalah ni. Tolong la.....gua x boleh nak update bloglist gua ni. Penat dah gua cari solution ni. T.T

      Padam
    2. masalah ni dah okey ke bro? sebab gua try add bloglist harini okey je, hehe

      Padam
    3. @zyra roxx, alhamdulillah...dah lama dah boleh ni...kan gua dah update entri tu ckp problem ni dah settle...lu x alert la ni...hehehe..

      Padam
  2. Funny, aku pon mengalami masalah yg sama.
    Tak boleh nak add blog tu list macam yg kau cakap tu.
    Memula macam kau, aku anggap ni masalah internet connection.
    Tapi rasanya lepas tau kau pun ada masalah yg sama, rasalah ia berpunca dr java script utk blogger ni...
    Tunggu je laa nanti dia resolve masalah sendiri...hehehe
    Kalau rajin, buat laa report hantar ke blogger :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok la tu....ada geng. aku ingat aku ada salah coding ke apa, aku sorang je alami masalah ni....tapi lepas aku dah masuk forum tanya pasal ni, memang satu dunia aku rasa mengalami masalah yang sama.

      Kau ni baca yang sebelum aku update entri ni ke selepas aku update ni? Btw, usha2 je la forum blogger yg aku bg link tu kalau nak tahu dah settle belom masalah ni. Thanks cero komen kau buat aku rasa tenang sikit, xde la sorang2 je hadap problem ni.

      Padam
  3. X pernah jadi tapi bagus up entry so org lain bley tau masalah..n takder rasa sorang2 mengalami masalahney..salam ramadan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh..x pernah jadi ke? Saya pun xpernah jadi camni sebelum ni. Tapi tiba2 skrg ni terpaksa hadap problem ni pulak. Tp pelik jugak la kalau ada org yg kena ada yg kena...hmmm..sebab apa ek? btw salam Ramadhan. :)

      Padam
  4. Orang pun ada masalah yang sama, tak bleh nak update bloglist dari minggu lepas. Alih-alih tak fe up terus. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke....ada lg geng rupanya. saya x boleh sejak 2-3 hari lepas. Pelik jugak tiba2 x boleh, tu yg cari solution tu....harap2 x lama lg settle..

      Padam
  5. Nak kena yang betul2 otai pasal PHP dgn javascript ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la tu bro...aku x brp faham sgt dgn javascript n php semua ni....memang otai2 je yg faham benda ni. Tapi tgk blog kau pun aku rasa kau mcm terer je bab coding2 ni.....

      Padam
  6. una ade jugak belajar pasal java ni...tapi untuk kes blo ley ni..una x berapa sure..sebab takut salah bg information...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang course una kena amik subjek programming ke? oh...patut la terer design blog sendiri, dah faham coding2 ni rupanya....share sikit ilmu coding2 ni...saya ni lagi la x tau apa sgt pasal java ni..... :)

      Padam
  7. Tak tahu juga. Coding & sewaktu dengannya fail ke laut. Biasanya mintak tolong otai je yang selesaikan, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus jugak mintak tolong otai settlekan bab coding2 ni....tapi kalau boleh tahu sikit2 pasal programming dan dpt design sendiri blog, aktiviti berblogging akan jadi lebih best... :)

      Padam
  8. Memang ramai ekk hadapi masalah ni...
    pelik juga... Harap-harap dapat jln penyelesaian ye... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau masuk forum, nampak memang ramai la yg ada problem ni....tu la...tengah tunggu expert2 dari google settlekan problem ni. Harap2 x lama lagi dah ok... :)

      Padam
  9. harap google dpt selesaikan masalah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan sudah direalisasikan. Bergembiralah.... :)

      Padam
  10. owh patut lah hari tu aku try add blog kat bloglist taboleh.. aku ingt laptop aku yg problem so aku ignorekan aje.. dgn harapan akan add blog tu kendian hari.. smpai ke sudah lupa trus blog mana nk edit tuh.
    ahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...sama la wehh..aku pun dah x ingat apa blog yg aku nak masukkan dlm bloglist aku tu. Biar la...nak wat cane...nasib la blog mana yg aku ingat je aku masukkan lepas dah boleh ni.

      Padam
  11. Dah! settle ke bro problem nih? Mrs. A dah lama tak kacau bloglist

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah Mrs.A, google dah settlekan problem ni. Saya dah update kat entri ni. Alhamdulillah lepas ramai complain kt forum, team blogger dpt settlekan problem ni.

      Padam
  12. fuhh bersiri2 .. btw good job dapat selesaikan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde la bersiri-siri sgt pun....cuma rasa nak share latest update pasal problem ni je. Btw, bukan aku pun yg settlekan masalah ni, tp expert2 team google blogger yg settlekan....kau mcm puji aku pulak..... :)

      Padam
  13. tudia. sebulan aku tak datang. sipbaik aku datang ni, dah setel dah problem hehehe

    BalasPadam
  14. Keladi pulak..ada msalah lain...knpe dekat bloglist tidak menunjukkan entri yg terkini, padahal keladi hari2 update entri, ada sesiapa yg boleh tolong tak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat bloglist letak blog sendiri ke? Yang tu x tau pulak. Sebab x pernah pulak rasa nak letak blog sendiri kat bloglist...huhu..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...