Sila hipokrit untuk berjaya

Salam sejahtera semua. Apa perasaan korang bila berjumpa dengan orang yang hipokrit? Rasa menyampah bukan? Tahukah korang dengan hipokrit la kita boleh berjaya. Ye...hipokrit membantu kita untuk berjaya. Korang mesti tak puas hati kan kenapa aku cakap camtu.


Sebelum korang tak puas hati tak tentu pasal, biar aku ceritakan kenapa hipokrit ni membantu kita untuk berjaya.

Jadi,aku nak tanya la, korang pernah tak berada dalam situasi di mana korang mengalami kecelaruan minda, di mana korang mempunyai dua keinginan yang bercanggah di antara satu sama lain pada satu masa. Macam menakutkan je bunyinya kan? Nak tahu keinginan yang macam mana? Dua keinginan tersebut ialah:

  1.  Keinginan untuk menjadi produktif
  2.  Keinginan untuk menjadi malas

Nampak tak betapa bercanggahnya kedua-dua keinginan ini. Tapi, inilah yang kadang2 kita alami. Contohnya, korang rasa korang nak buat sesuatu yang produktif, tapi pada masa yang sama korang rasa tak minat, tak semangat dan malas untuk lakukan perkara tersebut. Mungkin sebab korang memang tak pernah minat pun untuk lakukan benda tu walaupun korang tahu yang ia mampu membantu korang jadi produktif dan lebih berjaya. Disebabkan perasaan ni, korang akan mula berasa malas dan tidak cuba untuk buat perkara tersebut. 


Jadi, macam mana caranya nak bagi kita bersemangat dan buat perkara2 tersebut? Biasanya kalau kita buat sesuatu yang kita suka, semuanya akan jadi lebih mudah. Walaupun perkara tersebut susah dan mendatangkan stress, semuanya akan jadi lebih mudah kalau kita suka dan ada semangat untuk buat perkara tersebut.

Masalahnya, kadang2 kita rasa tak suka dan berminat pun untuk buat perkara yang kita tahu kita patut lakukan. Puncanya adalah kerana tiada perasaan suka, minat atau sesuatu yang mendesak atau pressure kita untuk buat perkara tersebut. Jadi, sampai bila2 pun ianya tetap masih tidak dilakukan.

Jadi, untuk mengatasi masalah ini, apa yang perlu kita buat ialah jadi seorang yang hipokrit. Maksud aku bukanlah jadi hipokrit depan orang ramai, tapi jadilah hipokrit terhadap diri sendiri. Maksudnya, kita kenalah paksa diri sendiri buat perkara tersebut dan buat2 seolah-olah kita berminat untuk lakukan perkara tersebut. You can fake it until you feel it.


Yang payahnya adalah untuk mula lakukan perkara tersebut. Tapi, bila kita dah start buat, mungkin kita akan rasa menarik dengan apa yang kita buat dan akan mula menyukainya. Jadi, untuk memulakan itulah kita kena ada perangai hipokrit sikit dengan mengatakan dalam hati yang kita suka lakukan perkara tersebut walaupun pada asalnya kita langsung tak ada hati dan minat pun nak buat benda tu.


Dengan kata lain, kalau kita tunggu sampai  kita rasa suka dan minat untuk lakukan perkara tersebut, memang sampai bila2 pun kita takkan buat. Tetapi, kalau kita ambil langkah pertama dan mula untuk lakukan perkara yang kita tahu kita patut lakukan, insyaallah minat tu akan datang sendiri dan kita lebih bersemangat untuk teruskan.  Sekali lagi, You can fake it until you feel it. 


Prinsip ini mungkin juga boleh digunapakai untuk perkara berikut:


  • Kita boleh lakukan sesuatu yang susah, mencabar dan sukar sekalipun kita tidak suka melakukannya.
  • Kita boleh mengejar impian kita walaupun kita telah berputus asa selama ini.
  • Kita boleh mencintai seseorang sekalipun kita tak ada rasa cinta terhadapnya pada waktu sekarang. Mungkin, situasi ini lebih sesuai kepada pasangan yang bercinta selepas nikah.

Korang boleh create a fake motivation untuk buat sesuatu perkara baik yang korang tahu korang memang perlu lakukannya. Tetapi walau macam mana pun, korang tak perlu la jadi orang lain. Biar jadi diri sendiri. Sebab jadi diri sendirilah yang terbaik untuk kita semua asalkan segala apa yang kita lakukan tidak bercanggah dengan agama islam.

Ok..aku harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sekian. Assalamualaikum and have a nice day. ^_^

23 ulasan:

  1. entry kali ni macam lebih panjang daripada biasa..tapi sgt motivated...and sy rase sy boleh implement benda ni dalam life sy...thank you for the inspiring entry..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la tu una...saya pun rasa macam panjang gak entri ni. Tapi, rasanya ada lagi entri lain sebelum ni yang lebih panjang daripada ni...yg ni xde la panjang sgt pun....You're welcome. Harap entri ni bermanfaat.

      Padam
  2. Setuju semuanya.

    Tapi masalahnya ialah, kita nak berubah bila kita rasa nak berubah je.
    Tak ada istiqamah dlm mahu berubah.
    Hari ni buat kerja on-time, esok rasa malas jadi bertangguh balik...hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg ni pun aku setuju dgn kau cero. Nak consistent buat sesuatu tu memang payah. Normal la awal2 je semangat. Lepas tu buat perangai lama balik. Maybe sbb cepat bosan kot kalau buat sesuatu tu konsisten, tu yg jd camtu. Hehehehe.....

      Padam
  3. Gua cepat bosan masalahnya.
    Tp setuju tang hipokrit tu. Gua bukanlah seorang pelukis, tp gua tipu diri ckp gua pelukis utk melukis. Kihkihkih padan muka gua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha....kira betul la apa gua tulis ni. Ingatkan lu memang pelukis, rupanya acah2 je...hehehe...Tp lu lukis dah hebat dah zyra, gua pun x tahu la macam mana lu boleh tahan tipu diri sendiri selama ni sampai boleh jadi hebat cam skrg.kehkeh....

      Padam
  4. Gua cepat bosan masalahnya.
    Tp setuju tang hipokrit tu. Gua bukanlah seorang pelukis, tp gua tipu diri ckp gua pelukis utk melukis. Kihkihkih padan muka gua.

    BalasPadam
  5. stuju., klu jjur sgat pun ssh gak., bnyak yg tergntung nnt.,
    so wlaupun tk bleh., buat2 boleh jer., asalkan jgn mlmpau sngat dr kmmpun diri.,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2....kalau jujur sgt pun susah gak kan. Sekali sekala kena tipu diri sendiri gak utk kebaikan. Mungkin ni boleh dikategorikan sebagai tipu sunat kot...hehehehe...

      Padam
  6. salam sy singgah di sin. thanx atas motivasi tu. will be hipocrit..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus2... Teruskan usaha utk jadi hipokrit. Biar je org nak kata apa..kihkih...

      Padam
  7. aku setuju point2 semua tu. kalau nk tunggu 'minat' baru nak buat, mmg sampai ke sudahlah tak jadi hape jwbnye. pastu pulak lagi satu, dlm konteks bekerja, aku paling benci bila rakan sekerja yg tak minat dgn kerja dia, maka attitude dia tu effect pada kerja harian tu. pastu pulak buat ofis tu mcm bapak sendiri punya. pstu pulak masuk kerja ikot suka hati (mentang2 la boss monitor via cctv aje). grrrr~

    *oopps sorry. lari topik pulak.

    salam ramadhan Bro Ley! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha....xpe ana. luahkan lagi...biar rasa lapang sikit dada tu. hehehe....tapi memang org yg x minat dgn kerja dia tu memang biasa la rasa malas nak buat sebab xde kepuasan bila dia dpt settlekan kerja tu pun. Tapi tu la....repoonsibility still a responsibility.

      Salam ramadhan. Thanks. :)

      Padam
    2. takmola luah dah. cukup lah takat tu je kikikiki

      Salam Aidilfitri =D

      Padam
  8. So true....!!
    hipokrit pun kalau kena gayanya positif juga... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. couldn't agree more....kalau berfikir positif, hipokrit tu pun boleh membantu sebenarnya.. :)

      Padam
  9. huuu selalu macam tu.
    nak buat , tapi tetiba rasa malas lah pulak.
    nak start buat tu yang susah, hmmm kena paksa diri ni jadi hipokrit jugak lah sekali-sekala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm.. Sekali sekala jadi hipokrit apa salahnya...

      Paksa je diri utk start buat. Bila dah lama buat dan rasa cam x membantu baru la cari benda lain utk dibuat.

      Padam
  10. hipokrit yg macam tu rupa nyer. memang elok la tuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...hipokrit positif nama dia..harap dpt dipraktikkan.

      Padam
  11. NICE ONE BRO LEYYY!! fake it until you make it! yay dh dpt motivation balik ahahhaha terima kasih :)

    jap nak test comment bergambar,
    [img]https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/b9/a5/f4/b9a5f4d0146a7828fdc135bdc472446f.jpg[/img]

    BalasPadam
    Balasan
    1. menjadi *O* tp gamba besar sgt...lolololol

      Padam
    2. Thanks and you're welcome.

      Haha...lain kali cari kecik sikit, baru puas dpt nampak semua...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...