Semalam result SPM keluar kan? Tahniah kepada sesiapa yang berjaya capai keputusan cemerlang dan straight A's. Kepada ibu bapa yang anaknya kurang bernasib baik dalam SPM kali ni, janganlah sampai ada rasa menyesal lahirkan anak tu. Pasti dia ada kelebihan lain yang kita belum nampak..
GirlaskGuys |
Pada aku disebabkan Malaysia ni negara islam, takde lagi lah parents sampai menyesal dan buang anak sebab tak skor dalam exam. Walaupun sekarang dah ramai jugak parents yang takut untuk ada anak disebabkan faktor kewangan. Takut tak mampu tampung perbelanjaan. Tapi dalam Al-quran kata anak tu adalah rezeki. So macam mana?
Pada aku, tak salah pun nak merancang nak anak berapa. Tetapi jangan sampai terlalu takut akan benda yang tak pasti. Setiap anak tu Allah dah tetapkan rezeki dia masing2. Kalau nak rancang pun anak pertama tak perlu la dirancang. Anak kedua dan seterusnya barulah merancang jika kita sendiri sedar dengan anak pertama pun kita tak mampu nak jadi ibu bapa yang baik untuk mereka, maka eloklah dirancang..
SIAPA TAK STRESS EXPECTATION PARENTS TERLALU TINGGI...
Berbalik kepada isu menyesal ada anak, banyak jugak aku baca kes2 kat china pasal parents menyesal dengan anak sendiri, ada yang anak sendiri pulak nak saman mak bapak sebab dilahirkan miskin. Mengarut gila kan? Baru2 ni ada kes mak buang anak berumur 12 tahun kat tepi jalan sebab tak capai skor 95 percent. Weii.. 95 percent wei.. Bukannya sebab fail. Korang bayangkan kalau kat Malaysia ni budak2 upsr ditinggalkan kat tepi jalan sebab tak dapat straight A. Mau kena kecam setahun dengan makcik2 bawang kat media sosial.
A strict mother in China reportedly abandoned her 12-year-old son in the middle of a busy street in Luoyang City after he only managed to score 81 percent on an exam, which apparently wasn’t good enough.
Police officers in Luoyang’s Gucheng district found the boy wandering the streets close to where his mother dropped him off before driving away. They had been alerted by passers-by who saw the woman stopping her car in the area, pulling the boy out and then scolding and hitting him before leaving him there by himself. CCTV footage shows the officers approaching the disoriented child in an attempt to find out what happened. They later told local reporters that the boy had been abandoned for not achieving the 95 percent score that his mother expected on a recent exam.
source: odditycentral
LAIN ORANG LAIN CARA BELAJAR..
Sistem pendidikan kat China memang mementingkan result exam tu sendiri. Sistem pendidikan macam ni tak semua orang akan senang untuk hadap. Sebab manusia ni beza2. Ada yang jenis visual person. Lebih suka tengok gambar, video dan sebagainya dan susah nak fokus dan ingat kalau dengar cikgu membebel je..dan ada jugak jenis kinesthatic person yang lebih senang faham kalau dapat buat sesuatu yang praktikal atau hands on.
So kalau dengan sistem pembelajaran yang banyak teori dari praktikal, orang2 jenis macam ni memang susahlah nak skor. Takkan sebab perwatakan dan personaliti dia macam ni kita nak anggap dia anak tak guna dan tak boleh berjaya kan?
Semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing2. Ada sebab Allah cipta semua orang berlainan perwatakan. Perwatakan dan personaliti tersendiri tu la yang memudahkan seseorang menguasai sesuatu kemahiran atau sesuatu bidang. Kalau semua orang level sama je, bosan la hidup ni. Rasa teruja kat sesuatu pun akan kurang sebab korang tahu apa yang orang lain buat tu korang pun mampu buat jugak. Tak gitu?
So kesimpulannya, hargailah orang tersayang. Haha..
Salam jumaat..
Baca lagi:
- Kenapa salah guna media sosial?
- Pakej unlimited hotspot dan unlimited wifi mana paling berbaloi?
- Kenapa aku rasa aku seorang 'auditory digital'?
- Misteri di sebalik awan
- Tips cari kerja sesuai dengan diri sendiri
bukan semua orang excel hanya dgn belajar shj. nak jadikan contoh, lihat saja diri sendiri dan rakan2 sekeliling kita. cuba lihat, diorang excel solely sbb pembelajaran semata2 je ke.
BalasPadamBetul bro. Ramai je org tak pandai akademik tapi berjaya je dia buat mcm2. Pada aku yg penting ada usaha ada passion. Insyallah akan ada hasil. Macam mana pun ilmu kena cari gak. Sama ada dari pengalaman atau pembacaan.
PadamSetuju dengan pendapat bro. Anak ni walau seteruk mana pun result dia janganlah dibandingkan dengan orang lain. Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan mereka sendiri. Mungkin anak tu dia berjaya dalam bidang lain. Mana tahu kan.
BalasPadamBetul2 memang ramai orang tak suka kalau dia dibanding2kan dgn org lain yg lebih berjaya. Tapi kalau kita yg lebih berjaya tu lain la. Kita yg akan kembang. Haha..
PadamPada aku parent kena support la anak nak buat apa dia suka. Guide diorg. Semua org memang ada kelebihan masing2. Kalau ada org guide n boleh max kan kelebihan setiap anak ni, malaysia ni aku rasa dah boleh dua tiga kali lagi maju dari skrg
Setiap anak lain perangai dan kebolehan. Anak nie bukan ibarat pelaburan utk mendpt keuntungan dmasa hdp.
BalasPadamTp hakikatnya parents sekarang lbh teruk dr anak. Itu yg menjdkn ank tidk dpt dbentuk dngn baik dlm nilai kehidupan.
Betul dah tu setiap anak perangai lain2. Aku yg ada ramai adik beradik ni memang semua perangai lain2 padahal mak bapak sama je...
PadamPada aku anak ni kalau dibentuk dgn baik dan soleh boleh jugak dikira pelaburan utk keuntungan di hari akhirat nanti.
Betul bro byk gak dgr pasal parents problem skrg ni. Anak2 ni parents la role model dia paling dekat. Mcm mana nak dgr cakap parents kalau anak tu sendiri rasa parents tu tak layak utk dihormati dengan sbb perangai teruk diorg...
lambat lagi baca. so hari ni isnin, jadi jumaat da. hahahah
BalasPadambetul2...mau kena kecam mak cik tu kalau dibuat kat malaysia nih.
sakit jadi anak ni bila dia kena compare. sedih2 anak tak pernah dia compare mak ayah. huhuhu...as a future parent...belajar untuk terima anak itu adanya. mereka bukan hotel yang suka kena compare. kami bukan trivago. hahahaha
Hahaha kau memang asik lambat je. Tapi tu la dia bila hari jumaat je macam ada je masa utk aku post entri ni. Tu dh terjadi hari jumaat la post2 aku semua...
PadamKan.. tak bagus sebenarnya compare2 ni even dgn anak-anak sendiri. Nanti lama2 boleh jd iri hati dan boleh jadi sampai besar tak puas hati.
Setuju kena terima anak seadanya tapi perlulah guide jugak. Kalau anak tu pemalas takkan nak terima je. Haha
Trivago eh.. kalau trivago boleh pilih kan. Kalau aku amik yg soleh/solehah. Terus ada aset utk boleh doakan aku kt akhirat nanti. Huhu..
kalau dah besarkan anak dgn susah payah, hujung2 dia menderhaka sedih juga ye.. tapi menyesal tak kot
BalasPadamyep betul2.. tu kira ujian lah. Takkanlah nak menyesal pulak sebab melahirkan anak tu. Selalu ingat semua kat dunia ni Allah pemiliknya. Kita bertanggungjawab utk uruskan dengan sebaiknya sahaja...
Padamsllunya parents yg educated lebih sikit je yg letak high expextation ni kot (selalunyalah). parent kampung2 mcm mak abah aku rilek je sbb takde ape sgt asalkan anak2 dia dpt habis belajar & ade gaji elok & jgn lupa mak abah itu dah cukup membahagiakan diorang. tp tu parent aku lah.
BalasPadammoga takdelah parent yg sampai menyesal ada anak yg tak berjaya skor dlm exam huhhh~
Haah ni kalau jenis parents yg terlalu pentingkan education sgt. Pada aku family yg bahagia tu bila dia rasa cukup dgn apa yg diorg ada n masing2 boleh support each other. Saling melengkapi gitu.. haha.. dah macam pasangan pulak..
Padam