Salah guna media sosial

Kadang2 bagus kadang2 tak bagus media sosial macam facebook, twitter, instagram semua ni.. Benda2 ni semua la yang membuatkan kita rasa nak bagitahu semua orang pasal semua benda.

Sumber gambar
Ada isu orang Islam kena tindas kat palestine kita share. Haa yang ni bagus.
Ada terbaca tips2 yang menarik kat facebook, kita share. Ni pun bagus gak.

ACCIDENT? SNAP DULU

Ada accident depan mata, kita snap dulu. Then kita share jugak lepas dah settle tolong orang tu dengan caption 'berhati2 ketika memandu'. Nampak bagus tapi tak berapa bagus. Sebab niat awal dah fokus pada friends kita dan followers kita..bukan fokus untuk menolong yang utama. Anyway, niat masing2.

Ada dapat hadiah dari orang pun kita share gak. Ni bagus appreciation post.
Ada dapat awek/bf baru pun nak share gak. Yang ni lantak la weii.. Bukan semua orang nak kisah pun pasal semua benda. Tu pun nak post.

SHOW OFF TANPA SEDAR

Then kalau ada orang menegur jangan banyak sangat post show off pasal life sendiri, nanti ada pulak yang komen: "Kalau tak suka tak payah tengok, scroll laju2. Semua nk kondem tu tandanya ada masalah hati"

Yeke ada masalah hati?
Macam mana pulak kalau orang menegur, kita yang tak boleh terima? 
Yang tu takde masalah hati ke?

Aku sembang pung pang aku tak buat ke benda2 atas ni? The truth is aku pun manusia biasa dan aku pun tak lari daripada terbuat benda2 atas ni. Kadang2 benda2 tak penting pun aku post kat insta story haha.. Tak tahu la just to make yourself happy kot. Tapi ada limit la benda yg boleh share benda yang tak boleh share..

APA YANG PERLU DI PRIVATE KAN

Pada aku yang penting sebenarnya...

Jangan publickan banyak sangat benda tak penting.
Jangan publickan benda yang sepatutnya private.

Jangan publickan selalu yang kita happy boleh jalan sana sini makan sedap sana sini. Sekali sekala ok kot. Kita sendiri tahu kalau keluar berjalan sana sini, makan mahal sana sini, duit akan habis. So, happy ke duit habis? Nampak sangat satu gambar membawa 1000 makna kan. Hahaha...

TAKDE ORANG KISAH PUN SEBENARNYA

Point dia sebenarnya bila kita terlalu biasakan diri sangat semua benda nak post, bila ada masalah sikit pun kita nak post kat media sosial. Padahal berapa orang je pun yang kisah pasal masalah kita ni. Yang lain entah2 tepuk tangan je...

Masalah kalau boleh selesai secara private, kenapa nak dipublickan? Walaupun post kita tu umum, ataupun even just tag pasangan pada sesuatu post pun orang dah boleh agak dah apa masalah kita tengah hadapi. Tu kira dah publickan masalah kita la tu. Kalau masalah itu mengandungi aib orang lagi la problem.

Orang2 kat media sosial ni berapa orang je pun yang boleh pakai untuk tolong kita settlekan masalah kita tu. Baik la settlekan sendiri2 dan minta orang2 yang terdekat tolong. Paling2 pun dah takde idea sangat jadilah anonymous tanya pendapat orang ramai yang boleh dipercayai. Buat akaun insta/fb fake pastu dm/pm siapa2 yang korang percaya pendapat dia pun ok. At least ada input yang bernas untuk buat decision.

Sumber gambar
BEST JADI ANONYMOUS BLOGGER

Btw sekarang aku dapat rasakan ada bagusnya menjadi anonymous. Takde orang tahu pun background sebenar aku macam mana. Life aku macam mana. So kalau aku maintain kan character Bro Ley ni dengan perangai yang sedia ada dalam blog ni, maka orang yang baca blog ni akan lebih fokus pada content. Bukan pada life aku. Benda ni bagus.

Kalaulah aku buat mistake dalam life sebenar aku pun (nauzubillahi min zalik), still.... content yang baik ada dalam blog ni masih boleh digunapakai sebab orang tak tahu pun siapa aku dan orang tak tahu pun aku ada buat mistake selagi aku tak cerita. Sekarang ni ramai yang aku tengok bila someone(public figure) yang selama ni share quote2 menarik, once dia buat silap, habis kena bash. Kena bash itu normal. Yang tak bagusnya, content baik2 yang pernah dia share dulu pun jadi tak berharga pulak di mata orang ramai walaupun content tersebut sahih lagi benar.

Rugi je la share benda bermanfaat tapi last2 orang tak gunapakai pun sebab personal probem. So, kesimpulan untuk entri ini ialah Bro Ley akan kekal sebagai anon sehinggalah ada hackers yang boleh detect personal information dia. Macam takde kena mengena kan haha..

Sumber gambar
Jangan lupa sokong Malaysia di sukan sea 2017 guys.
Oh hari tu aku ada main trampoline yang lompat2 tu..
Next time aku rajin aku cerita..
Kalau rajin laa...haha.. Salam.

6 ulasan:

  1. pergh!!! terasa pedasnya bro! anw...ada kebenarannya jugak dari apa yang kau sampaikan. kunci dia balance. dan tak semua dapat balance once dia dah tak balance...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak terasa ke..haha..
      Yup betul tu, semua benda kita nak buat berpada2 la. Peringatan utk aku jugak ni...

      Padam
  2. Sempena nak masuk 2019 esok ni..nak bgtau dalam banyak2 entry bro ley..entry ni paling sy suka..actually sy setuju dgn every angle dlm posting ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah nak masuk 2019 baru baca entri 2017 ni eh.. haha.. Btw thanks. Just share pandangan n peringatan utk diri sendiri gak ni. Anyway. Selamat tahun baru 2019!

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...