Susah rupanya bila ada dua pilihan dan kau terpaksa pilih salah satu je. Yang susahnya bila kau terpaksa kecewakan salah satu pihak. Serba salah dibuatnya.
Sumber gambar |
Patutnya yang dah sedia ada tu aku kena la appreciate betul2. Bukan bila ada second option terus nak berubah hati. Tapi, hadirnya pilihan kedua tu pun bukanlah aku yang pergi menggila cari. Datang secara kebetulan. Takdir mungkin. Dan aku terpaksa buat keputusan dalam masa yang singkat.
Serius serba salah. Bukannya yang sedia ada ni tak baik. Elok je layan dengan baik, tapi bila ada dua pilihan ni dan kedua-duanya carry the same weightage about your future, rasa confuse dan serba salah pulak nak buat pilihan. Serius.
So, disebabkan aku sangat confuse. maka aku setkan indicator untuk aku tahu mana satu yang aku patut pilih. And of course bila dah confuse macam ni, istikharah la benda yang terbaik untuk dibuat. Jadi, aku buat jugak istikharah tu sebab ada ustaz pernah cakap tak rugi orang yang buat istikharah. Aku pulak tak nak rasa menyesal lepas buat pilihan, so aku ikut la seperti apa yg ustaz suruh buat.
Lepas buat semua tu, time untuk decide pulak. So, masa buat pilihan hari tu, aku decide untuk pilih second option walaupun aku tak pasti sama ada yang aku pilih tu lebih baik untuk aku berbanding yang sebelum ni. Tapi disebabkan aku dah setkan indicator tu, aku follow je dengan rasa serba salahnya..
Nak tahu pilihan yang kita buat betul tak, aku tak pasti. Tapi, kalau pilihan kita tu membuatkan kita rasa tenang, then betul la tu walaupun terpaksa kecewakan yang lagi satu tu....Hmmm...Nak buat macam mana, pilihan tetap kena buat jugak walaupun rasa serba salah. Jangan la salahkan aku. Aku terpaksa...
So, macam tu la ceritanya tahap confusenya aku masa nak buat pilihan hari tu untuk terima kerja baru dan bos baru. Hahahaha.. Sorry la weh, aku tak cerita pasal awek atau perempuan pun sebab aku ni wokaholic orangnya. So, aku suka cerita pasal kerja je. Kahkah.
Tapi, serius serba salah weh nak decide masa tu. Sebab aku dah plan nak stay at least setahun sebenarnya, tapi ada pulak situation yang membuatkan aku terpaksa buat pilihan yang susah ni. Tapi, takpe la bos lama aku tu dah boleh move on kot. Lagi2, kalau dia baca experience aku cara2 aku move on tu. Mesti lagi senang kan. Haha...
Korang pulak tak pernah ke ada situation macam aku? Hehe..
Baca lagi:
- Istikharah cinta
- Tips cari kerja sesuai dengan diri sendiri
- Apa nak buat kalau terjatuh cinta dengan bos sendiri?
- Cara-cara kembali positif walaupun anda seorang 'loser'