Pernah tak
korang rasa macam korang loser gila dalam hidup korang. Contohnya, korang rasa
korang tak cantik/kacak la dan tak ada siapa nak kat korang, korang rasa korang
paling tak pandai la dalam kelas ataupun korang rasa korang tak stylo dan tak
ada siapa nak kawan dengan korang. Mungkin ada yang pernah rasa macam ni dan mungkin
juga ada yang tak pernah rasa macam ni sebab korang rasa korang dah cukup
sempurna barangkali.
Kelebihan akaun Nuffnang berstatus Glitterati
Salam sejahtera kepada pembaca2 sekalian. Entri aku
kali ni berkaitan dengan sesuatu yang ramai orang dah tahu iaitu berkaitan
dengan Nuffnang. Nuffnang merupakan sebuah syarikat pengiklanan berasaskan
blog. Sebenarnya, aku tak pernah terfikir pun nak letakkan iklan Nuffnang kat
blog ni. Niat utama aku tulis blog ni adalah untuk berkongsi apa2 yang aku
rasakan bermanfaat dan apa pandangan aku mengenai satu2 perkara.
6 ciri-ciri seorang 'Extrovert'?
Pada
entri2 yang lepas, aku telah kongsikan mengenai ciri2 seorang ‘Introvert’ dan
‘Ambivert’. Aku juga ada kongsikan yang aku merupakan seorang ‘Ambivert’.
Kalau korang tak tahu apa itu Introvert dan Ambivert boleh tekan link yang aku berikan.
Korang boleh juga buat personality test untuk pastikan sama ada korang ni Introvert, Ambivert and Extrovert di sini. Jadi, kali ini aku ingin kongsikan
sedikit ciri2 seorang Extrovert. Extrovert bermaksud seseorang yang lebih
pentingkan sesuatu yang fizikal dan suasana sosial dan rasa lebih bertenaga apabila
bersosial dan bergaul dengan khalayak ramai.
Betul ke makhluk halus ‘tindih’ kita semasa tidur?
Betul ke cerita pasal orang kena ‘tindih’ dengan makhlus
halus malam2 ni? Atau itu cuma perasaan diorang je? Aku rasa korang pun pernah terdengar atau terbaca cerita2 seram pasal
orang kena ‘tindih’ malam2 ni kan. Jadi, persoalannya kat sini betul ke ada makhluk
halus yang ‘tindih’ kita semasa tidur? Atau ini cuma satu jenis simptom yang berlaku kat
diorang sewaktu diorang tidur? Biasanya, apabila seseorang itu ‘ditindih’, dia akan rasa susah sangat nak
gerakkan anggota badan walaupun dalam keadaan sedar. Betul ke macam tu?
Peluang hidup kali kedua
Pernah tak korang diberi peluang kedua
untuk melakukan sesuatu? Rasanya ramai yang pernah kot. tak kisah la peluang
untuk ambil exam sekali lagi ke atau apa-apa je la. Kali ni aku nak
kongsikan pengalaman aku dibei peluang untuk hidup kali kedua. Kisah ni
berlaku pada dua tahun yang lepas. Tarikh dan harinya aku tak dapat nak
pastikan sebab peristiwa ni dah agak lama berlaku dan aku tak berapa nak ingat
secara terperinci.
11 perkara mengenai seorang 'Ambivert'
Ok…sebelum ni aku dah tulis tentang bagaimana
personaliti seorang ‘Introvert’. Dan aku rasa aku tergolong dalam golongan
tersebut. Untuk mendapatkan kepastian, aku pun jawab satu personality test ni
dari website danpink.com dan keputusannya menunjukkan bahawa aku bukanlah seorang ‘Introvert’
atau ‘Extrovert’. Nak tahu apa dia? Aku seorang ‘Ambivert’. Ambivert? Apakah
yang dimaksudkan dengan Ambivert ni? Oleh kerana aku tak tahu, aku pun search
pasal Ambivert ni dan dapat la jawapannya kat artikel buzzfeed bagaimana
personality seorang ‘Ambivert’.
6 Mitos tentang seorang 'Introvert'
Korang pernah tak dengar perkataan introvert ni? bagaimanakah personaliti seorang introvert ni? Introvert ini ialah seseorang yang lebih suka
bersendirian dan lebih bertenaga dengan bersendirian. Diorang cepat kelihatan
tidak bertenaga jika berada di sekitar orang ramai dan perlukan masa
bersendirian unutk mengembalikan tenaga mereka. Seorang introvert juga lebih
kisahkan dunia dia sendiri dan lebih seronok berfikir dan meneroka sesuatu secara
bersendirian. Adakah korang seorang introvert?
Tutorial 3: Buat laman web guna notepad
Ok, untuk tutorial kali ini aku akan ajar macam mana
nak buat menu yang interaktif pada website menggunakan notepad. Sebelum tu
rujuk dulu tutorial 1 dan tutorial 2 supaya mudah sikit nak faham untuk
tutorial kali ini.
Nampak tak ada penambahan kod <ul>…</ul>
tu? Tu la kod bagi navigasi menu pada website korang. Lepas tu yang <li>….</li>
tu pulak boleh dianggap sebagai list untuk menu. Maksudnya, apa yang patut ada
pada menu la. Manakala yang <a href=”#”>…..</a> tu pulak adalah
hypertext reference, bermaksud perkataan yang boleh diklik dan akan dilinkan kepada
halaman yang lain atau url yang lain. Secara ringkas macam ni:
<ul>…</ul> ialah kod bagi navigasi menu
<li>….</li> ialah list atau perkara2 yang
patut ada pada menu
<a href=”#”>…..</a> ialah kod bagi link
yang boleh ditekan untuk ke halaman yang lain.
Lepas korang dah masukkan kod di atas, ini la
hasilnya:
Nampak tak dah ada senarai menu pada website anda.
Ok…sekarang tambah pula kod pada bahagian
<style>……</style> untuk <ul>….</ul>:
ul{list-style:none;} bermaksud untuk membuang bullet
list pada menu tersebut supaya website kelihatan lebih kemas. ul merujuk kepada
menu tersebut.
Untuk kod di atas aku ada ubah pada bahagian
<li><a href=”#”>Home</a><li> kepada <li><a
href=”http://caspositif.blogspot.com/”></a>.
Ini bermaksud apabila korang tekan ‘Home’, korang akan dibawa ke halaman blog
ini.
Dan lagi satu
aku ada tambah pada bahagian <style> untuk h, p1 dan p2 tu benda ni:
{padding-left: 40px;}. Padding tu kalau nak diikutan maksudnya mendayung. Jadi
{padding-left:40px;} membawa maksud yang h,p1 dan p2 akan berdayung ke arah kiri dan menyebabkan
ia bergerak ke kanan. Aku tambah kod ni nak biar header dan paragraph bergerak
ke kanan sedikit. Maka website korang akan jadi macam ni:
Bullet pada menu akan hilang. Ok….seterusnya tambah
kod ini:
ul li{display:inline block;} bermaksud menu akan
disusun secara melintang, bukan lagi seperti list tadi.
ul li{text-align:center;} bermaksud perkataan pada menu
tersebut akan diletakkan di tengah2 setiap blok menu.
Website korang akan jadi camni:
Nampak tak? Menu disusun secara melintang bukan lagi
menegak. Ok …selepas tu tambah kod ni pula:
ul li a{text-decoration:none;} akan membuang garisan
pada perkataan, bermaksud segala format pada perkataan akan dihilangkan.
ul li a{display:block;} bermaksud menunjukkan blok pada
menu.
ul li a{width:120px;height:30px;} adalah untuk
menentukan tinggi dan lebar blok tersebut.
Ok…last sekali tambah kod ni pulak:
ul li hover:a{background-color:brown;} bermaksud warna
latar belakang blok akan menjadi coklat jika dihalakan dengan cursor mouse.
Jadi, website akan jadi begini:
Sekarang website korang dah jadi lebih interaktif.
Korang boleh la cuba buat mengikut citarasa korang sendiri kalau korang nak
warna latar belakang tu jadi warna lain ke. Ikut suka korang la nak letak warna apa. Cukup la setakat ini...lain kali aku sambung lagi,
Selamat
mencuba!
- Tutorial pertama: buat website guna notepad
- Tutorial ke -2: buat website guna notepad
- Tutorial ke -4: buat website guna notepad
Harga topup tetap sama selepas GST?
Bermula 1 April ni, gst akan dilaksanakan. Macam2 barang yang sebelum ni tak pernah dikenakan cukai akan dikenakan cukai melalui gst ni seperti gajet2/ barang2 komputer, topup dan lain2. Apa yang paling aku kisahkan ialah bagaimana harga topup selepas gst dilaksanakan? Sebab topup ni tiap2 bulan aku akan topup dan akan memberi kesan dalam perbelanjaan aku.
Cara memberi semangat pada diri sendiri
Kali ni
aku nak kongsi sikit kata2 semangat untuk kita semua hadapi dunia yang penuh
dengan cabaran ni. Aku suka betul kata2 semangat ni yang aku dapat dari group
whatsapp. Jadi, kepada yang sedang mengalami masalah ke, stress dengan tempat
kerja ke, rasa dah tak da harapan untuk hidup, renung-renungkanlah kata2 ni.
Aku tak translate sebab aku rasa dalam English lagi sedap bunyinya.
Tutorial 2: Buat website guna notepad
Dah rasa teruja nak buat website bila belajar kat sini. Ok…kali ni aku nak sambung
tutorial kedua buat website guna notepad (for beginners). Sebelum aku dah ajar
cara nak buat title dan kandungan dalam website, hari ni aku nak ajr pulak
macam mana nak mencantikan sikit website membosankan hitam putih yang orang
buat tu. Kita akan tambah warna latar belakang dan besarkan tulisan serta susun
tulisan. Oh….kali ni aku ajar Bahasa CSS untuk cantikkan website ni. Ok,let’s begin.
First sekali, buka notepad yang korang dah isi kod
html tu. Lepas tu tambah kod berikut:
Nampak tak kod apa yang lain daripada entri sebelum ni? Kali ni yang paling penting tambah kod <style>….</style> tu dulu. Ni la kod CSS yang korang akan guna untuk cantikkan website.
Ok.dah faham? Kita teruskan dengan h{font-size:40px;}. Ini ialah elemen
dalam kod CSS. Maksud kod tersebut ialah
h{font-size:40px;}
bermaksud h merujuk kepada header, font-size merujuk kepada elemen tulisan
tersebut iaitu saiz tulisan.
color:white;
bermaksud tulisan untuk header akan jadi warna putih.
body{background-color;} bermasud
warna latar belakang isi kandungan website. body merujuk kepada isi kandungan website. background-color merujuk kepada warna latar belakang. Cuba korang
masukkan kod ni dan lihat hasilnya.
Ok…sekarang tambah sikit lagi. Kita akan tambah paragraph. Tambah kod seperti berikut:
Nampak <p1>…..</p1> dan <p2>….</p2> tu? Tu pulak kod html unutk paragraph. Jadi, p1 ialah perenggan satu dan p2 ialah perenggan dua. Ingat….! Setiap kali nak tambah elemen pada kod html sebaiknya tambah <br>. <br> bermaksud break. Jadi, tak adalah tulisan tu nanti bertindih ke serabut ke…
p1{position:relative;}
bermaksud kedudukan paragrapah tersebut boeh berubah-ubah. Ini penting kalau
orang nak ubah kedudukan paragraph.
{top:40px;}
menentukan kedudukan paragraph pada isi kandungan website. Ingat perlu tambah
kod {position:relative;} dulu, baru
kedudukan paragraph akan berubah.
Manakala p2{….}
adalah sama seperti p1{…} Cuma aku
tuar waran tulisan shaaja menjadi hitam.Ingat sebelum tambah paragraph, letak
kod <br> dulu pada kod
paragraph sebelumnya seperti gambar di atas. Dah siap masukkan semua kod, lihat
hasilnya:
Senang kan? Sekarang website korang nampak la cantik sikit.Korang boleh la buat warna latar belakang lain ke ikut citarasa masing2. Selamat mencuba. Ada apa2 boleh tanya di ruangan komen.
Lihat tutorial seterusnya.
Lihat juga tutorial pertama.
Keburukan main game online
Hobi main
game ni normal untuk seorang lelaki. Aku sendiri pun suka main game walaupun
dah agak dewasa. Memang seronok main game ni sebab ia memberi cabaran untuk
kita selesaikan satu2 mission. Lagi2
bila main online.Tak kisah la main game online kat smartphone main game online kat smartphone (macam Clash of
Clan atau Age of Empires) atau kat PC macam game warcraft. Ye la bila main game online, kita boleh
battle dengan orang sebenar tanpa dia perlu ada kat sekeliling. Aku pun ade
jugak main game online kat smartphone aku. Nasib baik la tak ketagih sangat.
Kredit:Google images |
Tutorial: Buat laman web guna notepad
Kali ni aku nak post untuk sesiapa yang minat mengenai programming. Kalau korang memang tak pernah tahu mengenai programming language tapi minat dengan programming, post kali ni memang sesuai untuk korang. Sebab apa yang aku nak sampaikan ni cuma basic coding dan cara2nya. Sebagai permulaan, laptop korang mestilah ada :
1.notepad
2.browser(google chrome sebaiknya)
Korang tak perlu ada internet pun untuk buat laman web sebagai permulaan. Kalau tahu html dan css pun dah cukup sebagai permulaan. Jadi, kali ni aku ajar macam mana nak buat website guna html sahaja dulu.
1. Buka aplikasi notepad pada komputer.
2. Isi template berikut:
Ok. cuba korang isi dulu kod html ni dalam notepad, lepas tu save sebagai html. Macam mana nak save as html? Taip nama file diikuti dengan .html
Contoh taip macam ni: website.html
Dah save korang boleh lihat sendiri hasilnya. Korang akan lihat laman web memaparkan "Selamat datang ke website saya!"
Fungsi:
<head> dan <title>: sebagai tajuk pada tab browser korang
<h> : adalah heading pada isi kandungan website
<body>: ruang untuk isi kandungan website. segala apa yang korang letak di antara<body> dan </body> akan jadi isi kandungan website
Apa yang aku kongsikan ni cuma la asas untuk buat website yang hanya menggunakan html sebagai permulaan. Unutk website lebih interaktif perlu menggunakan css. Aku rasa kali ni cukup sampai di sini. Post lain kali mungkin aku akan sampaikan dengan lebih terperinci lagi. Tutorial ni sesuai untuk orang yang tak tahu asas programming dan nak cuba2 buat webiste. Internet pun tak diperlukan untuk buat website yang simple ni. Selamat mencuba. Tutorial seterusnya.
Baca lagi:
1.notepad
2.browser(google chrome sebaiknya)
Korang tak perlu ada internet pun untuk buat laman web sebagai permulaan. Kalau tahu html dan css pun dah cukup sebagai permulaan. Jadi, kali ni aku ajar macam mana nak buat website guna html sahaja dulu.
1. Buka aplikasi notepad pada komputer.
2. Isi template berikut:
Ok. cuba korang isi dulu kod html ni dalam notepad, lepas tu save sebagai html. Macam mana nak save as html? Taip nama file diikuti dengan .html
Contoh taip macam ni: website.html
Dah save korang boleh lihat sendiri hasilnya. Korang akan lihat laman web memaparkan "Selamat datang ke website saya!"
Fungsi:
<head> dan <title>: sebagai tajuk pada tab browser korang
<h> : adalah heading pada isi kandungan website
<body>: ruang untuk isi kandungan website. segala apa yang korang letak di antara<body> dan </body> akan jadi isi kandungan website
Apa yang aku kongsikan ni cuma la asas untuk buat website yang hanya menggunakan html sebagai permulaan. Unutk website lebih interaktif perlu menggunakan css. Aku rasa kali ni cukup sampai di sini. Post lain kali mungkin aku akan sampaikan dengan lebih terperinci lagi. Tutorial ni sesuai untuk orang yang tak tahu asas programming dan nak cuba2 buat webiste. Internet pun tak diperlukan untuk buat website yang simple ni. Selamat mencuba. Tutorial seterusnya.
Baca lagi:
- Tutorial 2: Buat website guna notepad
- Tutorial 3: Buat laman web guna notepad
- Tutorial 4: Buat laman web guna notepad(hosting website)
- Tutorial: Cara install windows 10 guna pendrive
Harga minyak naik lagi?
Sekarang ni kecoh pasal harga minyak naik balik.
Rakyat Malaysia macam biasa la…berperang komen jadi keyboard warrior. ‘Harga
minyak naik salah kerajaan!’ ‘Masa turun senyap je, masa naik semua nak bising!’
‘Nak turun bukan main lama, nak naik cepat je! ’. Itulah antara komen2 yang ada
di media sosial. Persoalannya, adakah harga minyak naik sekarang ni salah
kerajaan?
Sumber: Google images |
Langgan:
Catatan (Atom)