6 ciri-ciri seorang 'Extrovert'?

Pada entri2 yang lepas, aku telah kongsikan mengenai ciri2 seorang ‘Introvert’ dan ‘Ambivert’. Aku juga ada kongsikan yang aku merupakan seorang ‘Ambivert’. Kalau korang tak tahu apa itu Introvert dan Ambivert boleh tekan link yang aku berikan. Korang boleh juga buat personality test untuk pastikan sama ada korang ni Introvert, Ambivert and Extrovert di sini. Jadi, kali ini aku ingin kongsikan sedikit ciri2 seorang Extrovert. Extrovert bermaksud seseorang yang lebih pentingkan sesuatu yang fizikal dan suasana sosial dan rasa lebih bertenaga apabila bersosial dan bergaul dengan khalayak ramai.




Berikut merupakan personaliti2 seorang Extrovert:

1.Suka orang ramai
Seorang extrovert suka berinteraksi dengan orang ramai. Diorang rasa lebih bertenaga apabila lebih ramai orang berada di samping diorang. Suasana yang meriah menyebabkan diorang lebih aktif berfikir dan lebih gembira tidak seperti seorang ‘introvert’ yang lebih sukakan suasana yang sunyi.



2.Tidak suka perkara rutin
Seorang extrovert tidak suka melakukan perkara yang sama berulang kali. Diorang sukakan cabaran dan aktiviti berlainan untuk mendapatkan kepuasan. Walaubagaimanapun, seorang extrovert masih lagi akan gembira melakukan kerja2 rutin selagi diorang rasakan ianya seronok dan berbaloi seperti mendapat perhatian orang ramai dari kerja tersebut dan mendapat bayaran yang setimpal dari kerja tersebut.



3.Gembira untuk berkongsi idea
Seorang extrovert juga lebih suka untuk berkongsi idea dan pemikiran diorang walaupun idea tersebut belum lagi difikirkan dengan lebih mendalam. Berkongsi idea sejurus sahaja dioraang mendapat ilham merupakan sebahagian daripada proses pemikiran diorang. Disebabkan ciri2 ini, diorang ni lebih mudah untuk berubah fikiran, tidak seperti seorang introvert yang hanya akan berkongsi idea diorang apabila idea tersebut telah dirasakan sempurna untuk dikongsikan.


4. Mudah bosan apabila berseorangan
Seorang extrovert mudah berasa bosan apabila bersendirian dan akan menyebabkan diorang tidak bermaya. Apabila diberi peluang, diorang lebih suka untuk bebbual dengan sesiapa sahaja daripada duduk berseorangan untuk berfikir. Diorang mampu berfikir dengan lebih baik apabila diorang sedang berada di dalam perbualan berbanding berfikir seorang diri.



5.Sukakan perhatian
Seorang extrovert juga mungkin sukakan perhatian dari orang ramai. Diorang mungkin sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan perhatian dari orang ramai contohnya mencari peluang untuk berada di atas pentas yang disaksikan ramai orang. Ini kerana diorang suka untuk menggembirakan orang ramai dengan personaliti dan perwatakan diorang.



6.Berpewatakan menarik, kelakar dan bertenaga
Seorang extrovert juga mungkin merupakan seorang yang kelakar, bertenaga dan mudah didekati orang lain. Kebiasaanya, orang ramai mudah unutk berasa selesa dengan diorang disebabkan sifat peramah diorang. Seorang extrovert juga mudah untuk mendapatkan kawan walaupun baru beberapa jam berkenalan.



Jadi, adakah korang seorang Extrovert? Kalau bukan, mungkin korang adalah seorang introvert atau ambivert. Korang boleh buat personality test tu kat sini. Yang pastinya aku bukanlah seorang extrovert tetapi aku seorang Ambivert dan aku gembira dengan diri aku sendiri. Tak kira la korang ni seorang introvert, extrovert atau ambivert, korang tetap ada keunikannya yang tersendiri. Jadi, ada ke pembaca2 kat sini yang merupakan seorang Extrovert setelah membuat personality test tu? Kalau ada, korang dialu-alukan untuk berkongsi di ruangan komen.

Kredit: aboutParentingAnthony Hilling
Sumber gambar: Google images

9 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...