Tiba-tiba je dapat 1000 pageviews sehari, apa yang aku buat?

Salam, guys.


Aku musykil ni... macam mana boleh tiba2 je blog Cas Positif ni dapat 1000 pageviews sehari. Selalu bukan main susah lagi nak dapatkan 100 pageviews sehari. Ye la.. aku dah la jarang update blog sejak akhir2 ni. Blogwalking pun sama jugak la jarang...

Tapi, bila aku buka je dashboard blogger malam tadi dan pagi ni, sekali aku tengok pageview sehari cecah 1000 pageviews tu.... Biar betul?? Serius weh susah nak percaya. Aku tak buat apa pun... Just macam biasa, abaikan blog. Ada mood blogging la. Haha..

Kalau korang tak percaya boleh tengok gambar kat bawah ni. Tengok pageviews yesterday cuma 80 views je, sekali pageviews today 1,307 views. Banyak gila kot untuk aku yang tak power berblogging ni.




Mostly traffic sources daripada facebook. So, aku assume ada orang share link entri aku la tapi aku tak tahu pulak kat mana dia share tu. Takde pulak nampak lagi. Ke ni bukannya sebab orang share kat fb, tapi ada something else yang berlaku? Kena hack ke... ada possibility ke eh? Seram pulak aku....

Seram2 pun rasa happy jugak la. Sebab secara logiknya, dengan sekelip mata je seribu orang baca blog aku. Gila tak happy. Tulis panjang2 orang baca, satu kepuasan kot...Dah la aku tak buat apa2 yang menyusahkan macam marketkan blog ke, suruh orang like page ke, tapi boleh pulak jadi benda yang unexpected macam ni.

Kalau tengok statistics yang lagi dalam pulak, IP address banyak dari tempat yang sama. Maksudnya dari satu institusi yang sama la... Semua orang dalam institusi tu pakai wifi yang sama dan akses ke entri blog aku. Tapi aku tak boleh nak share macam mana aku boleh tahu banyak dari IP address yang sama atas sebab2 tertentu. Mungkin ada someone share kat group diorang, then semua yang dalam group tu melawat blog aku. Tu yang jadi sekali banyak tu melawat blog aku. Mungkin la... tapi tak sure lagi...

So, pendapat korang pulak, kalau benda unexpected macam ni jadi, korang agak sebab apa eh? Mana tahu korang ada pengalaman ke.... Boleh la share...

Baca lagi:




Umobile bagi tambahan data untuk streaming video 24 jam

Salam.

Fuhh… Berita baik beb. Macam biasa Umobile dengan pakej dia yang murah. Macam tak percaya pulak aku lepas baca artikel pasal Umobile bagi 100% data tambahan untuk aku streaming Youtube, Iflix dan sebagainya. Aku memang dah subsribe U28 harga RM28 sebulan dengan data sebanyak 3gb. Boleh pulak Umobile ni pergi tambah lagi 3gb data khas untuk stream video. Dah jadi total 6gb kesemuanya... Suka hati dia je… Haishh… banyak la aku buang masa tengok video lepas ni. Haha…

Ni nasib baik aku tak pakai P70 yang dapat unlimited streaming video tu. Kalau pakai yang tu, boleh tergendala aku daripada menjadi seorang yang produkif. Silap2 aku tak tutup youtube langsung dan buat playlist video macam buat playlist lagu je… Haha… Btw, data tambahan free ni dia panggil ‘video onz’ dan boleh check balance tinggal berapa gb.

Sumber gambar
Yang lagi awesome, walaupun aku dah habis quota, masih lagi boleh buat internet sharing dan tengok youtube kat laptop dengan agak laju walaupun video automatic jadi 480p. Aku ingat kalau buat internet sharing dia akan pakai data biasa aku yang dah habis quota tu, so sepatutnya slow la kan…. Rupa2nya dia boleh pakai data video onz untuk streaming ni, pergh… ohsemm weh… tak perlu aku tunggu lama nak tengok video..

Tapi promotion ni sampai 31 Julai 2016 je. So, kepada siapa2 yang pakai Umobile dan subscribe pelan2 Umobile tu, boleh la gunakan sebaiknya data yang diberi. Kalau tak pakai rugi pulak. Dah alang2 dapat data free ni, boleh la tengok ceramah2 Dr. Zakir Naik yang banyak kat youtube tu ke… atau apa2 je la yang bermanfaat.

Ok la… tu je aku nak cerita. Tak panjang pun tapi aku happy dapat cerita kat korang. Haha…
Thanks guys sudi baca.


Sumber: Amanz 


Baca lagi:

Beli rumah atau sewa rumah?

Salam.

Banyak dah orang bagi tips beli rumah pada usia muda. Tapi, aku rasa belum ready nak betul2 cari satu rumah yang sesuai dan beli sebuah rumah. Kalau ikut situasi kerja aku sekarang yang tak pasti lagi aku akan stay kat tempat yang sama, membuatkan aku rasa nak hold dulu beli rumah ni. Sebab ada possibility aku akan pindah ke tempat kerja/negeri yang lain dengan majikan yang sama. Dah macam orang nomad kan aku ni, asyik pindah je… hukhuk…

Tapi tu la… kalau nak hold dulu takut nanti sampai ke tua menyewa rumah je pulak kan…. Hmmm….

Sumber gambar


Sekarang ni pulak banyak ada skim rumah mampu milik. Kalau macam aku, aku orang Johor (Oh…man…kenapa aku kantoikan yang aku orang Johor ni…haiihh), so aku boleh la apply untuk Rumah Mampu Milik Johor RMMJ) tu… Jadi, aku memang apply pun, cuma tak rasa nak serius sangat la... Apply online, lepas tu tunggu je la kalau diorang kata aku layak.

Nak serius sangat pun, kalau aku kena pindah KL ke…. Dah bukan aku boleh duduk rumah tu pun. Orang cakap apply je, kalau tak duduk pun boleh sewakan. Ok, boleh ke sewakan rumah skim camni? Aku rasa macam tak boleh je….skim camni biasa dia nak owner yang duduk. Walaupun takde tulis tak boleh sewakan kat portal tu, tapi kalau aku compare dengan negeri lain punya skim, memang owner yang kena duduk, tak boleh sewakan…

So, aku pun tak pasti kalau aku layak, dan aku takde kat Johor, aku nak buat apa rumah tu…Huhu… Aku serahkan pada takdir je la, kalau aku dapat mungkin ditakdirkan kat Johor la aku akan menetap, tapi kalau tak dapat tu, mungkin rezeki aku bukan kat Johor kot..

Walaupun aku tak serius nak beli rumah sekarang, tapi aku rasa aku still perlu ajar diri untuk ada komitmen bayar rumah.

Harga Rumah: RM200,000
Tempoh ansuran: 40 tahun/ 480 bulan
Ansuran bulanan: RM416 (RM 200,000 /480)

So kat atas ni assumption aku kalau la boleh cari rumah harga RM200,000. Harga macam ni pun bulan2 dah RM400++, bundar2 kira RM500/sebulan la. So, aku decide untuk buat saving rumah based on harga kat atas ni.

Beli rumah: RM500/sebulan
Sewa rumah : RM500/sebulan

*Assumption semata2 yang aku rasa harga masih lagi logik akal. Ada je sewa lagi mahal, RM800/sebulan. Nampak beli rumah lagi berbaloi kan dari sewa….

Sumber gambar
Buat masa sekarang, alhamdulillah aku takde komitmen untuk bayar sewa rumah lagi. So, aku buat la kira2 macam kat atas ni supaya kalau ditakdirkan aku nak kena sewa rumah atau bayar installment rumah, then takde la culture shock sangat.

Ikut kiraan atas ni, aku patut simpan sebulan RM500 untuk saving rumah. So, aku kena tolak RM500 setiap bulan dari gaji aku. Nak senang kena buat satu bank akaun la untuk simpan RM500 ni setiap bulan, senang monitor. Tapi sebab aku malas nak bukak, aku buat kira2 pakai Microsoft Excel je.. haha… So, aku boleh nampak saving biasa aku berapa, saving rumah berapa, saving kereta berapa, perbelanjaan sebulan berapa, sama ada budget perbelanjaan lari ke tak semua kat dalam excel tu…

Power kan?? Haha… tapi serius la kalau reti pakai excel ni memang banyak gila membantu di alam pekerjaan.

Okehh.. kat bawah ni contoh macam mana aku buat kira2 tu dalam excel:

Cash management yang bajet..haha..

Ni contoh je, bukan amaun sebenar perbelanjaan dan saving aku pun... Tengok amaun gaji je dah tahu, takkan la gaji aku RM50k sebulan… Kalau la RM50k sebulan, tak payah kot aku nak buat excel ni lagi.. Haha… Saving acc & Expense Acc merujuk kepada dua akaun bank yang berbeza. Aku memang guna satu bank akaun tu je untuk expenses/perbelanjaan. Kalau terdesak baru keluarkan duit dari saving acc.

Btw, kalau korang rasa gambar tak cukup feel dan tak cukup faham apa yang aku buat, korang boleh jugak melawat link ini:


Link atas ni akan membawa korang ke google spreadsheet ( lebih kurang macam Ms Excel) yang aku dah letak formula di dalamnya dan korang boleh je edit2 spreadsheet tu ikut perbelanjaan korang dan bajet korang. Siap boleh download lagi, tak caya cuba la… Haaa.. Fyi, Semua orang yang visit link tu boleh tengok siapa yang edit. Unless korang download kat pc korang spreadsheet tu, baru la takde siapa nampak kalau korang edit. Huhu…

So, kesimpulannya buat masa sekarang ni aku rasa aku hanya kena belajar komitmen buat saving rumah dulu dan bila sampai masanya nak beli rumah nanti, harap saving aku tu dapat la membantu aku. Berbalik kepada soalan pada tajuk entri, ‘Beli rumah atau sewa rumah’? Of course la beli…tapi kalau takde rezeki lagi, kena sewa dulu jugak kan… mana2 pun ok selagi ada tempat berteduh…chill je..

Btw, umur 25 dah patut kahwin ke? Macam muda lagi je…haha… (tetiba)..

Baca lagi:




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...