Bagaikan mimpi tapi realiti

Salam sejahtera readers sekalian. Amacam? Sihat ke? Aku rasa macam dah lama je tak update blog ni. Tapi tak ada la lama mana pun, baru nak dekat 2 minggu. Biasa la....tipikal punya alasan, aku busy sikit sekarang ni. Bukan busy apa pun, cuma sebab………..hmmm…….korang nak tahu ke? Baca je la entri ni dulu sebab sekarang ni aku tengah ada semangat nak mengarang entri ni. Nanti idea hilang pulak.

Sumber gambar

Apa nak buat bila kereta accident?


Peringatan: Diharap sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah adalah dibawah penguasaan ibu bapa anda jika ingin membaca entri ini. Entri ini mengandungi unsur2 yang tidak sesuai dibaca oleh individu bawah umur.





Setelah beberapa ketika…..




Lepas aku sampai rumah aku check balik…dan aku boleh confirmkan bumper kereta Honda City yang aku naik tu ada terjatuh sikit. Sebenarnya aku dah perasan jugak masa baru lepas kena langgar tu, tapi aku tak sure sama ada sebelum ni bumper tu dah memang jatuh atau tak. Ye la…bukan kereta aku pun, kereta bapak aku, aku bawak je….Jadi, dah sampai rumah baru la boleh nak confirmkan.

Haa….macam tu lah ceritanya macam mana kereta Honda City yang aku bawak boleh kena cium dengan Myvi merah pada minggu lepas. Kesian dengan Siti tu…tak pasal2 kena cium dengan My bee…

Jadi, sekarang ni aku nak kongsikan pulak apa yang korang patut buat bila menghadapi kemalangan kecil macam ni. Kalau nasib korang baik boleh la buat macam aku. Aku cuma ambil no. phone mamat tu je….kalau dia tak angkat aku tak boleh buat apa. Tapi nasib baik mamat tu bertanggungjawab.

Mula2 aku call dia tak angkat. Tak lama lepas tu aku check phone, ada dia missed call. So, nampak la yg dia nak bertanggungjawab.  Tapi, disebabkan bapak aku tak kisah sebab tak nampak sangat pun bumper tu jatuh, jadi kira mamat tu selamat la, tak payah nak bayar apa2…

Ok…kat bawah ni merupakan perkara2 yang perlu dilakukan sekiranya terlibat dengan kemalangan:

1) Sila bertenang dan jangan cemas.

 2) Periksa jika anda ada mengalami sebarang kecederaan atau pun tidak. Kemudian, periksa penumpang-penumpang lain di dalam kenderaan anda. Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.

 3) Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.

 4) Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.

 5) Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.

 6) Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.

 7) Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).

 8) Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.

 9) Keluarkan hp anda dan ambil gambar (bkn suruh guna monopod selfie upload masuk fb tapi ambil gambar-gambar penting utk rekod anda).

 Ambil gambar kerosakan kereta anda, serpihan2 kemalangan di tempat kejadian, gambar lokasi, nama jalan, keadaan di sekitar kwsn kemalangan ketika itu. Gambar2 ini akan memudahkan urusan anda ketika membuat laporan polis nanti.

 10) Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.

 11)Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.

 12) Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

 13) Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.


Jadi, korang jangan jadi macam aku, cuma ambil no. phone je….kalau mamat tu bagi no salah, jawabnya tak boleh buat apa la aku…. Aku harap korang beroleh manfaat daripada entri ini.  Hati2 di jalan raya. Hope you enjoy reading this entry. Salam.  ^_^


Baca lagi:

Bila orang tanya aku tips nak dapatkan 4 flat
Misteri di sebalik awan



Marah pun bagus ke...

Salam sejahtera readers2 sekalian. Korang suka tak kena marah? Aku rasa tak ada siapa pun yang suka kena marah kan tak kira la kena marah dengan bos ke, parents ke, kawan ke dan sebagainya la... 

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Salam sejahtera pembaca2 sekalian. Kali ni aku nak ajak korang join segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger kita. Disebabkan aku tak ada nak kongsikan apa2 lagi setakat ni, jadi aku rasa aku nak tolong meriahkan segmen ni. Jom semua meriahkan lagi segmen ni. Kalau nak join klik banner kat bawah ni:


Syarat-syaratnya:

Kenapa mengehadkan keupayaan sendiri?

Setiap orang mempunyai had keupayaan masing2. Akan tetapi, adakah kita pasti apa yang kita fikirkan itu ialah had keupayaan kita yang sebenar? Sebenarnya kita lebih suka mengehadkan keupayaan kita sendiri walaupun kadang2 kita sebenarnya mampu untuk melakukan sesuatu yang melebihi had keupayaan yang kita tetapkan tersebut.

Sumber gambar

Istikharah Cinta

Kali ni aku nak kongsikan sesuatu yang islamik. Kalau baca tajuk entri ni pun korang dah boleh agak dah apa yang aku nak sampaikan.Tapi entri aku ni tak ada kena mengena dengan drama istikharah cinta, cuma ada la elemen dalam tajuk tu yang aku nak kongsikan sedikit pada kali ini iaitu berkenaan dengan solat istikharah.

Sumber gambar

Introvert susah dapat kerja ?

Sesiapa yang pernah baca blog aku mesti tahu kan yang aku pernah kongsikan ciri2 seorang introvert. Dan aku juga pernah kongsikan yang aku juga mempunyai sebahagian daripada ciri2 seorang introvert. Walaupun aku ada cirir2 tersebut, aku bukan la seorang introvert, tetapi ambivert. Kali ni aku nak buat entri lagi pasal introvert ni. Kali ni berkaitan dengan masa depan seorang introvert.


Hikmah wujudnya seorang spammer

Lepas baca tajuk entri ni mesti korang akan tertanya-tanya kan apa hikmahnya wujud seorang spammer dalam hidup korang. Ada ke faedahnya spammer ni? Aku agak mesti korang rasa spammer ni tak perlu wujud pun kat dunia ni kan. Kalau korang rasa macam tu korang tak bersependapat dengan aku sebab aku rasa ada pentingya kewujudan spammer ni. Aku pasti ramai yang dah tahu apa itu spammer. Spammer merupakan individu yang selalu memenuhkan ruangan komen dengan komen2 yang sama berulang kali untuk mendapatkan keuntungan peribadi. Definasi aku ni khusus untuk spammer kat blog2, kalau kat email ke, tempat lain ke, tu korang cari la definisinya sendiri.

Gangguan teknikal pada blog Cas Positif

Salam sejahtera kepada pembaca2 blog cas positif. Semenjak kebelakangan ni aku dapat komplen daipada pembaca2 bahawa ada di antara korang yang tak dapat nak terbitkan komen di blog ini. Jadi, entri kali ini aku nak beritahu kenapa jadinya masalah ni.  Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen pada entri2 aku bagi memeriahkan lagi blog ini. Dan aku jugak nak minta maaf di atas segala kesulitan yang korang hadapi semasa melawat blog ini termasuk la kesulitan untuk menerbitkan komen pada entri2 blog cas positif.

Google Adsense dah menyokong Blog Bahasa Melayu?

Sebelum ni aku dah pernah kongsikan serba sedikit pasal Nuffnang. Kali ni pulak, aku nak kongsikan pasal Google Adsense walaupun aku sendiri tak letak lagi Google Adsense kat blog ni. Kenapa tiba2 je aku nak cerita pasal Google Adsense ni? Nak tahu sebab apa? Sebabnya aku ada terbaca entri di Amanz.my mengatakan yang Google Adsense kini menyokong Bahasa Malaysia.

Soalan-soalan berkaitan dengan GST

Semalam agak kecoh di media sosial mengenai cukai GST.  Maklum la, hari pertama GST diperkenalkan kan, kecoh satu Malaysia terutama sekali pasal cukai GST yang dikenakan terhadap prepaid topup yang berkadar 30 sen untuk topup RM5, 60 sen untuk topup RM10, RM1.80 untuk topup RM30 dan begitulah seterusnya. Macam mana pun, ramai yang dah buat aduan kepada KPDNKK mengenai harga prepaid topup yang tak sepatutnya dikenakan GST ni .Berdasarkan berita di tv alhijrah yang aku tengok pulak, dah ada la tindakan dari pihak kastam dan KPDNKK sendiri untuk mengatasi masalah ni. Kira ok la…nampak la yang diorang ni buat kerja diorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...