Memaparkan catatan dengan label Me with Car. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Me with Car. Papar semua catatan

Kereta overheat? Tak check air ke bro??

Salam.

Kali ni aku nak share pasal tips penjagaan kereta sebab aku sendiri pun selalu failed bab kereta ni. Haha... Ni aku nak bagitahu cara nak check air untuk kereta dan apa patut buat kalau suhu kereta panas sangat.

Kalau nak ikutkan masa kat U dulu aku ada je ambil kos automotif untuk subjek koko yang kelasnya seminggu sekali. Tapi entah apa entah yang aku ingat, aku rasa aku cuma ingat sampai sekarang cara nak tukar tayar je, yang lain semua tak ingat dah. Haha.. Kesian betul..

Ok. Ni aku share ni pun lepas tengok video. Kalau tak, aku pun buat2 tahu je masa check air tu. Agak2 penuh air dalam radiator ok la kan...

So, nak check air dalam kereta, first sekali ada dua tempat nak check dan isi air atau seeloknya isi radiator coolant. Kat mana? Radiator coolant ni biasa isi kat:

1. Radiator la..mana lagi?? Nama pun radiator coolant...
2. Coolant reservoir (Tangki cecair penyejuk)

Nak tahu radiator macam mana, tengok yang ada 'radiator cap' macam ni:


Lepas tu bukak 'radiator cap' dan isi 'radiator coolant' dalam tu.
Kalau bukak 'radiator cap' dan level 'coolant' nampak penuh sampai kat atas je, tak perlu topup coolant, kira ok dah...

Coolant reservoir(tangki cecair penyejuk) pulak macam ni:


Mungkin kereta korang tangki bentuk lain sikit ke aku tak tahu la... tapi kalau tangki tu dia ada hos yang akan bersambung dengan radiator, kat situ la tangki yang korang patut isi radiator coolant tu.

Tengok video kat bawah ni lagi senang, tapi kalau malas, baca je la apa yang aku taip ni....





Kalau masa pagi2 sebelum start kereta, takde hal kalau korang nak buka 'radiator cap' tak pakai sarung tangan atau apa2 alas sebab radiator tak panas lagi....

Tapi kalau korang dah drive kereta, tetiba2 korang tengok kat meter kereta tu suhu naik semacam je, sila berhentikan kereta bagi cool kejap radiator tu. Lepas tu dah sejuk sikit, nak buka 'radiator cap' tu sila pakai alas, tuala dan sebagainya supaya tangan tak melecur sebab air yang keluar tu panas. Boleh tengok video cara nak buka 'radiator cap'.

Aku pernah drive kat highway, lepas tu terperasan yang suhu kereta naik secara tiba2. Then, aku pun berhentikan la kereta kat tepi. Masa tu aku noob habis pasal kereta ni. haha..tapi aku tahu la kalau temperature naik kena berhentikan kereta  baru selamat sikit.

Masa tu cuma ada satu botol air besar yang airnya separuh je kat dalam kereta aku. Masa radiator tengah panas ni aku tak bukak la 'radiator cap' tu, nanti kang memancut2 pulak air. So, aku tuang air kat dalam tangki coolant tu.

Aku tunggu dalam 5-7 minit je masa tu sebelum isi air dalam tangki dan drive semula. Sepatutnya, untuk lebih selamat, tunggu sampai rasa enjin dan radiator tu dah cukup sejuk baru teruskan perjalanan. Ini tak, aku dengan yakinnya drive terus kereta tu....

So, padan muka aku la tak lama lepas tu kereta tetiba slow dan kali ni aku tak berhentikan kereta, tapi kereta tu berhentikan aku. Haha...tak guna betul, aku terpaksa ke tepi dan kereta aku innalillah terus tak boleh start. Cerita lepas tu aku tak payah cerita. Tapi kalau jadi macam aku ni, kos nak repair kereta boleh cecah RM1000++. Benda simple je, tak check air betul2, RM1000 boleh melayang macam tu je....

Kereta Overheat
Sumber gambar
So, jangan jadi macam aku dan sila layan video tu sebab kalau aku taip nanti panjang sangat, korang tak nak baca. Baik tengok video yang berdurasi 5 minit tu, senang faham.

Kalau boleh jangan isi air paip, tapi isi radiator coolant + air suling  macam dalam video tu suruh, Sebabnya, kereta aku jadi panas tu pun sebab terlalu banyak sangat kotoran dalam car cooling system dek kerana isi air paip je selalu. So, air yang flow kat dalam tu tak berapa bersih, senang jadi panas.

So, tengok je la video tu. Kalau korang prefer membaca dari tengok video baru la aku tulis lagi pasal tips jaga kereta ni kalau aku tahu la..hahaha...

Sekian.


Baca lagi:


Misteri di sebalik awan

Salam sejahtera semua. Kali ni aku nak kongiskan sesuatu perkara pelik yang aku tak faham kenapa boleh berlakunya situasi tersebut. 


Apa nak buat bila kereta accident?


Peringatan: Diharap sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah adalah dibawah penguasaan ibu bapa anda jika ingin membaca entri ini. Entri ini mengandungi unsur2 yang tidak sesuai dibaca oleh individu bawah umur.





Setelah beberapa ketika…..




Lepas aku sampai rumah aku check balik…dan aku boleh confirmkan bumper kereta Honda City yang aku naik tu ada terjatuh sikit. Sebenarnya aku dah perasan jugak masa baru lepas kena langgar tu, tapi aku tak sure sama ada sebelum ni bumper tu dah memang jatuh atau tak. Ye la…bukan kereta aku pun, kereta bapak aku, aku bawak je….Jadi, dah sampai rumah baru la boleh nak confirmkan.

Haa….macam tu lah ceritanya macam mana kereta Honda City yang aku bawak boleh kena cium dengan Myvi merah pada minggu lepas. Kesian dengan Siti tu…tak pasal2 kena cium dengan My bee…

Jadi, sekarang ni aku nak kongsikan pulak apa yang korang patut buat bila menghadapi kemalangan kecil macam ni. Kalau nasib korang baik boleh la buat macam aku. Aku cuma ambil no. phone mamat tu je….kalau dia tak angkat aku tak boleh buat apa. Tapi nasib baik mamat tu bertanggungjawab.

Mula2 aku call dia tak angkat. Tak lama lepas tu aku check phone, ada dia missed call. So, nampak la yg dia nak bertanggungjawab.  Tapi, disebabkan bapak aku tak kisah sebab tak nampak sangat pun bumper tu jatuh, jadi kira mamat tu selamat la, tak payah nak bayar apa2…

Ok…kat bawah ni merupakan perkara2 yang perlu dilakukan sekiranya terlibat dengan kemalangan:

1) Sila bertenang dan jangan cemas.

 2) Periksa jika anda ada mengalami sebarang kecederaan atau pun tidak. Kemudian, periksa penumpang-penumpang lain di dalam kenderaan anda. Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.

 3) Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.

 4) Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.

 5) Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.

 6) Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.

 7) Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan, jika ada, akan membantu).

 8) Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful masing-masing.

 9) Keluarkan hp anda dan ambil gambar (bkn suruh guna monopod selfie upload masuk fb tapi ambil gambar-gambar penting utk rekod anda).

 Ambil gambar kerosakan kereta anda, serpihan2 kemalangan di tempat kejadian, gambar lokasi, nama jalan, keadaan di sekitar kwsn kemalangan ketika itu. Gambar2 ini akan memudahkan urusan anda ketika membuat laporan polis nanti.

 10) Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.

 11)Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang sepatutnya.

 12) Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

 13) Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.


Jadi, korang jangan jadi macam aku, cuma ambil no. phone je….kalau mamat tu bagi no salah, jawabnya tak boleh buat apa la aku…. Aku harap korang beroleh manfaat daripada entri ini.  Hati2 di jalan raya. Hope you enjoy reading this entry. Salam.  ^_^


Baca lagi:

Bila orang tanya aku tips nak dapatkan 4 flat
Misteri di sebalik awan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...