Grab bukan untuk pindah rumah?

Salam guys,
Tak habis lagi rupanya kes driver grab dengan passenger ni.


Kes paling baru ni yang kes grab driver dengan passenger perempuan bawak barang banyak macam nak pindah rumah. Dalam kes ni, pada aku dua-dua tak cukup hormat antara satu sama lain.

Patutnya akak yang bawak barang banyak macam nak pindah rumah tu tanya awal-awal kat driver grab tu boleh tak kalau barang banyak? Tulis note dalam app awal-awal atau pun call je terus. At least nampak la ada mutual consent sebelum naik tu.

Driver tu pulak ada je pilihan kalau rasa tak nak kereta kotor atau berat, boleh je cancel booking tu bila nampak barang banyak. Kereta dia.

Tapi ni bila passenger tu dah bawa masuk barang, dah naik kereta, baru nak cakap dan perli-perli.

Driver tu kalau cakap elok takpe, ada ke patut cakap macam ni “apesal lu punya lelaki takde tolong lu? Lu sudah cerai sama dia ke?”. Ini dah lebih-lebih.

Ini dah masuk hal privasi orang. Memang la akak tu bengang.




Aku tak backup mana-mana. Sebab cerita pun one side story je. Cuma aku rasa kalau dua-dua ada rasa hormat sikit, sopan sikit, common sense sikit, benda ni tak jadi isu.

Btw, kalau tengok gambar akak tu punya barang tak banyak mana pun. Ok jugak kalau naik grab. Cuma aku semak jugak tengok beg kertas tu banyak2. Cari la kotak masukkan semua dalam satu kotak. Kan senang nak bawak.. haiih...


Baca lagi:


Nasihat yang tak sihat

Beri nasihat ni bagus cuma kalau tak kena cara dia jadi macam tak guna jugak sebenarnya. Tak semua orang boleh terima jenis nasihat yang sama. Lagi2 nasihat jenis yang sentap dan jenis yang annoying.




Nak bagi nasihat ni yang penting niat kita tu..

1. Kalau kita nasihat semata2 nak tunjuk yang kita ni bagus, susah la orang yang dinasihat tu nak terima.

2. Kalau kita tegur orang bagai nak melepaskan geram pun sama. Macam mana orang yang ditegur nak terima dengan hati terbuka.

3. Kalau kita awal2 nasihat pun dah dalam keadaan marah dan membebel-bebel, macam mana lah orang yang ditegur tu tak rasa menyampah dengan si penegur.


CARA NASIHAT YANG SIHAT

So cuba la bagi nasihat tu dengan cara macam ni:

1. Hadirkan dulu niak nak tegur tu sebagai tanggungjawab saudara seislam.

2. Tegurlah dengan cara berhemah dengan penuh harapan orang yang ditegur tu berubah dan terima nasihat kita. 

3. Doakan orang yang ditegur tu supaya cepat berubah dan terima nasihat kita.

4. Elakkan berburuk sangka terhadap orang yang nak kita tegur.

5. Elakkan dari merasa lebih baik daripada orang yang ditegur. Ada sebab kenapa Allah hadirkan situasi macam tu kat kita. Semuanya ujian untuk kita.


So sama-samalah kita beringat kalau nak tegur seseorang tu jaga-jaga lah sikit cara percakapan kita. Penat sebenarnya kalau bagi nasihat cara tak betul ni nanti nak kena tegur selalu tapi orang yang ditegur tu tak berubah-berubah pun. Last2 makin rasa marah je. So no point..

Sekian.
Salam Syawal.




Baca lagi:



Kenapa ada orang jenis yang attention seeker?

Kenapa ada orang jenis yang attention seeker?
Biasanya benda ni dari kecik atau dari persekitaran kehidupan dia sendiri. Kalaulah dengan menjadi seorang attention seeker dia dapat apa yang nak dia nak sejak kecil lagi, maka tak peliklah kalau sekarang pun masih jenis yang attention seeker jugak.



Actually aku tak ada banyak nak cerita pasal ni. Tapi aku just nak share video Aiman Azlan pasal attention seeker ni. Best jugak video2 dia. Aku biasa tengok video dia kat fb je sebab senang lalu newsfeed. Yang menarik dalam video ni pada aku pasal tantrum seorang budak.

Kenapa bila budak tantrum(mood frust, maybe menangis) baru parents nak bagi apa yang bayi tu nak? Bila buat macam ni selalu, budak tu mungkin dah letak dalam mindset yang  itulah cara dia nak dapatkan sesuatu.


REVERSE THE SITUATION

So...
Kenapa tak reverse the situation?
Contohnya tak begitu melayan dan bagi apa yang budak tu nak semasa dia tantrum. Tapi bagi dia apa dia nak bila dia berkelakuan baik kat rumah orang dan sebagainya. Mungkin bila buat macam ni, cara sesorang itu seek attention akan jadi lebih positif, bukan dengan cara yang 'annoying'.
Which is make sense jugak pada aku apa yang Aiman Azlan sampaikan ni...

Ok la disebabkan aku tengah takde content sendiri sekarang ni, so aku share video orang lain je la ya. Haha....

Ok, korang layan je la video ni:




Selamat Hari Raya guys!
Salam.



Baca lagi:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...