Grab bukan untuk pindah rumah?

Salam guys,
Tak habis lagi rupanya kes driver grab dengan passenger ni.


Kes paling baru ni yang kes grab driver dengan passenger perempuan bawak barang banyak macam nak pindah rumah. Dalam kes ni, pada aku dua-dua tak cukup hormat antara satu sama lain.

Patutnya akak yang bawak barang banyak macam nak pindah rumah tu tanya awal-awal kat driver grab tu boleh tak kalau barang banyak? Tulis note dalam app awal-awal atau pun call je terus. At least nampak la ada mutual consent sebelum naik tu.

Driver tu pulak ada je pilihan kalau rasa tak nak kereta kotor atau berat, boleh je cancel booking tu bila nampak barang banyak. Kereta dia.

Tapi ni bila passenger tu dah bawa masuk barang, dah naik kereta, baru nak cakap dan perli-perli.

Driver tu kalau cakap elok takpe, ada ke patut cakap macam ni “apesal lu punya lelaki takde tolong lu? Lu sudah cerai sama dia ke?”. Ini dah lebih-lebih.

Ini dah masuk hal privasi orang. Memang la akak tu bengang.




Aku tak backup mana-mana. Sebab cerita pun one side story je. Cuma aku rasa kalau dua-dua ada rasa hormat sikit, sopan sikit, common sense sikit, benda ni tak jadi isu.

Btw, kalau tengok gambar akak tu punya barang tak banyak mana pun. Ok jugak kalau naik grab. Cuma aku semak jugak tengok beg kertas tu banyak2. Cari la kotak masukkan semua dalam satu kotak. Kan senang nak bawak.. haiih...


Baca lagi:


11 ulasan:

  1. orang pompuan memang dah terkenal dengan emosi. yang si lelaki tu pulak mulut pon satu hal. haduhlah~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa kan. Dua2 jenis emo tak pikir panjang. Memang bergaduh lerr

      Padam
  2. yang paper bag byk2 tu pun haduhlah. dah tawu letih nak kena naik turun tangga sampai 4 kali, kalu letak dalam 1 atau 2 kotak je kan takde sampai kena repeat naik turun tangga byk kali. haduhlah~

    eh mcm emosi pulak aku komen ni hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kan.. geram je tengok paper bag banyak2 tu. Memang orang perempuan suka buat keje dua tiga kali agaknya..

      Padam
  3. common sense. something yang dah lama hilang pada kebanyakan orang kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Payah dah orang nak ada common sense sekarang ni. Semua pikir diri sendiri betul je. Lagi2 ada hak kebebasan bersuara sekarang ni. Memang nak menang aje la...

      Padam
  4. Kalau aku manusia yg order tu, aku rasa call la org tu tnya dia dulu. Dan kemaskn barang tu jadi satu ke dua..mcm idea kak ana. Nmpk pulak yg perempuan ni jenis byk barang bila tak buat mcm tu. Dua2 pun salah. Bagusnya jgn dipublisitikan, benda boleh settle cara senyap...tak pepasal kena handle isu remeh...what's wrong with people nowadays?🤐 rilek sudah...spiderman kan nak keluar dua hari lagi.

    Rosak mental ambik tahu masalah sosial. Baik la layan toy story back to back.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa perempuan kemas macam mana pun tetap akan nampak banyak barang la. Haha...

      Tula semua benda sekarang orang lebih suka bagitahu kat media sosial. Acah2 cakap indirect. Padahal boleh je settle depan2.

      Wuhh kau layan spiderman ke? Esok keluar la kan. Tapi mcm tak berapa best je aku tgk trailer dia. Ragu2 la aku nak pergi tgk ke tak...

      Btw, toy story aku tak pernah layan betul2 dari toy story 1... sedih kan?

      Padam
    2. done layan spiderman. benci gila org tak boleh terima hakikat yg superheroes tak tertakluk pada usia. sian kot agak2 la kena pegang tanggungjawab besar tu...

      pi r layan. toystory cerita yang aku membesar bersama dari kenal kartun..(slps lion king) versi 3d. xpernah bosan..

      Padam
    3. Siapa pulak yang tak boleh terima hakikat tu? Yang taksub dengan tobey macguire ke? Biasa la bila mengimbau zaman silam still tobey macguire di hati semua orang sbb dia spiderman yg low profile.

      Tapi budak baru yg jadi spiderman ni pun ok jugak berlakon. Aku tgk dia siap pandai nbuat parkour lagi. Patut la dipilih pegang watak spiderman.

      Toy story aku baru layan hari tu yg first punya. Haha.. Best jugak. Weekend ni la aku sambung kedua n ketiga.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...