6 Jenis Pengguna Facebook Masa Kini

Aku perasan sekarang ni lain dah cara orang guna facebook. Kalau dulu lebih kepada nak share moment dengan kawan atau sebagai tempat luah perasaan. Ataupun lebih kepada share gambar dengan kawan-kawan untuk update aktiviti seharian. Tapi sekarang dah kurang post-post macam ni.

Digiday.com
Mungkin sebab terlalu ramai orang tua yang dah main facebook menyebabkan orang muda rasa kurang privasi kat facebook. Kebanyakannya dah pergi ke twitter atau instagram. Pada aku bagus jugak la, sebab takde la keluar kat newsfeed fb orang meroyan tak tentu pasal lagi.

Sekarang ni orang lebih banyak guna facebook untuk dapat info dan berita semasa. Lebih kepada gunakan fb untuk share info dengan orang ramai.

So bila dah jadi macam ni, pengguna facebook dah jadi beberapa golongan. Bawah ni antara 6 Jenis Pengguna Facebook yang biasa lepak kat media sosial ni:

1) Peminat penulisan panjang.

Penulisan panjang ni kira macam artikel dalam blog jugak la. Ada yang menulis untuk share pendapat dia, tips, dan isu semasa. Aku antara orang yang gunakan facebook untuk baca benda-benda macam ni. Biasa aku memang akan follow orang-orang macam ni sebab banyak tips dan ilmu boleh dapat. Dari segi pendidikan, isu semasa, pengalaman, perubatan, cerita luar negara, travelling semua ada kat fb ni. Biasa memang aku follow je. Malas nak friend sebab tak pernah jumpa. 

Antara fb individu yang aku rasa menarik untuk di follow:
- Harith Faisal (kewangan/hartanah)
- Azizul Azli Ahmad (hartanah/kewangan)
- Mohd Fadli Salleh (Pendidikan/pengalaman)
- Khairul Hakimin Muhammad (tips menulis fb/pengalaman/resepi)
- Jaapar Jaaman (isu semasa)-agak kasar sikit
- Khairul Ezuwan (hartanah/kewangan)
- Yazid Zul (lecturer/cerita/pengalaman)
- Ayman Rashdan Wong (isu luar negara)
- Ilzanno Sharky (perubatan/pengalaman/cerita)
- Najmi Farisham (cerita dari Mekah/Madinah)
- Akhi Fairuz Al-Jengkawi (kesedaran pendidikan seks)
- Putra Nubhan (isu semasa/politik/pengalaman)
- Taufiq Razif (family/parenting)
- Firdaus Mokhtar (relationship/agama/pengalaman)
- Syafieqah A'lya (kewangan)
- Nur Aliah Mohd Nor (kewangan)
- Deanne Chee (agama/pengalaman)
- Zamir Mohyedin (sains)
- Hafiz Aiman (relationship)
- Ummi Wafa (pendidikan/general)
- Izzuddin Yusof (isu semasa)
- Muhammad Hassan (family/general)
- Aimir Ma'rof (perubatan)

Haa banyak la pulak aku listkan. Haha.. korang search sendiri la ya. Nanti aku rajin baru aku letakkan link kat nama-nama tu.

2) Peminat video ilmiah

Bagi orang-orang yang tak berapa rajin nak membaca biasanya lebih suka content macam ni. Lebih ringan dan lebih santai tanpa perlu habiskan masa yang lama untuk membaca. Content video ilimah ni contohnya macam ML Studio. Tinggal dengar kejap dalam 5-6 minit je kita dah boleh dapat sedikit ilmu daripada speaker ML Studio ni. 

3) Peminat screenshot twitter

Biasanya page-page besar yang banyak share screenshot twitter ni. Content macam ni lebih ramai orang suka baca berbanding penulisan panjang dalam satu post. Sebabnya? Pada aku sebab orang ramai lebih tertarik dengan gambar. Walaupun ianya hanya sekadar screenshot sahaja, tapi sebab dia bergambar jadi senang nak hadam. Tapi kalau cerita dari twitter ni orang kata tak boleh percaya sangat. Betul ke?

4) Peminat memes/bahan lawak

Kadang-kadang orang buka facebook sebab nak cari bahan lawak je. Nak hiburkan hati sendiri. Contoh page yang banyak share bahan lawak atau memes ni macam page lawak hambar, MGAG, Gags Malaysia dan beberapa lagi page besar lain.

5) Peminat short story

Short story ni kadang ada yang lawak dan ada yang serius. Tapi biasanya short story ni lebih ramai orang minat sebab ianya pendek dan tak ambil masa lama untuk habiskan. So ramai orang akan suka tengok content macam ni. Contoh page yang banyak share short story macam Kokom, MTAS Production dan beberapa production team lain.

6) Peminat komik

Disebabkan komik adalah bergambar dan dialog tak panjang sangat, ramai yang suka content macam ni sebab ringan dan senang faham. Kadang- kadang hanya kartun tanpa dialog pun orang dah boleh faham. Contoh content berbentuk komik yang aku follow adalah Buasir Otak: The Komik.

................................................

Jadi, ni antara jenis-jenis pengguna yang main facebook masa kini. Kalau korang ada pandangan lain dan rasa nak tambah, boleh share kat komen. Ini sekadar pandangan peribadi aku sahaja.

Takpun, kalau korang ada follow individu yang share benda-benda menarik kat facebook pun boleh la share kat komen. Aku nak follow jugak. Haha..

Salam.



Baca lagi:



10 ulasan:

  1. ambik syarat je fesbuk ni. nak terminate pun ada jugak rasa, mcm tulah dia...terdampar tak terusik dr dulu...ada, ada, takde, sudah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa sampai terdampar tu? Guna kalau elok2 banyak juga benda kita dapat. Ilmu pun dapat. Kalau ada friend yang post mengarut-ngarut, kau unfriend je terus. Follow orang2 yang aku share kat atas tu, function terus fesbuk kau. huhu..

      Aku pun sebenarnya dulu facebook aku ni orang yang buatkan. Nak post apa2 lagi aku malas tu. Tapi lepas aku tahu ada banyak jugak benda baik bila guna facebook ni, aku jadi lebih suka buka fb dari insta.

      Padam
  2. Ada juga nama saya terselit kat situ huhu. Terima kasih ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. putra nubhan ni saya dah follow tulisan dia sejak zaman blog tengah meriah lagi. Mana boleh tak letak.

      Padam
  3. aku nak delete facebook ni tapi banyak plak account aku dah link dgn facebook. My bad not see it coming :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak pernah register apa2 guna media sosial. Bukan dia cuma amik info email kau je ke? Kalau delete facebook pun bukan tak affect?

      Kenapa ramai yg nak delete facebook ni? Kat facebook ni kalau kita pandai guna, kita pandai filter, dia dah jadi macam tempat utk kau membaca ilmu baru.

      Try la follow fb yg aku list tu. Banyak benda baru aku dapat lepas aku follow diorang.

      Padam
  4. 1st time datang sini... salam ukhwah.. done follow blog awak. jemput singgah dan followback nanti ya.. terima kasih =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam thanks sudi datang blog ni. Nanti saya jenguk2 ya. :)

      Padam
  5. banyak yg meniaga pun iye skrg ni guna personal fb sbb kalau guna fb page lambat nak buleh pergi tu katanye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang yang guna personal fb semata-mata nak meniaga ni kadang dia tak perasan orang annoying dengan post dia.

      Sebelum nak guna personal fb untuk berniaga, kena la create trust dulu. Dalam list aku kat atas tu boleh follow khairul hakimin muhammad. Dia selalu bagi tips pasal menulis kat fb. Kalau main bedal semua post pasal menjual je orang akan annoying. Friendlist kau tu belum jumpa cara sebenar guna fb lagi tu...

      Kalau agak2 menyampah kau unfollow aje la orang yg post benda2 tak best. Haha..

      Ramai jugak rupanya tak suka sangat fb ni eh, padahal pada aku kalau pandai guna dia jadi bermanfaat giler...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...