Mengaku introvert dah jadi trend?

Aku rasa term introvert ni dah familiar didengari sekarang ni. Dah ramai dah orang share mengenai introvert kat facebook, twitter, dan media2 sosial yang lain. Bagus la ramai dah makin alert dengan personaliti2 manusia ni..
Tapi yang aku pelik, ada pulak orang yang sengaja mengaku diri introvert walaupun dia bukan introvert. Serius la.. untuk apa? Haha..

Orang introvert ni kalau boleh nak improve sebenarnya cara2 diorang bergaul tu. Memang seorang introvert payah nak bergaul, tapi untuk kita capai sesuatu matlamat tu kadang2 memerlukan kita bergaul jugak dengan orang. So nak tak nak ada sebahagian perkara yang orang introvert kena adapt jugak...

Tapi ada pulak orang extrovert yang mengaku dia introvert. Padahal kalau dah personaliti korang extrovert tu pada aku dah bagus dah kot. Ramai orang senang nak ngam.. No point kot mengaku karakter yang bukan diri korang sebenar pun... 

Aku baca posting kat fb orang share pasal introvert, then ramai pulak yang mengaku diri dia introvert kat komen2. Kalau betul takpe la mengaku... Tapi kalau mengaku semata-mata nak tarik perhatian orang lain buat apa?? Takkan sebab orang share ciri2 introvert ni salah satunya 'setia' semua terus nak mengaku introvert? Duh....

Ada yang memang kaki lepak, kaki outing, kaki makan ramai2 mengaku diri tu macam introvert. Kat mana perangai introvert nya tu? Haha adoii... Ada pulak yang dulu extrovert tapi sekarang dah introvert sebab kecewa dengan kawan2 dia sebelum ni. Haii.. senang je eh nak jadi introvert. Pada aku kalau kau suka keluar dan berjumpa orang ramai, tak boleh nak terperap kat rumah lama-lama, susah nak rasa penat kat event2 yang ramai orang dan suka cari perhatian, korang bukanlah introvert pun.






Kalau dah makin dewasa ni korang lebih suka makan sendiri, tengok wayang sendiri... tu lebih kepada perubahan kematangan korang bila makin dewasa. Korang start sedar yang kadang2 buat apa-apa sendiri tu lebih mudah dan lebih efisyen. Tak perlu nak bergantung kat orang lain dan korang dah start sedar nak tak nak hidup dah dewasa ni kena pandai berdikari. Bukanlah tiba2 korang jadi seorang introvert pulak bila berperangai macam ni. Just korang dah jadi dewasa dan matang sahaja...

Macam ramai cakap la seorang introvert jarang mengaku dia introvert. Kalau la dia nak luahkan perasaan dan nak mengaku sebagai introvert pun biasanya diorang akan berselindung sikit. Bukan cari perhatian kat komen2 fb. Haha.. Contoh macam seorang introvert luahkan perasaan dia kat iium confession dan seorang penulis blog mengaku introvert disebalik nama samaran. Tak direct pun dia bagitahu kat orang.



Introvert biasa mesti ada ciri-ciri ni:
  1. Lebih suka duduk kat rumah
  2. Lebih suka sembang dengan member rapat atau family yang rapat sahaja
  3. Cepat penat kalau pergi kenduri, konsert, atau apa2 event
  4. Kurang rasa nak menonjol dan mencari perhatian
  5. Sangat suka kalau ada banyak 'me time'
  6. Lebih suka buat kerja sendiri, tak kisah sangat orang alert tak dengan hasil kerja dia
  7. Automatik lebih banyak diam dari bercakap bila duduk dalam group. Sebab introvert biasanya perlukan masa untuk proses apa yang dia dengar. Lepas tu baru dia berani nak respon.
quotewarehouse
Kalau korang takde perangai2 macam kat atas ni tetapi cuma korang selalu tengok wayang dan makan sorang2 tu aku tak rasa korang introvert pun. Aku ada kawan rapat yang dulu memang jenis peramah, suka jumpa orang, memang extrovert la kiranya. Tapi sejak dia dah bekerjaya ni dia lagi suka makan sorang2 sebab dia kata lebih senang tak kacau orang. So ni bukanlah maksudnya kawan aku jadi intorvert dah. Cuma dia dah matang dan tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu. So tak payah la ye nak mengaku karakter yang bukan diri kita sendiri.

Introvert ni pun ada banyak jenis. Tapi yang aku percaya ada dua jenis je lepas aku baca satu buku sorang2 kat library hari tu. Nanti la aku cite..

Korang ada kawan2 yang tiba2 mengaku introvert jugak ke? Apa pandangan korang? Rasa nak pukul ke camne? Haha..


Baca lagi:



Mungkin kurang orang berdendam jika tahu perkara ini

Salam guys...
Kadang2 ada yang sampai berdendam kawan tak jemput pergi majlis kahwin. So dia pun balas balik dengan tak jemput kawan tersebut ke majlis dia pulak. Jadi la gaduh dua orang member. Apa manfaat buat camni? Tiada...

RevengeOfTheFans

Kalau kita faham 6 hak muslim ke atas muslim lain ni, mungkin kurang rasa kita nak berdendam dengan orang lepas ni. Sebab islam ajar untuk eratkan silaturrahim. Bukan putuskan silaturrahim.

So, apa dia 6 hak ke atas muslim yang lain tu?

  1. Bila bertemu dengannya, ucapkanlah salam
  2. Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya
  3. Bila dia minta nasihat, berilah nasihat
  4. Bila dia bersin dan mengucapkan tahmid, doakanlah dia beroleh rahmat
  5. Bila dia sakit, ziarahilah dia
  6. Bila dia meninggal, ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur

utm

Beri salam tu maksudnya kita nak bagitahu orang tu kita tak beri mudarat kepada dia dan segalanya insyallah aman dan sejahtera dengan kita.

Next. Memenuhi undangan. Cuba kalau semua orang rasa bertanggungjawab untuk penuhi hak muslim yang ini. Takde la lagi nak gaduh2 kerana tak dijemput. Kalau tak dijemput fikirlah positif pasti ada sebab musababnya. Kalau dijemput pula, cubalah penuhi undangannya walaupun dia tak pergi pun majlis yang kita jemput sebelum ni.

Nasihat menasihati. Manusia ni special sebab dia ada tugas amar makruf nahi munkar kat dunia ni. Beri nasihat tergolong dalam perkara ni.

Bersin. Bila member kita bersin dan dia sebut alhamdulillah. Doakanlah rahmat untuk dia. Yang ni rasanya ramai yng dah sedar dan dah buat.

Ziarah orang sakit. Jika ada kenalan kita sakit, ziarah la dia. Boleh reflect diri kita semula untuk ingat Allah, ingat mati, dan bersimpati atas ujian. Kalau semua orang letak islam paling atas dalam hidup, sekalipun pernah bergaduh sebelum ni pasti dia akan tunaikan jugak hak menziarahi yang sakit ni.

Menghantar jenazah ke kubur. Jika ada kelapangan solatkanlah jenazah dan ikutlah hantar jenazahnya ke kubur. Ini dapat mengingatkan kita dengan kematian jugak.

Kesemua hak muslim ni kalau kita buat, insyallah kita akan kurang nak berdendam dengan orang lain. Kita akan lebih banyak reflect diri sendiri dan kita akan lebih pentingkan kehidupan di alam lain nanti selepas kematian kita di dunia ini. Bukan buat sesuatu mengikut emosi semata-mata.

Sekian. Salam jumaat.


Baca lagi:



Susah jugak nak move on ni rupanya...

Sebelum ni aku pernah post entri cara aku move on bila ditinggalkan. Tapi yang tu lebih kepada hiburan kat blog ni. Tapi kali ni real story yang aku nak cite. Cerita tentang susahnya nak move on.

Psych2Go
Kalau korang ada baca entri tentang kenapa aku tak suka tengok cerita hantu dari barat dan entri kenapa aku rasa aku seorang ‘auditory digital’, korang mungkin dah tahu perangai aku macam mana. So, cerita yang aku nak cite ni ada kena mengena dengan dua entri tu.

THE STORY

Aku ada berkenalan dengan seorang perempuan sebelum ni. Kira pengalaman aku yang pertama la. Dalam perkenalan ni aku cuba untuk jaga perhubungan mengikut apa yang islam anjurkan semampu mungkin.

Pada awalnya semuanya nampak ok je. Sampai ke tahap aku dah kenal dengan parents dan adik beradik dia dah lah... Dan aku dah cuba ambil hati parents dia sehinggakan aku rasa aku dah mula boleh diterima. Dan yang paling penting aku dah makin yakin yang aku suka kat dia.

REJECTION

Tapi, hati dan perasaan manusia tak boleh nak paksa. Kalau aku je yang suka tapi dia tak betul2 suka kat aku pun tak guna. Keadaan sekeliling yang terjadi dan apa yang dia dah lakukan selama ni membuatkan aku rasa dia dah suka kat aku. Tetapi aku silap. Dia tak betul2 suka kat aku pun. Semuanya tu pada dia kategori ‘proses berkenalan’ sahaja.

Disebabkan aku dominan ‘auditory digital’ dan berperangai ‘introvert/ambivert’, komunikasi jadi isu. Ditambah lagi dengan aku yang sentiasa cuba limitkan communication supaya tak melampaui batas pergaulan. So dia nampak ini sebagai satu isu dan tanda ketidak serasian.

RedBubble

TAK SEFAHAMAN


Pada dia isu komunikasi ni susah nak settle even after dah kahwin.
Tapi pada aku isu komunikasi ni boleh develop selepas kahwin sebab aku percaya bila dah duduk serumah barulah betul2 boleh saling kenal-mengenali dan faham-memahami.

So, akhirnya putus gak lepas aku dan dia dah buat istikharah. Aku ada cite sebelum ni apa bagusnya buat istikharah ni. Kita akan lebih bergantung pada Allah berbanding mengharap pada manusia. Boleh baca kat sini.

Tapi dah nama pun manusia tetap lemah. Lepas aku dan dia decide untuk stop contact, malam tu susah jugak aku nak tidur. Asyik fikirkan betul ke keputusan yang aku dah buat. Fikirkan macam mana nak lupakan dia terus. Fikirkan kenapa hanya disebabkan isu ini je semuanya terus tak menjadi. Macam2 lagi la aku fikir...

SUSAH JUGAK NAK MOVE ON..

Baru aku tahu susah jugak nak move on ni rupanya... mungkin dengan hanya berkenalan dengan orang lain baru boleh betul2 move on sepenuhnya. Korang yang dah ada pengalaman macam aku mesti faham kot. Kan??? Kadang2 rasa macam tak dihargai pun ada. Kadang2 tengah duduk sorang2, teringat lak.. aaisssh..

Quote Ambition

Aku tak tahu kenapa tapi masa tu aku selalu layan lagu Akim- Rampas ni. Boleh la layan perasaan jap.. Tapi Akim lagi sedih sebab lagu ni Stacy buat untuk motivate Akim balik lepas dia kehilangan ibu dia...



Tapi feeling macam ni bila kita layan, lagi susah kita nak move on. Memang kena banyakkan buat aktiviti yang boleh lupakan dia dan banyak dengar motivational talk.

So cara aku untuk pastikan aku boleh move on:

  • Aku start dengar ceramah2 agama kat youtube yang berkaitan dengan move on
  • Aku dengar youtube, speaker bagi motivational talk cara2 nak bagi hidup produktif
  • Aku banyak study cara2 berkomunikasi
  • Aku rajin dengar ceramah agama kat surau supaya tak banyak masa terluang. Bila banyak masa terluang ni yang buat kita asik teringat2 dan susah nak move on
  • Aku start buat something yang jarang aku buat sebelum ni.

Dan aku ada dengar satu ceramah yang aku rasa sangat best dengar hari tu. Kat bawah ni ceramah dia:


Point utama dalam video atas ni:

Hikmah ditinggalkan:

  • Allah nak kita rasa lagi nikmatnya bertaaruf (berkenalan).
  • Allah nak bagi kita yang lebih baik walaupun kita dah rasa yang sekarang ni terbaik.
  • Allah bagi kita peluang untuk belajar lagi cara untuk mencari yang lebih baik.
  • Allah nak bagi yang terbaik untuk kita tu sesuai dengan waktunya.
  • Kadang2 Allah tak bagi apa yang kita inginkan tapi Allah bagi apa yang kita perlukan sebab Allah kabulkan apa yang kita perlukan , bukan apa yang kita inginkan.

Cara doa dikabulkan:

  1. Jika apa yang kita inginkan sesuai dengan apa yang kita perlukan. Maka segera dikabulkan
  2. Jika ada yang kita inginkan tapi kita belum sanggup untuk menerimanya. Maka, akan dikabulkan waktu kita sanggup untuk terimanya nanti

Boleh la tengok video ni. Best gak cara penyampaian dia.

Aku tulis entri ni pun menandakan aku tak move on sepenuhnya lagi. Tapi sebab aku rasa benda ni kena luahkan jugak. So, aku luahkan kat sini. Dan aku rasa cerita ni kena jugak aku simpan sebagai kenangan supaya aku dapat reflect diri aku sendriri apa yang aku dah buat selama ni. Harap2 lepas publish entri ni hidup aku semakin produktif la..

Korang pernah ke rasa kena tinggal? Atau pun ada pengalaman meninggalkan orang lain? Cer cite sikit best tak perasaan tu.. huhu..




Baca lagi:


Jangan pertikai kenapa masih tak berjaya..

Salam jumaat.
Jika kita berbuat sesuatu, kemudian bertawakkal, jangan bergantung sepenuhnya pada usaha yang kita dah buat tu akan membuahkan hasil.



Tapi, kena selalu ingat Allah lebih mengetahui segalanya. Kadang kita tanya kenapa aku dah buat ni, aku dah doa, aku dah yakin yang aku buat ni patut berjaya, tetapi Allah masih tak kabulkan permintaan kita. Kita rasa down.. Elakkan rasa macam ni.

Sebabnya Allah lebih mengetahui bila hajat korang patut dimakbulkan. Tak semsetinya cepat itu bagus dan tak semestinya lambat itu tak bagus. Manusia ini lemah. Tak tahu perkara ghaib. Tetapi Allah lebih tahu takdir yang sesuai untuk diri kita.

Sentiasalah ingat Allah berkuasa buat apa sahaja dan yakinlah apa2 yang Allah takdirkan itu adalah terbaik untuk diri kita. Sekalipun kita rasa ianya bukan sesuatu yang kita suka.

Carilah kebaikan dalam apa pun perkara yang terjadi. Jangan fokus pada problem semata2.
Sekian entri pendek hari jumaat.

Kenapa aku rasa aku seorang 'auditory digital' ?

Salam guys,
Sebelum ni aku ada tulis entri pasal diri aku yang selalu fikirkan logiknya akan sesuatu kat sini. Disebabkan itu jugak aku rasa aku kurang empati dalam diri aku.


SUSAHNYA NAK EXPRESS FEELING...

Sebab selagi aku tak rasa pengalaman sebenar seperti yang orang lain rasa tu, aku akan susah nak express dan mendalami feeling orang tersebut. Orang yang macam aku ni boleh la dikategorikan sebagai seorang yang dominan 'auditory digital'  bila berkomunikasi.

Adaugio Solution


Macam mana nak kenal orang yang dominan 'auditory digital' ni? 

  • Biasanya diorang ni jenis yang sukakan kerja2 yang deal dengan fakta, nombor dan penyelesaian masalah. Contohnya, akauntan, engineer, programmer dan scientists.
  • Tertarik dengan logik dan sebab berlakunya sesuatu.
  • Lebih suka gaya yang formal dan konservatif.
  • Selalu kurang mempamerkan expresi wajah dan gerak badan.

MACAM NERD JEE..

  • Selalu menulis email yang panjang untuk backup point2 yang nak disampaikan.
  • Suara yang jenis monotone (satu tone) kebiasaannya.
  • Bercakap pada kadar perlahan dan kurang kuat.
  • Bercakap-cakap sendiri dalam minda diorang mengenai sesuatu
  • Kurang spontan melakukan sesuatu
Bila korang baca karakter seorang 'auditory digital' ni, korang boleh bayangkan kot perasaan bila communicate dengan diorang...

Contohnya bila korang cerita pasal korang tengah stress kerja ke... putus cinta ke... kemungkinan besar diorang akan respond 'mengangguk2 je', tak pun.. 'ohh', 'sabarlah..', 'lupakan je dia', dan dalam kepala otak diorang akan berfikir "macam mana la problem kecik macam ni member aku boleh depress sampai macam ni sekali??.." Macam tak guna kan cite problem kat orang macam ni. Haha...

SERIUS TAK FUNCTION. BAIK TAK PAYAH SEMBANG. HAHA..


Jennianjody

Berdasarkan list karakter yang aku tulis kat atas ni, memang kebanyakannya macam kena je dengan aku.

  • Aku akauntan. Kira suka gak la kat nombor. Aku jugak pernah cite yang aku sukakan programming dan sistem sebelum ni. Kerja aku sebenar pun memang related dengan akaun dan sistem.
  • Aku lebih tertarik dengan logik sesuatu. Macam entri aku pasal kenapa aku tak suka tengok cerita hantu dari barat.
  • Memang tiap2 hari aku pergi kerja gaya formal walaupun aku boleh je nak pakai apa2..

BETUL KE AKU TAKDE PERASAAN ?
  • Member aku pernah cakap aku 'takde perasaan'. Sebab bila cite apa2 kat aku, aku kurang nak respond. Sebab aku memang lambat nak feel apa orang rasa masa diorang cite tu. Haha.. tapi aku boleh bagi nasihat yang logik dan bernas insyallah... :)
  • Selalu aku tulis email aku pastikan ayat tu tak buat orang terasa dan pastikan point sampai, Kadang2 memang akan jadi panjang..lepas tu aku akan baca berulang kali email tu.. buang masa kan?..
  • Dengan orang yang aku tak rapat biasa aku guna suara monotone je. Kalau dah rapat baru aku boleh variasikan sikit...

TAK BOLEH CAKAP KUAT SIKIT KE ?
  • Dengan orang tak rapat pun suara aku cakap tak kuat dan pada kelajuan yang perlahan. Tapi bila dengan orang yang aku dah biasa, aku cakap laju sikit. Tapi bila tengah tak puas hati, tak kira dengan orang tak rapat pun aku cakap laju sampai tersasul-sasul. spoil betul bila jadi camtu....
 Ok nampak macam takde kelebihan sangat pun kan perangai seorang 'auditory digital' ni?
Takpe aku cite pasal kemahiran diorang pulak:


OHH..ADE KEMAHIRAN KE??
  • Kemahiran membuat persiapan & perancangan (Preparation skills)
  • Kemahiran menyiapkan sesuatu mengikut perancangan (Follow through skills)
  • Kemahiran menganalisis sesuatu (Analysis)
  • Kemahiran melakukan sesuatu dengan tersusun dan rapi (Very organized)
  • Boleh digantung harap melakukan sesuatu seorang diri (Dependable )
HAA... GEMPAK KAN??


Kelemahan
  • Kerap stuck untuk buat keputusan bila terlalu banyak pilihan (paralysis by over-analysis)
  • Terlalu berhati-hati
  • Susah puas hati disebabkan sifat perfectionist
  • Jika membentangkan mengenai bisnes, selalu explain terlalu banyak details yang tak diperlukan oleh kebanyakan orang

Cuma kelemahan no 3 tu macam tak kena dengan aku. Sebab aku senang puas hati dengan something...
Mungkin bergantung pada individu tu jugak. Tapi kebanyakannya macam point yang aku nyatakan kat atas ni la.


AYAT-AYAT KLISE DIORANG...


Kata2 yang sering digunakan dan berkaitan:

  • "Ya, aku tahu.."
  • "Aaa..make sense"
  • "ok...logik2..."
  • "Bagi aku fikir jap.."
  • "Cuba kau fikir..."
  • "Kau kena study dulu benda ni..."
  • "Kau kena research sikit..."

Dengan orang2 macam ni diorang lebih suka documentation berbanding communication.
Kalau nak bagi diorang senang faham bila explain something, kena bagi figure, step by step, proses yang berkaitan, justifikasi dan maklumat terperinci yang boleh diorang analyse dan fikir logik perkara tersebut.


SEMUA ORANG PUN SUKA KENA PUJI...


Selain tu, diorang lebih suka dipuji mengenai kecekapan dan keberkesanan mereka melakukan sesuatu proses dan prosedur. Contohnya, programmer lebih suka dengar orang cakap sistem/ app yang dibuat best, function, berkesan dan menarik minat ramai orang.

Bila buat keputusan, diorang akan berdasarkan logik sesuatu berbanding emosi dan gerak hati.

michaellosierspeaker

HAA... KORANG YANG MANA??


Auditory digital ni berbeza dengan:

Visual Person:
Orang yang mengingat sesuatu berdasarkan gambar. Kurang suka dengan perkataan yang panjang, Mudah faham sesuatu berdasarkan gambar, Bercakap dengan laju dan lebih pentingkan gaya pakaian yang menarik. Keywords: "cuba bayangkan...", "nampak macam..."

Auditory Person:
Senang distracted dengan sebab bunyi. Mudah faham dengan kata2 dan instruction, Mudah ingat kata2 seseorang, Suka dengar audio, gemar bercakap dalam phone dan mudah tangkap lirik sesebuah lagu. Keywords: "Dengar macam menarik..", "Ok kau dengar ni, aku..."

Kinesthetic Person:
Mengingat sesuatu melalui pengalaman, latihan dan sesuatu yang praktikal. Sangat mahir dan cekap melakukan sesuatu dengan tangan, Kadang2 dianggap lembap dalam pembelajaran, tetapi diorang sebenarnya sangat bijak dan kreatif bila buat sesuatu yang praktikal. Buat sesuatu mengikut gerak hati. Keywords: "Kau boleh handle kan?..", "Kau dapat tangkap tak apa aku cakap?.."

Yang visual, auditory dan kinesthetic ni aku explain sikit je la so korang nampak la sikit2 apa perbezaan antara setiap satu. Kalau aku rajin baru aku tulis in details yang lain2 tu...

quotemaster

JANGAN RISAU... HIDUP NI UNTUK KITA ADAPTASI...

Tapi auditory digital tak semestinya akan purely jadi auditory digital selamanya tapi benda ni boleh adapt. Bila kita faham orang tu jenis yang macam mana, kita akan cuba adapt dengan perangai dan gaya komunikasi dia. Ini hanyalah preference seseorang bila berkomunikasi sahaja. 

So complicated kan manusia ni?
Tu belum lagi beza perangai lelaki dan perempuan,
Belum lagi beza seorang listener, looker, talker dan toucher,
Belum lagi beza seorang introvert, ambivert dan extrovert.
Makin complicated jadinya. Haha...
Sekian sahaja. Panjang benor aku taip ni. Moga2 bermanfaat.

Kenapa aku tak suka tengok cerita hantu dari barat

Salam guys,
Korang la kan.. kalau tengok cerita hantu, jenis yang senang takut atau jenis yang tak takut langsung?

Don't let me in

Aku consider diri aku kat tengah2. Ada kalanya rasa seram jugak bila tengok cerita hantu. Tengok jenis movie la. Kalau movie tu jalan cerita dia macam dekat dengan environment sebenar aku, maka aku lebih mudah nak rasa seram tu. Kalau jalan cerita tu jauh sangat dari realiti, aku terus kurang feel tengok cerita tu walaupun muka hantu tu scary habis..

Contohnya macam movie-movie dari barat la. Kalau cerita hantu orang putih mostly aku akan rasa tak best untuk ditonton. Walaupun ramai orang cakap seram dan dapat rating tinggi, tetap aku rasa tak best tengok cerita hantu omputih ni.

KENAPA CERITA HANTU BARAT TAK BEST

Kenapa aku rasa tak best? Sebab cerita hantu omputih ni biasanya tak logik dalam fikiran aku. Hantu dia semua power2 sampai mampu bunuh manusia. Aku tak boleh brain macam mana hantu boleh bunuh manusia macam hantu tu serial killer. Sebab dalam kepala aku masih fikir semua makhluk lemah dan takde yang boleh menandingi kuasa yang Maha Esa.

Kalau Allah izinkan manusia tu mati baru la boleh mati. Tapi dalam cerita hantu barat ni hantu dia biasanya boleh bunuh orang sesuka hati je. Tu yang buat aku rasa tak logik tu. Walaupun tengah tengok cerita omputih sekalipun, aku still akan pikir benda2 macam ni.


CERITA HANTU MELAYU LAGI BEST

Beza dengan kalau aku tengok cerita hantu melayu. Contohnya macam cerita munafik. Cerita munafik aku boleh terima. Hantu dia logik sebab memang benda betul pun hantu/jin boleh rasuk dan masuk dalam badan manusia. Sebab berlakunya kematian dalam cerita munafik pun biasanya atas sebab dia dirasuk dan tak perasan dia dah mencederakan orang sekeliling dia. Kat sini nampak ada pelakunya. Manusia sendiri. Manusia yang dikawal oleh jin dan hantu tu la yang menyebabkan manusia bunuh manusia lain.

Tapi itu pun dengan izin Allah. Bukan dengan cara hantu dari luar badan manusia pergi bunuh manusia sesuka hati macam yang selalu terjadi dalam cerita barat. Sebab tu la cerita2 hantu melayu macam ni yang buat aku feel tengok cerita tu. Sebab aku rasa logik dan semuanya ‘make sense’.

MANA LOGIKNYA?

Kira aku someone yang akan selalu fikir pasal logik dulu. Aku tak suka tengok cerita harry potter yang sangat susah aku fikir logiknya cerita tu. Tapi aku lebih suka tengok cerita perang dulu2 yang memang cara diorang berlawan tu logik dan make sense. Kecuali cerita super hero la. Walaupun aku tahu kuasa diorang tak logik tapi still aku boleh layan sebab cerita dia kadang2 lawak dan penampilan watak hero tu obvious menunjukkan sifat kepimpinan hero tersebut. Cerita super hero macam ni aku dapat rasa elemen motivation dalam tu. So sebab tu aku masih boleh layan...

KURANG EMPATI

Kira kalau tengok cerita hantu pun aku masih kuat memikirkan tentang logiknya sesuatu, aku ni kira seorang yang kurang empati. Untuk aku feel macam mana orang dalam movie tu rasa takut agak susah bila semuanya nampak tak logik. Aku pun akan jadi hilang rasa seram tengok cerita tu.

quora.com

Memang someone yang macam aku yg selalu fikirkan tentang logik dan make sensenya sesuatu ni mungkin akan ada sifat kurang empati. Expresi feeling aku pun maybe sangat kurang. Tak percaya? Kalau korang someone yang ada di sekeliling aku mesti korang akan ada rasa aku ni seorang yang expressionless. Happy pun camtu je, sedih pun camtu je, takut pun camtu je, risau pun camtu je.. Biasanya aku prefer untuk happy. Nampak? aku senang je nak pilih aku nak happy ke nak apa. Sebab aku buat something ikut logik akal. Perempuan mesti ramai tak suka aku sebab aku susah nak feeling macam diorang feeling. Aku rasa la.. haha...

Seseorang yang selalu berfikir pasal logik dan make sensenya sesuatu ni ada character dan cara komunikasi pilihan dia yang tersendiri. Nanti aku cerita kat next entri eh. Haha..

Korang suka tengok cerita hantu? Cerita apa yang paling feel sekali korang pernah tengok?


Baca lagi:

Baguslah tak ucap “takziah”...

Kenapa aku cakap bagus tak ucap “takziah” di atas kesedihan orang lain? Sebab maksud sebenar takziah bukanlah mengucap perkataan “takziah”. Tapi maksud sebenar takziah adalah mengucapkan sesuatu bagi memujuk keluarga si mati dan mendoakan si mati dan keluarganya.


Aku pun selama ni silap. Beberapa bulan lepas pun aku ada melawat orang meninggal. Biasalah dah terbiasa tengok kat facebook orang taip “takziah atas keluarga si mati..”, aku pun jadi terikut2. Aku pun ucap la takziah kat family tu masa melawat.

Masa aku ucap tu serius susah nak dapat feel kesedihan. Sebab aku rasa macam takde makna aku ucap “takziah” ni. Dan aku percaya family si mati pun mungkin tak dapat feel apa2 daripada ucapan “takziah” aku tu..

Rupanya betullah yang selama ni ucap “takziah” ni salah. Nak senang faham macam ni:

Tasbih- mengucap subhanallah
Tahmid- mengucap alhamdulillah
Takbir- mengucap allahuakbar

Jadi adakah jika kita bertasbih kita sebut “tasbih, tasbih, tasbih” 33 kali?
Adakah jika kita bertahmid kita sebut “tahmid, tahmid, tahmid” 33 kali?
Adakah jika kita bertakbir kita sebut “takbir, takbir, takbir” 33 kali?

TAK kan??

Jadi sama la macam takziah. Adakah bila takziah kita kena mengucap “takziah”?
MESTILAH TIDAK..

Yang sepatutnya...
Takziah- mengucap sesuatu yang memujuk keluarga si mati dan mendoakan si mati dan keluarganya

Contoh ucapan takziah yang sepatutnya:
“Ahmad, sabarlah ya. Semoga Allah mengampuni arwah ayah kau dan berikan ganjaran kepada engkau di atas kesabaran”.

Apa2 jenis ucapan yang membawa maksud yang sama pun takpe. Semua boleh. Cuma jangan ucap “takziah”. Sebab seperti takde makna dalam ucapan tu.

ustaznaim.blogpsot.com




Nak beri ucapan takziah ni dalam masa 3 hari lepas peninggalan seseorang. Lepas daripada tu hukumnya makruh. Sebabnya kalau dah lebih 3 hari keluarga biasa dah kurang sedih, tapi kalau kita pergi ucap lagi takziah, dah jadi makin sedih pulak keluarga tu. Tu sebab la jadi makruh.. Boleh refer jugak video kat atas ni. Walaupun ustaz ni kontorversi, tapi benda yang betul dan baik, tak salah untuk dikongsikan..

Ok la sekian saja perkongsian aku di hari jumaat ini. Semoga kita sentiasa diberi keberkatan dalam kehidupan seharian.

Korang pernah ke buat kesilapan yang sama macam aku ni? Ucap perkataan “takziah” kepada keluarga si mati?? Apa perasaan korang time tu?


Baca lagi:

11 perkara mengenai seorang ambivert
Apa nak buat bila air tumpah pada keyboard laptop?
Cara berkenalan antara lelaki dan perempuan dalam islam
Kesan google+ ditamatkan kepada seorang blogger

Kesan Google+ ditamatkan kepada seorang Blogger

Salam guys,

Tadi aku ada try bukak google+ profile untuk blog aku. Aku terperasan satu mesej tulis "your google+ account is going away". Seriously la? Google+ dah takde ke lepas ni? Aku klik la kat mesej tu. Yup.. memang betul. Google + akan ditamatkan bermula 2 April 2019 ni. Sebabnya google+ kurang sambutan dan ada problem dari segi security.


Tapi seawal 4 Februari 2019 ni, dah tak boleh dah nak create google+ profile, pages, communities, atau event. So esok la dah start tak boleh create profile google+. Nasib baik aku takde buat pages atau communities untuk google+ ni. So tak terkesan sangat.


So apa kesan google+ dipadamkan kepada blogger?


1. Google+ profile hilang di blog 

Obviously, google+profile korang lepas ni dah takde keluar kat blog korang. So takde dah la button untuk follow kat google+ profile korang tu. Bagi yang banyak follower maybe terasa la kesannya. Macam aku sikit je, so takde benda. Haha..


2. Kurang medium untuk ping entri

Ping entri maksudnya macam spam entri kat banyak2 medium atau website la (ni yang aku faham). So, bila google+ communities ni pun akan dipadam, maka makin sikit la tempat untuk blogger spam entri mereka. Kadang2 aku pun share entri2 aku kat google+ communities ni. Macam communities 'Blogger Malaysia'. Sebab bila share kat sini dapat naikkan pageviews sikit. Kadang2 dapat views yang berterusan walaupun sikit, tapi still boleh nampak view tu naik la.



3. Features comment google+ tiada lagi di blog

Kalau korang guna google+ kat bahagian komen  di blog, maka google memang akan padam features ni. Start 4 Februari 2019 atau esok, features ni akan hilang di blogger platform. Manakala akan hilang di platform selain blogger pada 7 Mac 2019. Tapi google+ comments korang yang sebelum2 ni akan masih ada sehinggalah 1 April 2019. Lepas 1 April je, comments2 google+ korang pun akan lenyaplah di alam blogger ni.



Habis tu platform blogger ni ada ura2 untuk ditamatkan jugak oleh Google ke?

Yang ni aku tak pasti lagi. Sebab Google boleh buat apa saje yang dia nak dengan product dia. Kalau satu hari nanti paltform blogger ni pun ditamatkan bukanlah suatu yang mustahil. Cuma pada pandangan aku, platform blogger ni masih hebat. Walaupun tak banyak orang guna, tapi kalau korang search kat google, still masih banyak lagi blog yang pakai blogger.com ni walaupun ada yang dah tak aktif. Tapi, content2 diorang masih banyak yang berguna dan valid sepanjang masa.

So kalau Google delete blogger.com platform ni sepenuhnya macam dia buang separuh aset yang dia ada. Hampir setiap hari orang cari maklumat guna google, spend time baca blog2 hasil carian dari google. So, kalau banyak content yang valuable ni hilang, lagi sikit la orang  nak spend masa baca something dari platform blogger. Medium untuk pengiklanan diorang pun makin kurang. So aku rasa blogger.com platform ni akan maintain lama lagi.

Apa2 pun tak rugi untuk buat copy dan backup entri2 korang kat platform blog yang lain macam wordpress dan sebagainya. At least korang masih dapat baca balik lagi entri2 lama korang. Semua tu kenangan kot. Kalau hilang terus memang sedih la kan?

So korang ada yang memang aktif guna google+ ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...